Monday 23 January 2017

Perlu Ada Kekuatan Jika Ingin Berniaga

Perlu Ada Kekuatan Jika Ingin Berniaga
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kenapa perlunya kekuatan?
Perlunya kekuatan kerana bidang perniagaan ini rencahnya agak pahit, pedas,payau dan kadangkala perit macam cuka.

Banyaknya rencah, tiada kemanisan ke?
Haa, nak kemanisan itu? Sebab itu perlunya kekuatan, bila semuanya kita dapat redah maka kemanisan muncul diakhirnya. Memang cukup-cukup manis.

Hasad dengki, khianat mengkhianati serta memfitnah adalah permainan dalam hidup orang berniaga. Cuba elakkan ia bersarang dalam minda dan hati kita yea, tak membawa dan mendatangkan keberkatan dari Allah.

Jika anda mangsa, buatlah solat sunat dan bermohon pada Allah agar musibah itu digantikan dengan kemanisan yang penuh kenikmatan.

Tetapi jika anda yang melakukan perkara itu, insaflah. Buang segala perasaan dengki itu. Anda rasa puas ke? Sejauhmana kepuasan itu?

Ingatlah janji-janji Allah kepada mereka yang teraniaya. Doanya tiada berhijab, Allah angkat terus ke langit. Cepat atau lambat, itu urusan Allah tetapi ia akan tetap terjadi.

Kekuatan minda dan jiwa boleh dipupuk dengan mengamalkan pelbagai kaedah. Kaedah yang benar tau? Jangan menyekutukan Allah.
Dipasaran kita banyak menjual produk berunsur aura dan syifa. Bab syifa, kena hati-hati dan harus siasat kesahihannya.

Macam saya, saya mengamalkan produk dari Auralife. Dari minyak wangi sehingga keselurahan produk saya gunakan. Mandi aura dan memakai minyak wangi disamping kaedah rawatan membetulkan aura. Ops, jangan taksub sangat tau kerana segalanya dengan izin Allah Taala. Sebab itu sebelum menggunakannya, kita kena berdoa dan berselawat. Dan menyakini bahawa segalanya dengan izin Allah dan ini hanyalah perantaraan untuk berubat.

Sepanjang hampir 2 tahun saya mengamalkan, ramai yang perasan perubahan sikap saya. Dan yang paling saya suka setiap kali aura negatif cuba mempengaruhi saya, ia tak akan lama dan berkudis.

2015 saya telah difitnah dan disabotaj oleh rakan niaga, alhamdulillah saya boleh berfikir rasional tanpa membalas atau menghentam kembali. Malah Allah mempertemukan saya dengan yang lebih baik dan jujur. Biarlah dia menjawab dengan Allah nanti. Saya maafkan kerana saya tidak mahu kerana perasaan kecewa itu menyekat rezeki Allah buat saya.

Nampak tak?
Bila kekuatan itu mantop dalam diri dan jiwa kita, kita tidak mudah dipatahkan oleh musuh. Tapi kekuatan itu haruslah dijalan yang benar. Kekuatan saya kini, bersangka baik apa jua yang Allah berikan.

Kerana dari pengalaman saya setiap kali saya redha dan pasrah dengan kepahitan ujian itu, akan hadir kemanisan dari Allah dihujungnya.

Tak percaya?
Anda sendiri kena lakukan dan membuat perubahan. Diri kita, kita yang mencoraknya.
Hati kita, kita yang melembutkannya.
Pucuk pangkal, memohon pada Pemiliknya yang Mutlak.


Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment