Saturday 27 January 2018

Rindu Arwah

Duhai Ayahanda Idrus Hussin
Teks: Maziana Zainal

Tahun ni dah 3 tahun ayah pergi. Terkadang teringat kenangan menjaga ayah. Tersentuh saat minggu-minggu akhir ayah bersama kami.

Setiap kali terbau haruman dettol, terus terungkap saat membersihkan ayah. Cucu-cucu ayah juga begitu, "Ibu, bau macam arwah aki." 

Tatkala melihat orang lain menjaga orang tuanya di hospital dan di rumah, hatiku berkata " Aku tahu perasaanmu, aku tahu amanah yang kau pikul." Allahuakbar.

Menjaga orang tua, tak sama kita menjaga anak-anak. Sedetik tersinggung, neraka menantimu. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Orang sekeliling kena memahami bukan menghasut pelbagai cerita, pelbagai nista.
"Kau ni tak reti nak balik kampung ke, nanti lupa jalan pulang".
Tak cukup itu, kau racun pemikiran mereka yang memahami keadaannya sehingga berlaku perbalahan.

"Ala, tak kan adik beradik yang lain tak boleh jaga. Kau pun ada orang tua."
Allahuakbar, zalimnya hati manusia ini. 

Aku telan bertahun lamanya. Sehingga satu saat yang sangat menyentap jiwa bilamana orang tuamu berkata " Takpe tak balik, kami dah redha. Kau buat, kami juga dapat pahalanya."
Allahurabbi. Anugerah terindah dengan hanya kata restu sebegini redha.

Arwah ayah Idrus Bin Hussin, seorang ayah yang kuat berzikir dan berselawat serta bersedekah. Ini apa yang aku sendiri lalui bersamanya. Duit pencennya disedekah ke surau atas nama waris-warisnya yang terdahulu dijemput Illahi.

Walau sepanjang sakitnya terlantarnya arwah, dia tidak boleh bersolat tetapi harinya tak sepi dengan berzikir.

Akhiran, arwah dipermudahkan perjalanan terakhirnya di muka bumi ini. Dimurahi dengan rezeki sesudah itu bilamana tahlilnya disumbang oleh jemaah surau.

3 hari bertahlil, tahlil terakhir kami tanggung sebahagian kerana sebahagian lagi sumbangan dari jemaah yang menyediakan makanan. 

Walaupun kini ayah tiada, kenangan ayah masih ada bersama kami.
Semasa aku bernikah dengan suamiku, ayah memang dah uzur. Usai kembar kami lahir beberapa bulan, ayah diserang strok. Dijaga oleh arwah cucunya sehingga satu saat berlaku perkara yang tak diduga, barulah kami menjaganya sehingga akhir saatnya.

Moga arwah ayah mertua dan ibu mertuaku aman disana. Diangkatkan amalan-amalan baik mereka menutupi khilaf yang ada. Dirahmati dan diberkati rohnya.
Aamiin Ya Rabbal Alaamiin. Aamiin Ya Allah Ya Mujib

Ikan Oh Ikan

Sabar Aje
Teks: Maziana Zainal

Terpaksa tangguh dulu memproses dan menyiapkan temosa frozen. Bahan utamanya sukar dapat yang segar bugar. Nak guna ikan jenis lain, kata tok guru Kak Maz kurang sedap. Dan kalau yang betul sedap, mahal giler. Kalau dah mahal, nak jual kena up harga. Boleh ke boleh?

Dalam ekonomi sebegini, mesti korang cari yang murah tapi sedap kan. Kalau dulu, mahal pun takpe kak janji sodap.

Memahami kadar ekonomi sekarang, Kak Maz cuba sebaik mungkin meminimumkan kos untuk memastikan harga produk tidak naik. 

Tetapi jika terpaksa, maka terpaksa lah yea. Nama pun nak cari rezeki, nak tambah duit tabung keluarga. Jika berniaga tidak menambah tabung simpanan, lebih baik Kak Maz tutup yea.

Harap-harap tidaklah begitu, In shaa Allah. Moga Allah menemukan jalan dan penyelesaian yang terbaik.

Ikan yang Kak Maz gunakan ialah ikan selayang. Memang rumit proses nak membuang tulangnya, ada masa terbabas gak tulang. Maaf tau.

Di Kuala Lumpur ni susah nak dapat yang betul segar, kebanyakkannya frozen. So, yang frozen pun boleh cuma kena cari yang masih berstatus segar. Bila merebus, baru kita tahu ia sedap atau tidak untuk proses mengintikannya.

Harapan Kak Maz dalam beberapa minggu ni dapatlah ikan segar bugar ya. Pelanggan dah ramai tanya dan sanggup menunggu tu yang paling Kak Maz terharu. Masya Allah. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Korang kalau ada pembekal ikan yang fresh, bagitau Kak Maz tau. Senang kalau ada supplier tetap.

Sementara menanti, kita buat dulu kerja lain yea. Masa jangan disia-siakan. Terutama masa dengan keluarga.

Salam hujung minggu.

Wednesday 24 January 2018

Misi Jutawan 2018

Misi Untuk Berubah
Teks: Maziana Zainal

Kebanyakkan usahawan diluar sana mengkhabarkan bahawa 2018 adalah tahun yang sangat mencabar dari tahun lalu.
Mengapa? 
Tang ni tiada jawapan. Secara mata kasar, ramai orang berniaga. Macam cendawan tumbuh, itu belum lagi lahirnya founder founder produk yang baru.

Bagus tu memang bagus cuma takut terpedaya dengan yang tidak benar, seperti yang di kompangkan secara #founderscammer #founderviral. Nauzubillah.

Moga Allah sentiasa lorongkan kita kepada yang benar dan rezeki bisnes yang tak pernah putusnya.

Pengalaman sahabat Kak Maz, seorang yang handal dalam bisnes. Dia umpama mama jerung tau. Mana syarikat yang dia join, team dia pasti meletup bagaikan bom atom. Tetapi sayang seribu kali sayang saat tengah memuncak, syarikat gulung tikar dan tutup. Tak tahu mana silapnya, nak kata rugi tetapi jualan memuncak. Yang jadi mangsa keadaan, ahli ahli yang baru nak naik dan melabur dengan modal yang besar. Allahuakbar.

Walaupun Kak Maz dah lama berniaga, pengalaman dan mainan bisnes alaf ini masih kurang arif. Terkadang terikut nafsu, kecundang di tengah jalan.

Belajar Menapis
Suami adalah penasihat Kak Maz. Iyalah, hanya dia sahaja yang ada dan memahami ekonomi kami. Tetapi Kak Maz ni derhaka sikit hahaha. Ampun yea cik husben.
Psst psst, blog ni suami Kak Maz skodeng tau. Love u lah sayang. Korang yang baca jangan lah muntah tau.

Berbalik pada topik kita.
Iya, sekarang kena tapis produk yang Kak Maz jual dan bakal jual. Mana yang agak perlahan, Kak Maz cuba pasarkan sebaik mungkin. Jika dua ke tiga bulan tak jalan, lebih baik undur diri. Kita jangan susahkan syarikat yang kita sertai itu terbeban.

Manakala yang sudah ada laluan, jalan dan pecut lagi. Begitulah. 

Tambah Ilmu
Alaf baru ni, resam bisnes sangat berbeza dan wow. Takde ilmu, memang bertambahlah sakitnya.
Sedangkan sifu ilmu pun, bisneskan ilmu mereka. Cuma, janganlah sampai bergadai. Kita masih ada tanggungan. Carilah yang mampu dimiliki.

Kak Maz banyak dapat yang percuma (dihadiahkan) dan bawah kos ( yakni bawah rm200, itupun berjuta kali berfikir).

