Monday 16 January 2017

Zamty Homestay Ala Hotel

Zamty Homestay Ala Hotel
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Wah! Ala hotel tu. Iya, memang ala-ala hotel tau. Bukan saya syok sendiri, tapi itulah luahan dari penginap kami.
Ada yang sanggup nak membelinya, masya Allah besar sangat penghargaannya.

Pernah dengar Zamty? 
Diawal catatan saya pernah menyebut nama ini. Nama bisnes orang tua saya pada suatu masa dahulu. Ingin mengekalkan pengenalan ini, maka terhasillah Zamty Homestay.

Hiasan dalaman yang kemas dan tersusun memikat hati penginap kami. Bagaikan cinta pandang pertama.
Bilik-bilik diberikan sentuhan yang sangat ekslusif, bersize Queen dan cadar serta selimut yang hampir serupa dengan hotel.
Disediakan kain telekung, sejadah, Al Quran serta arah kiblat, memenuhi keperluan seorang muslim.
Bukan itu sahaja, setiap bilik disediakan penghawa dingin. Lenalah tidur penghuni kami.

Dapur pula disediakan segala peralatan untuk memasak. Boleh dikatakan sempurna, sehingga anda tidak kekok berada di dalamnya.
Mesin basuh ada. Seterika juga ada. Anda tak perlu risau tau, berehatlah.

Bagaimana kami inginkan homestay yang selesa, begitulah kami ilhamkan dalam Zamty Homestay.

Ruang letak  kereta juga luas, boleh memuatkan 2 buah kereta di dalam dan satu di luar pagar. 

Anda suka? Kami pun suka. Nak tengok gambaran sebenar homestay kami?


Cantik tak? Berminat nak merasai kelesesaan homestay kami, anda boleh terus ke laman mukabuka Facebook Page) kami, klik di sini https://www.facebook.com/zamtyhomestay/

Dimana?
Maaf, lupa pula nak beritahu lokasi kami. Ia disekitar Kuantan, Pahang. 
Kalau anda berkunjung ke daerah itu, silalah hubungi kami.

Maziana Zainal
Pengurus Bahagian Tempahan

No comments:

Post a Comment