Thursday 3 December 2020

Disember 2020

 Assalamualaikum

Disember 2020, bulan akhir disetiap penutup tahun tahun. Bezanya tahun ini, kita diuji. Ops 1 dunia diuji dengan pandemik Covid 19.

Menakutkan, menyeramkan, menyeksakan, meresahkan dan pelbagai lagi. Ada yang tekanan perasaan melampau.

Allahuakbar. Sesungguh setiap sesuatu yang berlaku adalah dalam pengetahuanMU Ya Rabb.

Pembelajaran anak anak tergendala. Banyak peperiksaan juga tertunda ke tahun hadapan. Tak tau nak suka atau berduka.

Sepanjang hayat yang kubawa ini, inilah kali pertama berlaku. Aku tempuhi demi amanah amanah yang KAU berikan ini. Sendirian. Tanpa suamiku. Ya Allah, KAU Maha Tahu SegalaNYA.

Awalnya ku rasakan lemah kerana tiada lagi sandaran untuk aku paut tatkala resah gelisah. Aku alfa sejenak. Tempat yang wajib aku sandarkan adalah padaMU Ya ALLAH, Ya Tuhanku.

Aku mengali dan terus mengali. Mencari pengertian disetiap sudut.
Aku disedarkan dengan sebuah lagu, Wujudku BayanganMU. Sesungguh hidupku ini telah KAU susun dari azali. Aku pemain watak dalam ceritaku yag telah KAU ciptakan dalam ceritaMU.

Bermuhasabahlah. Itu yang terbaik dalam meniti perjalanan ini sehingga kau dijemput Illahi. Peganglah bahawa setiap apa yang berlaku, DIA Maha Tahu. Bermunajatlah.

Sesungguhnya aku juga khilaf dalam perjalanan ini. Mujur Allah sedarkan aku. Menjentik hatiku tatkala aku terlanjur berdosa. Aku Pendosa.

Istighfar sebaik baik amalan tatkala kita sedar dari kesilapan. Amalan zikir ini sangat bagus. Berapa banyak tak penting tetapi kualitinya yang kita mahukan. 

Bagaimana?
Dengan kita memahami makna istighfar dan menzahirkannya di dalam hati setiap kali menzikirkannya.
" Ya Allah, ampuni aku. Sesungguhnya aku telah berlaku kesalahan dalam urusanku, ibadahku dan amalanku. Aku pendosa. Ya Allah Ya Ghafur yang Maha Pengampun, ampunilah aku."
Astaghfirullah hal a'zim.

Bicaraku bukan kerana aku baik. Bukan juga bicara seorang ustazah. Sesungguhnya bicaraku adalah keinsafanku, kekesalanku. Dengan bicara, aku sebarkan akan kisahku agar yang tidak baik usah diikuti. Ikutilah yang baik baik.

Mujur aku juga pengamal Mandian Garam Bukit, aku dapat menyahkan energi tak baik. Jadi ibadah dapat aku laksanakan dengan baik, dengan rela hati. Tanpa dipaksa tanpa memaksa. Ia datang dengan sendirinya asbab niatku sewaktu mandi, aku ingin jadi muslimah yang solehah. 

Untuk kalian. Terima kasih sudi membaca bicaraku. Moga kalian dirahmati diberkati dan diberikan Allah kebaikkan dunia dan akhirat.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin Ya Allah Ya Mujib.

MAZIANA ZAINAL
3 Disember 2020
12.42 am