Monday 9 January 2017

Jiwaku Dalam Perniagaan

Jiwaku Dalam Perniagaan
Teks : Noormaziana Zainal Abidin


Peribahasa Melayu pernah berkata, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah diri saya. Dari kecil telah didedahkan dengan dunia perniagaan.

Sekitar 80an, tiada lagi istilah Supermarket atau Mall. Perniagaan kami yang pertama digelar Mini Market. Pernah mendapat jolokkan kedai terbaik dek kerana susun atur dalaman kedai yang menarik. Perniagaan dulu cukup hebat. Sebut sahaja "Zamty", semua orang kenal. Tapi itu dulu.

Seusia kanak-kanak, kami adik beradik telah didedahkan dengan pelbagai tugasan. Dari sudut sukatan, pembungkusan, transaksi jual beli serta melayan pelanggan. Meniti usia remaja, kami adik beradik mampu menguruskan kedai. 
Antara kepakaran kami adik beradik:

1. Cekap dalam pengiraan
2. Pembungkusan, tahu pengiraan dalam timbangan
3. Memarut kelapa
4. Mengangkat tong gas
5. Berkomunikasi

Ayah seorang yang pandai mengambil peluang. Selain berniaga, ayah juga membuka kelas memandu kereta. Ayah dulu Tester JPJ, kami adik beradik ambil lesen memandu pun dengan ayah selepas habis SPM kecuali adik bongsu.
Mak juga tak kurang hebat, mengambil upah menjahit baju kurung. Setiap bulan, pasti ada pelanggan datang hantar baju. Memang cukup darah perniagaan dalam keluarga kami, masa kan kami juga tak boleh lari dari bidang perniagaan.

Dengan meningkatnya ekonomi negara, maka usaha untuk mencari pendapat lebih juga membara. Almaklum, kami 7 beradik. Ada antara kami sedang melanjutkan pelajaran ke IPTA, perbelanjaan tinggi.
Ayah mula menceburi bidang masakan. Bermula dengan menyediakan makanan untuk tahanan lokap di balai polis. Kami diajar memasak nasi, lauk-pauk dan pembungkusan. Bukan sedikit tau, sehingga mencecah 100 lebih. Bermula dengan tatih, akhirnya kami cekap. Alhamdulillah.
Pernah suatu ketika ayah dan mak tinggalkan amanah itu untuk saya, mereka perlu pulang ke kampung sebentar. Ketika itu usia saya baru mencecah belasan tahun, terkejar-kejar dengan aktiviti sekolah. Manakala abang saya, diamanahkan menghantar ke balai. Segalanya sempurna, umpama chef (maaf, terperasaan).
Itulah cara ayah dan mak mengajar saya berdikari dan bertanggungjawab.

Dari satu bidang, ke satu bidang yang lain pula. Ayah mengajar kami erti, jangan berputus asa dan jangan pernah selesa pada satu bidang sahaja. Ayah telah berjaya mendapat tender kantin hospital selama 4 tahun. Di sana kami dapat 2 jenis perniagaan, kedai runcit dan kantin.
Sebabkan ianya besar, maka ayah mula mengambil pekerja. Kami belajar bersama-sama pekerja ayah macam mana nak mengendali kantin kerana mereka adalah bekas pekerja kantin itu. Tiada istilah bos dan pekerja, kami umpama keluarga. Dan hingga kini, kami masih mengingati satu sama lain.

Pengalaman di sini mengajar saya macam mana kita melayan pelanggan yang pelbagai emosi. Hospital kan, mereka ada kisah duka. Selain itu, pengalaman macam mana kita bekerjasama antara majikkan dan pekerja. 
Tahu tak, saya terror buat air teh tarik. Hasil belajar dengan pekerja ayah. Belajar istilah menu, contohnya air teh terang bulan.
Untuk menarik pelanggan, kita kena peka segala sudut karaktor pelanggan. Siapa tak suka kan bila orang kenal kita, begitu juga pelanggan. Mereka suka bila kita kenal mereka, apa kegemaran mereka. Boleh berjenaka bagai. Bila stress, kamilah tempat mereka tenangkan fikiran dengan bergurau senda.

Oleh kerana gemarkan memasak dan kebetulan tender kantin telah tamat, ayah bercadang menukar jenis perniagaan. Dari mini market kepada restoran. Airtangan ayah memang terbaik.
Antara menu kegemaran mereka:

1. Ikan patin masak tempoyak
2. Rendang ayam
3. Laksa Asam
4. Roti Canai Dan Kuah Dal
5. Nasi Lemak

Setiap pagi dan setiap kali nak buka pintu kedai, dah ada yang menanti. Memang ada masa kami tak menang tangan. Kuih-muih airtangan mak, juga menjadi tumpuan. Bayangkan setiap pagi kami kalut nak ke sekolah, mak ayah kalut menyediakan bahan perniagaan. Sementara menunggu bas, sempatlah menolong mereka. Balik sekolah, wajib menolong kerana masa ni lah mereka pula berehat.

Sementara menunggu pelanggan, saya menyiapkan kerja sekolah. Ada masa tertidur atas meja, sehingga ada yang mengetuk meja. Pengalaman oh pengalaman, rindu pula rasanya.

Setelah berpindah, ingatkan nak goyang kaki tetapi tak boleh. Kebetulan kawasan rumah ada pelajar IPTA, kami pun menyusun strategi. Berniaga makan dari rumah hingga lah ke gerai sudut luar pagar rumah. Masa ni saya sedang menuntut di IPTA juga. Waktu terluang, saya pasti kena tolong mereka berniaga walaupun masa ni teman-teman sibuk buat assignment. Pelik? Oh, kampus saya tak jauh dari rumah. Saya ulang alik je masa belajar. Dan ia berterusan sehingga saya bekerja. Sebelum masuk kerja, saya tolong bukakan gerai. Manakala balik kerja, saya bantu sehingga tutup gerai. Pernah mencecah 3 pagi, atas permintaan pelajar di situ kerana nak bersahur terus.

Ikut suami menetap di Ampang.
Kerana tanggungjawab sebagai seorang isteri, saya mohon untuk berhijrah. Saya meminta ayah dan mak berhenti berniaga kerana tiada pembantu. Saya mengikut suami berpindah ke Ampang kerana menjaga ayahnya yang strok.

Tak tahan dengan tahap goyang kaki yang selesa. Saya mula berjinak dengan Multi Level Marketing. Perniagaan yang paling digeruni manusia. Habis kawan-kawan lari sebatu kalau nampak bayang kita tau.

Iya lah, duduk dalam zon selesa perniagaan krik krik pun tak rasa apa. Relak je, tak perlu risau.
Nak modal? Petik dengan suami. Tapi pelangi yang disangka bertahan lama, rupanya hanya sebentar sahaja menyinggah.

Suami disahkan sakit buah pinggang tahap 5, di mana keduanya dah mengecut dan mengering. Sedar akan hakikit perbelanjaan rawatan yang perlu ditanggung seumur hidup dengan anak-anak yang masih bersekolah serta ayah yang sakit, saya bertekad untuk lebih serius dalam berniaga.

Bermulalah berniaga secara talian.

Saya bermula dengan menjual sabun dobi menggunakan facebook. Promosi demi promosi. Iklan sana sini sehinggalah saya pernah dihentam kerana tag orang di status iklan saya. Oh, nak berniaga online ni, kena ada cara. Sedikit demi sedikit saya belajar dan melihat status peniaga lain. Alhamdulillah.

Sukarnya berniaga cara moden ni. Kalau dulu, buka pintu orang dah tunggu nak membeli. Kini, sehari belom tentu dapat hasil. Hati kecil teringin mengikuti kelas-kelas berniaga online tapi masya Allah, tak termampu saya. Sayu hati ni.

Perkara pertama saya buat, saya membaca buku-buku tentang perniagaan online, buku motivasi dan pelbagai. Belajar cara kawal diri supaya sentiasa positif. Belajar dan amalkan teknik buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Siapa kata berniaga ni tak de dugaan? Dugaan paling hebat bila mana manusia menyekutukan Allah dan menghentam manusia lain. Difitnah, disabotaj dan dianiaya...itu juga rencah orang berniaga. Dulu, memang rasa nak marah dan membalas. Kini, bila ilmu dah ada di dada..percaya bahawa tiada satu zarah pun akan terlepas pandang dari mata Allah.
Ada sebab mengapa Allah mengizinkan ia berlaku kepada kita.

Setelah apa yang berlaku, saya bangkit semula dengan sokongan padu suami dan orang tua. Saya belajar Solat Dhuha, dari 2 rakaat kepada 12 rakaat. Bersedekahlah walaupun belum kaya raya. Hasilnya, Allah jawab...Allah bantu saya. Saya mula semula dengan menjadi agen Kek Keju Meleleh Chef Sanif. 

Macam mana ni? Saya bukan jenis suka makan keju. Saya tak de kawan di sini. Suami selalu bertanya, siapa pelanggan awak? 
Masa ni saya yakin Allah memilik rezeki yang Mutlak. Saya berserah pada Allah, saya mohon bantuan Allah. Subhanallah, janji Allah itu Benar. Saya mendapat kawan-kawan yang menyokong dan membantu saya dalam berniaga termasuklah founder itu sendiri.
Bak kata orang, mungkin asbab saya menjaga ayah mertua.

Kini ayah dah hampir 11 bulan meninggalkan kami. Dan masa inilah saya berusaha untuk terus menimba ilmu. Kalau dulu terpaksa tangguh kerana tiada orang boleh mengantikan saya menjaga arwah. kalau dulu berniaga, saya akan pastikan sebelum malam dah sampai rumah waimah saya hantar barang hingga ke Pahang. Pasti balik pada hari yang sama.

Tak mahu mengalah dengan situasi, saya mula mengeluarkan produk sendiri. Bermula dengan Nutty Snack ( serupa dengan produk Almond Caramel Krunchy), saya intai resepi di internet dan saya tambah ikut selera saya. Mangsa pertama yang akan merasa produk saya, adalah keluarga. Mereka juga yang mencadangkan supaya memasarkannya.

Selain itu, saya beranikan diri untuk mengambil tempahan menbuat kuih-muih samaada yang siap masak mahupun yang frozen. Antaranya adalah menu kegemaran keluarga tersayang :

1. Kek Gula Hangus
2. Karipap Frozen
3. Roti Sosej Frozen
4. Temosa @ Karipap Inti Ikan Frozen
5. Kek Batik
6. Kuih-muih gorengan (vadei, kuih ketayap dan lain-lain)

Impian
Impian saya ingin berjaya menjadi usahawan berjaya, mana tau boleh cecah level jutawan kan? Jangan pernah sabotaj diri dengan merendahkan diri sendiri, ilmu terbaru yang saya belajar. C

Cari dan bina circle yang positif. Berniaga cara alaf kini.
Bina kerjaya dari rumah dengan berniaga. Semoga saya dan anda terus berjaya.




No comments:

Post a Comment