Wednesday 18 January 2017

Temosa Ikan Terbaik

Temosa Ikan Terbaik
Teks: Noormaziana Zainal Abidin



Temosa ikan, kegemaran kami orang-orang Pantai Timur. Sebenarnya temosa ini ada banyak versi resepinya. Ada yang ditambah parutan kelapa, ada yang dicampur sedikit herba halba dan ada yang tiada keduanya.

Resepi saya tiada keduanya, bukan tiada dalam resepi cuma atas analisis ke atas pelanggan yang membeli. Mereka juga mahu saya kekalkan resepi ini. Bukan seorang sahaja yang meminta, tapi majoriti. Kalau pilihanraya, kita memilih suara ramai. Betul tak?

Kalau anda nak tahu, temosa sebenarnya berbentuk bulat. Seperti gambar di bawah ini.


Ini temosa sejuk beku. Biasanya, saya akan goreng separuh matang sebelum membungkusnya. Tetapi ada sesetengah orang, mereka membakarnya seketika. Atas keselesaan mereka. 

Biasanya di Kuala Lumpur, karipap sebegini intinya adalah sardin. Oleh itu, bertanyalah dulu sebelum membeli.

Inti temosa ini dibuat menggunakan ikan segar dan biasanya ikan selayang. Dicampur dengan lada hitam, bawang dan santan. Sebab itu rasanya berlemak, masin, manis dan pedas. Tapi pedas lada hitam tau, bukan cili padi.

Yang tak pernah rasa, sekali makan tentu nak lagi. Itulah yang berlaku pada pelanggan saya.
Stok selalunya tidak mencukupi. Untuk mendapat temosa yang sedap, ikan haruslah yang segar. Dan untuk mendapatkan ikan yang segar memang susah di sini dan agak mahal.

Mahal tak apa, asalkan sedap. Siapa setuju, angkat tangan.
Anda boleh hubungi saya di sini 0163961956.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment