Thursday 23 May 2019

Mencari Lailatulqadar

Malam Ramadhan ke 19

Tak semua umat Islam diberikan nikmat rahmat Lailatulqadar. Hanya yang dipilih oleh Allah Taala. Beruntunglah mereka.

Kadang kita telah menyusun pelbagai strategik tetapi bila tiba saat itu, segalanya berubah.
Kerana apa?
Kerana Allah sebaik baik Perancang.

Hati yang suci bersih, mudah diterima doanya. But untuk lailatuqadar, tiada siapa mampu menebaknya.

Hidayah dan keberkatan diberikan kepada mereka yang Allah rasa perlu. Untuk membuktikan KEESAANNYA KEKUASAANNYA.

Indahnya malam lailatulqadar ni lain macam rasanya. Bila detik waktunya, tak semua orang tahu.

Kak Maz pernah 2 kali merasai saat kedamaian waktu, kesayuan, kesyahduan dan kesyukuran yang tak terhingga rasanya. Adakah itu petanda lailatulqadar?
Ia berlaku saat bersahur.

Pertama kali sewaktu bersahur di Kampus UiTM Jengka, bersama sahabat baik dalam lingkungan 3 pagi.

Kedua, bersama arwah suami dan anak anak. Selepas bersahur, kami lepak luar rumah bersama. Arwah bertanya, " Sayang, cuba rasai suasana ni. Tenang dan damai dia lain macam kan. Ada rasa nak menangis pun ada."

Terpandang ke awan, seolah olah tertulis kalimah Allah dan Muhammad. Subhanallah. Pengalaman pertama dan terakhir arwah di Ramadhan terakhir buatnya. Allahuakbar.
Al Fatihah buat arwah suamiku.

Ada orang kata, malam lailatulqadar pokok sujud mengadap kiblat. Tu belom pernah Kak Maz temui tetapi bonda pernah sewaktu dia kanak kanak.

Kata bonda, lintang pukang dia lari pulang ke rumah. Sesampai di rumah, dicedoknya air tempayan untuk cuci kaki. Tetiba, tuk tuk bunyinya. Rupanya air tempayan membeku.
Kata bonda, waktu itu masih budak. Bukan tahu apa, yang tahu adalah ketakutan. Yealah benda pelik berlaku.

Itulah pengalaman bonda dan Kak Maz. Bagaimana pengalaman korang?



Maziana Zainal

Along Rindu Ayah

Kerinduan Yang Tak Mungkin Terbalas.

Tengah bersiap sedia nak ke terawaih malam ke 17, Along menghampiri ibu dengan sayu dan berkata.

"Ibu, saya hilang satu perkataan ini. Dan tak mungkin akan ada lagi selamanya. Ibu tahu perkataan apa?"

"Ayah". Tekaan ibu.

Terus Along tunduk dan teresak esak menangis. Ibu peluk Along, "Along rindu ayah,ibu."

Ibu tahu, ibu perasaan Along tengok adik sepupu rancang bervideo call dengan papanya. Ibu tahu perasaan anak anak ibu. Ya Allah, sesungguhnya aku juga merindui arwah suamiku.

Mungkin disebabkan dah beberapa hari migrain, emosi agak terusik dengan kenangan. Ibu turun menangis bersama.

"Along dan anak anak kena selalu solat, mengaji, belajar sungguh sungguh dan selalu hadiahkan ayah AL Fatihah."

Kata opahnya, " Itu tanda arwah ayah rindu korang. Sebab tu kena selalu solat, mengaji dan hadiahkan Al Fatihah buat ayah. Ayah rindukan pahala dari anak anak dia."

Siapa sangka siapa menduga tahap kerinduan seorang anak yang sempat 11 tahun lebih bersama arwah ayahnya, manakala adiknya hanya sempat 8 tahun lebih.

Orang dewasa kehilangan orang tua, menangis teresak esak saat kematian dan perkuburan tetapi anak anak ibu, tidak sebegitu. TABAHnya kamu. Allah mendidik hati kamu tabah, bukan ibu.

Teruslah tabah duhai anak anak ibu. Perjalanan ini bukan mudah. Banyak ranjau dan onak duri berbisa sedang menanti kamu di hadapan. Samaada direncana manusia atau tidak, bersangka baiklah. Sesuatu perkara berlaku, adalah dengan izin Allah. Ada sebab dan asbab.

Hati hati dalam langkah kalian supaya dapat mengelak dan menahan luka luka rintangan itu. Kerana manusia dihadapan kalian, tak semuanya jujur waimah saudara sendiri.

Pegang pada tali Allah sentiasa.

Ya Allah, tetapkan kami di taliMU. Peganglah kami, jangan pernah terlepas. Sesungguh kami takut Ya Allah akan azab dariMU. Kami redha ujian ujianMU, tetapi ENGKAU peringankan dan permudahkan bagi kami.
Limpahilah kami dan kurniakan kami zat zat kasih sayangMU, kebijaksanaanMU, ketulusanMU dan rezekiMU untuk kami menerusakan perjalanan ini hingga ke titian terakhir kami.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin, Ya Alla Ya Mujib.


