Friday 24 November 2017

Pes Sambal Frozen

Sambalicious
Teks: Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com


Macam best je bubuh nama "sambalicious". In Shaa Allah sesedap sambal sesedap nama gitu.
Nak tengok rupa dia?


Tercipta idea ketika tengah malam yang dingin, sewaktu mata tak lena nak beradu. Cewah! Ayat mak jemah mai dah. Hahaha

Terfikir apa nak buat untuk memudahkan kerja-kerja memasak di dapur sebenarnya. Beberapa hari dah skip memasak dek kerana kesibukkan menyediakan dan menyiapkan tempahan karipap dan temosa frozen.

Sian anak-anak dan suami, asyik makan airtangan tukang masak gerai. Sayur habis membusuk dalam peti, terbayang duit berterbangan masuk tong sampah. Masya Allah, rasa bersalah datang menebal.

Kebetulan en suami beli cili kering banyak macam nak niaga nasi lemak, kita pun cuba eksperimen. Dulu Kak Maz pernah buat stok cili kisar. Nak masak, dah tak perlu beli cili boh.

Kali ini Kak Maz cuba buat dalam bentuk pes. Siap dah diperisakan. Hanya tinggal untuk dimasak sahaja.

Dalam proses menyediakan, peh satu rumah berbau sambal. Wow! Menyelerakan sungguh.
"Ibu, masak apa? Nasi lemak ke?"
"Ibu buat pes sambal, ibu nak frozenkan."

Bayangkan dari yang sulung sampai si bongsu duk ulang alik ke dapur berkali-kali bertanya sehinggalah segalanya siap.

Dah siap. Kak Maz pun masukkan dalam bekas-bekas yang kecil, senang nak masak. Kita keluarkan sebekas dan sebekas.

Malam ni Kak Maz dapat 6 bekas. Tiba-tiba, si bongsu minta sebekas.
" Nak buat apa adik?"
" Nak makanlah, makan dengan nasi."
" Sambal ni kosong je."
" Takpe ibu, sedap."

Dijajanya kepada abang-abangnya, pancing perhatian mereka. Maka, inilah kejadiannya.


"Ibu, gorengkan ikan bilis boleh? Kami nak makan dengan sambal ni."
Emm, dengan ibu sekali terjebak. Wah! Memang sedap. Hahaha.


Sambal Udang
Kejadian di atas ni berlaku malam semalam. Tengahari ni Kak Maz buat sambal udang, permintaan mereka malam semalam.

So, Kak Maz keluarkan dari freezer. Sementara tu, kita siang udang dan bawang besar.
Dah siap menyiang dan cuci. Kak Maz panaskan minyak dan tuang pes sambalicious kita tu.
Sah sahlah tak payah tunggu naik minyak lelama sebab memang dah naik minyak pun.

Kak Maz tak tumis bahan lain dulu?
Ooo, tak perlu sebab sambalicious Kak Maz ni dah ada belaka termasuk perisanya.
Dah naik minyak dan sekata, kita bubuh udang dan bawang besar.
Hoorrey! Siap. Tak sampai 20 minit pun.

Dah tak perlu tambah garam ke, gula ke atau perisa. Semua ngam ngam. Kecualilah kalau ada yang suka masin lebih or manis lebih.

Gambar?
Alamak, tak sempat ambil. Lepas masak tadi terus ambil anak sekolah. Pastu? Lupa.
Tau tau ayahnya balik, tinggal sepiring je sambal. Nasi masak 3 setengah pot, hanya tinggal untuk 2 pinggan je.

Rupanya dalam diam, diorang 3 beradik duk ulang makan. 
"Sedap sangat ibu. Kami asyik lapar je."
Mujur ayahnya bukan jenis yang berkira. 
" Takpe sayang, rezeki mereka. Habis pun takpe tapi kalau boleh tinggal sikit buat rasa."
Bab makan, en suami memang tak kisah dan berkira kecuali duit dah paras-paras.

Alhamdulillah. Syukur padaMU Ya Allah.







Wednesday 22 November 2017

Cabaran 2017

Suka Duka 2017
Teks: Maziana Zainal


Tirai 2018 akan dibuka. Jendela 2017 akan berlabuh meninggalkan berjuta kenangan, seperti tahun-tahun sebelumnya.

Apa yang telah berlaku, kita jadikan panduan dan sokongan untuk meneruskan perjalanan di tahun mendatang.
Panduan atas kesilapan lalu supaya tidak diulangi lagi dan menjadi aras ukuran kebangkitan kita.
Sokongan yang kita zahirkan untuk terus sabar dan tabah, harus disemadikan dijiwa suapaya sentiasa menongkat hati agar tidak terjatuh kembali.

Inilah guru kehidupan yang sebenarnya.
Ia jujur dan ikhlas bersama kita. Paling utuh untuk kita sandari.

Tetapi disebaliknya tentu ada "sesuatu". Kerana ia tak mungkin bergerak diperolehi sendirian.
Betul tak?
Ya, disebalik kejatuhan dan kebangkitan ada ALLAH. Jangan pernah lupa ini. Kita tak diajari oleh Rasulullah bersikap angkuh dan bongkak. Setiap apa di dunia ini tidak bergerak sedikitpun tanpa izin Allah. Waimah angin yang bertuip tanpa kita nampak dan sentuh.

Kesedaran 2017, membuka minda Kak Maz. 
Kenyataan bahawa anak Kak Maz sakit, suami sakit. Adakah Kak Maz mengeluh? Oh, tidak.
Awalnya Kak Maz sedih dan runsing. 
Tetapi kelamaan hati ini berkata, " Ya Allah, aku redha atas semua ini. Aku terima kenyataan ini. Bantulah aku dalam redhaMU." Kak Maz renung wajah-wajah kesayangan Kak Maz dengan penuh rasa bersalah.

Tahu tak? Dengan perasaan terima dan redha. Ia meringankan kerungsingan hati kita. Segala kita ingin lakukan, diperingankan Allah.
Rezeki juga Alhamdulillah.

Suami dan anak diuji kesakitan yang mereka tanggung. Kak Maz diuji minda dan hati. 
"Engkau Mampu?" 
Seolah kedengaran suara dari hati.
"Allah percayakan aku."
"Percayakan kau? Kau siapa?"
"Dalam Al Quran ada tertulis, Allah menguji seseorang hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA. So, Allah percayakan aku dengan ujian ini. DIA tahu kemampuan aku walaupun aku sendiri tidak tahu. Dan hakikatnya, aku telah meredahinya dengan jaya. Alhamdulillah."

Maha Suci Allah Yang Maha Besar, Maha Mengetahui Dan Maha Esa.

Terima kasih atas kasih sayang ini.

Tuesday 21 November 2017

Ilmu Oh Ilmu

Segalanya Ilmu
Teks: Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com

Dunia bisnes sekarang sangat mencabar. Tak macam dulu. Nak berniaga, cari kedai dan berniaga. Tunggu pelanggan datang.

Alaf sekarang, kita kena panggil pelanggan masuk kedai kita. Panggil pula ada caranya.
Pelbagai tawaran ilmu ditawarkan. Wah! Testimoni sifu semua hebat belaka. Harga? Masya Allah.

Bagi yang sederhana macam Kak Maz, memang tekan air liurlah jawabnya. Komitmen tinggi. Kena fikir 1000 kali dan lebih berkali kali.

Mujur ada yang percuma dan ada yang paras budget kemampuan kita. Tapi semua biasanya online.

Kadang bila mampu dari sudut modal, hari dan waktu pula tak sesuai. Maklumlah, Kak Maz kena set betul-betul dengan jadual dialisis suami. Tak sanggup biarkan dia dengan anak-anak. Sudah lah sakit dialisis tak kurang, letih, lesu nak pula jaga anak-anak.

Sesetengah orang akan cakap, itu suara biawak, itu alasan. Nak berjaya, kena berkorban. Korban ada banyak sudut. Ini amanah Allah. 

Saya nak berjaya tanpa mengabaikan amanah ini. Tinggalkan dengan suami je. Ya, kalau suami kita sihat. Suami Kak Maz sakit.

Takpe, Kak Maz usahakan pada ilmu yang lain. Ilmu Allah ini luas. Hati guru ini milik Allah. Ada yang sanggup mencurah tanpa ganjaran. Allahuakbar.

Tahun ni rezeki Kak Maz, mungkin ganjaran dari Allah setelah 10 tahun jaga mentua. Kak Maz dapat belajar blog 2 kali dari Cikgu Masayu. Secara percuma. Dapat ebook dan latihan dari fotografer terkenal Kamalia Kamal, tentang cara menggunakan telefon pintar untuk membuat dan menangkap gambar yang cantik.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Kak Maz tak sempat nak mengaplikasikan kesemuanya lagi, masih dalam pembelajaran.

Sebelum menggali ilmu yang diwar warkan, kita kaji dulu. Ikut modal. Ikut perkembangan insan yang pernah belajar. Kerana ada segelintirnya hanya copy paste sahaja ilmu. Mereka sendiri belum mencapai apa-apa pun, dah boleh jadi penasihat syarikat mahupun founder.

Moga kita dilindungi Allah. Ilmu biarlah berkat. Ilmu biarlah bermanfaat.
Sanggup bergadai untuk ilmu, berbaloi ke?
Atas komitmen anda, asalkan amanah Allah itu terjaga sempurna. Jika amanah terabai dek kerana ghairah ilmu, pada Kak Maz TIDAK.

Kumpul modal. Barulah jejak ilmu, akan terasa berkatan.
Allah sedang menguji kita.
Jangan tersalah memilih dan melangkah.
Tak salah bersabar.



Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku

Demam

Demam Oh Demam
Teks : Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com

Acapkali kalau demam, mesti dia akan menyerang tekak dulu. Masya Allah, perit sungguh dibuatnya. Nak menelan air pun terasa perit.
Tidur jadi tak lena, kering dan perit. Tengah malam terjaga, tengok encik abang bangun nak makan ubat. Kak Maz minta diambilkan segelas air.

Bila minum, tiba-tiba rasa hiba. Ya Allah, nikmat air tidak dapatku rasai. Kebas dari hujung lidah hingga ke dalam tekak. Ya Allah. Takut. Hiba. Nak menangis pun ada.

Esok paginya, seluruh badan terasa sengal dan bisa. Anak-anak tak ke sekolah. Encik suami terpaksa pergi sendiri. Kesian dia, dia pun tak sihat.

Demi anak-anak dan suami, Kak Maz gagahkan untuk menelan panadol dan rehat. 
Mujur anak-anak memahami. Makan meggi buat sendiri. Pakat main diam-diam. Bila diminta urutkan kaki, mereka bergilir-gilir urutkan sehingga Kak Maz tertidur.

Petang pula, badan masih sengal lagi dan kepala masih berbaki pening. Teringat ada garam bukit dalam bilik. Kak Maz gagahkan pergi mandi garam. Mandi garam bukit ni memang banyak khasiatnya. Kebetulan masa demam malam tadi ada bermimpi serangga berbisa.

Alang-alang khasiat garam ni boleh menepis aura negatif dan mistik, kita ikhtiarkan. Sambil mandi, bacalah apa-apa di dalam hati.

Alhamdulillah, dengan izin Allah malam ni Kak Maz dah rasa kebah tetapi tak leh tidur pula. Mungkin waktu siang hari dah tidur lama.

Tak ada nak buat, Kak Maz tulis lah entri ni. Mana tahu, ada pembaca kan.
Ada yang nak tahu pasal garam bukit ni?
Bolehlah wasap Kak Maz 0163961956. Garam ni bagus dan kebetulan dah diruqyahkan.

Disuntikkan dengan aura yang baik. Dengan haruman bunga ros. Kesemua bahannya ada khasiatnya tersendiri.

Membantu:

  • Membuang aura negatif menjadi positif
  • Mendinding diri dari anasir tak baik
  • Membangkitkan aura seri wajah yang baik
  • Memberikan anda keyakinan diri yang tinggi.
Alhamdulillah. In shaa Allah, ia antara ikhtiar kita. Kak Maz amalkan seisi keluarga.


Kak Maz memang akan mandi selalu dengan garam ni terutama bila dalam fasa "down", maka akan keraplah mandinya sehingga terasa aura kebangkitan itu datang.
Orang susah percaya. Karutlah. Kurafatlah.
Benda ni jadi salah bila nawaitu kita yang menyongsang.
Kerana cara guna pun, kita mohon dengan Allah. Mohon keizinanNYA.

Amalkanlah jika anda seorang yang sering murung, sering kecewa, sering ragu-ragu.
Ini ikhtiar.



Maziana Zainal

Wednesday 15 November 2017

Kenduri

Tempahan Untuk Kenduri Lagi
Teks: Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com


Pelanggan kembali membuat tempahan untuk kenduri. Kali ini adalah kali ke 3.
Kak Maz bayangkan pelanggan itu dari daerah berdekatan yakni Ampang, rupanya Bangi.
Subnaallah.

Katanya, setiap kali kenduri pasti mahukan karipap goreng Kak Maz. Malah tetamu mereka juga menantikan karipap Kak Maz.

Kak Maz goreng atau frozen?
Keduanya Kak Maz buat tau. Cuma harga frozen dan goreng tak sama. Tapi tetap mampu milik.

Berapa rm Kak Maz?
Frozen rm3.50 sebekas
Goreng rm4 sebekas.

Biasanya customer ini akan ambil sendiri. Wah! Seronok kan?.
Nikmat dari Allah dan dengan izin dariNYA.


Terus sususn dalam bekas. Senang disediakan untuk tetamu.
Kak Maz tengah mencari bekas yang cantik dan murah supaya pelanggan tak perlu pulangakan bekas.


Maziana Frozen
Bisnes Sejukbeku
0163961956

Hati Ini

Mencari Kekuatan Diri
Teks: Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com


Hati seorang ini rapuh sebenarnya tatkala melihat insan disayanginya dilanda ujian.
"Biar aku yang diuji, bukan dia."
Itulah naluri seorang anak, isteri mahupun ibu.

Rapuh diri ini, kita mampu mencari solusinya. Mencari di mana kekuatan kita.
Betul tak sahabat Kak Maz yang sedang membaca ni?

Lama Kak Maz menyepi.
Suami selalu semput dek kerana air masuk peparu, tetapi beliau enggan ke hospital mahupun klinik.
Bila batuk, beliau akan termuntah muntah. Keluar segala air. Batuk berserta muntah, serentak berlaku sehingga beliau hampir sesaj nafas.
Gap reda tak sampai berapa minit, beliau akan batuk dan muntah tanpa henti beberapa minit. Lembik dibuatnya.

Saat lega seketika, beliau menasihatai " Sayang, andai abang mati. Jaga diri dan anak-anak yea."
Airmata mata tak kan mengalir. Hati mana tak kan resah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Begitu juga dipesannya pada anak-anak.
"Ibu, kenapa ayah cakap macam tu. Kami takut. Kami sayang ayah. Kami.nak ayah ada."

Hampir 2 bulan keadaan ini berlarutan. Ada masa ok, alhamdulillah. Tetapi kebanyakkannya tidak.

Hati ini mencari kekuatan.
Hati ini terusan menggali kesabaran, ketabahan dan ketaqwaan.
Hati ini...

Duhai Pemilik Hati,
Ya Rahman Ya Rahim
Suburkanlah hati ini dengan iman, agar aku sentiasa redha dan pasrah atas segalanya.
Engkau uji aku, kerana aku mampu. Zahirkanlah kemampuanku itu agar aku merasai kesabaran, ketabahan dan keimanan untuk harungi ujianMU ini.