Monday 30 August 2021

Ku Teruskan- Siti Sarah

Adakalanya bila teringat, terindu pada arwah suami akak. Terjumpa lagu ni, Allahuakbar. Berlinang seketika airmata kerinduan.
Moga terus tenang disana duhai cinta hati akak. Al fatihah.








 

Sunday 29 August 2021

Aku Kak Noorma


Mampukah aku teruskan perjalanan ini seorang diri?
Persoalan yang bermain diminda sewaktu menunggu arwah suami di ruang menunggu CCU, Hospital Ampang selama 3 minggu.

Sering aku bertanya pada diri. Sendirian di bilik menunggu. Tatkala mata tak boleh lelap. Tidur hanya dengan cantuman 2 kerusi. Tanpa anak anak disini. Aku belek album foto dalam handphone, melihat wajah wajah kesayangan.

Lalu ku angkatkan doa keoada zat yang Maha Agung. Ya Allah andai ini takdirku yang telah ENGKAU tuliskan, maka permudahkan urusanku, peringankan rasa ini dan tabahkan redhakan ku dalam menerima segala ujianMU dengan sebaik baiknya. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

Begitulah tatkala aku merenung detik malam yang sering datang menjergah malamku. Aku bersyukur, aku mampu hingga hari ini masih teguh berdiri meneruskan perjalanan ini hanya sendiri. Memikul amanah Allah yang tertulis buatku.

Sukar? Memang aku akui ia memang sukar. Amanah yang ganjarannya Syurga, bukan sebarangan. Tersasar, cepat paut kembali. Agar bukan neraka tempatnya nanti.

Aku pegang 1 prinsip. Segala apa yang berlaku dalam hidup ini, adalah dalam.pengetahuannya Allah. Hanya kepada DIA aku wajib berpaut erat erat.

Banyak telah aku pelajari tentang realiti kehidupan ini. Aku bersyukur apa yang berlaku, apa yang aku pelajari ini semuanya dari DIA. Hanya DIA dan kepada DIA.

Dan aku adalah Kak Noorma. Kekuatan pada nama yang aku bawa dari dulu. Panggilan zaman berzaman sebagai Noorma.

ALHAMDULILLAH.

Nasi Goreng Sempoi


Ada masa buntu nak masak apa, nak makan apa. Korang pernah macam nii? Biasa yang terlintas adalah nasi goreng.

Nasi goreng akak malam ni ada 2 jenis. 1 untuk bonda akak dan 1 lagi untuk kami anak beranak.
Bonda akak tak boleh makan pedas.

Bahan mudah je. Bawang putih, bawang merah, halia, ikan bilis. Bonda punya menu akak hiris lada besar jer. Anak anak punya, akak blend dengan serbuk cili.


Senang. Mudah. Sedaap.
Pekena dengan sambal budu, petai jeruk dan sambal kicap.
Sambal kicap ni akak ajar menu mudah. Kicap pekat manis, perahan lemon dan cili padi. Tu jer. Sedap weh.

Lastly leoas makan, pekena secawan kopi CEO. 
Manakala sebelum tido, pekena air lemon panas. Kita detok diik.

Okey, selamat malam. Mimpi indah indah tau. Doa jangan pula lupa.


 

Friday 27 August 2021

Terubat Kerinduan


Kerinduan ini dah lama akak pendam. Rindu akan aroma kopinya yang dan rasanya.

Kopi CEO ni banyak bantu akak masa bersama arwah suami dulu. Nak tambah income, akak bantu dia berniaga. Buat kuih untuk jual diopis, ambil tempahan dan sejukbeku. 

Kopi ni juga bantu akak bila driving jauh jauh. Arwah dulu tak boleh bawa kereta, so akaklah drive sorang sorang. Dia jaga anak anak.
Sebelum memandu, akak minum dulu secawan. Pastu akak bancuh siap siap dalam termos. Bila mengantok, akak berhenti dan minum dulu. Arwah pun suka.

Losyen dia pun best. Time peranakkan jatuh. Faham fahamlah rasa sakit dia macam mana. Kadang tu memang tak boleh bawa bincang. Bidan pula busy.
Akak sapu losyen ni dan pakai korset. Akhir sekali, opkoslaah akak tawakal jer. 

Bangun pagi rasa best. Sejak itu laah akak jarang panggil bidan. Sampai bidan pun pelik. Lastly dia tanya awat lama tak berurut. Nak jaga hati dia, yealah sian dia nak cari rezeki kaan akak minta dia urut.
Dia boleh tanya akak makan apa coz peranakkan akak elok terletak. Besenya setiap kali urut, pasti peranakkan kena sengkak.

Bila dah bagitau apa akak buat, dia siap minta akak orderkan untuk dia berniaga pada pelanggan dia yang pernah ada masalah macam akak. Akak jadi bahan testimoni laah. Haha

Lately ni akak rasa kembung perut, dah sapu macam macam tapi tak jalan gak. Akak mula teringatkan losyen ni. Terus try risik risik. Alhamdulillah, CEO dia sendiri yang reply akak. Ya Allah, humble sungguh orangnya.

Sampai jer kopi ni, mak terus suruh bancuhkan. Yea, dulu akak memang selalu supply ke mak. Terus sendawa dia. Memang bagus kopi nii. Nak nak yang nak berdiet. Minum pagi, belom tentu petang rasa lapar.

Okeylah, dah lewat pagi ni. Selamat beradu korang. Assalamualaikum


Kak Noorma

Syukurilah


 

Tersenyumlah

 


Wednesday 25 August 2021

Terapi Mandian Garam & Bunga


Hai korang.
Tengah buat apa tuu? Stress ker. Oh no, jangan lelama. Jom jom pi mandi mandi garam, kita detok energi tak best tu. Bahaya tau kalau pendam, boleh jadi kemurungan dan anxiety.

Nauzubillah, moga Allah melindungi kita dari emosi tak best ni yea.

Kak Noorma nak sarankan kat korang 2 jenis terapi mandian. 
1. Terapi Mandian Garam Bukit
2. Terapi Mandian Bunga

Terapi mandian garam bukit kita amalkan untuk detok/menyahkan energi dan emosi tak best. 
Detok ni tak perlu kita mandi setiap hari. Kita mandi time ada isu jer.

Manakala terapi mandi bunga pula kita amalkan sebagai booster/membaikpulih emosi dan energi kita supaya on point.
On point tu maksudnya nampak cantik, berseri, berkarisma dan beraura positif.

Orang macam mana yang sesuai?
Usahawan
Berkerjaya
Surirumah
Orang bermasalah emosi, gelisah dan tiada keyakinan diri.

Kalau berminat, korang boleh hubungi Kak Noorma jer


~Kak Noorma~

Selamat HariJadi Kembar Ibu Ayah

Memang saja tunggu detik 12 tengah malam, 25 Ogos. Selamat harijadi anakanda sulung ibu ayah, Along dan Angah.

Moga jadi anak yang soleh, bijaksana dan berakhlak mulia. Menjadi penyumbang pahala kepada ibu dan ayah, yang menyelamatkan ibuayah dan keluarga tersayang.

Kehadiran korang memang impian ibu dan arwah ayah. Kelahiran korang disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua ahli keluarga. Walaupun ibu terpaksa berjuang dibilik bedah tanpa ayah. Takut hanya Allah je tahu. Rupanya yang menanti, juga ketakutan lebih dari ibu hahaha.

Kehadiran Adik, pelengkap kebahagiaan kita sekeluarga. Time adik, ayah boleh teman ibu hihihi.

Jom kita nyanyi sama sama. 




Kami terakhir kita bersama arwah ayah di Pantai Teluk Cempedak Kuantan. Kiut sangat korang masa ni, maybe dalam usia 11 tahun. 

Sekarang dah cecah 15 tahun, dah tinggi daripada ibu. 2 tahun persekolahan kalian tertunda dan bermula pembelajaran secara online. Belajar dari rumah. Entah bila akan berakhirnya pandemik ni. 

Ke sekolah kena pakai pelitup muka. Tak lama lagi kena ambil suntikkan Vaksin macam ibu, aku dan opah. Tu pun belom selamat, masih kena follow SOP. Kena pakai pelitup dan pelindung muka.

Allah telah membataskan hubungan sosial sesama manusia. Yea, Allah ingin melindungi hambaNYA dari kemungkaran. Insyaa Allah.

Redha. Ikhlas. Pasrah
Seterusnya serah segalanya kepada Allah dan bertawakallah. Pasti ada solusinya nanti. Lambat atau cepat, itu urusannya. Kita usah buat kerja Allah.

Ahamdulillah. Syukuri setiap nikmat, rezeki dan kesempatan yang masih berbaki.
Al Fatihah buat semua yang mendahului kita bertemu Allah.
Al Fatihah buat arwah ayah korang.