Thursday 19 January 2017

Air

Air
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainalabidin@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Air oh air, di mana engkau air? Saya sangkakan kejadian 2 tahun lepas tak akan berulang lagi tetapi tidak. Tahun lepas, mujurlah berlaku masa cuti sekolah tetapi tahun ini waktu persekolahan. Minggu ini sahaja, 2 kali anak tak ke sekolah. Anak-anak saya ni jenis pelawas, bayangkan.

Di rumah memang dah siap-siap saya dan suami simpan supaya bila masa air tiada mengejut. Setakat 1-2 hari sahaja. Kalau masuk hari ke 3, Allahuakbar. Resah gelisah tak keruan jadinya.
Mahu berwudhu pun susah.

Semalam terdengar kekecohan suara menjerit dan hon motor dibunyikan. Alhamdulillah, tetangga yang perihatin memanggil penghuni memberitahu lori tangki air sampai.
Ada tong yang kosong, saya penuhi tetapi kudrat saya terbatas untuk mengangkat. Bukan suami tak mahu membantu tetapi bahaya untuk fistulanya.

Bismillahirahmanirrahim, sesungguhnya ada kekuatan di situ membantu saya. Sempat bertanyakan kepada pihak berwajib kenapa ia berlaku dan sampai bila. Kerana kemerosotan level air di kolam menyebabkan sukar disalurkan kepada pengguna. Air ini ciptaan Allah, maka ketentuan masa bukanlah bawah jangkaan mereka.

Telinga kena peka setiap masa, mendengar lori tangki masuk kawasan. Kadang-kadang lewat malam atau awal pagi (1 ke 3 pagi tau). Memeriksa kalau air mulai ada, biasanya sangat kecil dan sedikit. Tadah sikit-sikit dan penuhi mana yang kosong.

Foto: Carian Google


Mahu meroyan pun tak berguna, bukan saya seorang dan bukan mereka penyebabnya. Hanya mampu berdoa agar Allah mempermudahkan urusan pihak berwajib dan kami. 

Doa saya, agar air kembali pulih supaya tempat dialisis tidak terjejas. Pesakit-pesakit ini tidak boleh tertinggal jadual mereka walau sekali, risikonya amat tinggi.

Duhai sahabat-sahabat, panjatkanlah doa agar Allah sentiasa membantu kita semua. Aamiin.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment