Wednesday 21 December 2022

Hidup Ini Keras

Dalam hidup ni, jangan pernah buntu mencari jalan, mencari cara untuk teruskan perjalanan.

Hidup kita, kita yang rasai bagaimana onaknya.

Selagi kudrat ada, manfaatkanlah. Itu anugerah Allah. DIA melihat bagaimana kita mensyukuri akan anugerahnya.

Tapi jangan pernah lupa bila kita selesa, siapa dibelakang kita sehingga kita berjaya.
Sedetik kita lupa, Allah boleh bila bila masa sahaja tarik nikmat itu.

Ingat saat kita membesar, ada kudrat orang tua yang melimpah limpah, Ada juga kudrat keluarga yang berkorban untuk membantu. Pandang belakang bukan untuk mengungkit tapi kenang sedikit.

Bukan main petik jari nak itu ini dapat, tapi ada yang berkorban memberi ruang. Sangkaan akan berbakti dikemudian hari. Tanpa hampa belaka.

Akan kujadikan pengajaran dalam hidup dan mendidik anak anakku ini erti kehidupan yang kian keras ini. 4 tahun aku berdiri tanpa tulang belakangku, arwah suami. Kadang goyah kadang rebah. 
Tapi demi 3 permata aku dan 2 pintu syurgaku, aku bertahan. 2 pintu syurga yang kian meniti waktu senja mereka, sering sakit.
Demi sebuah kejayaan, aku kuatkan semangat tetapi untuk capai kejayaan, aku tak mampu tinggalkan mereka. Itu amanah yang perlu aku bawa dan pegang. Kejayaan penting, amanah ini juga penting. Dunia dan akhirat harus aku bawa bersama.

2 minggu dan tinggal lagi 6 minggu, harus aku tempuh. Bangun seawal 3 pagi bersiap dan bergerak pukul 4 pagi menuju ke Jerantut untuk menuntut ilmu sebagai trainer Amway.

Ye, ada yang cakap " ko ni nak buat bisnes apa? Macam macam buat, orang nanti tak percaya".
Betul. Tapi untuk sampai yang boleh aku pegang erat, aku kena cuba semuanya. Biar mencuba dari duduk sahaja, saat memerlukan aku juga yang dicari.
Kondem mengkondem memang makanan orang bisnes. Sebab itu hati kena kental.

Cuma kali ni aku nekad. Atas sokongan upline aku yang sanggup turun bantu aku untuk berjaya seperti mereka, aku tak persiakan. Insyaa Allah.

Aku mohon restu 2 pintu syurga ku untuk merestui dan meredhai perjalanan hidupku ini. Aku ingin berjaya. Niat pertama aku, aku nak bawa mak ayah dan anak anak buat umrah dengan hasil usaha aku. Pakej yang selesa untuk beribadah dan menginap. Kalau dapat kami sebilik masa buat umrah nanti. Aamiin Ya Allah Ya Rabb Ya Mujib.

Monday 3 October 2022

Lepas Makan, Rasa Mengantuk?

Pernah tak anda alami rasa mengantuk dan lesu selepas makan?  Kebiasaannya ini disebabkan oleh satu masalah di dalam badan yang dipanggil sebagai rintangan insulin 😰

Masalah rintangan insulin ni sebenarnya boleh disebabkan oleh gaya hidup harian kita yang kurang sihat dan akhirnya menyebabkan keradangan kronik. Jika dibiarkan, masalah rintangan insulin boleh menjadi semakin teruk dan menyebabkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi penyakit kronik kepada individu. 

Tapi! jangan risau. Untuk atasi rintangan insulin, semestinya gaya hidup sihat amat memainkan peranan. Dalam masa yang sama, badan juga memerlukan bahan yang bersifat anti oksidan dan anti radang untuk mengatasi masalah ini πŸ€”

Sebab tu kena amalkan Eskayvie Phytax sebelum terlambat. Tak perlu tunggu sakit untuk jaga kesihatan 🫣 Dapatkan Eskayvie Phytax ok! 

#EskayviePhytax 
#EskayvieMalaysia 
#KitaIkhtiar

Monday 19 September 2022

Aduh, sakitnya perut.

YOUR DIGESTIVE SYSTEM COULD BE HAVING FUN TOO!

Pernah tak anda rasa dalam usus tu, macam ada 'roller-coster' bila sistem pencernaan berjalan dengan lancar? Tapi bila perut rasa tak dapat membuang dengan lancar, rasa tersangkut-sangkut, macam ada yang tak lepas! Tak seronok kan?

Jom berikan sedikit keseronokkan kepada usus anda juga! Lancarkan perjalanan pencernaan usus dengan mengambil minuman fiber terbaik, Eskayvie Nutrelle Extra!

Minuman fiber dengan rasa buah epal hijau asli ini kaya dengan Teh Hijau, Multifiber, Prebiotik dan Aloe Vera. Semua bahan ini akan melancarkan proses pembuangan agar menjadi lebih lawas.

Jom dapatkan Eskayvie Nutrelle Extra hari ini! Pastikan usus dan sistem penghadaman anda juga berada dalam keadaan yang baik, barulah anda pun akan lebih selesa!

#EskayvieNutrelleExtra
#EskayvieMalaysia
#KitaIkhtiar

Saturday 17 September 2022

πŠπ”π€π’π€ π€ππ“πˆπŽπŠπ’πˆπƒπ€π, π‘π€π‡π’πˆπ€ 𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 π…πˆπ“πŽππ”π“π‘πˆπ’πˆ


Minuman botani dirumus khas dengan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis.

Revolusi terkini bagi sumber antioksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu memudahkan penyerapan dalaman.

Dapatkan Eskayvie Phytax sekarang.

#EskayviePhytax
#EskayvieMalaysia

Sunday 4 September 2022

September Datang Lagi

Assalamulaikum semua
September datang lagi. Bulan kelahiran akak. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik walaupun diuji beberapa kali demam.

Anak anak juga terjangkit bersama. Saling menjadi satu sama lain kerana tak nak melibatkana mak ayah. Mereka kaan warga emas. Risikonya tinggi.

Kalau Allah kata DIA nak uji hambaNYA, kita tiada kuasa untuk melawanNYA. Tetapi kita kena meminta denganNYA juga untuk kesembuhan.

Yes, akak makan makanan tambahan dan akak menjualnya tetapi masih sakit sakitan. 
Emm, soalan yang akak tak mampu jawab. Sebab bukan urusan akak sakit datang dan pergi. Urusan korang ke?
Ada sesiapa berani nak soal urusan Alllah untuk hambaNYA?

Tetapi asbab mengamalkan makanan tambahan inilah, jangkitan kami tak teruk dan pulih tanpa kemudaratan yang melampau.

Kami yakin dengan produk ni sebab formulasi produk diilhamkan oleh seorang doktor perubatan, Dr Syid.

Ada sesiapa yang kenal?
Ke ramai yang ingat ni produk PakNil hihihi. Yea, yang sering mempomosikannya adalah PakNil. Dia dilantik sebagai Duta Eskayvie.Tapi kita kenal Ikon Terkenal Aznil Nawawi ni macam mana kan. Seorang yang sangat menjadi dan agak cerewet. Ops maaf PakNil hihi. Dia sangat menjadi kualiti. Nak nak produk kesihatan.

Okeylah, tak nak cite panjanglah nanti korang bosan. Kita story later yea.Apa apa pun selamat bercuti anak anak. Dan selmat berjuang mak mak semua.

Babai.

Saturday 18 June 2022

3 Manfaat i-Qids, Bagus Untuk Minda


3 MANFAAT PHOSPHATIDYLSERINE 

Bagi ibu ayah yang masih ragu-ragu dengan manfaat Phosphatidylserine, anda PERLU baca ini πŸ‘‡πŸΌ

Phosphatidylserine terbukti secara saintifik dapat : 

πŸ”¬Meningkatkan memori (Schreiber S et al., 2000)
πŸ”¬Mengurangkan stres & masalah kemurungan (Komori T, 2015)
πŸ”¬Tingkatkan fokus dan penyelesaian masalah (Glad MJ & Smith K, 2015). 

i-Qids yang turut diformulasikan secara khusus untuk kanak-kanak ini mengandungi Phosphatidylserine bagi membantu minda anak-anak menjadi lebih cerdas selain meningkatkan daya pemikiran dan fokus mereka. 

Ibu ayah, jom cuba hari ni! Dapatkan www.wasap.my/60163961956/i-Qids

#EskayvieiQids
#EskayvieMalaysia
#BoosterUntukMindaCerdas

Khasiat Daun Moringa


DAUN YANG KECIL, MANFAAT YANG LUAR BIASA!

Pernah dengar pepatah kecil-kecil cili padi? Kecil tapi berbisa! Sama seperti daun Moringa Oleifera atau turut dikenali sebagai Daun Kelor atau Daun Merunggai. 

Moringa merupakan tumbuhan kecil yang sangat kaya dengan khasiat seperti : 

🌱 7X GANDA VITAMIN C DARI BUAH OREN 
🌱 4X GANDA VITAMIN A DARI LOBAK
🌱 4X GANDA KALSIUM DARI SUSU
🌱 3X GANDA POTASSIUM DARI PISANG 
🌱 2X GANDA PROTEIN DARI YOGURT

Semua khasiat yang terkandung dalam daun Moringa ni terdapat dalam i-Qids, vitamin booster minda. i-Qids bantu lengkapkan jurang nutrisi anak-anak. Paling best, minda mereka juga menjadi lebih cerdas! 

#EskayvieiQids 
#EskayvieMalaysia
#BoosterUntukMindaCerdas

Jom dapatkan i-Qids sekarang. Hello hello, nak jimat kaw kaw, korang beli yang pakej. Siap ada hadiah percuma.

Bagusnya pakej ni, dia didatangkan dengan Diffenz Junior. Apa yang ada dalam Diffenz Junior?
Ia untuk melindungi diri dan meningkatan kadar kesihatan anak anak seawal usia 2 tahun hingga 12 tahun. Antara ramuannya, kolostrum. Kolostrum bagus untuk membantu pertumbuhan anak anak yang sedang membesar. Buah camu camu, menjaga peparu agar tidak mudah dijangkiti kuman. Siapa ada asma tu, ia sangat membantu.

Berminat? Wasap akak je tau. Tekan link ni www.wasap.my/60163961956/PakejJunIQidsJunior


KakNoorma
#kitajagakita
#kitaikhtiar

Tuesday 14 June 2022

Wanita Kena Tahu

TAHUKAH ANDA? 

50% wanita di seluruh dunia pernah mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)  berlaku apabila kuman menjangkiti sistem urinari yang terdiri daripada pundi kencing, buah pinggang, salur ureter dan salur uretra sehingga boleh menyebabkan rasa sakit ketika membuang air kecil. 

Menariknya, kranberi mempunyai sejenis bahan yang boleh menghalang bakteria tadi daripada melekat pada dinding pundi kencing dan ini boleh membantu mencegah masalah jangkitan kuman pada saluran kencing! 

Kalau nak mudah, amalkan Phytax. Bukan ada ekstrak kranberi je, tetapi diformulasikan bersama 11 bahan lain yang bukan sahaja membantu mencegah jangkitan, tetapi juga menyihatkan seluruh badan. 

Jom amalkan Phytax hari ini. Dapatkan di www.wasap.my/60163961956/Phytax

#EskayviePhytax
#EskayvieMalaysia
#KitaIkhtiarSebelumKena

Friday 20 May 2022

Syawal 2022

Salam Syawal semua.
Tak seronok ke raya tahun ni kak? Eh siapa kata?
Seronoklah. Dah 2 tahun kita diuji tak boleh bertemu dan beraya bersama. Akak memang tak balik kampung. Akak kaan duk dengan mak ayah. Lupa lah tuu.

Akak menunggu adik beradik, anak buah dan cucu jer. Tunggu nak masak bersama sama. Rindu riuh rendah di dapur. Usik mengusik. Tu pun tak semua ahli jemaah kita sekepala. Cukup lah 3-4 jer yang boleh layan lawak kami. Bila sekepala ni, kasar macam mana pun gurau, tak sentap atau terasa hati. Betul tak?

Raya tahun ni, akak dari pagi sampai tengah malam masih memakai apron tau. Dari sakit tumit hingga lah sakit belakang. 4 hari tu.
Alhamdulillah tetamu silih berganti, tak sempat nak makan. Tau tau, dah habis, masak lagi hahaha. Masa ni lah kecoh macam buat kenduri tau.
Kita nak masak apa niiii? Memasing duk panik sekejap. Tunggu saraf saraf otak berhubung hahaha.

Keseronokkan bagaikan tiada apa yang menghalang. Lupa seketika tentang covid. Ops, mana Diffenz? Cepat makan sebiji sorang sebelum tidur.
Ada yang cakap usah risau, dah Endemik. Tapi tetap kena berjaga jaga, nak hidup panjang lagi. Banyak amanah yang belom dilaksanakan lagi. 
Pastu, mak ayah antara yang berisiko.

Habis seminggu beraya, diuji anak anak deman virus dan anak buah serta cucu terkena HFMD (Hand Foot Mouth Disease). Allahu.
Ikhtiar dengan Junior, alhamdulillah nampak penyakit tu makin beransur pulih dan tidak sampai naik biji air or pecah.
Bayi lah paling kesian kalau kena, menangis jer. Ulser dalam mulut, pedih weh. Nak menyusu puun tak boleh.

Asbab tu lah akak suggest korang ada 2 botol vitamin ni di rumah. Tu kalau ada anak bawah 12 tahun juga lah. Perlu ada Junior dan Diffenz.
Tetapi takde kanak kanak, boleh ambil DIffenz jer. Sebenarnya Diffenz ni boleh diambil dari usia seawal 5 tahun.
Cumanya akak sarankan 12 tahun ke bawah ambil Junior, sebab dalam tu ada Kolostrum. Ia bagus untuk imunisasi dan pertumbuhan anak anak.

Nak dapat kat mana? Boleh jer korang wasap akak. 
Klik




    


Sunday 17 April 2022

Terapi Al Quran, Terapi AsmaulHusna

 1. Jika Anda Diuji Cinta Dunia/Nafsu Syahwat, Mari Muhasabah dan Perbaikilah Kualiti Solat.

πŸ“š Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Maryam: Ayat 59-63).

πŸ’– Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, Maafkanku, Ampunkan Dosa2ku, Bersih Sucikan Hatiku dr segala Penyakit Hati. Ya Hafiz ya Muhaimin, Lindungilah kami dari Bisikan Nafsu kami Sendiri, Tipudaya Dunia serta Fitnah Dajjal.Berikan kami Kekuatan-Mu ya Qowiy ya Barr utk Terus Beramal Soleh dan Menyebarkan Kebaikan.


2. Jika Anda Rasa Hidup Penuh Kesengsaraan dan Selalu Tidak Bernasib baik.. Mari Muhasabah, Perbaikilah Ibadah & Hubungan dengan Ibu ayahmu.

πŸ“š Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Maryam: Ayat 31-32).

πŸ’– Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Baari’ ya Barr, Agendakanlah Hidupku mengikut Agenda-Mu dan Agendakan kami dgn Kebaikan. PadaMu kami BerTawakal dan Bergantung Harap ya Baari’ ya Somad.


3. Jika Anda Dapati anda selalu Resah Gelisah dan Rasa Sempit, Mari Muhasabah dan Perbaikilah Hubungan dengan Al-Quran.

πŸ“š Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Taha: Ayat 124-126).

πŸ’– Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma ya Fattah Bukakanku Jalan Penyelesaian bg Segala Kesulitan, ya Qobidh Keluarkanku dari Kesempitan, Ya Baasith ya Wasi’ Lapangkan Hidupku, Luaskan Hati dan Mindaku serta Mudahkanku Memahami segala Hikmah2/ilmu dariMu ya Alim ya Hakim ya Rosyid .


4. Jika Anda Merasakan selalu Tertekan/Stress dan Inginkan Ketenangan serta Rezeki yang Berkat.

πŸ“š Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Taha : Ayat 130-132.)

πŸ’– Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma ya Salam ya Mukmin, Sejahterakan Hati dan Mindaku. Ya Fattah ya Razzak, Limpahkanlah kami Rezeki yg Halal lagi Diberkati.

Kredit kepada pemilik website:

Zikir Asmaul Husna - Penyembuhan

 Dalam mencari tercari kaedah untuk rawatan dan penyembuhan penyakit yang sedang anakanda akak alami, terjumpa yang ini. Jutaan terima kasih kepada pemilik website 

Masya Allah, indahnya nama nama Allah yang kita kenali sebagai AsmaulHusna. Jom sama sama kita amalkan bersama untuk rawatan zahir dan batin kita.

Bismillahirrahmannirrahim

Allah SWT berfirman:

Ψ§ُΨ±ْΩƒُΨΆْ Ψ¨ِΨ±ِΨ¬ْΩ„ِΩƒَ ۚ Ω‡ٰΨ°َΨ§ Ω…ُΨΊْΨͺَΨ³َΩ„ٌ ۢ Ψ¨َΨ§Ψ±ِΨ―ٌ وَّΨ΄َΨ±َΨ§Ψ¨ٌ
urkudh birijlik, haazaa mughtasalum baariduw wa syaroob

“(Maka Kami Kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah Air Sejuk untuk Mandi dan untuk Minum (bagi Menyembuhkan Penyakitmu Zahir dan Batin) .”
(QS. Sad 38: Ayat 42)

Tips Kesihatan Ketika Mandi πŸšΏ (Baca/Niatkan Dalam Hati) :

Allahumma Ya Salam ya Fattah ya Quddus Ya Jalil, Sepertimana Air ini menjadi Alat-Mu Membersihkan Tubuh Badanku, Bersihkan Juga Hatiku, Bersihkan Darahku dan Segala Penyakit yg Ada Dalam Tubuhku. Ampunkan Dosaku ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil.

Sepertimana Air ini Berlalu pergi dari Tubuhku, Bawalah juga segala Penyakit dari tubuhku. Sembuhkan ku Mengikut Cara-Mu.
Boleh Amalkan Setiap Kali Wudu’ dan Mandi.

Tips Zikir utk Gangguan Makhluk Halus πŸ‘‡:
Zikirkan 40x

Ya Hafiz (Maha Menjaga)
Ya Muhaimin (Maha Melindungi)
Ya Fattah (Maha Membuka – Bukakan Simpulan Sihir/Jalan Keluar bagi Makhluk keluar dr Tubuh/Rumah)
Ya Quddus (Maha Bersih Suci/ Maha Sempurna)

Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, Lindungi kami sekeluarga dari Gangguan Jin/Syaitan dan Hasad Dengki Manusia. Laa Maujud Ilallah, Tiada yg Wujud Melainkan-Mu Allah. Kami Tidak Takut dgn Makhluk melainkan hanya Takut pada-Mu. Berikan kami Kekuatan-Mu ya Qowiy, Kekuatan Iman dan Tauhid yg padu, Kekuatan Hati, Emosi dan Jasad menghadapi segala Gangguan.

Ya Fattah Bukakan segala Simpulan Sihir dan Jalan Keluar bg Segala Energi/Makhluk yg Tidak Baik yg ada Dalam Tubuh/Rumah Kami. Ya Quddus Ya Jalil Bersihkan Diri/Rumah kami Mengikut Cara-Mu. PadaMu kami Berlindung dan Bergantung Harap Ya Baari’ Ya Somad, Engkau lah Sebaik-baik Pelindung.

Berdoa dgn Penuh Rasa dan Haqqul Yaqin padaNya. Amalkan Setiap Kali lepas Solat atau Bila² Masa saat Terasa Sesuatu. Boleh juga Niatkan Ketika Wudu’ atau Mandi (Ya Salam ya Fattah ya Quddus Jalil). Biiznillah ya Fattah ya Mujib, Dengan Izin-Nya Kalian Merasai Perbezaan.

Sesungguhnya Setiap Ujian/Penyakit yg Ditakdirkan, Bersamanya itu Allah Turunkan Penawar.. Sebaik-baik Penawar ada pada Dirimu sendiri, iaitu HATIMU yakni Keyakinan/Haqqul Yaqin padaNya.

Haqqul yaqin yg Tinggi pada Allah saat BerDoa Menembusi semua Khilaf kerna Keampunan ALLAH sangat Luas , Lebih Luas dari Dosa yg Kita Lakukan.

Namun Ramai yg Tidak Dapat Capai Haqqul yaqin yg Tinggi padaNya kerna Masih ada Was-was. Penyakit Was-was ini juga dtg Dari Sumber Rezeki yg Haram dan Makanan kita Makan.

Makanan yg Baik dapat Menyinari Hati, Kerna itu Islam Menggalakkan Makan Makanan yg Halal lagi Baik (Baik juga Bermaksud- Makanan yg Bersih, Tidak Memudaratkan dan Tukang Masaknya Ada Zikir/Selawat/Jaga Ibadah).

Apabila banyak Makan Makanan yg Haram, Tidak Bersih.
Contoh:
Telur tidak basuh, Makanan yg Mengandungi Banyak Bahan Kimia/Pengawet. Maka dirinya banyak Was-was utk Beramal dan Saat Berdoa padaNya. 
Moga Allah Lindung dan Bimbing kita Selalu dengan Keluasan Kebaikan-Nya Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Nur Ya Hadi Ya Barr

#HayatiIndahnya99AsmaulHusna
#SebarkanNurAlQuranNurAkhlakRasulullah
#RumahNgajiArRasyidTerapiQuranTerapiAsmaulHusna


Jana Income Bersama


Akak merupakan agen sah untuk produk Eskayvie. Ala produk yang ada vitamin viral Paknil tu. 
Haa dah ingat?
Asbab family besar akak positif covid dan mereka membeli vitamin ni, dapatlah akak merasa bonus bulan lepas. Alhamdulillah.

So akak nak ajak korang semua yang follow blog akak ni, jomlah jana pendapatan walaupun masih bekerja. Sambil kita sama sama jaga kesihatan, kita boleh tambah income.

"Ramai dah jadi agen kak."
Yes, akak pun rasa macam tu juga dulu. Tapi akak percaya rezeki Allah. Insyaa Allah.
Janjiii, korang percaya pada diri korang.

Eskayvie ni banyak produk kesihatan yang lain tau. Bukan sekadar vitamin, malah ada produk untuk rawat usus dan kesiahtan dalaman wanita. Eh, ada gak untuk nampak cantik.

Jom tengok produk produk Eskayvie kat bawah ni:



Ni promosi Ramadhan tau, siap ada cabutan bertuah lagi. Siapa berhajat, boleh terus wasap akak tau. Kita terus pos sampai ke rumah, yang dekat, kita cod.

Nak jadi ahli? 
Boleh. Dengan belian 2 botol, terus jadi ahli. Dapat harga ahli.

Nak jadi agen a.k.a Apprentice?
Boleh. Hanya bermodalkan rm65.40 sahaja, dapat sebotol Vitamin Diffenz. Haa, maharnya pasti kurang mampu kaan. Jom bersama kami, klik link ni ye:


Hadiah Syawal In Advance


Taraaa....
Hadiah Syawal untuk mak akak dah sampai. Cantik kaan botolnya.
Ini adalah perfum aromaterapi. Tercium harumannya, jiwa rasa tenang dan nyaman jer. Apatah lagi jika duduk dalam kawasan berhawa dingin, tersebar harumannya. Bayangkan berapa ramai yang dapat merasai jiwa yang tenang seperti kita.
Agak agak dapat pahala tak sebab kita bagi orang lain berasa tenang saat mereka tak keruan emosi?

Tu urusan Allah, tapi kita boleh niatkan semasa pakai. Mana tahu asbab saham pahala kita di sana nanti. Daripada kita sebarkan haruman yang menggoda, nauzubillah.

Sesuai yang selalu panic attack, berdebar dan sarat emosi. Tak percaya, cuba lah.

Vitamin Viral Pak Nil

 

Haa, korang pernah nampak botol vitamin niii? Or kenal Paknil hihi. Of course lah semua orang kenal Paknil kaan, hos terkenal Malaysia.

Paknil selalu share kan pengalaman mangsa mangsa covid yang telah beliau bantu dengan bagi vitamin Diffenz ni. Dan alhamdulillah, ramai yang dapat feedback yang positif dan sembuh dengan cepat.

Even adik akak sekeluarga dan anak buah juga mengamalkan vitamin ni semasa diuji positif covid. Dewasa makan yang botol unggu, namanya Diffenz dan anak anak kecil makan Junior.



Yang dewasa berperisa anggur dan kanak kanak pula berperisa oren. Kemam keman aje. Macam makan gula gula, sedap.

Kelmarin syarikat dah keluarkan perisa baru untuk kanak kanak, ia limited edition. Berperisa strawberi.


Mesti budak budak suka kaan. Specialnya yang budak budak ni sebab ada kolostrum. Sangat baik untuk kesihatan. Berusia seawal 2 tahun hingga 12 tahun, boleh mengambilnya. 

Manakal yang DIffenz,yang unggu tu pula untuk seawal usia 5 tahun keatas. Termasuklah warga emas.

Ops lupa nak bagitau, masa keluarga adik terjangkiti covid ni kaan kami sekeluarga telah ke rumahnya. Aduh risiko tu. Terutama pada mak ayah akak yang dah berusia 70an. Allahu, masa tu memang risau giler.

But alhamdulillah, setelah kuarantin selama seminggu kami semuanya negatif. 
Bila ingat balik kaan, masa perjalanan tu kami dah ambil Diffenz dan mengamalkannya. Tapi bila terjadi sebegini, kami mengamal Diffenz mengikut jadual yang diberikan. Maknanya cara makannya berbeza dari hari biasa, kita ikut jadual untuk CC1 (close contact pertama).

Manakala adik dan anak anaknya, dalam 1-3 hari dah nampak perubahan yang positif. Makin sihat. Sekarang masih mengamalkan. Trauma weh bila disahkan positif. Nak nak bila tengok mata anak anak yang masih kecil, Allahuakbar.

Korang cuba lah. Kita sama sama menjaga kesihatan dan lindungi diri dari wabak yang menakutkan ni.
Alhamdulillah dan Insyaa Allah raya kali ni kita boleh raya bersama sama. Dah 2 tahun kita disekat beraya bersama, even ke pusara juga disekat. Sedih tau.

