Tuesday 17 January 2017

Pandan ~ Kek Keju Meleleh Chef Sanif

Pandan ~ Kek Keju Meleleh Chef Sanif
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kek keju meleleh Chef Sanif, memang tak asing lagi dipasaran sekarang. Ingat keju meleleh, ingat kek keju meleleh Chef sanif. Dengan pelbagai perisa yang sedap dan keju yang berkualiti, ia menjadi igauan wanita-wanita hamil.

Kejunya tidak muak dimakan, malah sering kali ungkapan ini yang keluar dari mulut pelanggan kami " Akak, tak cukuplah satu."

Antara perisa yang mendapat sambutan hangat, adalah pandan. Kek pandannya yang sedap dan berlemak ditambah dengan keju yang melimpah ruah, memang menambat selera ramai.

Nak tengok rupa wajahnya? Tutup mulut tau, nanti anda yang meleleh.



Berbaloi tau membelinya, tengok tu krim kejunya yang melimpah dan parutan keju yang penuh menutupi kek. Patutlah setiap minggu ada permintaan. Kadang-kadang orang yang sama membelinya. Tidak muak katanya.
Saya pun suka yang ini. Sebekas saya seorang je makan. 

Tak tahu, anda boleh nikmatinya dalam 2 keadaan.
Jika mahukan ia meleleh macam dalam gambar tu, anda biarkan seketika pada suhu bilik.
Jika ingin menikmati ala-ala kek aiskrim, terus makan lepas keluarkan dari peti sejuk.

Wah! Airtangan Chef Sanif ni memang luar biasa. Almaklumlah, pengalamannya cukup lama dan hebat dalam bidang kulinari dan menjadi chef di hotel terkemuka. Rugi tau kalau anda mencuba.

Nak berniaga pun senang, tak perlu cerita banyak pada pelanggan kerana mereka semua tahu bagaimana rasa kek chef ini.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment