Friday 13 January 2017

Kek Keju Meleleh Chef Sanif

Kek Keju Meleleh Chef Sanif
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blgspot.com

Fenomena En. Keju, sana keju sini keju. Awak makan keju? Keju. Keju. Keju.
Saya budak kampung, mana gemar makan keju. Pizza saya makan, tapi pizza ada keju ke? Masa budak dulu mana tahu yang pizza tu ada keju, main makan je apa mak ayah beli. Tapi budak sekarang, sikit-sikit nak keju. 

Entah kenapa, perasaan dan selera saya berubah sejak kenal Kek Keju Meleleh Chef Sanif ni. Adakah sebab ia nampak sedap atau jenamanya yang tengah terlajak laris dipasaran?
Dek kerana anak-anak keju saya ini teringin, saya pun membelinya dengan sahabat.
Mula-mula sesudu, kemudian bersudu-sudu masuk mulut. Wow! Rasanya memang sedap dan terbaik. Kalau boleh bagi 10 bintang, saya bagi berbintang-bintang tau.
Boleh jadi igauan mimpi, asyik teringat je.

Tiba-tiba otak saya keluar mentol (dapat idea), ting.
Apakata, saya sertai mereka untuk menjual. Kalau jadi agen, dapat harga murah dan dapat untung. Terus mata nampak duit ( $$$).
Yang paling penting, dapat makan sendiri (tersenyum sambil usap dagu). Untung dapat, makan pun dapat.

Daftar agen yang sah.
Bila berniaga produk orang, kita kena lah hormat cara kerja mereka. Ikut syarat yang ditetapkan. 
Biasa mereka ada minimum kuantiti setiap kali buat tempahan. Jadi, peranan modal duit dan aset diperlukan. Ia lah, duit untuk membeli kek (modal duit) dan peti sejuk (modal aset). 

Bila kita cebur bidang ni, kita kena ambil tahu lebih tentang produk tu. Kena tahu jangka hayat kualitinya, cara penyimpanannya dan cara menerangkan kepada pelanggan. Setakat anda menjual tanpa mengambil tahu kesemua itu, untuk anda gagal itu tinggi.

Kenapa?
Kerana saya pernah membelinya tetapi kualiti kek itu kurang sedap. 
Saya belajar dari kesilapan dari agen itu. Sebab itu, saya dikategori orang yang banyak tanya.
Kita kena tahu tentang keju, bau keju fresh macam mana. Peka dengan kualiti kek itu semasa baru sampai sehingga kita menjual kepada pelanggan.

Hai, macam susah je bisnes kek ni.
Tak lah! Senang sangat. Kena dengan cara, anda boleh teruja lebih dari saya tau. 
Saya menggunakan peti sejuk beku (freezer), kebetulan memang saya berniaga produk sejuk beku (frozen food).
Kek simpan dalam peti sejuk beku?
Kenapa terkejut sangat. Itu lah bezanya jenama Chef Sanif. Walaupun disimpan di dalam peti sejuk beku, kek tetap sedap dan lembut selepas dikeluarkan dari peti.
Dan yang bagusnya, kek ini boleh dinikmati dalam 2 keadaan. 
1. Kalau makan sejuk (baru keluar peti), kita umpama makan kek aiskrim.
2. Kalau dibiarkan pada suhu bilik seketika, kita dapat menikmati kek keju meleleh (kejunya 
    mencair dan meleleh)

Masya Allah, anda dah menelan air liur ke? Nak rasa kek ni? 
Boleh terus ke laman muka buku saya :
1. www.facebook.com/mazianashoppe
2. www.facebook.com/MZCisKekLeleh

Ada perisa apa ye?
Meriah tau perisa dia, antaranya:
- Vanila
- Pandan
- Lemon
- Coklat
- Red Velvet
- Oreo
- Tiramisu
- Strawberi
- Belgian Indulge
- Mango Yogurt

Berminatlah.
Minat apa tu? Minat mahu mencuba kek atau minat nak jadi seperti saya. Nanti anda bisik-bisik kat saya tau.

Peluang tak akan datang sendiri kepada kita, kitalah yang harus mengejar dan mengapai peluang.

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)


No comments:

Post a Comment