Tuesday 17 January 2017

Nugget Ayam Sedap

Nugget Ayam Sedap
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Kanak-kanak memang tak dapat lari dari nugget ayam. Kalau pergi KFC, tentu nugget ayam yang dipilihnya. Kadang-kadang pasar malam pun dia borong.
Ada bagus ada tak bagusnya nugget ayam ni. Yang bagus, kalau ianya sedap dan tak bagus kalau ia tidak sedap.
Bak kata saya pada anak-anak, " Menangis duit ibu, tak sedap pun."

Setelah saya menjual produk sejuk beku ni, macam-macam idea datang di benak kepala ni sampaikan kadang- kadang senak. Hahaha
Saya suka mengambil dan menjual sesuatu produk itu kerana produk itu boleh saya manfaatkan untuk keluarga.

Pernah beli yang pasaran? Anda puashati?
Maaf, bukan niat nak memburukkan tau. Sekadar bertanya sahaja, buat analisis sahaja.


Nugget Aiskrim & Nugget Hati

Tengok tahap ketebalan nugget hati tu, memang tebal dan 90 peratus adalah isi ayam sahaja.
Berbaloi sangat tau. 

Diikhtiraf.
Ayam pun dari ayam yang diikhtiraf dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar kebersihan dari sudut ternakkan, penyembelihan dan penyimpanan. Telah dianugerahkan Sijil VHM.

Mendapat kelulusan dari Jakim dan JAJ (Jabatan Agama Johor) kerana sistem penyucian berlandaskan syarak.

Tiadalah mak-mak diluar sana ragu akan tahap kualiti ayam mahupun nugget ayam ini. Tahu tak, makan nugget ni umpama makan ayam juga. Tiada beza, dan itulah kelainan nugget kami.

Alkisah seorang pelanggan
" Adik dah cuba nugget kami?"
" Maaf kak, saya cuma makan ayam je. Nugget saya tak makan, tak suka."
" Oo, macam tu. Akak bagi percuma ni, cuba sikit pun tak pe."

Kerana terpaksa, dia makan. Eh, taklah. Sebab dia baik dengan saya, jadi dia cubalah sikit.
Dalam hati, saya tergelak dan berkata " Tadi cakap tak suka, habis seketul dia makan ni."

"Akak! Sedaplah nugget ni. Tak macam nugget yang saya selalu beli. Makan ni macam makan ayam sepenuhnya."
"Saya nak tempah boleh? Saya nak 10 bungkus."

Masya Allah, terperanjat saya. Bukan sedikit yang dia mahukan, tetapi sepuluh.
Itulah penangannya.

Nak juga? Boleh. Cuma kena tempah awal sebab stok dari jauh tau. 
Sila hubungi saya di talian 0163961956

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)


No comments:

Post a Comment