Friday 13 January 2017

Coklat Meleleh

Coklat Meleleh
Teks: Noormaziana Zainal Abidin


Walaweh, siapa tak suka coklat tu? Rugi sangat. Coklat boleh mengurangkan tekanan (stress) dan menaikkan tekanan darah rendah.
Cuba anda tengah marah, anda makan coklat. Level kemarahan boleh menurun. Manakala bila tekanan darah menjadi rendah, anda akan rasa macam nak pitam kan.
Sediakan coklat dalam laci atau beg anda, makanlah. Ia membantu mengembalikan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit diabetes yang mengamalkan suntikkan insulin, harus ada coklat untuk kecemasan. Bila mana level gula merundum jatuh.

Dalam bisnes saya, ada beberapa jenis coklat tetapi dalam bentuk kek. Wah! Tak boleh lari dari kek, semuanya kek kan.
Ada antaranya airtangan sahabat saya, Umieaisyah dan saya. Nak tahu kek apa?
1. Kek Coklat Badam
2. Kek Coklat 
3. Kek Coklat Hershey
4. Kek Batik Coklat (ini airtangan saya)

Dengan bahan coklat yang berkualiti, ia menambat hati penggemar tegar coklat. Jangan main-main dengan tekak penggemar ni tau, mereka sangat cerewet tentang coklat. Termasuk adik bongsu saya. Maka, saya menjadikan dia pengukur kepada kualiti coklat ni. 
Bijak tak? 

Manakala produk kek batik saya, tukang pengkritik adalah anak buah saya. Dia pun peminat tegar kek batik. Bukan semua yang jual dia boleh makan, mengomel boleh hahaha.
Kek Coklat Badam


Bukan nak puji produk sendiri tetapi kami perolehi testimoni dari pelanggan yang menyatakan produk kami sedap. Itu yang membuatkan saya berniat untuk menjualnya. Kaedah sekarang, kek boleh disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer). Mungkin dulu pun boleh, cuma kita belom didedahkan cara ini, takut kek beku dan berair bila makan macam ais.

Sambutan sekitar Ampang amat memberangsangkan. Sebut Kek Coklat Umieaisyah, orang dah dapat agak rasanya. Lupa nak bagitau, brownies pun ada.
Sedap dan memang sedap. Harga juga berpatutan. 

Nak buat tempahan harijadi boleh? Memang boleh. 
Anda tinggalkan pesanan dekat inbox saya di sini www.facebook.com/mazianashoppe atau di talian 0163961956

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)


2 comments:

  1. Terbaikkkkkk kak maz...
    Sape yang x rasa rugi...
    Chocolate dia melimpah ruah. Inilah kek zombie, bile dah rasa sekali buat ketagih nak lagi, lagi dan lagi...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, terbaik kan.
      Terima kasih kerana sokong akak.

      Delete