Sunday 15 January 2017

Karipap Sambal Ikan (Temosa) Frozen

Karipap Sambal Ikan (Temosa)
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Pernah dengar tentang karipap sambal ikan? 
Kalau di sebelah Pantai Timur, mereka mengelarnya Temosa. Bentuknya bulat, comel tau.
Tetapi nak membuatkan, memakan masa yang agak lama dari karipap biasa.

Intinya adalah sambal ikan, berlemak dan sangat sedap. Kebanyakkan mereka menggemari sambal ikan yang dibuat dari ikan selayang. Kalau dapat ikan segar, rasanya sangat manis dan tak gatal lidah. Kalau di daerah saya ni, temosa ni antara kuih muih yang dicari-cari. 
Dek kerana nak membuat inti dan kulitnya yang agak renyah, ia sukar ditemui. Dan biasanya, harga temosa ini mahal dari karipap biasa.

Karipap Kentang Vs Karipap Sambal Ikan

Itulah beza antara karipap kentang dan karipap sambal ikan, tetapi bentuknya sama. Almaklum, saya bekerja seorang diri. Asbab nak mengejar masa, terpaksalah buat bentuk sama. Cuma pada pembungkusan, saya tampal label berwarna.

Saya cuma memberanikan diri untuk memperkenalkan karipap jenis ini ke pasaran sini. Ye lah, orang sini mana pernah makan karipap seperti ni. Bila sebut sambal ikan, mereka membayangkan ia seperti serunding. Cuma korang tengok gambar di atas, intinya berwarna putih.
Ada yang kenal, alhamdulillah. Mereka terus order je. Tapi bagi yang baru, ia agak sukar.
Dan yang seronok, sekali rasa je mereka terus terpikat. Masya Allah, rezeki saya Allah permudahkan.

Kesukaran saya, untuk mendapatkan ikan yang segar. Bayangkan kalau ikan tak segar?
Memang tak sedap. Saya buat kuih frozen, saya kena cari yang segar untuk menjaga kualiti produk. Supaya bila digoreng, rasanya masih sedap macam yang baru dibuat.

Tahun ni, saya berhasrat untuk memenuhi permintaan pelanggan saya. Tahun lepas, saya terpaksa tunda kerana tahap kesihatan tak mengizinkan.

Kepada yang berminat, anda boleh terus menghubungi saya di talian 0163961956. 

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)




No comments:

Post a Comment