Tuesday 30 July 2019

Terapi Alam

Tak semua penyakit, ubatnya hanya ubat chemical a.k.a ubat klinik atau hospital. Kebergantungan ubat yang terlalu lama dan panjang, ada risikonya.

Memang diakui oleh pakar pakar perubatan tetapi demi kesihatan dan risikonya, tidak dapat dielakkan.

Berbeza dengan akak dan arwah abang.
Setelah tiada keserasian terhadap satu kaedah perubatan, maka kami akan cuba alternatif sehingga bertemu yang serasi. Tetapi depend juga atas sakit apa yang dialami dan apa risikonya.

Jangan pernah ambil risiko yang berat tau. Naya pesakit. Dan kita akan rasa bersalah seumur hidup.

Untuk kes anakanda akak, kepekaan terhadap kesihatan dia kena tahu.
Sejauh mana kita aktif sebelum ni?
Bagaimana aktitivi seharian dia, ada terjejas ke, banyak berbaring ke, tidur sahaja ke, merenggek ke dan semua lah.

Sebelum akak ada cerita tentang "stress headache" kan.
Dulu sikembar yang hadap, sekarang sibongsu pula. Bezanya cara simptom yang mereka hadapi tak sama.

Alhamdulillah atas perubatan hormon dan terapi alam yang diajar oleh doktor, sikembar kian sembuh. Cuma adiknya agak sukar sedikit.

Kesabaran sering diuji. Kadang tu terlepas juga kan. Ter ter ter rotan juga. Ala kita pun jadi manusia hasil dari kena rotan, kena cubit juga kan. Bebel itu, standard hihihi.





Ini adalah antara terapi alam yang akak lakukan. Dekatkan anakanda dengan tanah. Energy tubuh badan bergabung dengan energy bumi, ia meneutralkan energy yang negatif dan sakit.

Ramai yang tak bersetuju dengan kaedah terapi, biarkan aje. Kita yang lalui dan kita yang nampak hasilnya.
Pentingnya, ia bukan mensyirikkan Allah atau khurafat. INGAT TU, AMARAN KERAS. Hahahaa.

Mau tak keras dik oi, dosa besar tu. Takut azab Allah dunia dan akhirat tau.

Selain itu, akak ajak anakanda mandi garam bukit lah. Dah ibunya jual kan. Mana bisa ibunya amalkan tetapi anakanda tidak, betul tak?

Anak anak adalah Anugerah.
Anak anak adalah tanda cinta akak pada arwah suami.
Anak anak adalah ladang pahala.
Anak anak adalah latihan kesabaran dan ketabahan.
Anak anak adalah penjemput rezeki akak.

Memahami erti "anak anak adalah..." bukan senang dan mudah tetapi apabila korang dapat genggam. Korang hebat.

Melimpah ruah rezeki Allah kurniakan. Kerana Janji Allah Itu Pasti.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan

Monday 29 July 2019

Durian Oh Durian

"Oh kome, durian udoh berbungo. Moh kite minang anok dara", nyanyian arwah Mr Os.


Siapa masih ingat lagu ni?
Lagu legend tau. Zaman Kak Maz kanak kanak rasanya. Sekarang kan musim durian. Sesetengah tempat dah nak habis musim, dusun ayah Kak Maz baru gugur.

Tahun ni tak macam tahun lalu. Ia berbunga time kemarau, banyak bunga berguguran. Putik muda juga sama.
Nampak muka kecewa mak ayah. Tapi kami akur bahawa segalanya dari Allah. Baik atau buruk, kita terima seadanya dan sesyukurnya. 

Kerana janji Allah, "Jika engkau bersyukur, AKU tambah lagi dan lagi." Kan DIA MAHA PEMBERI REZEKI.

Mana mana customer tahun lepas yang datang membeli, dah bertanya tanya " dah gugur ke kak?". Hahahaha.

Rezeki tak pernah tersalah alamat mahupun tersalah tuan.
Cepat atau lambat, jika ia rezeki kita maka tetap menjadi rezeki kita jua. Dan jika sebaliknya, maka akurlah kita ketentuanNYA.

Hidup kalau memikirkan susah, maka susahlah yang kita dapat.
Kalau fikir mudah, maka tenanglah hidup dalam rahmat Allah Taala.

Susah ke?

Okeylah. Sambil menunggu durian gugur. Kak Maz nak habiskan buku buku motivasi dan mencari inspirasi di sebalik ilmu yang telah akak pelajari. Otak dah lama tak belajar, kena aktifkan dengan kadar pecutan gear 5. Pehh, boleh rosak sistem kannn hihihi.

Bakkata orang tua tua, bukan akak tau. Yea faham, akak pun dah tua kan hahaha. 
"Biar lambat asal selamat. Biar slow, janji dapat manfaat."

Target nak habiskan buku "111 Formula Tarik Rezeki - Puan Nora Yusof".
Tagline dia #BacaBacaSentap"/

Memang sentap. Sentap yang best. Sedarkan kita.
Kadang bagus ilmu dan penyampaian macam ni, dekat dengan hati dan jiwa kita.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan

Thursday 25 July 2019

Lama Menyepi

Kembali Bersua

Haa, punya lama tak buat entri di sini. Rindu rasanya nak bercoret coretan. Kalau ada cikgu ni, pasti dah kena rotan. Kenapa tak beraksi lagi ni wahai Maziana. Hahahha

Beginilah resamnya seorang ibu tunggal. Banyak perkara kena urus sendirian. Kan ada mak ayah? 
Betul. Tapi sampai bila nak bebankan mereka. Kita lah yang kena urus sendiri. Mereka untuk kita bantu bukan kita dibantu.

Betul tak?
Perjalanan ini penuh liku yang sangat berombak, berlubang, berlurah dan sedikit yang lurus dan rata. Faham ke?

Tak yah pening nak fikir. Laluan korang dan akak tak sama. Jalan je. Redah sahaja.
Tiada istilah saya tak mampu. Redah dulu. Suluh dengan kelapangan dada terhadap apa sahaja yang Allah berikan.

Hidup jangan penuh persoalan. Tetapi penuh harapan dan keyakinan.
Yea, dulu pun akak banyak persoalan. Sekarang, banyak nak jalan terus je. Ambil mana mana ilmu yang serasi dan praktiskan.

Keyakinan tak akan hadir dengan tia-tiba tanpa kita gali ilmu. Ilmu harus dicari.

Okeylah, kita sambung lagi nanti yea. Kak Maz dalam proses mempraktikkan segala ilmu yang dah akak belajar, cuma nak hadam dan praktis itu agak sukar.

Beberapa minggu sahaja nak AidilAdha kan. So ada amalan sunat dan sunnah yang boleh kita amalkan.

Yang bertuah menjadi tetamu Allah, Selamat Menunaikan Haji Dengan Sempurna dan Dipermudahkan oleh Allah dengan kesihatan yang baik.

Assalamualaikum

Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan.