Friday 31 March 2017

Pembedahan Jantung

Pembedahan Jantung
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Ia sesuatu yang mengejutkan Kak Maz sekeluarga, bilamana adik bongsu disahkan jantung berlubang. Sedari kecil, adik tak pernah menunjukkan simptom jantung berlubang. Agak sukar kami menerimanya.

Waimmah, dia melahirkan 2 puteri secara normal pun simptom itu tidak muncul. Allahuakbar, terkedu seribu bahasa.

Sabtu yang lalu, kami sekeluarga mengadakan sedikit majlis doa selamat serta solat hajat. Alhamdulillah, walaupun ianya secara "last minute". Dengan sedikit gangguan teknikal, rumah asyik blackout.

Hari ini adik mendaftarkan diri ke IJN, ditahan di wad untuk beberapa ujian sebelum pembedahannya Sabtu ini selepas subuh.

Kesian anak-anaknya yang masih kecil. Kesian juga waris yang cuba menidurkan anak-anak yang belom pernah berpisah dengan mama papa.

Resah gelisah dijiwa Ayahanda Bonda menanti khabar dari menantunya. Moga mereka bah dan kuat.

Derita jiwa si suami juga tak terucap dengan kata-kata. Semog Allah menguatkan semangat adik ipar Kak Maz.

Ya Allah, Engkau permudahkan pembedahan dan selamatkanlah nyawa adindaku Nor Azlina. Berikanlah kesembuhan buatnya.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Maziana Zainal

Kek Sedap - KJK

Kek Sedap - KJK
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Terbaru!!!
Perisa terbaru dari airtangan Chef Sanif. Wow! Lagi sedap dan sedap.
Baru ambil 5 bekas dari kilang, habis kena rembat dek agen kesayangan Kak Maz.



Adunan sos kek keju meleleh bersama sos coklat cair dari bahan yang terpilih. Campuran raspberry dan strawberry mousse dari Perancis (France).

Siraman sos treble (coklat +raspberry +strawberry) ke atas hamparan span kek strawberry dan kek coklat span penuh dengan kumpulan ke kacang diatasnya.

Di tambah dengan topping coklat "belgian" yang melting. Hiasan dengan "pink" lady writing decor.

Diberikan nama "Kek Jalan Kuchai" a.k.a KJK

Ingin merasainya?
Hubungi Kak Maz 0163961956


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Tuesday 21 March 2017

Daerah Itu

Daerah Itu
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Daerah itu aku belajar mengenal dunia. Mengenal persahabatan. Daerah yang mengiringi kedewasaanku.

Dulu daerah itu cukup sempurna bagikundan teman-teman. Setiap petang bermain bersama. Mengayuh basikal mengelilingi kediaman kami. Bagaikan tiada kenal erti engkau lelaki dan aku perempuan. Kami bagaikan adik beradik.

Bergaduh dan kadangkala tidak bertegur siapa, itu biasa. Tak lama mana pun. Akhirnya berbaik kembali.

Bersekolah yang sama dari sekolah rendah hinggalah menengah. Persahabatan itu masih utuh terjalin. Cuma bezanya di sekolah menengah, usia kami kian remaja. Ada sedikit segan silunya.

Banyak ranjau persahabatan telah kami lalui bersama. Tiada istilah percintaan antara kami. Kerana kami tulus bersahabat.

Rinduny saat itu.
Namun tuntutan masa, memisahkan kami. Kami terpisah kerana berhijrah kediaman. Kami terpisah kerana masa untuk menuju puncak kejayaan.

Mujurlah alam maya menemukan kami. Masing-masing telah berkeluarga.
Anak-anak mewarisi jejak kami walaupun tak serupa dan seindah alam kami yang tiada gadget seperti sekarang.

Hari ini, aku kembali ke daerah itu. Terimbau kenangan lama. Rindunya.
Terbayang keindahan suatu masa dahulu. Tergelak di hati bila menyusuri kawasan jajahan kami.

Daerah itui, telah banyak berubah. Telah banyak membangun. Teman-teman dan guru juga telah ramai yang bertemu PenciptaNYA. Al Fatihah buat mereka. Semoga Allah menempatkan mereka di syurga terindah dan diampuni segala dosa-dosanya.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal

Saturday 18 March 2017

Tuisyen Di Rumah

Tuisyen Di Rumah 
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.comcom


ILearnAce juga menyediakan aplikasi untuk kita melayarinya tanpa internet. Kita instal di Play Store aplikasi ILearnAce samaada guru atau murid.

Contoh, saya telah daftar atas akaun guru. Warna ikonnya ialah merah, kalau murid ia berwarna biru.



Selepas andan instal aplikasi itu, anda login sama seperti yang online (ID dan kata laluan). Nanti anda lihat di dalamnya ada nota dan praktikal, kedua ini anda perlu muat turun. Dan baru lah anak anda boleh membaca nota di dalamnya serta menjawab semua soalan tanpa internet.

Perlu ke anda susah hati bila tiada internet?
Tak perlu, anak-anak masih boleh mengulangkaji pelajaran. Mudah kan?

Lihat satu per satu gambar di bawah. Bagaimana ia beefungsi..

Subjek untuk sekolah rendah.

Anda perlu memuat turun dahulu.

Anda boleh klik untuk nota atau praktikal (soalan).

Dalam bentuk soalan - praktikal

Dalam bentuk nota


Alhamdulillah, saya sudah bersedia untuk membantu anak kembar saya belajar. Dengan cara ini, menggunakan gadget ia menarik minat anak-anak. In shaa Allah.


Maziana Zainal
Tuisyen Online - ILearnAce

Temosa & Karipap Frozen - Tempahan Lagi

Temosa Frozen - Tempahan Lagi
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah. Tempahan masuk lagi lagi untuk karipap dan temosa sejuk beku.

Tempahan dari pelanggan yang telah merasai karipap dan temosa saya. Mula-mula mereka beli 1 dan saya bagi percuma 1 (berbeza jenis kuih), dan hari ini mereka tempah lagi.

Ada sesetengahnya membuat tempahan selepas mendengar testimoni dari pelanggan lama saya. Kebetulan kawannya ingin mencari kuih frozen. Hebatkan hebahan ini.

Nampaknya cuti sekolah ini bakal sibuk saya. Menyiapkan tempahan karipap dan temosa. Biasanya saya akan buat lebih. Senang bagi yang terpikat dan untuk insan tersayang saya.

Mereka cukup susah hati jika saya buat untuk pelanggan tetapi tiada untuk mereka. Menepati selera mereka. Juga senang jika ada tetamu bertandang mengejut.

Nah, saya belanja tengok hasil kuih frozen saya.





Dah lewat entri saya kali ini, tak salah kot. Saya pun dah lama tak berkarya di sini. Sibuk dan jatuh sakit.

Harap minggu ini dan akan datang, saya terus sihat dan bertenaga. Aamiin.


Maziana Zainal
0163961956
Bisnes SejukBeku (Frozen Food)

Friday 17 March 2017

Tuisyen Di Rumah - Online

Tuisyen Di Rumah - Online
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Jom kita lihat testimoni dari mereka yang telah menggunakan kaedah Tuisyen Online ILearnAce (ILA) kami.




Ayuh, apa kita tunggu lagi? 
Anda boleh mendaftar samada:
** RM 180 - 6 Bulan
** RM 350 - 365 hari ( setahun)

Hubungi saya, Maziana 0163961956

Terima kasih kerana menonton.

Maziana Zainal
Tuisyen Online - ILearnAce (ILA)

Tuisyen Di Rumah - Online

Tuisyen Di Rumah - Online
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Jom kita lihat testimoni dari mereka yang telah menggunakan kaedah Tuisyen Online ILearnAce (ILA) kami.



Ayuh, apa kita tunggu lagi? 
Anda boleh mendaftar samada:
** RM 180 - 6 Bulan
** RM 350 - 365 hari ( setahun)

Hubungi saya, Maziana 0163961956

Terima kasih kerana menonton.

Maziana Zainal
Tuisyen Online - ILearnAce (ILA)

Tuisyen Online - Berbaloikah?

Tuisyen Online - Berbaloikah?
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazanal@gmail.com


Berbaloikah?
Bagi saya ia sangat berbaloi bagi anda yang mempunyai:
* Masa yang terhad bersama anak
* Masalah kewangan untuk memberikan tuisyen offline yang agak mahal
* Mempunyai anak yang susah nak belajar, anak yang terlalu kepenatan dengan jadual harian 
   yang padat.

Dengan bermodalkan RM 350 (harga tawaran - tamat sehingga diberitahu) untuk setahun (365 hari), merangkumi subjek-subjek penting dalam akademik.

Apa yang ada dalam IlearnAce ni?
Dengan pembelian Akaun Murid, anda disertakan dengan Akaun Ibubapa (parent). 

Apa fungsi akaun ibubapa?
Ia membantu ibubapa memantau prestasi anak anda. Setiap kali anak anda membuat assessment ( menjawab soalan), keputusan anak akan anda ketahui. Berapa kerap mereka melakukan, juga anda tahu.

Anda boleh bersama anak dalam pembelajaran dan di mana sahaja selagi internet ada. Walaupun anda sekeluarga sedang bercuti, anak-anak tak perlu membaca buku atau nota.

Lihat contoh akaun ibubapa:




Manakala dari sudut akaun murid, disediakan nota mengikut subjek mengikut darjah anak anda. Setakat ini sistem hanya bermula dari darjah 4 hingga SPM.

Lihat contoh dari akaun murid:

Anak anda boleh berkawan dengan pelajar dari sekolah yang sama atau dari luar daerah mahupun negeri. Di sini persaingan secara sihat boleh berlaku dengan melihat pencapaian dari pelajar lain.




Ini pula bahagian nota untuk sekolah rendah mengikut subjek. Subjek yang ditawarkan adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Inggeris.



Selain itu, IlearnAce juga menyediakan soalan untuk dijawab bagi menguji tahap akademik anak anda. Ia juga mempunyai tempoh masa seperti dalam peperiksaan.


Dan disediakan ruangan prestasi, ia merekod keputusan dari assessment yang telah dilaksanakan oleh anak anda. Daripada nilai skor yang diberi, ia menjadi token untuk anak anda bermain permainan yang disediakan di dalam sistem. Permainan yang membantu minda anak anda.






Masihkah ada lagi keraguan dengan modal RM 350 ?
Dengan tuisyen online ini, anak anda tidak terikat dengan jadual kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan di bawah pemantauan kita.

Tiada istilah tertekan (stress) dan lelah. Malah mereka seronok melalukannya.

Selain 2 akaun ini, kami juga ada menawarkan Akaun Guru.
Akaun ini mempunyai pakej seorang guru. Sesuai bagi guru atau ibubapa yang ingin mengajar anak mereka sendiri atau mengadakan kelas maya.

Untuk akaun ini, tunggu catatan saya yang seterusnya. Sabar tau.

Bagi yang ingin mendaftar, sila berhubung dengan saya Maziana 0163961956.
Terima kasih.


Maziana
Tuisyen Online - ILearneAce (ILA)










Tuesday 14 March 2017

Tuisyen Online

Tuisyen Online
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kaedah terbaru untuk membantu anda dan anak- anak dalam akademi. Ia secara online.
Lebih jimat wang.
Lebih fleksibel, boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

Untungnya, kita sebagai ibubapa boleh membantu serta memantau prestasi anak-anak. Dan anak-anak tidak keletihan dan terkejar-kejar dengan waktu persekolahan dengan waktu tuisyen.

Ia boleh dilayari dimana sahaja walaupun anda sedang bercuti.


Apa itu i-Learn Ace ?

📘Platform Pembelajaran Digital Bersepadu dibina dan dipasarkan oleh MindTech Education Sdn Bhd (www.mindtechedu.com) dan Sasbadi Online Sdn Bhd, Anak Syarikat Milik Penuh Kumpulan Sasbadi Holdings Berhad

📗100% Silibus Sekolah Kebangsaan KSSR / KBSM / KSSM dan PBS

📙Ulangkaji bukan saja dapat dijalankan secara online tetapi secara offline dgn Aplikasi Mudah Alih i-Learn Ace.

📔Interaksi antara akaun Murid, Guru dan IbuBapa dapat dicapai dengan cekap menggunakan satu platform pendidikan yg sama.

📚Menyediakan penilaian yg amat komprehensif. Praktis Objektif, Praktis Subjektif, Tugasan, Lembaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Lisan dan Kertas Percubaan UPSR/PT3/SPM.

📓Harga pakej yg amat berpatutan dengan kadar kurang daripada RM1 sehari.
📚Isi kandungan soalan dan nota dimuatnaik oleh Sasbadi Online Sdn Bhd.

*DINAMIK, CANGGIH, MENYERONOKKAN, LEBIH BERKESAN*
Produk unggul daripada jenama pendidikan yg diyakini generasi ke generasi.

*I-Learn Ace mengandungi:*
📚Fungsi Nota
📚Fungsi Kemajuan
📚Fungsi Video Tutorial
📚Fungsi Mind Map
📚Fungsi Ganjaran
📚Fungsi Aplikasi Mudah Alih
📚Fungsi Penilaian
📚Fungsi Kamus
📚Fungsi Tugasan


*PAKEJ I- LEARN ACE*

📗PAKEJ SK KSSR (TAHUN 4,5,6)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik

📕PAKEJ SJKC KSSR (TAHUN 4,5,6)
Bahasa Cina, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik

📘PAKEJ SMK RENDAH PT3 (TINGKATAN 1,2,3)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup

📙PAKEJ SMK ATAS SPM (TINGKATAN 4,5,)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pend.Moral, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan, Perdagangan, Pendidikan Islam


Harga Langganan:

Harga langganan setahun serendah rm350 sahaja atau 96sen sehari.iLearnAce diwujudkan bagi mengatasi masalah-masalah yang di hadapi oleh pelajar, ibubapa dan juga membantu para guru dalam sesi PdP.


BAGAIMANA DAPAT MEMBANTU?

1- Masalah Pelajar

√ Merasa beban dan bosan untuk belajar secara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu.
√ Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.
√ Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan.
√ Selalu menghabiskan masa di depan komputer/tablet/telefon pintar dengan chatting, bermain games, online facebook, wechat dan melayari website yang tidak berfaedah.
√ Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

2- Masalah Ibu bapa

√ Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak
√ Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak.
√ Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan.
√ Anak hanya bawa balik kad laporan 2 kali setahun.
√ Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak.
√ Membelanjakan wang yang banyak, tetapi anak masih gagal memperoleh keputusan yang diharapkan.

3- Membantu guru

√ Melaksanakan PdP dengan BBM tersedia
√ Kenalpasti kelemahan pelajar
√ Analisa pelajar boleh diperoleh secara terperinci.
√ Boleh hantar tugasan kepada pelajar melalui sistem.
√ Membimbing pelajar yang lemah secara sistematik
√ satu penyelesaian kepada penyediaan isi kandungan dan penilaian dalam Frog Vle


Terokai pengalaman Tuisyen Online kami selama 7 hari, di sini 👇👇
Langkah-langkah Untuk Mencuba Akaun Percubaan Selama 7 Hari Percuma

🔺Layari www.ilearnace.com
🔺Tekan register
🔺Pilih akaun guru/pelajar
🔺Masukkan agent code MY90998740
🔺Masukkan ID dan password (cipta sendiri dan catatkan)
🔺Masukkan maklumat anak anda (UPSR, PT3, SPM)
🔺Klik register
🔺Sila login semula menggunakan ID dan password tadi.


Maziana Zainal
Tuisyen Online

Telur Separuh Masak

Telur Separuh Masak
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Menu sarapan pagi untuk hari ni. Terimbau kenangan zaman persekolahan kami adik beradik. Setiap pagi mak akan sediakan telur separuh masak bersama serbuk lada sulah dan kicap. Sebolehnya kami akan mengelak, macam-macam ragam kami setiap pagi. Selalunya saya lah mangsa, abang saya akan menuang telurnya ke piring saya. Kalau tak habis, tahan lah telinga kena marah.

Mak cakap, makan telur separuh masak ni bagus untuk tenaga dan otak. Memang betul, kami sangat bertenaga.


Sambil makan, kenangan lama datang menerjah. Rindu, rindu dan rindu. Itu sahaja yang mampu terungkap. Kolam airmata mula bertakung. 

Terus ambil telefon dan buat panggilan kepada mak ayah. Haa...damai rasa dihati.
Benarlah kata Allah dan Rasul, ibubapa itu adalah Pintu Syurga. Jaga dan pelihara elok jika mahu ke syurga.

Allahuakbar. Semoga kami ada peluang itu. Jagakan kami supaya kami dapat jagakan mereka. In shaa Allah.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)



Friday 10 March 2017

Musim Selsema Dan Batuk

Musin Selsema Dan Batuk
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
www.mazianazainalabidin.blogspot.comcom
Foto : Facebook


Sana sini kita dengar orang batuk dan selsema kebelakangan ni. Musim agaknya.
Anak sulung semalam tak dapat tidur lena, merengek sahaja kerana tak tahan sakit dada setiap kali batuk.

Berjangkit dengan ibu barangkali, ibu kena selepas seminggu demam. Tapi mujur ada IV Mist dan suplemen Lemonade Xpress. Alhamdulillah berkurangan.




Fenomena cuaca agaknya, ada masa panas yang amat terik. Lepas tu hujan yang agak lebat. Badan tak tertahan, ada masa panas kering sampai dehidrat dan bila hujan, sejuk yang melampau.

Semoga tak teruk melarat sakit ini kerana minggu depan nak periksa awal tahun.
Awal pagi dah mencari klinik, Allahu...
Klinik pertama, tengah ubahsuai.
Klinik kedua, tunggu punya tunggu...rupanya buka pukul 6 petang.
Klinik ketiga, doktor datang pukul 10. Masa itu tempat ni akan penuh kereta. Mahu ditunggu, 2 jam lagi. Perut dah lapar.

Haa..mujur klinik keempat doktor ada. Alhamdulillah. Pesakit tak ramai. Tetapi sementara tunggu ubat, klinik mulai dipenuhi pesakit dengab gejala yang sama. Benarlah ianya musim.

Mog anakanda saya sihat cepat.
Malam ni, anak kedua dan ketiga mula menunjukkan gejala berjangkit.
Harap semuanya beransur sembuh menjelang Isnin ni. Aamiin.

Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Saturday 4 March 2017

Kek Sedap Dan Murah

Kek Sedap Dan Murah

Kek Umieaisyah dah tak asing lagi di area Kuala Lumpur dan Selangor. Kualiti kek yang sedap. Manakala harganya juga mampu milik.

Ada orang kata murah, tidak semestinya sedap tetapi tidak kepada Kek Umieaisyah.
Ia memang sedap. Ia digelar Kek Top Sales.

Kek kami ada 2 jenis, kek keju dan kek coklat.
Kek keju:
Vanila
Pandan
Red velvet coklat

Kek coklat:
Badam
Hershey
Choc moist

Dijual pada harga rm 8.00

Kek keju mangga rm12.00.
Kek ini selalu menjadi rebutan ramai.

Selain kek, kami ada juga brownies.
Brownies:
Badam rm10.00
Coklat rm8.00











Jika berminat untuk membeli atau menjadi ahli team, silalah berhubung dengan saya.
Kita berbagi rezeki bersama 😍.


Maziana Zainal
0163961956
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

Friday 3 March 2017

Rezeki Allah

Rezeki Allah

Tahun ni sangat mencabar bagi saya, bilamana semua agen bersemangat berniaga.
Bayangkan seminggu, saya kena buat beberapa kali tempahan. Kadang 2 kali dan ada masa 3 kali dalam seminggu.

Tak pening ke?
Mahu tak pening dek, ada 2 jenama kek yang saya jual. Harus teliti dalam merekod tempahan yang masuk.
Sekali tercicir, Allahuakbar susah saya. Setiap kali tempahan saya ada kuota yang kena patuhi.

In shaa Allah, belajar dari kesilapan. Sekarang kena ambil masa untuk meneliti pesanan mereka. Alhamdulillah, In Shaa Allah semua sempurna.

Gambar bawah ni adalah antara stok yang sampai semalam. Hari ni dan besok, juga ada stok akan masuk lagi. Antaranya dah bertuan. Alhamdulillah.

Ukhwah jug kena jaga tau. Tak boleh sombong dan ikut emosi kita, harus rasional.😍
Baik dengan agen, pembekal dan pelanggan kita. Mereka ini kitaran rezeki dalam rantaian bisnes kita.





Malam ni kita rehat yea, besok perjuangan baru sedang menanti dan kejayaan sedang mengintai kita.

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Thursday 2 March 2017

Sakit Itu Penghapus Dosa

Sakit Itu Penghapus Dosa

Pernah dengar ayat ini? Ala lirik lagu Mawi dengan Syamsul Yusof, lupa pula apa judulnya tapi antara bait katanya " Islam kata, sakit itu penghapus dosa."

In shaa Allah, aamiinn. Moga berkurangan dosa yang yang ada. Kita ini manusia pendosa bakkata pemenang prrogram realiti Dai'e.

Beberapa hari ini badan tak berapa sihat, maybe sebab terkena hujan. Almaklum dah nak masuk 40an, hormon dah makin berkurangan.

Sian anak-anak tak ke sekolah, periksa dah dekat. Ibu tak mampu nak memandu untuk hantar dan ambil mereka. Habis satu badan bisa, kepala pening dan suara tersekat.

Awal ibu demam, si angah sering memeriksa suhu badan ibu untuk memastikan masih demam atau tidak. Tatkala suhu naik, pasti airmuka dia berubah. Tetapi bila suhu menurun, ada riak tenang di wajahnya.

Kadang- kadang sedang ibu tidur, ibu dapat rasa ada tangan kecil mengusik dahi ibu. Lembut je, bimbang ibu terkejut dan terjaga.

Tatkala along dan adik bising, disuruhnya perlahan. Bila along kata lapar, dia akan cakap makan apa yang ada. Dia menyatakan ibu sedang sakit. Bila ibu bangun untk memasak, dia memaksa along pujuk ibu. Takut ibu pengsan katanya.

Si ayah sering menelefon bertanya khabar dari pejabat. Meminta anak-anak menjaga ibu, ayah perlu bekerja kerana status ayah punya urusan yang banyak.

Ya Allah, sihatkan diriku kembali seperti sediakala dan lebih baik. Terima kasih kurniakan anak-anakndan suami yang baik. Jadikanlah kami keluaga bahagia dan menjadi insan yang soleh dan solehah. In shaa Allah, Aaminn Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
www.mazianazainalabidin.blogspot.com