Friday 28 July 2017

Kemaskini

Kemaskini
Teks & Foto : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Lama sungguh Kak Maz tidak mengemaskini dokumen dan produk. Bila ini berlaku, faham sahajalah apa risikonya. Risikonya bila kita ingat produk masih ada, rupanya dah habis.

Aduhai.
Fokus pada bahagian pembuatan dan pembungkusan produk sejukbeku, yang lain terabai.


Tengoklah meja Kak Maz, agak penuh sesak. Hahaha.
Itu baru satu produk, Magicblue. Deodorant paling selamat diamalkan. Walaupun dari usia kanak-kanak.

Petang ni, stok kek pula sampai. Mula meroket semula. Kek keju meleleh Chef Sanif dan Kek Umieaisyah, keduanya ada peminatnya tersendiri.

Komitmen sebagai agen, bukan boleh ambil ringan. Bersalah betul Kak Maz pada mereka tapi nak buat macam mana, kegawatan ekonomi keluarga.

Anak-anak kembar silih berganti sakitnya. Perkara yang sama berlaku seperti tahun-tahun lalu. "Anak puan tak sakit, semua pemeriksaan normal."  Keadaan anak makin teruk.

Sejak Klinik Wan Julia dapat dignose sakit anak dan anak makin sihat, harapan kami melihat anak sihat bersinar kembali. Cuma kos rawatan dan ubat mahal.

Mahal?
Aah mahal tapi sangat berbaloi. Dengan layanan doktor dan staf serta ubat yang berkualiti.

Kami kena berusaha lebih untuk rawatan itu. Moga ada rezeki dari Allah daang melimpah limpah tanpa hentinya.

Aamiin.

Maziana Zainal

Tuesday 18 July 2017

BAGAIMANA SAYA KELUAR DARI ZON HUTANG & KEJATUHAN

Perkongsian hebat dari wanita hebat : Puan Ernayanee Nur Julaimi

BAGAIMANA SAYA KELUAR DARI ZON HUTANG & KEJATUHAN .. 

Dari hari ke hari nak mengarang khas buat ramai yang pm saya sebelum ni. Maaf baru sempat nak publish kisah ini.

Ramai yang mengikuti kisah saya yg jatuh terduduk ditimpa tangga , malah ditimpa bagunan..Saya banyak cerita zaman kejatuhan & zaman dah berjaya tapi proses saya nak bangkit ramai yg tak tahu dan nak tahu.. Kerana ramai juga sedang mengalami situasi kejatuhan mcm saya dulu 😭... Thanks pm inbox saya.

Semoga kisah ini membantu anda keluar dari hidup yang terlalu sempit... Mungkin ada yg tiada tempat utk bergantung.. Ini cara yang saya lakukan semasa saya jatuh. Dan waktu ni saya memng malu dengan semua orang termasuk keluarga sendiri. Jadi hidup saya stress dibelenggu dengan hutang , takder kawan dan malu ngan mama ayah saudara mara... Sebb saya banyak pinjam duit utk survive dan berniaga...

1) SAYA NEKAD BERUBAH..

Yup, saya nekad tidak mahu menjadi erna yang sama, buat benda yang sama hasil tetap sama.. Saya nekad tidak mahu bergantung pada ayah mama ( pinjam duit mereka ) .. Saya taknak menjadi beban kepada sesiapa.. Saya nak jadi erna yang ceria, yang bersyukur , yang berjaya. walaupun ditimpa pelbagai kesusahan. Memang dari dulu nak berjaya tapi sejak kejatuhan .. Saya banyak diam, menyendiri, stress, bingung, disahkan dalam tekanan ( sintom orang gila kalo tak dirawat ) Mengharap keajaiban ... Tapi semua tak berlaku  kalo saya sendiri tak nekad ...

2) SAYA KELUAR DARI ZON SELESA

Zon selesa, maksudnya dulu kerjaya saya dengan gaya korporat, banyak jumper client. Closed case.. Closed sales.. Gaya memng " biar papa asal bergaya " dulu... Cerita duit kepuk2 tapi sendiri nak makan pun sebenarnyer berkira.. Apatah lgi nak belanjer orang.. Sebb duit memang takder...Yes ni lah saya dulu..

Saya mula keluar dari zon selesa saya, saya mula buat mcm2 kerja .. Tak kisahlah kejer aper.. Asalkan saya dapat duit utk survive..

Antaranya saya jadi cleaner.. Jadi pemandu bas kilang.. Jadi penyanyi dangdut  ( bukan sebb suara sedap ) tapi terpaksa.. Saya tebalkan muka buat kejer apa apa.. Pernah diupah menjadi Pa..  Bekerja 3 bulan di syarikat nodus tapi berhenti.. Kemudian Sikit lagi nak jadi security kat tempat kerja ayah.. Hahaha.. Bayangkan dari berkot tetiber pakai baju uniform security.. Bukan tak boleh.. Tapi waktu tu tak jadi.. Kalo ikutkan hati memng tak kisah dah lah orang ckp aper.. Asalkan saya boleh kejer n dapat rezeki sendiri..

3) SAYA BERHIJRAH DARI SUNWAY KE BANGI   & TUKAR KAWAN

Tak sanggup nak duduk ditempat yang sama , saya berhijrah pindah di rumah flat kat kajang impian.. Lari dari kawan kawan lama dan keadaan dan situasi lama  .. Saya nak mulakan hidup baru tanpa kawan kawan lama. Tak sanggup hari hari mengenangkan nasib dan kisah benda yang sama , menyesal itu dan ini.. Sampai biler?... Topik kejatuhan hari hari.. Seolah2 gelap dah masa depan .. Stress.. Lagipun dah tak mampu menyewa di sunway.

Saya mencari kawan baru yang tak tahu pun kisah silam zaman kegelapan hidup, sebb mereka tak perlu ungkit kisah lama ..

4) TUKAR NO FON.

Terpaksa, bukan sebb nak lari dari bayar hutang.. Tapi hidup bagai nak giler bila hari hari orang minta hutang.. Nak mulakan hidup baru tapi tak mampu sebb fikirkan hutang dan orang yang mengejar..bukan taknak bayar tapi duit takder.. Ader yang doakan kejatuhan.. Dapat masej doa supaya saya jatuh sebb x bayar hutang.. Hari hari menangis.. Kenapa mereka sanggup doakan kejatuhan?!  semakin saya jatuh lagi semakin susah saya nak membayar...

Masa tukar no fon baru tu, saya niat bila saya senang saya nak bayar semua hutang dan bila saya senang jika orang berhutang ngan saya, saya halalkan sejak dier berhutang... Sebb saya tahu bagaimana rasa memberi dan berhutang 😭😭... Niat hanya nak mulakan hidup baru dan taknak terlalu fikirkan hidup yang lama..

5) MULAKAN RUTIN BARU

Saya mula ubah cara saya hidup .. Lepas subuh saya taknak tido lagi, saya bangun dan saya buat senaman aerobik.. Alhamdulillah senaman membantu saya kembali cergas dan hilang dari tekanan.. Dan waktu tu badan saya yang gemuk semakin kurus dan bertenaga.. Hidup lebih bertenaga.. Kemudian saya mulakan kerja-kerja saya sehinggalah jam 12 malam.. Im work hard then before.. Otak pun berfungsi dengan baik...

Tapi sekarang hehe badan kembali membesar..hahaha...sebb otak banyk berfungsi badan banyak duduk rehat tak but aktiviti peluh huhuhahh.. Janga tiru hah .. Nak aerobik lagi lah lepas ni

6) BERBAIK DENGAN FAMILY ..

Yes fokus waktu ni banyak pda family.. Saya tahu mama ayah risau pasal saya.. Tapi setiap kali balik kg saya buat buat gembira dan mcm takder aper2 berlaku.. Saya dah kurang minta duit ngan ayah.. Sebb dah mula wat kejer2 tepi... Dan paling best hidup lebih bermakna dan lebih indah selepas mama merestui perjalann hidup saya yang sebelum ni tidak.. Dan Alhamdulillah saya dapat rasa perbezaan yang ketara hidup diredhai atau tidak diredhai mak ayah mcm mana 😭😭

7) SAYA BERDOA & MERINTIH MENGADU PADA YANG ESA..

Selepas saya nekad, antara rutin harian saya adalah menunggu waktu solat utk meminta dan mengadu 😭😭.. Saya ubah cara saya bergantung harap dari manusia kepada pencipta.. Saya doa dikeluarkan dari hidup yang penuh dosa dan dberikan jalan keluar dari kegelapan.. Saya doa hari hari penuh harap.. Waktu ni saya tak luper utk solat hajat dan solat malam.. Saya minta saya jumpa perniagaan yang boleh mengubah hidup saya supaya saya juga mampu mengubah hidup ramai orang lain ...

JALAN KELUAR...
Akhirnya Allah perkenan kan doa saya, ekonomi mula berubah selepas saya berjumpa dengan kawan lama yang tunjukkan saya lubuk buat duit.. Dan waktu tu saya dah taknak jumper orang lagi sebb malu... Saya mulakan business online.. Terinpirasi dengan kisah IRFAN KHAIRI.. Jutawan internet..

Saya nekad menjadi jutawan internet.. Dan disinilah saya bermula... Berniaga internet... Dari 8 pagi sampai 12 malm dari rumah ... Saya betul2 nak berubah... Dan saya nekad bukan hanya naknbayar hutang tapi nak betul2 berjaya utk bantu ramai lagi orang yang serupa saya.

Kenapa saya tak bekerja?... Sebb saya tak abiskan thesis saya , maka saya adalah orang yang tak abiskan pengajian.. Ader hikmah..

Sebb selepas kami jatuh beramai2.. Ramai kawan2 yang seangkatan mula bekerja di syarikat2 besar.. Mereka bekerja... Dan saya?... Hanya ada sijil spm jer & matrikulasi. Waktu tu Saya menyesal takder sijil..

Tetapi Bila direnungakn semula setiap yang berlaku ada hikmahnyer & akhirnya saya menjadi usahawan sebb usawahan tidak memerlukan semua itu..  Percaturan Allah yang terbaik..

Saya tak naik dengan mudah.. Proses utk saya bangkit ambil masa 4tahun baru saya lepas dari segala hutang dan  hidup betul betul stabil.. Sekarang saya masih meminjam kekayaan Allah utk perbaiki kehidupan orang yang bersama dengan saya..

Alhmdulillah Bila dexandra wujud saya dapat masej hampir setiap hari orang berterima kasih dan ucap kesyukuran.. Walaupun ada juga yang ingin menjatuhkan perniagaan ini, dan berniaga sesuka hati.. Mereka nampak HQ kaya.. Tapi saya tak lalui dalam semalam atau sekelip mata..

Dari pengalaman jatuh bangun selama ini saya belajar bagaimana mensyukuri segala nikmat yang Allag bagi walaupun saya diduga sehingga kini.. Saya bersyukur melalui kegagalan utk saya belajar pada usia muda .

P/s : kepada yang sedang mengalami kejatuhan yakin pda Allah dan kembali balik kepada fitrahnya.. Hanya dier yang dapat menyelamatkan kita..

P/s : Jika ader sedikit duit pegilah umrah dan mengadulah dan memintalah .. Dulu saya tak pergi tapi saya karang 2 muka surat panjang dan berikan doa saya kepada mama yang pergi haji .. Dan saya masih simpan lagi surat tu.. Satu2 doa saya di makbulkan Allah.. Jangan putus asa ya.. ALLAH ader dengan kita .. Cume kita tak pergi kepadanya...

Wednesday 12 July 2017

Alkisah Rumah Terbuka

Alkisah Rumah Terbuka
puanmazianazainal@gmail.com

Kisahnya kekanda Kak Maz nak buat rumah terbuka buat teman-teman dan sanak saudara, jadi beliau tak mampu nak menyediakan semua juadah yang banyak dan menempah karipap, temosa dan rendang daging sebanyak 5 kilo.

Mampu ke Kak Maz buat seorang diri ni? Tertanya-tanya pada diri sendiri. Suami juga mempersoalkannya juga.

Kak Maz duduk bertenang seketika untuk berfikir dan menyusun strategik apa yang perlu dibuat dahulu. Bila strategi dah ada, Kak Maz mula menulis bahan-bahan yang perlu dibeli.

Masa membeli, Kak Maz bawa buku catatan tadi untuk menulis harga kos setiap barang. Ia bertujuan untuk kita membuat pengiraan kos bagi meletak harga untuk menjual. Tapi dalam kes ni, Kak Maz hanya ambil kos belian sahaja. Kakak sendiri, tak kan nak berkira.

Selesai membeli, maka bermulalah proses menyediakan karipap dahulu. Sesudah siap mengikut kuantiti order, kita buat tempahan kedua pula iaitu temosa.
Rendang daging, Kak Maz buat hari Sabtu. Rumah terbuka hari Ahad.

Tiba hari Ahad, kami bergerak awal ke Shah Alam. Wah! Orang dah mula ada, sepatutnya bermula pukul 3 petamg sampai 11.30 malam.
Kak Maz terus ke dapur untuk menolong menggoreng karipap dan temosa.

Hati ini berdebar-debar menunggu reaksi tetamu yang datng menjamu. Suami Kak Maz pun sama. Tak pernah terniat nak berjual atau mempromosikan produk. Inilah masa kita beramah mesra dengan tetamu.

Rupa-rupanya, bonda serta adinda dan kekanda Kak Maz buat pemasaran. Terkejut bila ada yang memanggil dan bertanya bagaimana untuk menempah. Ada yang nak masa tu juga. Mujur stok kekanda Kak Maz ada. Ingat seorang je mahu, tetapi seorang lagi pun mahu. Kesian kekanda, stok dia tinggal sedikit tetapi tak sanggup menolak permintaan mak sedara.

Bukan setakat masa rumah terbuka sahaja. Hingga hari ini, ada yang menghubungi untuk menempah. Alhamdulillah, sesungguhnya ia nikmat dari Allah SWT.

Semoga Kak Maz terus berjaya. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Semoga Allah melindungi Kak Maz dari penyakit ain dan qalbu manusia.


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

Cara Cepat Menyelesaikan Hutang

CARA CEPAT MENYELESAIKAN HUTANG DENGAN SAYYIDUL ISTIGHFAR
puanmazianazainal@gmail.comcom

Titipan dari seorang sahabat untuk sahabat yang lain.

Sebenarnya banyak cara yang dapat kita lakukan untuk cepat menyelesaikan hutang. Hutang duit, hutang yang bertimbun sampai setinggi gunung, Insya Allah selalu ada jalan terbaik dari masalah tersebut.

Hutang sebenarnya merupakan akibat dari perbuatan kita sendiri. Akibat dosa kita. Baik dosa kepada Allah, mahupun dosa kepada manusia. Betul ke betul?. Tak percaya?

Manusia (Nabi Adam) diciptakan oleh Allah SWT dengan jaminan rezeki yang melimpah ruah. Allah memuliakan manusia (Nabi Adam). Allah memuliakan Bani Adam. Segala yang diinginkan manusia, Allah kabulkan saat itu juga. Cuma kerana melakukan dosa, kata Allah 'jangan makan buah khuldi', tetapi manusia (Nabi Adam) melakukannya, maka Allah terus melemparkan manusia ke muka bumi.

Ketika di bumi, apa yang dinginkan manusia tidak semudah ketika di syurga. Lebih susah hidupnya. Di bumi manusia harus berusaha. Untuk makan, manusia harus memanjat pokok, memetik buah, dikupas, baru boleh dimakan.

Lalu, apakah manusia berhenti berbuat dosa? Manusia terus berbuat dosa. Akhirnya tak boleh nak memetik sekarang, harus kena tanam dulu. Tanam benih, tunggu tumbuh sekian bulan sekian tahun,  masak baru kemudian baru boleh dimakan.

Tapi apakah berhenti manusia dosanya? Dosa lagi. Dosa terus. Akhirnya sekarang tidak boleh nak tanam, kena beli pulak. Sehingga manusia harus berusaha untuk mendapatkan duit  untuk membeli keperluannya. Pergi pagi pulang petang. Pergi pagi pulang malam, bahkan ada yang pergi pagi pulang pagi lagi. Banting tulang. Kerja keras untuk mendapatkan duit. Lebih susah hidupnya.

Lalu, apakah dosa manusia berhenti? Dosa lagi. Tak berhenti manusia melakukan dosa. Akhirnya, tak boleh nak beli. Sekarang harus berhutang untuk mencukupi keperluan hidupnya. Beli rumah berhutang. Beli kereta berhutang.Beli sofa berhutang. Beli TV berhutang. Lebih susah hidupnya.

Jadinya, apakah manusia berhenti melakukan dosa? Tak! Dosa lagi, dosa lagi. Sehingga apa? Untuk mencukupi keperluan hidupnya, manusia harus gali lobang tutup lobang. Dan lebih parahnya, kalau terus menerus melakukan dosa, akhirnya hutangnya semakin menggunung. Hidupnya penuh dengan kesusahan. Hidupnya penuh dengan hutang. Sampai bila manusia berhenti dengan kesusahan? Saya tak boleh nak  jawab.

Sampai di sini, kita boleh tahu, apa penyebab kita hidup susah? Apa penyebab hidup kita banyak masalah? Apa penyebab kita banyak hutang? Mungkin salah satunya kerana DOSA.

Memang, kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan salah dan khilaf. Tapi, apakah kita ada cara untuk menebus kesalahan dan kekhilafan kita? Sudah tentu! Banyak-banyaklah ber istighfar. Banyak-banyaklah minta ampun. Banyak-banyaklah bertaubat. Insya Allah, Allah akan berikan pengampunan dan jalan keluar. Hutang akan selesai.

Masya’Allah.... Berikut ini adalah doa Sayyidul Istighfar. Doa yang Insya’Allah boleh menghapus segala kesalahan dan dosa kita. Bacalah setiap hari. Bacalah setiap malam, terutama setelah solat tahajjud. Bacalah banyak-banyak. Sekurang-kurangnya 11 kali.



Semoga bermanfaat buat Shabat Syurga :)


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

Saturday 8 July 2017

18 TIPS UNTUK REZEKI MENCURAH CURAH

18 TIPS UNTUK REZEKI MENCURAH CURAH 
Perkongsian dari sahabat facebook Kak Maz.
puanmazianazainal@gmail.com


saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.

tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya.

1. selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. bayar hutang dulu. sedekahkan 20 al fatihah pd mak ayah masih hidup atau sudah meninggal

2. pagi2 lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. ampunkan aku Ya Allah. minta ampun betul2 pagi2

3. lepas tu baru dhuha. bila dhuha saya tak doa nak rezeki. masa lepas doa saya buat kesyukuran. bgtau ya Allah tima kasih bangun lagi pagi ni utk mohon ampun. ya Allah tima kasih ada suami yang baik.

senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak nya. menitik air mata bila senaraikan. Allah malu dah nak minta lagi banyak

jaga aurat..labuhkan baju, tudung dan stokin.

istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyak nya rezeki.

nak tips lagi ke?

4. saya biasanya buka enfon selepas jam 10 pg selepas saya siap 3 di atas.

sepanjang bekerja banyakkan zikir hasbunallahuwanikmal wakil - cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.

5. saya berhenti rehat 10 min sebelum zuhur. habiskan 1 surah pendek al waqiah sambil tunggu zuhur.

selepas solat amalkan
33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad

sambung keje.

stop 10 min sebelum asar utk baca al mulk dan asar awal waktu.

bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. banyak benda boleh buat.

dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.

nak lagi tips?

6. lebihkan masa bersama kuarga selepas asar sehingga maghrib jemaah sama2 sehingga lah isyak berjemaah

tak dapat di masjid. amalkn di rumah.

7. setiap hari amalkan sedekah walau pun singgit. masa saya susah hutanh banyak..saya buat air sirap..buh dalam botol banyak2 dan sedekah pada orang sapu2 sampah. tu je saya mampu masa tu.

8. antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu.

9. saya tak mampu sedekah wang. saya ajar orang lain menjual percuma. saya nak sedekah ilmu sahaja.

nak lagi ke tips? takut bosan je hehehe

10. sebelum tido amalkan 1000 istighfar mohon ampun apa kita dh buat seharian.

11. solat taubat sebelum tido. biasanya saya tido awal jam 10 mlm bangun balik jam 11 mlm sehinggalah jam 3 pagi

atau saya tido jam 12 mlm bangun jam 4 pagi

12. masa ni jam 4 pagi awak tahajud minta lah dengan tepat. doa betul2 minta merayu betul2. lau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa. bila nak bayar.

13. sebelum tido minta maaf ngan suami. jaga betul2 hubungan suami isteri. lebihkan akhirat..lebihkan suami daripada bisnes.

ada lagi ni nak lagi ke? hihi

14. paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.. duk baik2.. saling terima kurang lebih masing2. kita semua tak sempurna.

15. redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.

