Monday 22 February 2021

Cushion Foundation WaterBased

Bestnye pakai Cushion Foundation ni, ringan dan selesa.

Ye 95% pengguna K.Yan Cosmetics bagi feedback yang bila pakai Cushion foundation muka nampak glowing setiap hari.

Yang masih tercari cari mekap yang sesuai dengan kulit. Yang tak tahu macam mana nak pilih foundation yang sesuai.

Kyan Cushion Foundation adalah jawapannya. Diformulasikan khas untuk Kulit Kombinasi dan Kulit Kering :heart:








Kalau pakai mekap tebal sangat. Rasa macam kulit ni tak boleh bernafas kan?
Khas untuk yang suka kan mekap Natural Beauty ala2 korean gitu
Best seller yang selalu kehabisan stok Cushion Foundation kita ni. :hear

Tekstur Cushion foundation ni mula2 akan lembab tapi lepas tu akan stay dekat muka.. Tapi still maintain hydration.

Magic kan?
Nak bersihkan pun senang.. dan nak touch up balik lagi senang. Just 5 minit siap. Taraa.



Sunday 21 February 2021

Mekap 5 minit Je Siap

 

Hai, assalamualaikum.
Bertemu lagi. Besok ada yang masuk kerja or masih BDR/WFH (Bekerja Dari Rumah/ Work From Home) ke?
Still kena look cantik kaan.

Nak 1, 2, 3 ? Kalau 4 terus okay?

Kalau everyday punye look macam nak pergi ofis, atau casual day jalan jalan jumpa kawan, color ape sesuai?
Warna yang safe macam Keen dan Kudos. Keen ni nude brown dan kudos warna nude pink.

Kalau nak pergi event warna apa?
Mesti la merah Konquer. Kita nak konquer the night, baru la orang nampak. Warna yang terang macam Konquer ni.. kalau malam2 baru la nampak.

Lip2cheek yang magic jadi warna pink?
Yang ni sesuai untuk hari yang malas mekap!, Macam nak pegi kedai kejap, tak kanla muka tak berhias kan. So, pakai la Lip2cheek.
.
3 Velvet Matte dan 1 Lip2Cheek. The Magnificent
But now baru launch Velvet Matte color NUDE tau. Tapi kena check kat shop akak ni, masih ada ke idok.

Link ni senang, boleh buat payment terus kalau berminat, kena rebut terus coz ia direct to HQ.

Tengok gambar bawah ni, kat opis puun sempat nak dap dap dan calit calit. 5 minit jer tau.


Ni yang sebelum

Ni yang terbaru, NUDE color





Maziana Zainal
The Unstoppable Diva

Nak Dapat Income 4 Angka


Hai, bertemu lagi kita.
Dah baca posting akak sebelum ni? Yea posting dimana akak mencari THE APPRENTICE untuk bersama akak.

Akak tak nak banyak tau tetapi kalau dah ramai yang nak, berdosa pula akak menolaknya kan.
Tak payah susah sangat fikir sampai gunung everest. Ajak je adik beradik, macam akak. Pastu ajak sahabat yang berkemahuan. Yang tak mau tak pe. Malaysia kan ramai orang.

So, ayuh pencarian 5 hari ni. Melayakkan korang join seminar kayangan. Kenapa kayangan?
Kerana kos asalnya mencecah rm6,000 tau. Tetapi korang bayar rm30 pelbagai korang dapat.
Seminar 2 hari yang kita panggil "VAKSIN 21". Ops bukan vaksin covid19 tau. