Friday 26 May 2017

Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan Al Mubarak

In shaa Allah besok Ramadhan akan datang memberi salam. Seluruh umat Islam akan berpuasa selama sebulan.

Bulan untuk beribadat, memperbanyakkan amal ibadah dan kebaikkan. Nampak mudah kan? Walaupun syaitan diikat. Dugaan tetap ada. Godaan juga hebat.
Mengapa?
Untuk mendapat sesuatu ganjaran, haruslah diuji. Macam bertanding untuk dapat hadiah.
Bulan ni Allah memperlimpahkan pahalaNYA, barakahNYA pada umat yang hebat menangkis segala ujian, cabaran dan godaan.

Anak-anak Kak Maz dah diajar berpuasa sejak berumur 5 tahun. Cuma ia tidaklah sempurna macam orang dewasa. Macam kita dulu-dulu.

Tengok tahap cuaca juga, kalau panas yang agak terik Kak Maz akan longgarkan syarat demi kesihatan mereka. Alhamdulillah, kali ni puasa hadir seiring dengan cuti sekolah. Seronok kan.

Hajat dan janji pada orang tua untuk puasa bersama terpaksa Kak Maz tangguh. Bukan nak jadi munafik tetapi terpaksa kerana jadual dialisis suami dan kos rawatan anak. Alhamdulillah, makayah faham. Moga restu, redha dan doa mereka Kak Maz ada rezeki lebih. Jom aamiinkan doa Kak Maz.

Ya Allah Limpahi Kami Rezeki Yang Melimpah Ruah Dan Tak Putus- Putus. Agar Kami Dapat Memanfaatkannya Ke Jalan Yang Engkau Redhai.

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.


SALAM RAMADHAN SEMUA, SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT.
BERBANYAKKAM AMAL IBADAH, KEBAIKKAN DAN BERSEDEKAH.😍

Maziana Zainal

Wednesday 24 May 2017

Maziana Frozen

Maziana Frozen
puanmazianazainal@gmail.com


Macam mana Kak Maz terjebak dengan bisnes sejukbeku (frozen Food)? Nak tahu ke?
Ia bermula kerana desakkan anak tekak Kak Maz. Boleh macam tu yea?

Kak Maz orang Pantai Timur, dah terbiasa masakkan orang sana yang cukup sempurna tentang rasa. Mereka menjual makanan, seumpama mereka sendiri nak makan sedap.

Rata-rata di kota ini, mereka menjual asal ada je. Kalau ada yang benar-benar sedap, cepat habis dan jauh dari kediaman. Faham je lah hidup di kota ni, sentiasa sesak.

Bila nak makan, kenalah buat sendiri. Bermula dengan sekilo tepung, Kak Maz boleh dapat 50 hingga 70 biji. Banyak kan? Masak 20 biji setiap kali menggoreng, maka yang berbaki Kak Maz simpan dalam peti. Kalau nak makan dah tak susah, tinggal menggoreng je.

Pernah suatu hari, tetamu datang. Kami menggorenglah karipap tu. Mereka kata sedap dan bertanya kat mana kami membelinya. Kebetulan masih ada yang berbaki, kami berikan. Lalu anak bertanya, " Ibu jual pada mereka ke?". "Ibu bagi sahaja, kenapa?". "Apakata ibu jual, boleh dapat jual, karipapibu sedap".

Atas perbincangan dengan suami, dia bersetuju keluarkan modal. Bukan setakat karipap, kuih lain juga kami buat frozen. 
Antaranya yang pernah Kak Maz buat:
1. roti sosej
2. keria
3. rendang kasturi (kuih kacang hijau)
4. kek batik

Tapi sekarang, Kak Maz fokus pada karipap dulu. Kerana semua kerja itu, Kak Maz buat seorang diri dan ia mengambil masa yang panjang.

In shaa Allah, pertambahan stok dan kualiti akan dipertingkatkan lagi. Selagi kudrat empat kerat ini ada, Kak Maz teruskan demi keluarga.

Dulu impian hidup sederhana kerana takut bila kaya, jadi bongkak. Tetapi sekarang, wajib kaya kerana sara hidup amat mencabar. Ingin berikan keselesaan rawatan untuk keluarga dan mak ayah Kak Maz. Kak Maz terkesan dek sistem rawatan kerajaan yang agak lambat untuk mengesan sakit anak Kak Maz.

Bila pergi yang berkualiti, kosnya agak tinggi. Walaupun begitu, ia sangat berbaloi. Akhirnya kami menemui panyakit yang anak hidapi.

Doakan Kak Maz terus berjaya, kaya dan berjasa. Aamiin.


Maziana Zainal

Karipap Sardin Frozen

Karipap Sardin Frozen
puanmazianazainal@gmail.com


Wah, bertambah satu lagi perisa karipap Kak Maz iaitu Karipap Sardin Frozen. Minggu lepas Kak Maz hadir satu bualbicara perniagaan. Kak Maz menaja makanan untuk tetamu yang hadir dengan Karipap Kentang dan Karipap Sardin. Alhamdulillah, rata-rata mengatakan ianya sedap. Dan dari pemantauan Kak Maz, semua tetamu makan sampai habis tanpa ada yang menggeleng.

Nikmat Allah kan?
Seusai habis bualbicara, ada beberapa tetamu yang Kak Maz jumpa dan bertanya pasal karipap tadi. Mereka memuji sedap. Dan ada pula yang bertemu Kak Maz menyatakan keenakkannya.

Karipap Sardin ni adalah eksperimen Kak Maz, resepi baru. Kak Maz gabungkan semua resepi-resepi yang ada dalam google.

Sekarang keyakinan Kak Maz mulai meningkat. Pertambahan stok akan dibuat atas permintaan mereka yang ingin menyajikannya di bulan Ramadhan. Minggu lepas, sahabat Kak Maz dah borong Karipap Kentang Frozen, 10 bekas.


Karipap Sardin Frozen, rupanya macam karipap biasa cuma ada label untuk membezakannya. Nikmatinya bersama keluarga tersayang.


Maziana Zainal
Bisnes SejukBeku (Frozen Food)

Saturday 20 May 2017

Pulun

Pulun


Masya Allah, sampai pukul 1 pagi Kak Maz mengembala Karipap Frozen. Kak Maz lakukannya seorang diri dari memasak inti kentang dan sardin, mengguli tepung, mengelim, memasak dan membungkus. Wow! Macam tak percaya je kan?

Ada yang bertanya, " Kak Maz uli guna mesin ke?". Maaf, Kak Maz tak pandai guna mesin. Semuanya Kak Maz lakukan secara manual. Tanpa pembantu.

Pernah Kak Maz uli serentak 3 kilo tepung. Tapi lepas tu, suami Kak Maz bagi amaran keras hahaha. Dia cakap buat biar 1 kilo dan 1 kilo berikutnya supaya kalau bancuhan tak menjadi, ia tak rugi banyak bahan.

Tapi pemikiran kita," Alaa, buat sikit-sikit lambat nak siapkan bilangan tempahan". 
Suami tu nasihat supaya tahap keletihan itu tak maksimum. Bila maksimum, peringkat seterusnya akan tertunda. Faktor usia juga, dulu gagah boleh buat sekali banyak tapi sekarang banyak hormon yang dah berkurangan.

Alhamdulillah, Kak Maz sempat menyiapkan tempahan Karipap Frozen dan Batik Choc. 
Percaya tak, tahap letih kita berbayar saat pelanggan berpuashati dengan produk kita?
Itulah nikmat dan hadiah terindah buat Kak Maz.


Sekarang dah malam. Kita sambung nanti yea. Besok Kak Maz nak hadir ke majlis ilmu. Nak serap semua ilmu yang bermanfaat untuk Kak Maz aplikasikan dalam bisnes ini.

Terima kasih sudi membaca blog Kak Maz. Sayang korang.


Maziana Zainal

Thursday 18 May 2017

Saat Allah Menyapa

Saat Allah Menyapa
puanmazianazainal@gmail.com

Siapa pernah dengar cerita disebalik penghijrahan Neelofa?
Dia buka terjemahan Al Quran, Allah menjawap persoalan hatinya.
Percaya tak?

Fasa Kak Maz down, Kak Maz pi dengar "talk". Sekian lama anak buah pujuk, baru ni Kak Maz follow. Speaker adalah insan-insan yang hebat dalam bisnes tau. Tak sombong langsung.

Perancangan Allah tak siapa yang tahu.
Ada seorang insan ni memberikan buku terjemahan Al Quran.
Kak Maz buka dan baca secara random, tiba-tiba ada satu surah yang betul menyentap kalbu Kak Maz.

Surah Al Anaam, ayat ke 3 yang bermaksud:
" Dan Dialah Allah dilangit dan dibumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. "

Terus teringat cerita Neelofa. Allahuakbar, indahnya perancanganMU.
Percaya sebelum berjaya.
Pegang akhirat, dunia akan datang dengan sendirinya.
Fahami dan hayati Al Quran. Inilah guru kita.

Ini antara perkongsian dr mereka. Semoga Allah memberkati mereka.



Maziana Zainal

Tuesday 16 May 2017

Kek Batik Tanpa Telur

Kek Batik Tanpa Telur

Cubaan Kak Maz memperkenalkan kek batik dengan nama "Batik Choc" berjalan lancar.
Rata-rata menyatakan kegembiraan dapat menikmatinya. Menjadi bualan selepas majlis bual bicara bisnes.

Allahuakbar. Alhamdulillah. Ini pun atas cadagan anak buah Kak Maz juga kerana dia pengemar tegar Batik Choc Kak Maz.

Ada telur ke?
Oo, Batik Choc tiada telur. Siapa yang alergik telur, boleh nikmati Batik Choc Kak Maz.

In shaa Allah, akan dikomersilkan dalam pelbagai rasa. Doakan Kak Maz yea.
Sempena Hari Guru, Selamat Hari Guru untuk semua guru di seluruh dunia.

Kak Maz belanja gambar yea.




Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

Saturday 13 May 2017

Diagnos Hypotyroid

Diagnos Hypotyroid

Apa itu hypotyroid? Kekurangan hormon tiroid. Itu je yang saya faham.
Belom habis saya mengkaji tentang penyakit ini. Semakin saya mengkaji, semakin hati ini gundah gelana.

Sikembar selama ini sihat walafiat walaupun lahir tak matang. Mereka sihat, gebu dan aktif. Cuma sejak menjejak kaki ke alam persekolahan dan sering dibuli, mereka sering sakit.

Awalnya kami ingat mereka takut untuk ke sekolah. Seminggu tak perlu penuh ke sekolah. Kami sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka sering dimarahi kerana pelbagai alasan sakit.

Khilaf kami atau khilaf pihak perubatan? Kami mendapatkan rawatan anak kami ke klinik dan hospital setiap kali sakit. Keputusan doktor ianya tak serius, demam biasa ataupun tonsil bengkak dan berlaku sedikit jangkitan. 

Ubat diberikan, habis dimakan tetapi sakit tidak juga kurang. Perubatan Islam juga kami dapatkan, hasilnya anak masih tak juga sihat sepenuhnya.

Ya Allah, hati ibu mana yang tak rabak melihat anak menahan dan merintih sakit. Adakah lakonan anak-anak tak ke sekolah?
Itulah yang cuma doktor cakapkan pada kami, berkemungkinan dia takut nak ke sekolah. 

Dalam ertikata lain psiko.
Percaya kata yang arif tentang kesihatan, kami sering mendesak anak ke sekolah.

Sehingga satu ketika kami mengunjung Klinik Wan Julia. Doktor diagnos anak saya mungkin mengidap hypotiroid. Berdasarkan kajian beliau dalam perubatan dan pemerhatiannya terhadap fizikal dan sakit anak.

Pulang dari klinik, saya mengkaji serba sedikit tentang penyakit itu. Ya Allah, semua simptom itu ada pada anak. Dan selama ini sakitnya, adalah simptom penyakit itu.

Ya Allah berdosanya saya pada anak. Ya Allah, ampuni hamba yang lalai. Ya Allah, berikan anak ini penawar yang serasi dan sembuhkanlah kembar saya ini.

Besok kami akan memulakan rawatan pertama di sana. Ujian darah akan dibuat. Dek kerana kewangan tak mengizinkan, kami buat seorang demi seorang. 
Alhamdulillah, mujur abang dan adik saya bantu.

Doakan segala ikhtiar saya diberkati Allah. Rezeki saya juga dilimpahi Allah tanpa putusnya.
Aamin Ya Rabbal Alamin.


Maziana Zainal

Saturday 6 May 2017

Jatuh Sakit Lagi

Jatuh Sakit Lagi

Allahuakbar, tak tahu nak cerita bagaimana? Anak jatuh sakit lagi. Pergi klinik, pergi hospital.
"Puan, anak puan tak demam dan tak ada sakit apa-apa."
"Tapi doktor, anak saya mengadu kesejukkan dan sengal sendi."
"Dah berapa lama?"
"Ooo, dah 2 minggu. Seminggu pertama, saya ingatkan dia psiko tak nak ke sekolah tetapi sejak semalam dia mengadu seluruh sendi dia sakit."
"Oklah, kita ambil ujian darah."

Setelah 2 jam. 
"Puan, semua ok. Saya tak pernah dapat kes macam ni."
"Boleh buat surat saya rujuk pakar kanak-kanak?"
"Atas kes apa puan nak rujuk pakar?"

Inilah sering terjadi. Bila kita mohon rujuk pakar, tak boleh. 
Kalau lah akak kaya, hospital swasta tentu jadi pilihan. Pemeriksaan secara terperinci akan mereka lakukan.

Sekarang, kena lah ulang alik ke klinik dan hospital selalu. Jumpa ustaz. Selagi ada ikhtiar, ikhtiarlah kita.

Semoga Along, anak ibu sihat kembali. 
Dia dah trauma ke hospital sebab doktor cucuk banyak tempat kiri dan kanan tangan untuk ambil darah, darah tak nak keluar. Jarum dicucuk dan digoyang sana sini dalam lengan.
Allahuakbar.

Sebab itu mentor bisnes selalu cakap, kita mesti kaya. 
Baru kini saya faham. Kaya bukan untuk bermewah dengan banglo, kereta mewah, emas dan barangan berjenama tetapi kaya untuk kita berbakti bila sakit-sakitan.

Ya Allah, berikan kami kekayaan dan rezeki yang hadirnya tanpa henti dan putus.
Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.


Maziana Zainal

Thursday 4 May 2017

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.my

Siapa tak pernah makan Kek Gula Hangus? Kek legend tau. Zaman mak-mak dan nenek kita dulu setiap kali nak sambut hari raya.

Bau dari dapur menggoda tau? Masa tu kan bulan puasa, tergugat iman. Sebab tu lah mak Kak Maz suka membakar malam raya.


Disebabkan sekarang dah berkahwin dan merindu masakkan ini, Kak Maz belajar memahirkan resepi tradisi ini.
Alhamdulillah. 

Sekarang mak pula menunggu Kak Maz buatkan kek legend ni. Ops, bukan mak sahaja malah adik beradik, ipar duai dan anak-anak buah juga menantikannya.

Ramadhan dah dekat, Syawal pun dah tak lama. 
Siapa berhajat, boleh lah hubungi Kak Maz yea. 


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956

Harga Runtuh - Kek Sedap (Umieaisyah)

Harga Runtuh - Kek Sedap (Umieaisyah)
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.my


Tawaran harga runtuh ini hanya berlangsung selama seminggu sahaja ( 3 Mei hingga 10 Mei 2017).

Harga biasa kami antara harga rm 8.00 hingga rm10.00 mengikut perisa.


Harga rm 7.00 (biasa rm 8.00)

  • Kek Keju Meleleh
    • Pandan
    • Vanila
    • Red Velvet
    • Coklat
  • Kek Coklat Meleleh
    • Hershey
    • Badam
    • Choc Moist
Harga rm 9.00 (biasa rm 10.00), perisa terbaru.
  • Oreo Choc
  • Hazel Choc

Siapa berhajat atau berminat nak merasai kualiti Kek Umieaisyah, boleh berhubung dengan Kak Maz tau, 0163961956.

Seminggu sahaja tau. Cepat yea.

Kak Maz masih buka peluang kepada anda yang ingin menjadi rakan niaga. Jom jana pendapatan dari rumah.


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)









Karipap Sedap

Karipap Sedap
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.my




Semalam ada customer datang bertanyakan karipap. 
Walhal Sabtu lepas dah order 200 biji karipap yang siap digoreng.

Masuk rumah, beria dia mencari saya. Katanya, kawan dia mahu karipap.
Saya :Alamak! Stok baru saya belom buat.
Dia : (Dibukanya freezer saya.) Ini ada.
Saya: Itu yang reject masa awak tempah hari tu, ada pecah pecah.
Dia : Takpe, bagi aje. Kawan saya mahu sangat. Masa kenduri, ramai orang kata sedap sangat dan kat mana saya tempah. Tak sampai 5 minit, satu bekas dah habis. (Sebekas ada 50 biji).
Disebabkan nak sangat. Saya suruh dia ambil sahaja.
Ingatkan setakat itu sahaja. Sebelum dia berlalu, "yang frozennya mahu 4 bekas yea."
Nikmat Allah datang tatkala saya tengah down. Alhamdulillah.
Puas rasa hati bila pelanggan menyukai airtangan kita. Siapa tak suka bila pelanggan puji sedap, betul tak?
Kak Maz harap kemahiran ini menjadi punca rezeki kami sekeluarga. In shaa Allah.

Kak Maz dalam proses menambah kuantiti stok. Huru hara kalau pelanggan datang menyerang macam ni. Paling tak best bila mereka pulang dengan muka sedih.

Kak Maz masih ada hutang tempahan pelanggan, mujur pelanggan Kak Maz baik-baik belaka. Mereka sanggup tunggu. Untuk makluman, Kak Maz buat secara perseorangan dalam kerja pengeluaran produk sejukbeku ni. Ada masa kesihatan diuji Allah.

Jadi. Kalau anda mahukan karipap atau temosa frozen, anda kena buat tempahan awal.

Harga:
Karipap 1 Bekas (10Biji) - rm 3.50
Belian 10 bekas, percuma 1 bekas

Temosa 1 Bekas (10biji) - rm5.00
Belian 10 Bekas, percuma 1 bekas
Hubungi Kak Maz 0163961956


Maziana Zainal
Bisnes SejukBeku (Frozen Food)