Friday 13 January 2017

Minum Petang - Roti Sosej Berkeju

Minum Petang - Roti Sosej Berkeju
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Minum petang apa kita hari ini?
Kami suka menu simple. Sambil menonton televisyen bersama keluarga. Bancuh teh o suam, pastu makan kuih atau biskut.
Menu hari ini adalah roti sosej berkeju, sedapnya. Agak-agak korang lah, cukup ke saya goreng 10 ketul? Memang tidaklah jawapannya.
Berebut-rebut tau. Itu saya punya, ini saya punya. Meriah rumah dengan suara gaduh mereka.



Budak dalam gambar ni, anak kedua saya. Tengok muka dia, tembam kan? Apa ibu masak semua sedap. Itu belom tengok kembar dia. Siap menunggu tepi dapur, katanya tak tahan ibu.

Inilah rupa roti sosej berkeju, tengok kejunya. Bila digoreng, kejunya meleleh keluar dari gulungan roti. Dan yang pelik, ada yang tidak percaya luaran tu adalah lapisan roti. Sambutan pun alhamdulillah. Setiap kali nak balik kampung, anak-anak buah akan tanya pasal roti sosej.
Sehingga suatu hari, mak ayah minta saya beli bahan dan buatkan untuk stok mereka di Pahang. 
Katanya, "Senang nanti kalau cucu-cucu mak balik, mak gorengkan untuk mereka".

Tak faham lagi ke? Itu maknanya roti sosej itu sedap, sebab itu nak sentiasa ada stok (dengan penuh perasan, hahaha).

Wahai semua mak diluar sana, korang dah tak perlu lagi susahkan diri di dapur. Beli sahaja dengan saya. Balik rumah, tinggal goreng dan serang beramai-ramai.
Dapat bayangkan situasi itu?
Begitulah keadaan di rumah ni. Pelanggan saya pun cakap macam tu juga. Sampaikan si ibu tak sempat makan.

Jomlah, kita buat stok dalam peti. Bila lapar, kita goreng. Anda fikir dulu yea, apa-apa roger.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)




No comments:

Post a Comment