Wednesday 11 January 2017

Rabu Oh Rabu

Rabu Oh Rabu
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Hari ni teman suami ke Klinik Kesihatan Cheras, rutin 3 bulan sekali. Tapi hari ni pergi lambat sedikit sebab tekanan darah  tak berapa cantik, silap-silap haribulan kena tahan wad.

Semua orang tahu kan bagaimana keadaan bila pergi klinik kerajaan, susah dapat parking dan servis lambat. Berbeza hari ni, segalanya Allah dah atur cantik dan sempurna. Masuk je, nampak parking kosong. Servis pun cepat, tak sempat berpeluh pun. Dalam masa menunggu tu, sempat juga saya submit order ke stokis. Bisnes kena jalan juga walau di mana berada. Betul tak?...

Lepas selesai, kami merempit cari makan sebab suami lapar. Dia memang tak akan makan dan minum bila pergi medical check up sebab bimbang level gula naik. Setelah 4 tahun dialisis, tahun lepas baru kena diabetes. Satu per satu penyakit datang. In shaa Allah, Allah nak membantu mengurangkan dosa-dosa manusia yang DIA sayang.

Disebabkan tuntutan kerja, suami masuk gak kerja. Lepas hantar dia ke stesen bas, saya pun memecut untuk beli makanan anak-anak dan terus ke sekolah. Hari ni sikembar tak boleh balik, mereka ada ko-kurikulum. Pukul 2 petang, mereka pun masuk kelas. Saya dan si bongsu pulang ke rumah sementara nak menjemput kembali pukul 4 petang.

Walaupun nampak tak banyak aktiviti, badan terasa lesu sangat. Kalau lah terlena ni, mau terbabas menjemput mereka. Subhanallah, mengantuk sangat hari ni. Pejam celik, pejam celik dah pukul 3.40 petang. Gagahkan jua. 

Hari ni memang tak sempat memasak, anak-anak balik merungut lapar lagi. Ingatkan masih kenyang makan pukul 1.30 tadi, rupanya tidak. Terpaksalah ibu bertungkus-lumus di dapur. Puas memikir nak masak ayam atau ikan, menu apa paling pantas. Semuanya masih beku dalam peti. 

Bayangkan dalam kepenatan tu, kena fikir nak masak apa? Apa korang rasa? Macam-macam rasa ada kan. Maka terciptalah idea mengarut saya. Mengarut pun, menu tu berbaloi tau. 
Nak tahu?
Saya keluarkan ayam dari freezer, basuh dan terus rebus. 
Tak defrost dulu ke? Hahaha... 
Ayam masih beku tau. Saya leraikan masa air rebusan mendidih. Agak-agak ais dah cair dan ayam dah tak rasa sejuk, saya toskan dan lumur garam serta kunyit pada ayam. 
Kemudian goreng.

Kenapa saya rebus dulu?
Kalau tak rebus dan nak tunggu defrost, memang lambat tau. Pastu bila goreng, kadang-kadang luar garing tapi dalam masih ada darah segar.
Tetapi bila kita rebus, ia defrost cepat dan ayam dah separuh masak. Bila goreng, ia masak sempurna. Kan cepat tu...
Lagi satu, bagusnya kita rebus dulu lelamak ayam semua keluar. Jadi bila makan, ia dah kurang lemak.
Anda boleh cuba nanti tau, cara ekspres nak sediakan makan untuk anak-anak dan suami.

Dah lewat malam ni, mata dah tak sanggup berjaga. Nak tidur lah...
Harap-harap bangun awal lah besok, tugasan besok dah menunggu untuk dilaksanakan.






No comments:

Post a Comment