Maziana Zainal

Wednesday 22 May 2019

Kemangkatan Sultan Berjiwa Rakyat

Innalillahiwainnailaihirojiun. 
Kemangkatan yang mulia baginda di bulan mulia dan hari jatuhnya Nuzul Quran. Indahnya kemangkatan baginda.

Alam bagaikan menangis apatah lagi rakyat jelata Negeri Pahang. Kehilangan Raja berjiwa rakyat. Sering membantu rakyat jelata tatkala dilanda bencana dan musibah, apatah lagi kesusahan.

Al Fatihah buat Almarhum Baginda.
Al Fatihah juga buat mereka yang dijemput Ilahi di Ramadhan ini. 
Al Fatihah buat arwah suamiku, Ramadhan ke 2 tanpamu.



Maziana Zainal
Stokis Kuantan Aura Rezeki

Sunday 12 May 2019

Boleh Ke Kita Merajuk Dengan Mak

Malam ni dah malam ke 8 dah kita berterawih. Macam mana?
Mestinya sahabat sahabat Kak Maz hebat belaka kan. Berapa rakaat tak penting, yang penting kita dapat mengimarahkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang tiada di bulan lain.

Okey, berbalik kepada tajuk kita. Boleh ke kita merajuk dengan mak? Soalan yang diajukan oleh anak kepada bekas Perdana Menteri kita kepada ustazah dalam program " Takzirah Malam Jumaat".

Dengarkanlah. Fahamilah. Insafilah. Sesungguhnya kita "pendosa".





Semoga bermanfaat buat kita yang bergelar anak kepada MAK. Yang masih punya MAK.
Bukan setakat mak tetapi juga AYAH.

Berkatilah amalan dan ibadah Mak, Hajah Meriah Binti Haji Hassan dan Ayah, Haji Zainal Abidin Bin Hj Abdul Majid serta ayahanda bonda mertuaku Idrus Bin Hussin dan Juriah Binti Md Ali. Juga ayah kepada anakanda Kak Maz, arwah Zalikin Bin Idrus.



Maziana Zainal

Ku Tahu

Hai semua. Assalamualaikum
Bagaimana perjalanan Ramadhan kalian? Dah ada yang kena gastrik atau jatuh sakit?
Ujian untuk satu keberkatan bukan mudah dan murah kan.

Setiap ujian Allah hantarkan kepada kita tak sama dan tak serupa. Walaupun kita nampak sama atau hampir hampir sama. Percaya atau tidak, ia tak sama.

Ujian yang datang berbeza?
Orang tak diuji tak sama?
Kadang orang yang sama dan ujian yang sama tetapi waktu yang tak sama, cara minda pun berbeza.

Emm, pening lah tu.
Buat apa nak pening. Tak fikir pun. Baca je yea.

Ujian yang datang selalunya tak sama kerana waktu ketika itu berbeza, usia dan minda kita juga tak sama. 
Kenapa Kak Maz kata begitu?
Minda mempengaruhi usia kita. Ujian datang saat kita tidak matang, kita mudah marah beremosi giler. Segalanya kita terima dengan ketidakpuashatian. Betul tak?

Ujian yang hampir sama tetapi orang yang berbeza. Mungkin sesetengah orang menerima dengan cara yang meredha dan ada sesetengah pula menerima dengan kekecewaan. Ia bergantung atas tahap gelombang tenaga dalaman mereka bagaimana.

Percaya tak orang akan mempertikaikan tahap iman seseorang. Ya betul. Memang tak dinafikan. Iman itu penting. Gabungan iman dan tenaga dalaman mampu membuatkan seseorang itu redha dan tabah. Betul tak apa Kak Maz tulis ni?

Orang sekeliling mampu melihat kita. Mereka mampu menilai kita. Tetapi adakah apa yang mereka lihat dan nilai itu SAMA dengan apa yang kita hadapi dan harungi.

Jawapan Kak Maz, TIDAK.
Hanya kita dan Allah yang tahu. Pegang nawaitu kita. Pegang erat kekuatan tenaga dalaman supaya tak mudah digoyahkan orang. Kadang perlu bertegas dan berkeras dengan mereka. Hidup kita, jiwa kita dan emosi kita hanya kita yang tahu. 

Doa adalah senjata kita. Allah sebenarnya nak kita dengan DIA. Sentiasa dengan DIA.
DIA nak bagi kita sesuatu yang kita sendiri tak tahu tetapi amat kita perlukan nanti.

Dunia ni sebenarnya untuk akhirat.
Orang kata, bila kita kejar akhirat maka dunia mengejar kita.
Sifu pula kata, bisnes ni tentang 80% dan 20%. Apa tu?
Haa, 80% kita buat apa yang Allah suka dan 20% usaha kita. Bila Allah suka, Allah redha maka kejayaan dunia akhirat kita perolehi bersama.

Okeylah dah nak petang ni, dah Solat Zohor?
Nak masak, tunggu ayah pergi beli barang mentah dan masak bersama. Ayah Kak Maz memang suka memasak. Kita bantu je lah. Kalau kita buat, akhirnya senduk sudek ditangan ayah juga. Faham tak? Hahaha.

Sementara tunggu, Kak Maz nak update bisnes dan membaca buku yea.

Babai.


Maziana Zainal
Stokis Aura Rezeki Kuantan
0163961956
www.wasap.my/60163961956