Saturday, 28 January 2017

Sambil Berjalan, Sambil Buat Duit

Sambil Berjalan, Sambil Buat Duit
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Bermula dengan tidak dirancang, lama-lama jadi seronok pula. Kebetulan waktu itu saya beritahu sahabat yang saya ingin turun ke kawasan mereka. Mereka tahu saya berniaga dan ingin melihat dan membelinya.

Setiap kali ingin turun, pasti ada yang meminta saya bawakan barang dagangan. Bukan apa, mereka ingin menyokong perniagaan saya walhal ada je jual di sana. Dengan cara ini, ukhwah kami makin erat.

Sejak kejadian-demi kejadian, saya jadi seronok. Bukan setakat sahabat saya sahaja, saya perkembangkan kepada pasaran luar. Dan kebetulan suami ada urusan kerja, jadi saya buat strategi bisnes saya. 

Dengan teknologi canggih, Mr Google atau Mr Waze sangat membantu. Tiada tempat yang tak boleh terokai. Betul tak?
Kalau bab duit, siapa berani tolak? 
Sambil tu, kita jalinlah ukhwah. Kan afdal bisnes cara ni, Allah pun sayang. Ye ke?
Ye sayang, Allah suka umatnya saling berukhwah dengan baik.

Pelbagai produk saya bawa dan alhamdulillah semua orang puashati dengan kualiti produk saya. Ada yang kata tak cukup. Ada yang meminta datang bawa lagi.

Kadang-kadang nak balik beraya pun, saya bawa bekalan dagang saya. Sambil ziarah, sambil tambah duit raya. Duit raya alaf baru untuk kakak-kakak seusia saya. Hahahaha

Kenapa saya buat begitu?
Bayangkan anda nak pulang ke kampung atau berjalan, anda kena tambah minyak kereta (keluar duit), beli makan minum anak-anak dalam perjalanan (keluar duit) dan bayar tol (keluar duit). Bukan perjalanan sehala tau, perjalanan 2 hala. Darablah 2.

Wow! Besar tau kos dia. Jadi, saya guna idea ini. Saya keluar duit, saya harus cari duit kembali. Mula-mula agak sukar, lama-lama seronok. Orang pun mula kenal kita.

Ada bawa balik kek keju, karipap frozen, roti sosej frozen atau kek coklat meleleh? Kan dah kena cop mohor kat muka kita. Wallah weh..

Apa-apa pun segalanya dengan izin Allah. Terima kasih Allah.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Banjir

Banjir
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com


" Mak, bila hujan nak berhenti ni?"
" Mak ayah! Air dah naik sampai lantai depan rumah. Rumah kita nak banjir ke?"
" Ye ye, banjir. Jom main lumba sampan."

Itulah antara dialog zaman kecil saya tatkala musim hujan dan banjir. Kita seronok tapi mak ayah dah risau bagai. Barang mana nak letak atas supaya tak kena banjir. Almaklum kami rumah kedai, yang dirisau adalah barang dagang di dalam kedai di tingkat bawah.

Zaman budak, apa yang kami tahu selain bermain. Banjir hanya cecah betis sahaja. Kami bermain lumba sampan kertas. Seronok sangat. 

Foto : Google

Sedang seronok, zas zas betis kami kena rembat dengan mak. " Siapa suruh main air banjir? Tahu tak air ni kotor, nanti kena kudis buta. Nak ke?"
Masa tu, sebut je kudis buta memang menakutkan.

Banjir yang menimpa kami tidak sehebat banjir masyarakat sekeliling kami. Ya Allah, sedih tengok mereka. Biasanya sekolah rendah kami akan ditutup untuk penempatan mangsa-mangsa banjir.

Kenangan terindah sewaktu banjir.
Waktu tu, di kampung ada kenduri kahwin kakak sepupu. Kami kenalah balik, dari Temerloh ke Pekan. Jalan ditutup untuk semua kenderaan kecil kecuali lori besar. Masa tu, ayah ada lori besar (treler), memang besar sangat.

Saya, kakak dan abang duduk di belakang lori tanpa bumbung. Berpayung biasa je tatkala hujan turun. Bayangkan macam mana seronoknya tengok banjir disekeliling kami. Biasa bot meredah banjir tapi kami, treler meredah banjir.

Siap bentang selimut toto dan bantal untuk kami tidur. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi.

Haa, itulah kenangan saya dengan banjir.
Beberapa hari lalu, saya ke daerah itu untuk sekian kalinya. Diberitakan bahawa air sungai naik, sedangkan kami ada urusan penting di sana.
Dengan bantuan Pegawai Bomba daerah itu ( merupakan kawan kepada suami), pergerakkan kami terancang dengan maklumat darinya.

Awalnya kami sampai, air memang jelas kelihatan di tepi-tepi jalan raya. Melintasi sekolah rendah, " Tengok tu sayang, padang sekolah masih nampak." kata suami saya. Hati lega seketika.
Bermalamlah kami dengan tenang di situ. Tetapi di awal pagi, suami mengejutkan saya " Sayang, tengok tu air sungai semantan dah nampak naik belakang hotel ni. Kita tukar plan."

Kami terpaksa menguruskan urusan kami dengan kadar segera. Berkemas-kemas untuk pulang ke Kuala Lumpur walhal rencana kami ingin pulang keesokkannya. 

Dalam perjalanan menuju susur keluar Tol Temerloh, kami memandang sekeliling kawasan.
Ya Allah, cepatnya air sungai naik. Padang sekolah yang saya khabarkan di awal tadi, telah bertukar wajah menjadi seperti kolam ikan.

Dan saat ini, dikhabarkan keadaan di daerah itu makin parah. 
Ya Allah, Engkau lindungilah sahabat handai,saudara mara dan semuanya di sana dari malapetaka yang tidak diingini. Dan KAU berikan mereka kekuatan dan kesabaran atas ujian ini. 

Aamiin Ya RabbalAlamin


Wednesday, 25 January 2017

Tengkujuh Bermula

Tengkujuh Bermula
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Dah beberapa hari asyik hujan di semua daerah dan negeri. Ada yang dah ditimpa banjir besar dan kecil. Kelakarlah, banjir kecil pun ada?
Aah, banjir yang paras buku lali je atau banjir yang berkadar sementara macam banjir kilat.
Oo, okey. Faham (sambil senyum manis).

Dah 2 malam kami kesejukkan macam tinggal di Cameron Highland walhal kipas siling je pasang. Selimut tebal pun tak mampu memanaskan badan.
"Ibu, kami sejuk. Tak tahan ibu."
Aduhai, sian anak-anak ibu. 
"Kita tutup kipas yea?"
"Ala, nanti kami panas."
Peh, lagi pening dibuatnya. Maka, tidurlah rapat-rapat bagi haba badan masing-masing memanaskan satu sama lain. Selimut pun sampai 2 lapis.

Pagi ni, saat saya berkarya ni kipas tutup tapi hawa sejuk tetap menusuk tulang belulang. Mengantuk dibuatnya.

Doa dan harapan saya agar adik beradik batuk serta pasangan demam dan selsema pergi jauh-jauh dari kami. Dengar cerita ramai juga berkunjung ke klinik dan hospital disebabkan kaum keluarga ni menziarah. Hahahaha

Oklah, saya nak siapkan tugasan rutin. Sebelum tu, nak pekena Kopi Aura Gemilang. Kopi Sunnah tau kerana di dalamnya ada kurma, habbatussauda, buah zaitun dan buah tin. Hadiah dari sahabat niaga saya. Untung tak saya?
Bila kita berbaik dengan manusia dan bersangka baik dengan Allah, segalanya menarik kasih sayang semua makhluk termasuk Allah.
Bismillah

Bab niaga untuk minggu ni, sebahagian dah selesai. Alhamdulillah.
Anak-anak cuti besok sampai 1 Febuari sempena Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai

Monday, 23 January 2017

Pengalaman Menulis Blog

Pengalaman Menulis Blog
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Alhamdulillah akhirnya sampai jua ke entri terakhir. Memang tidak menyangka idea datang mencurah-curah. Dan lagi tidak menyangka, saya mampu melakukannya. 
Bukan apa, zaman sekolah dulu saya ni memang lemah bab mengarang. Mula-mula dapat tugasan, tidak boleh tidur malam dan termimpi-mimpi.

Didorong oleh Puan Masayu atau lebih mesra Kak Mas, saya akhirnya berkarya dengan baik.
Sokongan suami, anak-anak dan orang tua sangat membantu saya. 

Saya suka berkarya di waktu pagi dan tengah malam. Ketenangan itu memudahkan saya. Melihat senyuman anak-anak dan suami tatkala mereka membaca nukilan saya (yang melibatkan mereka), ia membuatkan saya semakin berkeyakinan.

In shaa Allah, saya akan terus berkarya lagi dan membaikpulih kualiti karya-karya saya agar dapat memberi manfaat kepada saya dan anda.
Berinspirasikan blog sahabat-sahabat Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya mampu menjadi sehebat mereka, In shaa Allah.

Bagi yang belom merasai nikmat berkarya di blog, saya sarankan anda mengikuti kelas asas blog ini. Otak anda seolah-olah diaktifkan. Bak kata iklan susu, sel-sel otak saling berhubung.
Siapa tahu iklan susu apa?
Wah, pandai. Tengok tu sel-sel otak anda saling berhubung tu. Kalau tak masa kan anda ingat iklan apa kan?

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya. Pengalaman cukup indah buat saya. 
Wow! Tahniah buat diri saya kerana berjaya mengarang. Tepuk tangan sikit. Hip hip horey.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Motivasi Diri Dengan Lagu

Motivasi Diri Dengan Lagu
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Tahu tak, lagu mampu membantu memotivasikan diri kita. Mampu menjadi sumber inspirasi.
Kalau muda mudi dulu, kita cuma layan lagu jiwang je kan. Lagu cinta, lagu kecewa dan macam-macam lagi.

Terpikat dengan jalan cerita hidupnya, Tegar. Diluahkan melalui bait-bait lagu yang indah.
Jom hayati bersama. Jika anak kecil ni cekal dalam hidupnya untuk berjaya, apatah lagi saya.
Menjadikan ia lagu jiwa kami tatkala jiwa meruntuh dan kecewa, ia bisa mengejutkan kami dari terusan leka dengan kegagalan.


Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang...
Dulu dulu dulu ku menderita...
Sekarang aku bahagia..
Cita - citaku menjadi orang kaya...
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah...
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa..
Memberi jalan untukku semua...

Hidupku dulunya seorang pengamen...
Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Membantu keluarga dirumah....


Sekolah dulu ku nggak punya biyaya...
Terpaksa ku harus mencari nafkah...
Tetapi aku tak berputus asa...
Pasti yang Kuasa memberi jalannya...

Hidupku dulunya seorang pengamen...
Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Bersyukur masuk dapur rekaman....

Hidupku dulunya seorang pengamen...
Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Bersyukur masuk dapur rekaman....

Sekolah dulu ku nggak punya biyaya...
Terpaksa ku harus mencari nafkah...
Paling bisa bantu dengan penuh cinta...
Cinta yang penuh warna...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Dulu ditendang sekarang kudisayang...
Dulu dulu dulu ku menderita..
Sekarang aku bahagia..
Cita - citaku menjadi orang kaya...
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah...
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa..
Memberi ohhh...
Memberi jalan untukku semua...


Perlu Ada Kekuatan Jika Ingin Berniaga

Perlu Ada Kekuatan Jika Ingin Berniaga
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kenapa perlunya kekuatan?
Perlunya kekuatan kerana bidang perniagaan ini rencahnya agak pahit, pedas,payau dan kadangkala perit macam cuka.

Banyaknya rencah, tiada kemanisan ke?
Haa, nak kemanisan itu? Sebab itu perlunya kekuatan, bila semuanya kita dapat redah maka kemanisan muncul diakhirnya. Memang cukup-cukup manis.

Hasad dengki, khianat mengkhianati serta memfitnah adalah permainan dalam hidup orang berniaga. Cuba elakkan ia bersarang dalam minda dan hati kita yea, tak membawa dan mendatangkan keberkatan dari Allah.

Jika anda mangsa, buatlah solat sunat dan bermohon pada Allah agar musibah itu digantikan dengan kemanisan yang penuh kenikmatan.

Tetapi jika anda yang melakukan perkara itu, insaflah. Buang segala perasaan dengki itu. Anda rasa puas ke? Sejauhmana kepuasan itu?

Ingatlah janji-janji Allah kepada mereka yang teraniaya. Doanya tiada berhijab, Allah angkat terus ke langit. Cepat atau lambat, itu urusan Allah tetapi ia akan tetap terjadi.

Kekuatan minda dan jiwa boleh dipupuk dengan mengamalkan pelbagai kaedah. Kaedah yang benar tau? Jangan menyekutukan Allah.
Dipasaran kita banyak menjual produk berunsur aura dan syifa. Bab syifa, kena hati-hati dan harus siasat kesahihannya.

Macam saya, saya mengamalkan produk dari Auralife. Dari minyak wangi sehingga keselurahan produk saya gunakan. Mandi aura dan memakai minyak wangi disamping kaedah rawatan membetulkan aura. Ops, jangan taksub sangat tau kerana segalanya dengan izin Allah Taala. Sebab itu sebelum menggunakannya, kita kena berdoa dan berselawat. Dan menyakini bahawa segalanya dengan izin Allah dan ini hanyalah perantaraan untuk berubat.

Sepanjang hampir 2 tahun saya mengamalkan, ramai yang perasan perubahan sikap saya. Dan yang paling saya suka setiap kali aura negatif cuba mempengaruhi saya, ia tak akan lama dan berkudis.

2015 saya telah difitnah dan disabotaj oleh rakan niaga, alhamdulillah saya boleh berfikir rasional tanpa membalas atau menghentam kembali. Malah Allah mempertemukan saya dengan yang lebih baik dan jujur. Biarlah dia menjawab dengan Allah nanti. Saya maafkan kerana saya tidak mahu kerana perasaan kecewa itu menyekat rezeki Allah buat saya.

Nampak tak?
Bila kekuatan itu mantop dalam diri dan jiwa kita, kita tidak mudah dipatahkan oleh musuh. Tapi kekuatan itu haruslah dijalan yang benar. Kekuatan saya kini, bersangka baik apa jua yang Allah berikan.

Kerana dari pengalaman saya setiap kali saya redha dan pasrah dengan kepahitan ujian itu, akan hadir kemanisan dari Allah dihujungnya.

Tak percaya?
Anda sendiri kena lakukan dan membuat perubahan. Diri kita, kita yang mencoraknya.
Hati kita, kita yang melembutkannya.
Pucuk pangkal, memohon pada Pemiliknya yang Mutlak.


Maziana Zainal

Akibat Buli

Akibat Buli
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Akibat kejadian membuli, anak-anak menjadi agresif bila di rumah. Kesan dari sudut psikologi, kita sukar jangka tetapi boleh dilihat dari sudut tingkahlaku dan tahap kesihatan.

Terjadi kepada anak saya sendiri, mereka sering bergaduh kasar antara adik beradik. Mulanya saya tak perasan. Istilah Reverse Psikologi (RP)telah disalah letak. RP sepatutnya menyokong minda seseorang berfikir dan bertindak sebaliknya pada sesuatu.

Dari sudut kesihatan, setiap kali kena buli atau dicederakan tahap kesihatan juga terjejas. Sebagai ibu, terkadang saya terlepas pandang dan buntu untuk menyelesaikannya.
Kecewa? 
Memang saya kecewa. Saya tidak dapat menghadapi situasi anak. Itu belom tekanan dari sudut lain.

Melihat wajah kecil mereka, membuatkan saya tersentuh. Apa yang harus saya lakukan?
Perlukah saya hadiri kelas keibubapaan?

Kadang-kadang cuba memenuhi permintaan mereka untuk bermain. Saya cukup bertegas pada anak-anak, tidak dibenarkan bermain di padang tanpa pengawasan saya atau suami.
Kes penculikkan cukup menakutkan saya. Trauma saya masih ada, dimana kejadian anak saya nyaris diculik secara pukau. Mujur kakak saya ada membantu menyelamatkan.

Saya cuba belajar cara menguruskan anak dengan pelbagai kaedah. Semoga Allah membantu saya. Perlu ada ruang untuk mereka. 

Saya masih dalam usaha mengagih masa dengan betul dan tersusun. Anda ada cadangan untuk membantu saya?
Mohon emailkan kepada saya di sini puanmazianazainal@gmail.com.


Maziana Zainal

Kuih Muih Frozen

Kuih Muih Frozen
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Karipap Frozen (10 ketul) - RM 4
Temosa Frozen (10 ketul) - RM 5
Roti Sosej Frozen ( 15 ketul) - RM15
Roti Sosej Berkeju (15 ketul) - RM 20
Kek Batik Meleleh - RM 6

Kami juga mengambil tempahan untuk majlis-majlis dan kenduri. Tempahan yang siap dimasak. Harga mengikut kuantiti. 




Kami menawarkan diskaun jika ia dalam kuantiti yang banyak.
Tempahan hendaklah awal seminggu.

Sila hubungi saya untuk tempahan 0163961956.

Juga mengambil tempahan kuih muih lain dan kek gula hangus.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Ayam Segar Frozen

Ayam Segar Frozen
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Ayam yang bebas dari sebarang suntikkan hormon. Sistem penternakkan yang mendapat pengiktirafan dari Jabatan Veterinar Malaysia.

Manakala sudut penyembelihan pula telah diikhtiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Johor (JAJ).

Rasa ayam yang segar (macam ayam ayam kampung) walaupun telah disejukbekukan. Ayam ni juga telah dibersihkan dari kekotoran dan lemak sebelum dibungkus. Jadi, sebelum memasak ayam anda tidak memerlukan masa yang banyak untuk membersihkannya.




Ayam disediakan dalam pelbagai bentuk dan pembungkusan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami 0163961956.

Peluang Menjana Pendapatan

Peluang Menjana Pendapatan
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Nama pendaftaran perniagaan saya adalah Maziana Shoppe. Didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Produk Perniagaan:
1. Produk kesihatan - ECPI, Auralife dan Magicblue
2. Produk makanan - Menjual dan menerima tempahan untuk majlis dan kenduri, juga untuk                                            perseorangan

  • Kek Keju Meleleh Chef Sanif
  • Kek Coklat Meleleh Umieaisyah
  • Karipap Frozen
  • Temosa Frozen
  • Roti Sosej Frozen
  • Ayam Segar Frozen - Bebas dari suntikkan hormon
  • Kuih-muih Frozen
Saya juga agen sah kepada beberapa Syarikat yang mengeluarkan produk-produk kesihatan dia atas. Saya juga mengeluarkan produk sejukbeku buatan sendiri.

Saya sangat mengalu-alukan kepada anda yang berminat menjana pendapatan bersama kami. Setiap produk ada sistem dan syarat tertentu yang harus dipatuhi.

Peluang Bersama Kami, Antara Yang Terhangat:
Kek Keju Meleleh Chef Sanif
  •  Minimum setiap kali membuat tempahan (order) mestilah 20 bekas.
  •  Harga Jualan setiap bekas - RM 20
  •  Harga Belian setiap bekas - RM 16
  •  Modal yang perlu anda sediakan adalah RM 320 (RM 16 x 20 bekas) + RM 10 (penghantaran). Jumlah keseluruhan RM 330
  • Mempunyai 10 perisa (anda boleh campurkan perisanya):
      • Vanila
      • Pandan
      • Lemon
      • Strawberi
      • Coklat
      • Oreo
      • Red Velvet
      • Tiramisu
      • Belgian Indulge
      • Mango Yoghurt

Magicblue - Deodorant Alami
  • Sejenis deodorant dari 100 peratus sumber alami, tiada bahan kimia dan selamat digunakan oleh kanak-kanak
  • Ia membantu menghilangkan bau badan, hapak kaki dan daki-daki degil di badan selama 72 jam (3 hari)
  • Menawarkan sebagai agen dropship
    • Yuran pendaftaran (komitmen) RM40
    • Harga Jualan
      • Botol tester RM 29
      • Botol jimat RM 59
    • Harga Agen
      • Botol tester RM 15
      • Botol jimat RM35
    • Kos Penghantaran RM 9

Ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 0163961956.
Seronok berniaga bersama-sama, dan seronok lagi bila dapat bersama keluarga.


Maziana Zainal
MazianaShoppe

Detik Cemas

Detik Cemas
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Dah 2 hari saya tak berkarya di sini. Ada yang rindu tak? Maafkan saya yea, ada urusan yang tak dapat dielakkan.
Entri kali ini dicadangkan oleh rakan-rakan blog dan cikgu blog saya. Berkongsi kisah yang perlu kita ambil tahu dan beri perhatian serius, iaitu bab buli.

Sikembar saya ni debab orangnya, kawan-kawan suka mengusik dan membuli mereka. Sebagai ibu, pada awalnya saya melenting juga. Tetapi budak sekarang, pandai memutar belit cerita dan pihak kita dipersalahkan. Jadi, saya pun tertanya-tanya bagaimana sikap anak-anak saya di sekolah. Sehingga saya memberi amaran pada anak-anak, " Kalau kamu mengadu dengan ibu, kamu ibu pukul dulu. Kemudian baru ibu tanya kawan-kawan kamu."

Sebagai ibu, kita tak boleh mengiyakan sahaja cakap anak-anak. Kita kena juga siasat. Tapi bagaimana nak siasat, kita di rumah mereka di sekolah? Jadi kita berdoalah semoga Allah melindungi mereka.

Sejak saya memberikan mereka amaran, mereka tidak lagi mengadu apa-apa. Dan dari pemerhatian, tiada juga kesan-kesan kecederaan. Bukan apa, anak saya semua lelaki. Saya tak naklah mereka manja, saya nak mereka tahan lasak dan berdikari.

Sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Tengahari Jumaat lalu, saya macam biasa menjemput anak-anak. Saya memerhatikan mereka dari tapak perhimpunan. Dari atas saya melihat kembar (adik) melambai dan memberi isyarat umpama dicekik. Saya senyum je dari bawah dan disebabkan itu, dia bersama kawan sekelas berlari menuruni tangga dan berlari kepada saya. Manakala kembar (abang) dipimpin oleh 2 rakannya dalam keadaan lesu.

"Acik, Fitri kena cekik dengan budak kelas sebelah." Saya bertanya kepada anak, betul ke?
Terkejut bila anak tidak boleh bercakap. Lagi terkejut ada kesan merah dilehernya seperti jari.
Subhanallah...Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Gugur rasa jantung saya.

Saya bawa anak ke bilik guru untuk melaporkan pada guru disiplin. Kerana terkejut dan mengah naik tingkat 3, saya pula hampir pitam. Saya mohon untuk dipercepatkan soal siasat dan memohon guru tersebut melihat kesan dileher anak. Setelah guru menangkap gambar leher, saya membawa anak pulang.

Suami segera pulang dan meminta bantuan anak buah untuk memandu kereta kerana keadaan saya tak mengizinkan.
Mulanya kami ke klinik berhampiran sahaja. Tetapi doktor meminta terus ke hospital untuk rawatan susulan kerana bimbang ia melibatkan kecederaan peti suara.

Dari doktor di unit kecemasan, anak dirujuk ke Pakar ENT ( Pakar telinga, mulut dan tekak). Pemeriksaan dilakukan satu per satu. Jika ia memudaratkan, kami bercadang untuk membuat laporan polis.

Setelah selesai memasukkan kamera ke dalam rongga. Anak boleh bersuara kembali, mungkin kerana kesan ubat bius tadi. Doktor Pakar telah memastikan bahawa tiada kecederaan dalaman. Mungkin kesan kesakitan luaran dan ketakutan atas kejadian, membuatkan suaranya tersekat.

Alhamdulillah, walaupun begitu kami tetap kena memantau keadaan anak. Jika berlaku perubahan dari sudut pernafasan, leher makin bengkak dan muntah kami haruslah segera ke hospital.

Sepanjang saya di hospital, pihak sekolah ada menelefon bertanyakan khabar anak dan meminta maaf atas kejadian yang berlaku. Isnin nanti, kami akan berjumpa dengan pihak sekolah.

Pesan dan peringatan bersama.
Sebagai mak ayah, kita kena memantau sikap dan perangai anak-anak. Anak-anak di rumah dan di sekolah berbeza.

Berlapang dada menerima teguran orang ramai tentang anak-anak kita. Saya tidak meletakkan 100 peratus kepercayaan pada anak-anak. Saya memantau mereka sejak kes buli ini berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Saya juga sering memerhati sipembuli anak-anak ni. Ada sesetengah mak ayah tak boleh menerima apa yang anak mereka lakukan dan menjadikan kita musuh. Kalau saya tahu sebegitu, awal-awal saya buat report polis. Nak sangat rasa kan? Yang sakit anak saya tau.
Hsopital dan klinik seringkali jadi rumah kedua kami kerana anak sering sakit.

Sehingga satu saat, saya sangat penat. Tiada lagi bicara baik. Mereka melakukannya lagi, mereka akan berhadapan dengan saya. Pernah seorang budak ni, saya menyebut nama dia depan-depan. Dia buat tak tahu walhal saya tahu dia (kurang ajar kan) sehingga rakan disebelah menunjukkan dia kepada.

Asalnya saya bertanya secara baik dan lembut. Dia menjawab setiap apa yang saya perkatakan. Wah, kurang ajar sungguh budak ini. Tahu tak apa saya buat?

Saya menengking dia di khalayak ramai. Saya menyuruh dia diam dan mendengar apa yang saya perkatakan. Saya juga meminta rakan-rakan yang mendengar menjadi saksi jika dia menyampaikan kepada mak ayahnya apa yang saya buat, saya suruh mereka bagitau agar mak ayahnya bersemuka dengan saya.

Sejak itu, bila melihat kelibat saya mereka akan mengelak. Ada yang pernah bertembung dengan saya, terberhenti dan berbisik sesama mereka " Ibu Fitri, Firdaus lah." Dan terus berlalu menghilang diri.

Tapi saya ambil pendekatan sebegini, apa yang dah berlaku biarlah berlalu. Biasanya saya akan berlembut kembali. Tidak seperti yang lain, memandang dengan pandangan garang. Kita pernah jadi budak. Tersalah laku bukan untuk dihukum seumur hidup tetapi dibantu untuk berubah. Mungkin mereka kurang kasih sayang.

Mereka macam anak-anak kita, bila salah kita marah dan tegur agar berubah. Kita tak membenci kan? Begitu mereka. Saya masih mengukir senyuman pada pembuli itu walaupun dalam perwatakkan tegas. Bukan apa, supaya mereka tak naik lemak. Hahaha.

Inilah permata hati saya dan suami, semoga menjadi anak-anak soleh dan berjaya didunia dan diakhirat. Gambar 2 tahun lalu.



Ya Allah, lindungi anak-anakku di bawah perlindunganMU yang Maha Agung. Sihatkan tubuh badan mereka. Permudahkan mereka menuntut ilmu hingga ke SyurgaMU. Aamiinn


Maziana Zainal

Sunday, 22 January 2017

Saat Ujian Itu Menerpa Diri

Saat Ujian Itu Menerpa Diri
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Siapa yang tidak pernah diuji Allah? Tiada satu makhluk Allah yang terlepas dari ujianNYA. Bezanya adalah bagaimana bentuk ujian itu? 
Miskin itu ujian.
Kaya itu ujian.
Sakit itu ujian.
Sihat itu ujian.
Hidup itu ujian.
Mati itu ujian.

Nampak tak? Tiada yang terlepas. Siapa kita untuk mempertikaikan ujian Allah terhadap kita?

Allah menguji kita kerana DIA ingin melihat bagaimana kita berjuang untuk bertahan dan berusaha. Allah juga ingin melihat bagaimana kita mensyukurirezeki-rezekiNYA. Allah menilai bagaimana kita memanfaatkan kelebihan yang ada kepada yang memerlukan.

Ujian itu hadir menyapa diri.
Saya juga hambaNYA yang tidak terlepas untuk diuji. Ujian yang paling hebat adalah di saat suami disahkan mengidap sakit buah pinggang kronik.

Ia bermula semasa suami di tahan di wad untuk rawatan lanjut. Malam pertama ditahan, suami sudah mula detik kemurungan. Dia tidak tahu bagaimana dan mengapa ia berlaku pada dirinya. 

Sebagai isteri, memang hati ini juga tersentap dan menangis mengenangkan anak-anak yang masih kecil. Tapi haruskah saya menangis di hadapan dia? TIDAK!

Saya menjadi pendengar dan tempat dia melepas segala kemarahan, kekesalan dan keluhan. Masa sebegini, nasihat saya memang tak mampu melegakan dia. Kami tidak boleh tidur malam itu sehingga pagi. Mujurlah orang tua dan anak buah datang membantu menjaga anak-anak dirumah.