Selain ilmu bisnes, ilmu menjemput rezeki juga penting. Kenapa?
Sebab rezeki ni ada pemiliknya yang mutlak. DIA pemegang hati semua manusia dan makhluk. Iya, Allah lah Pemilik Rezeki Yang Mutlak dan Pemegang Hati Makhluknya.

Misi Jutawan 2018
Dalam misi ini kami lebih mendekatkan diri kepada Allah. Meminta dan menjemputnya dari Allah.

Selain itu, kami menjalani proses menampal aura diri yang bocor. Menarik aura magnet kejayaan, kekayaan dan keyakinan.

Bagaimana?
Mandian garam aura bersama ais. Garam pilihan kami adalah Garam dari Aura Rezeki.
Kami buat secara berjemaah. Melaksanakan solat 5 waktu, solat sunat (solat dhuha, solat tahajud, solat taubat) dan berzikir. Selama 21 hari.

Ini hanya usaha kita yea. Jangan sesekali taksub bahaya produk ini yang berikan kita kejayaan. Tidak. Tidak. Tidak.
Ini asbab sahaja, semuanya melalui Izin Allah.

Rezeki setiap manusia itu tak sama. Ada yang dapat jodoh, dapat anak, dapat ketenangan, berubah 360 darjah sikapnya dan paling "win" ( ayat orang sekarang kan) dapat jualan melonjak lonjak. Wow! Best ke best.

Ujian dan dugaan dalam proses ni ada macam-macam. Antaranya, anak Kak Maz sakit dah masuk 2 minggu. Apa yang Kak Maz rasa? Kak Maz dapat bertenang dan atasi dengan sabar. Dicucuk sana sini, masih boleh tenang macam takde perasan.

Minda masih boleh berfikir dengan realistik dan tak huru hara. Biasalah mak-mak kan. Jiwa kacau bila tengok anak sakit berhari-hari, makan ubat pun tak jalan dan ditambah suami pun sakit.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kerana DIA, nikmat ini Kak Maz lalui dengan redha dan pasrah. Percaya bahawa akan ada rezeki bersama ujian ini. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Maziana Zainal
Usahawan Online



Monday 1 January 2018

2018 Bikin Luar Biasa

Anjakan Paradigma 2018
Teks: Maziana Zainal
Sumber Rujukkan : Dewan Bahasa Dan Pustaka


Dari sudut ertinya:
Anjakan
Hasil menganjak, peralihan.

Paradigma
Merujuk kepada makna lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.

Anjakan Paradigma
Peralihan paradigma (pemikiran/pengetahuan/kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).

Setiap orang seharusnya melakukan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti diri.
Dan untuk merealisasikannya dengan jaya, persekitaran juga perlu diubah.
Jadi, sempena cuti tahun baru ni kita ubah posisi bilik, tempat kerja, tempat belajar dan segala bagai. Ia sangat mempengaruhi kita untuk melaksanakan tugasan dan membantu menyumbang ketenangan dan idea.

Bakkata para cendikiawan, kita bertindak serta bertindak diluar kotak. 
Cabar minda dan kebolehan diri. Berubah dari zon selesa.
Tiada lagi mempersoalkan segala bagai kejadian macam detektif sebalinya berfikir bagaimana solusinya.

Tiada lagi membebani jiwa dan minda atas segala yang berlaku, sebaliknya mengatakan Allah sedang merindui aku.

Tiada lagi syak wasangka dengan perkara yang berlaku, sebaiknya mempersalahkan diri sendiri dan mencari penyelesaian.

Tiada lagi istilah mustahil kepada mungkin.

Membenarkan diri untuk belajar dan belajar. Aktifkan kreativiti minda dan do it.
Sokong diri dan pemikiran anda dan bangkit terus.

Anjakan paradigma bukan setakat diri sendiri, kita boleh mengajak dan mengajar anak-anak bersama untuk berubah kepada kualiti yang lebih baik dari sebelum.

In shaa Allah.
Belum terlambat jika terus berusaha.