16. mula belajar. rendahkan ego. lau orang tu berjaya.pegi jumpa dia belajar. hormat guru kita.

saya ngan armar masih bekerjasama walaupun sudah 7 tahun.. sebab saya anggap armar guru saya. time saya susah dia banyak bantu saya. time saya ada ilmu, bantu pula team armar yang lain.

17. sentiasa lah merendah diri. ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. bisik pada diri. kau hanya meminjam.

18. jaga orang tua. berkhidmat masa mereka masih ada. saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti keje untuk jaga arwah mak sediri.kuar masuk wad dengan dia sehingga lah mandian terakhir di pangkuan saya...



Maziana Zainal

Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik
Perkongsian dari sahabat facebook.
puanmazianazainal@gmail.com

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

31.Solat akhir di akhir malam kerena akan menyehatkan badan dan akal

32.Baca AlQuran kerana akan menghilang kerunsingan

33. Bagi makan pada orng lain kerena umur anda akan berkat

34.Solat berjemaah kerana ia akan mengaktifkan sel sel otak

35.Sedekah rm1 setiap kali lepas solat subuh kerana dikira orng yang pemurah

36. Berjalan ke masjid lebih baik dari berjalan ke pasar malam

37. Makan apabila lapar sahaja anda akan sihat

38.Jangan ada ego dan sombong walaupun sebesar sawi kerana ia sifat yg ada pada saitan

39.Jangan mengharap pada manusia kerana anda akan jauh dari Tuhan

40.Bersabar kerana ia akan menjadikan anda hebat

41.Jangan jadi hamba dunia @ duit kerana anda akan ditipu atau anda akan jadi penipu

42.Cium lah ibu mu kerana ia akan melapangkan rezeki anda

43.Bersahabatlah dengan alim ulamak kerana anda akan jadi alim

44.Gunakan akal anda walau sesaat setiap hari fikirkan nasib anda selepas mati

45.Suruh orang buat baik kerana akan ubah hati anda jadi baik

46.Ingat akan mati setiap kerana ia akan menghalang anda dari buat dosa

47.Jangan ada dengki dan iri hati kerana anda jadi manusia miskin akhirat

48.Kalau anda tidak mampu buat baik jangan menyusahkan orng lain

49.Jangan putus asa buat baik

50.Bersangka baik pada diri dan orang lain pasti anda akan disayangi

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Sangat baik untuk dikongsikan bersama.


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

Wednesday 5 July 2017

Rezeki Milik Allah

Rezeki Milik Allah
puanmazianazainal@gmail.com


Sesungguhnya rezeki itu milik Allah. Dalam kita hampir berputus asa, DIA hadir dengan rezekiNYA. Rezeki yang kita sendiri tidak menduganya.

Tipulah jika Kak Maz tak tersentap setiap kali jualan merundum apatahlagi bila jualan zero sebulan. Resah gelisah dan tak keruan jadinya. Duit modal hampir menipis. Allahuakbar.

Kadang jadi manusia ni, kita alfa. Meminta lebih dari berusaha. Majikan mana yang suka kan? Kita jadi bos, pasti akan benggang. Tetapi bila kita bermajikan dengan Allah, ia sangat berbeza.

Ada sesetengah sifu bisnes berkata, usaha 20% manakala menjemput rezeki 80%.
Macam mana menjemput rezeki? Tak sama ke dengan mencari rezeki?
Haa, dengan perkataan pun kita tahu beza. Menjemput dengan mencari.

Asbab dari kita menjemput, kita tidak mudah kecewa malah rezeki datang dengan pelbagai pakej.
Macam mana menjemput rezeki? Nanti Kak Maz kongsikan bersama anda yea.

Alkisah Kak Maz di Ramadhan yang lalu, tempahan masuk saban minggu sehinggalah Kak Maz jatuh sakit. Sipi-sipi nak raya baru sihat.

Yang tertangguh itu, bersambung di Syawal ini. Alhamdulillah.
Kejayaan bukan datang serta merta tau. Allah Pemilik Rezeki dan Allah Pemegang Hati pelanggan kita.

In shaa Allah, yakinlah. Kita manusia selalu goyah bila diuji, kembalikan cepat keyakinan pada Allah. Maka rezeki akan menyusul bersamanya.

Ingat kata ustaz,
Rezeki tak pernah salah alamat
Rezeki tak pernah salah tuan
Rezeki datang tepat pada waktunya, samaada cepat atau lambat


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)