Keesokkan, doktor pakar datang bertemu suami. Saya dipanggil untuk mendengar penerangan doktor. Doktor menasihatkan agar suami di hemoedalisis segera. Suami menolak dan memohon pada doktor untuk berbincang dengan saya. Kami mengambil ruang masa seketika. Suami mohon langsir ditutup. Kata suami, " Abang tak nak buat dialisis kerana kosnya mahal sayang. Anak-anak memerlukan duit untuk bersekolah. Biarlah abang makan ubat sahaja dan mati." Allahuakbar, dalam hati bagaikan mahu meraung tatkala disuarakan oleh suami.

Saya mohon izin memanggil doktor tadi untuk bertanyakan akan risikonya.
"Puan, ia memang berisiko tinggi. Kemungkinan dia koma or meninggal lebih awal."

Saya memandang suami semula, " Abang, anak-anak dan saya masih memerlukan abang. Boleh tak abang tahan untuk tahan sakit bila dialisis, at least anak-anak dan saya masih boleh bercakap dengan abang. Saya tak sanggup jika abang koma, anak-anak akan tanya kenapa ayah asyik tidur. Kalau abang pergi setelah berjuang, saya tak ralat. Tetapi jika abang pergi sebab putus asa, seumur hidup saya akan ralat. Bab kos, kita ikhtiar bersama-sama."

Suami mohon anak buah (yang menjaga anak-anak dirumah) menangkap gambar ayahnya dan anak-anak untuk memberi semangat kepadanya. Anak buah saya bijak, dia muat turun video anak-anak bercakap dan berdoa untuk ayahnya. Berpelukkan kami menangis bersama.

Akhirnya dia akur untuk menjalani rawatan dialisis. Diawalnya, doktor menebuk dipangkal peha. Kata jururawat, inilah kali pertama saya tengok doktor melakukan dengan cukup lembut dan tersusun. Petang itu bermulalah rawatan dialisis pertama.

Bersama jururawat kami menolak katil ke ruang dialisis di tingkat 2. Semetara menunggu pemasangan alatan dialisis, saya diminta tunggu diluar. Tetiba dapat pesanan dari telefon suami minta saya masuk.

"Ya Allah sayang, sakitnya."
Melihat wajah kesakitan yang teramat sangat dari wajahnya, saya tahu memang ia amat sakit. Apa yang boleh saya buat, saya pegang tangannya sambil mohon dia sabar. Kali pertama hanya 2 jam. Derita umpama berjam-jam.
Selesai dialisis, dia merajuk dengan saya. " Sayang tak rasa, sakit sangat. Biarlah abang mati je sayang." Hati ini bagaikan diboom. Saya senyum je pada dia dan mohon ke bilik air untuk berwudhu.

Dalam bilik air saya menangis sepuashati. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus tersenyum walaupun hati ini menangis. Saya cuci kesan-kesan airmata dan berwudhu. Saya solat berhampirannya dan ketika itu dia sedang tidur. Mujurlah masa itu saya mengamalkan minyak wangi beraura.

Tiub dipangkal peha tak bertahan lama kerana jangkitan kuman. Maka doktor terpaksa menebuk pula dileher. Doktor memberitahu prosedur menebuk itu pada pukul 2, jadi suami minta saya pulang untuk melihat anak-anak. Saya pun pulang melihat anak-anak, airmata tak mampu keluar dari mata tapi sebaliknya ia telah banjir di dalam hati.

Melihat jam hampir mencecah pukul 2, saya kembali ke wad. Alangkah terkejut, tiub telah dipasang dan sekali lagi wajah itu mencerut. Rupanya prosedur itu dipercepatkan beberapa minit selepas saya berlalu dari hospital.

Saat ini, Allah menguji dimana tahap saya boleh bertahan dan sabar. Sabar dengan kerenah kemurungan suami. Bila mana hati ini ingin menangis, saya akan ke surau dan solat sunat. Disitulah segala tangisan saya hemburkan. Tiada nasihat yang mampu membantu saya saat ini. Hanya Allah Pemilik Hati Yang Mutlak, kepadaNYA saya memohon kekuatan.

Alhamdulillah saya berjaya. Tiada tangisan yang mereka lihat dari saya. Hanya senyuman.
Sehingga habis semua orang saya yang bertembung dengan saya, saya senyum. Ada yang bertanya antara satu sama lain, " Awak kenal ke dia?" Hahaha, saya gelak dalam hati.
Senyuman itu kekuatan saya.
Senyuman itu pengganti tangisan saya.
Senyuman itu penghibur hati saya.

Suami saya ditahan selama 16 hari, 10 hari dia lalui dengan kemurungan sehinggalah bertemu seorang pesakit baru di wad yang sama. Abang Roslan dari Singapura. Satu malam, saya diminta belikan dia air dan kebetulan saya memang nak turun beli makanan. Tiba-tiba saya patah balik ke wad kerana tertinggal kad penjaga. Dan saya lihat Abang Lan sedang duduk berdepan suami saya. Saya senyum dan berlalu. Sejak itu saya lihat suami tidak lagi kemurungan.

Mungkin saya terlepas pandang kerana minda saya hanya ingin menjadi positif, saya tak sedar perbuatan suami saya itu kasar atau tidak. Bagi saya, saya telah berjanji dengan Allah untuk menerima segala kebarangkalian yang bakal saya terima atas pengorbanan suami ini. 
Rupanya kami diperhatikan oleh Abang Lan, dan dia menasihati suami agar melihat saya sedalam-dalamnya. Renung mata saya, lihat dengan mata hati.

Allah tak pernah memungkiri janjiNYA, hikmah disebalik ujian itu kami dipertemukan dengan mereka yang baik-baik. Sahabat seperjuangan memberikan cadangan kepada saya untuk meminta bantuan kewangan di mukabuka (facebook). Malu tu memang malu, tapi saya lebih takut jika suami terhenti rawatan.

Alhamdulillah, bantuan kami perolehi tanpa kami sangka-sangka. Bolehlah menampung sementara mendapat bantuan. Bukan senang meminta bantuan, umpama mengemis dibumi sendiri. Biarlah ia jadi kenangan, segala yang pahit ini kami simpan.

Saya dinasihatkan supaya amalkan Solat Dhuha. Dulu mak ayah suruh buat, tapi saya ingkar dan kata tak cukup masa. Dan inilah masanya. 

Allah menjawab doa-doa saya sepanjang saya amalkannya. Subhanallah...Menangis saya tatkala bantuan diluluskan.

Dan saat ini, bantuan masih lagi berjalan dan suami sudah cecah 5 tahun melakukan dialisis.
Saya dan anak-anak masih mampu bergurau sendi dan bersama-sama.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Suara-suara biawak.
Macam-macam suara biasa saya dengar dari waris-waris pesakit yang menunggu pesakit sedang menjalani rawatan dialisis.

Saya jadikan ia sebagai tembok persediaan saya di masa akan datang. Tak semuanya buruk. Jika kita memahami dari sudut pesakit, kita ambil sebagai panduan. Memahami perasaan mereka dan kesakitan yang mereka rasa.

Ada seorang pakcik bertanya pada saya " Setakat mana anak mampu menjaga suami anak? Anak-anak pakcik ditinggalkan pasangan mereka kerana tidak tahan sikap baran mereka."
Dan beberapa soalan, tidak boleh saya ceritakan di sini.

Alhamdulillah, saya ikhtiar untuk bertahan. Sikap seseorang yang menginap penyakit kronik ni memang sukar dijangka. Mereka banas paran. 
Kalau memahami dari hati yang tidak bersedia, mungkin akan menyebabkan perang besar.

Siapa tak akan tersentap, saya juga tidak terlepas? 
Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada. Setiap kali tersentap, saya akan teringat akan janji-janji saya diwaktu di hospital. Ya Allah, aku telah meminta Engkau lembutkan hatinya untuk melakukan rawatan itu. Dan aku telah berjanji untuk bertahan. Ampuni aku yang teralfa. Kuatkan aku Ya Allah."


Semoga senyuman ini terus terukir walaupun seribu dugaan melanda di jiwa. Dan doa saya agar suami sentiasa ada bersama saya dan anak-anak. Semoga hati ini terus kuat dan badan ini sentiasa sihat untuk saya berbakti kepada suami dan anak-anak serta orang tua saya.

Thursday, 19 January 2017

Homestay Kuantan ~ Selesa

Homestay Kuantan ~ Selesa
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Keselesaan anda, keutamaan kami. Didedikasikan oleh ayahanda bonda dan adinda saya, maka terciptalah Zamty Homestay.

Terletak di Taman Tas, Kuantan Pahang Darul Makmur dan berhadapan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmah Shah (SEMSAS). 
Mempunyai kemudahan yang lengkap untuk penghuni kami kerana berdekatan dengan pasaraya, kedai-kedai, restoran serta stesen minyak. Jadi, penghuni tidak perlu gusar untuk membeli keperluan mereka.

Anggaran dalam 30-40 minit dari Tol Gambang dan beberapa minit untuk ke lapangan terbang. Manakala untuk ke pusat bandar, dalam 20-30 minit bergantung kepada trafik jalan.

Berhajat bercuti atau menyambut hari konvokesyen anak-anak di UMP ( Universiti Malaysia Pahang), bolehlah bermalam di homestay kami.

Dengan kualiti tilam ala-ala hotel, memang selesa untuk anda beristirehat. Anda boleh memilih mahukan kipas atau penghawa dingin kerana ketiga-tiga bilik kami tersedia keduanya.

Pemilik kami memang ramah dan mesra. Disebabkan itu mereka menyediakan biskut, teh,kopi dan gula serta air mineral dan kotak di dalam peti sejuk sebagai tanda mereka menghargai anda.

Tuala, sejadah, telekung dan Al Quran juga disediakan untuk penghuni Muslim. Sememangnya kami hanya menawarkan untuk Muslim sahaja.

Perkakas dapur dari pinggang mangkuk hinggalah periuk nasi,cerek dan tong gas juga disediakan.

Mari saya belanja anda video tentang homestay kami. 
Anda klik di sini: https://www.facebook.com/zamtyhomestay/videos/1858454987730769/

Untuk tempahan, hubungi saya 0163961956.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Kek Batik Meleleh

Kek Batik Meleleh
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Sana meleleh sini meleleh, semuanya meleleh. Kek batik pun nak juga dalam versi meleleh. Kek lejen tau. Ini sahaja kek yang saya mahir buat selain kek gula hangus.
Rasa saya semua orang pandai buat kek lejen ni, cuma malas je sebab nak membuatnya renyah apatah lagi nak membasuh bekas.

Apa itu kek batik?
Ada ke yang tak tahu pasal kek lejen ni. Kek yang paling senang di dunia, kek yang hanya dibuat menggunakan biskut marie. Tak perlu bancuh tepung tetapi kena bancuh coklatnya.
Biasanya kita menggunakan milo dan serbuk koko.

Kali ini bawah label sejuk beku, boleh ke kek batik disebegitu. Haa, awalnya saya hanya mahu mempercepatkan proses penyejukkan coklatnya kerana anak buah mahu mengambilnya awal.
Sibuk dengan urusan bisnes dan anak-anak, saya lupa sehinggalah anak buah sampai.

Memang terjeritlah, ingatkan kek itu rosak. Kata anak buah, "Takpe andak, kita cuba makan dulu."
Maka keluarlah satu bekas, dibiarkan seketika. "Wah, sedapnya tak berubah. Tapi sedap sebab sejuk dan coklatnya andak bubuh extra ek. Melting (bahasa orang putih pun sembur keluar."

Disitu bermulalah Kek Batik Meleleh yang berlabel sejuk beku. Senang kerja saya, tak perlu risau kualiti kek jika lama. Dalam peti sejuk beku, ia boleh bertahan lama dari biasa. Cuma yang tak tahan, ia akan cepat habis diserang.