Sempena Ramadhan ke 14 ni, kita boleh beribadah dengan baik. Sebelum terawih, ambil sebiji Diffenz. 

Saturday 16 April 2022

Jualan Hari Ini

Ramadhan ke 14
Haza rahmatun min rabbi, alhamdulillah. Pecah rekod betul hari ni. Bese 1-3 doh je sehari tapi hari ni 6 doh.

Dari pagi berdiri meroti di dapur.
Tempahan untuk moreh, untuk anak anak bawa ke asrama dan meraikan tetamu yang bertandang.

Cuma kelakornya hari ni, akak tersalah membilang kuantiti. Penat sangat agaknya. Tapi bila fikir balik, rezeki anak anak akak rupanya. Mereka seronoklah tengok ada roti sosej dan roti mini pizza. Apalagi, ngap terus lepas azan maghrib. Alhamdulillah.

Tempahan hari ni:
Roti sosej 32 biji
Roti mini pizza 36 biji
Roti chicken floss 23 biji

Rezeki anak anak berbuka dan bersahur 24 biji. Banyakkan untuk mereka. Akak pun join sekali hihi. Sahur pun makan roti, kurang nak ambil nasi.

Tukar Bidang-Meroti Kita

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa semua. Lama betul akak tak berkarya di sini. Tu pun asbab facebook share memories lama yakni saat berguru dengan cikgu kesayangan kita, Puan Masayu Ahmad. Allahu, rindunya.

Akak mula belajar 2017, saat arwah suami masih ada. Dah 5 tahun berlalu. Arwah sangat menyokong akak. Alhamdulillah.

Korang yang pernah mengikuti akak, pasti tahu akak bisnes apa sebelum ni kaan. Hihi
Sekarang dah beralih kepada bidang meroti pula. Alhamdulillah. Mana yang mendatangkan income, kita usahakan yea.

Siapa nak bantu kita kalau kita susah?
Asyik asyik meminta, orang pun menyampah kecuali betul betul terdesak. Janji bayar balik.

Buat masa ni, permintaan banyak disekitar kejiranan akak. 
Akak pun baru belajar, masih belajar lagi. 

Monday 17 January 2022

Projek Bisnes 2022

Assalamualaikum korang
Dah masuk 2022, alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk terus bernafas dan berkarya.
Dah 17/1/2022, masih boleh wish kaan. Selamat tahun baru korang.
Tak mau tanya azam lah hihi. Azam kita set time awal Muharram, lebih afdal. Insyaa Allah.

Okey, since akak sakit beberapa minggu lepas kaan akak terfikir pasal masa depan anak anak jika akak tiada lagi di dunia. Apa yang boleh buat mereka jadi survivor tanpa bergantung pada orang. Lumrahnya kehidupan, tak semua suka kita kaan. So, akak plan ajar mereka bisnes terutama pada anak kembar akak.

Ni Nutty Snaks, kekacang badam dan kuaci. Rasanya kurang manis tetapi kekacangnya banyak. Puashati, kata mereka yang dah membelinya.
Nutty Snacks ni projek bisnes untuk Along Fitri. Alhamdulillah, dah ada sambutan.

Manakala projek Angah Firdaus, roti. Wow, happy giler anak anak boleh makan roti sosej yang sedap dan lembut buatan sendiri. Opah aki pun suka. Tapi opah lebih suka kosong lah.
Target bisnes bento sekolah. Kawan kawan dah ada yang berminat.

Kedua bisnes ni, pembuatannya mudah dan senang. Tak perlu renyah renyah membuatnya.
Moga Allah mempermudahkan, melancarkan jalan bisnes ni hingga ke puncak kejayaan. Bisnes yang tiada pernah putus dan terhenti, limpahan rezekinya umpama air zam zam yang sentiasa mengalir. Allahumma aamiin Ya Mujib.