Sunday 8 January 2017

Diriku

Diriku
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blodspot.com

Bismillah
Assalamualaikum, salam ukhwah dari saya.

Nama saya panjang tau, Noormaziana Binti Zainal Abidin. Panggilan saya ada macam-macam versi, ada Noor, Noorm, Noorma dan Maziana. Nak berkenalan? Jom email ke saya di sini puanmazianazainal@gmail.com .

Bermulanya kerjaya
Alhamdulillah, saya adalah graduan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara. 
Lepas belajar, saya dapat tawaran bekerja sebagai Guru Sandaran di Kolej Profesional Mara. Mengajar pelajar-pelajar Diploma Perakaunan, subjek Costing. Pengalaman mengajar ni banyak menyedarkan saya, betapa senangnya subjek tu. Ruginya saya dulu sebab tak memahami subjek ni. Paling saya seronok jadi pengajar, bilamana seorang pelajar berlari dapatkan saya dengan tangisan. Dia pelajar mengulang, dia tak pernah dapat markah seratus peratus sepanjang belajar. Allahuakbar,saya sekadar membantu sahaja. Hanya dua bulan sahaja saya sempat mengajar mereka, sedih tak berpeluang lagi.

Selepas itu, saya ditawarkan pelbagai pekerjaan. Pernah bekerja sebagai Pembantu Tadbir, Kerani Akaun, Eksekutif Akaun Dan Pegawai Pengurusan. Pelbagai pengalaman saya telah tempuhi, antaranya:

1. Menguruskan kursus latihan untuk Enginer, dari buat tawaran melalui email sehingga habis       kursus.
2. Menguruskan akaun sebuah restoran.
3. Menguruskan stokis, dari merekod stok sehingga keseluruhan pengrusan stokis ( agen,        
    stokis, urusan bank, urusan pekerja, urusan pentadbiran syarikat).

Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.
Saya berhenti selepas melahirkan anak kembar. Maka bermulalah episod berniaga.
Bak kata orang tua-tua, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Dari kecil telah didedahkan dengan alam perniagaan. Bermula dengan berniaga kedai runcit sehinggalah ke bidang makanan. Dan kini, saya berniaga secara online. Bermacam produk saya jual, antaranya Kek Keju Meleleh Chef Sanif, kuih-muih frozen, kek batik, kek gula hangus dan barangan kesihatan.

Kemahiran dari pengalaman
Dek kerana sering membantu Ayahanda Bonda suatu berniaga dulu, saya menjadi mahir dalam membuat kuih muih tempatan. Berjinak-jinak pula dalam membuat kuih-muih sejukbeku.
Sering mengambil tempahan kuih-muih serta kek untuk majlis dan kenduri.

Kemahiran memasak saya bermula sejak ayah dapat kontrak membekalkan makanan ke pesalah tahanan lokap di Balai Polis Temerloh dan Mentakab. Memasak dalam kuantiti mencecah seratus lebih. Tetapi makanan ringkas sahaja seperti nasi, lauk sayur dan ikan atau ayam.

Bab berkomunikasi dengan pelanggan, tiada masalah bagi saya. Layanan antara pelanggan dan saya, tiada bezanya saya dengan teman-teman. Ia membuatkan komunikasi kami mesra dan selesa.


Bahan bacaan kesukaan.
Sebab saya suka baca buku-buku berunsur motivasi, saya sentiasa belajar untuk berdikari, berfikiran positif dan sentiasa mahu berjuang ke hadapan. Dengan bacaan sebegini, ia membantu diri saya sendiri untuk jadi rasional bila ditimpa musibah.

Selain tu, saya suka baca buku tentang herba, rawatan alternatif dan memasak. Bolehlah memasak kalau nak makan sesuatu, terutama makanan kegemaran saya. Almaklum duduk jauh dari orang tua.

Berminat dengan blog
Saya bercadang nak berkongsi dengan anda semua tentang semua perkara, sama ada journal kehidupan, masakan dan perniagaan. Nanti anda cari saya di sini tau mazianazainalabidin.blogspot.com .

Sedar bahawa blog juga bahan bacaan umum, saya bertekad untuk belajar cara menguasai supaya ia bermanfaat untuk semua. Mujurlah bertemu Puan Masayu dan pasukkan Kelas Blog, saya berpeluang sertainya.



No comments:

Post a Comment