Untuk berniaga, saya mempermudahkan pelanggan dengan membungkuskan dalam bekas kecil. Agar mudah dipegang dan dimakan walau dimana sahaja.


Gambar Dari Album Pelanggan Saya

Bila dapat respon sebegitu, ia membangkit keyakinan saya untuk terus berusaha memperkenalkan kek batik meleleh ini ke pasaran.

Setakat buat seorang, tiada lagi masalah sebab dah tahu teknik mengendali kerja seorang diri.

Berminat nak merasai kek batik meleleh?
Jom! Jomlah, saya tunggu ni. 
Nombor mana?
Ops, talian saya 0163961956

Doakan saya agar dipermudahkan segalanya.
In Shaa Allah akan ada banyak lagi makanan sejuk beku akan saya perkenalkan kepada anda.
Tunggu yea.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Air

Air
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainalabidin@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Air oh air, di mana engkau air? Saya sangkakan kejadian 2 tahun lepas tak akan berulang lagi tetapi tidak. Tahun lepas, mujurlah berlaku masa cuti sekolah tetapi tahun ini waktu persekolahan. Minggu ini sahaja, 2 kali anak tak ke sekolah. Anak-anak saya ni jenis pelawas, bayangkan.

Di rumah memang dah siap-siap saya dan suami simpan supaya bila masa air tiada mengejut. Setakat 1-2 hari sahaja. Kalau masuk hari ke 3, Allahuakbar. Resah gelisah tak keruan jadinya.
Mahu berwudhu pun susah.

Semalam terdengar kekecohan suara menjerit dan hon motor dibunyikan. Alhamdulillah, tetangga yang perihatin memanggil penghuni memberitahu lori tangki air sampai.
Ada tong yang kosong, saya penuhi tetapi kudrat saya terbatas untuk mengangkat. Bukan suami tak mahu membantu tetapi bahaya untuk fistulanya.

Bismillahirahmanirrahim, sesungguhnya ada kekuatan di situ membantu saya. Sempat bertanyakan kepada pihak berwajib kenapa ia berlaku dan sampai bila. Kerana kemerosotan level air di kolam menyebabkan sukar disalurkan kepada pengguna. Air ini ciptaan Allah, maka ketentuan masa bukanlah bawah jangkaan mereka.

Telinga kena peka setiap masa, mendengar lori tangki masuk kawasan. Kadang-kadang lewat malam atau awal pagi (1 ke 3 pagi tau). Memeriksa kalau air mulai ada, biasanya sangat kecil dan sedikit. Tadah sikit-sikit dan penuhi mana yang kosong.

Foto: Carian Google


Mahu meroyan pun tak berguna, bukan saya seorang dan bukan mereka penyebabnya. Hanya mampu berdoa agar Allah mempermudahkan urusan pihak berwajib dan kami. 

Doa saya, agar air kembali pulih supaya tempat dialisis tidak terjejas. Pesakit-pesakit ini tidak boleh tertinggal jadual mereka walau sekali, risikonya amat tinggi.

Duhai sahabat-sahabat, panjatkanlah doa agar Allah sentiasa membantu kita semua. Aamiin.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Wednesday, 18 January 2017

Pengertian Hidup

Pengertian Hidup
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kalau manusia di dunia ini memahami tentang pengertian hidup, mesti aman selalu. Pengertian dalam memahami segala sudut, kekurangan dan kelebihan. Kekuatan dan kelemahan seseorang atau sesuatu keadaan.

Memahami bahawa hidup ini dipegang oleh Penciptanya. Menerima kenyataan bahawa hidup ini adakala di atas dan di bawah. 

Pernah dengar ayat ini?

  • Susah lawannya senang.
  • Kaya lawannya miskin.
  • Lemah lawannya kuat.
  • Tenang lawannya gusar.

Inilah ayat-ayat yang pernah kita tempuh dalam kehidupan. Tinggal lagi, ego kita yang menidakkannya. Dan kerana ego, kita sombong. Menindas sesama manusia.

Adakah kita mendapat ketenangan atas penindasan ini? 
Jika YA, sejauhmana ketenangan itu bertahan.
Jika TIDAK, bererti hati kita masih ada kasih Allah.

Bila kita jatuh, itu bukan bala tetapi ia ketukkan kasih sayang dari Allah. DIA merindui kita untuk berbicara denganNYA.

Bila kita di atas, itu tak bererti Allah terlebih sayang. 
Kita di atas, kerana Allah nak melihat kita. Sejauhmana kita bersyukur dengan pemberianNYA. Bagaimana kita memanfaatkan untuk diri, keluarga dan insan lain.

Kelalaian akan mengaburi kita bilamana kita tak mahu tahu erti pengertian.
Jika manusia itu mengerti maksud pengertian, manusia tak akan pernah ego. Tidak menyakiti satu dan yang lain.

Mengerti bahawa dunia ini ada Pemilik yang Mutlak. Hati ini ada Pemegang yang Agung. Rezeki ini ada Pentadbir yang Adil.
Nescaya, manusia akan tunduk dan merendah diri antara manusia.

Kita hanya pentadbir sementara. 
Diuji akan di mana amanahnya kita. Sejujur mana kita memberi. Bagaimana kita memanfaatkan status kita kepada orang yang berada di bawah.

Bukan setakat yang berada di atas, malah yang berada di bawah. 
Bagaimana kita redha menerimanya. Seteguhmana kita bertahan. 
Apakah kita hanya berharap tanpa berusaha.
Adakah kita manfaatkan apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Renung seketika.
Apa pengertian yang kita faham?
Bagaimana pengertian itu kita selami?

Bila pengertian itu kita fahami. 
Kita redha menerima sesuatu keadaan dan berusaha untuk bertahan.
Dengan pengertian, hati kita tenang. Kita jadi pemaaf dan sentiasa bersangka baik kerana kita tahu, disebalik sesuatu ada pemilikNYA. Ia berlaku, dengan izinNYA.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)