Wednesday 18 January 2017

Hadir Kelas Bisnes ~ Online

Hadir Kelas Bisnes ~ Online
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Sejak arwah ayah mertua meninggalkan saya. Masa saya banyak terluang, buntu jadinya. Selesai urusan anak-anak dan suami, terus balik ke rumah. Kosong dan sepi.

Memahami keadaan saya, suami mengizinkan saya mengikuti mana-mana kelas berkaitan bisnes. Katanya, tambahlah ilmu mana yang kurang. Mana tahu suatu masa nanti dia diberhentikan kerja, ilmu itu boleh membantu kami berniaga.

Bermulalah carian saya akan kelas online diruangan google. Kerana kekanggan masa, saya memilih belajar secara atas talian kecuali kelas pada hari Ahad. 
Ini kerana hari Isnin sehingga Sabtu, ia melibatkan jadual dialisis suami. Bab nyawa, saya tidak berani ambil risiko.

Kelas atas talian ini, ada yang berbayar dan ada yang percuma. Kalau berbayar, biasanya saya hanya ambil pada kadar RM150 ke bawah. 
Ada dibuat di facebook, telegram dan whatsapp. Mudah kan? 




Antara topik yang saya belajar adalah :

  •  Cara berniaga secara online
  •  Cara mengatasi rintangan mental (mental block)
  •  Cara pemasaran 
  •  Cara penulisan blog
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya agak mengejutkan. Pernah sampai migrain sebab banyak talian kena baca dan ikuti.

Syukur sangat kerana mempunyai guru-guru yang terbaik, yang dipilih oleh Allah untuk saya. Ialah, kalau bukan dengan izinNYA masakan saya di sini bersama anda.

Ilmu tidak akan pernah ada garis penamat. Ilmu harus dicari dan digali. Imu itu juga pahala. Jom kita tambah ilmu bersama.


Maziana Zainal 
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment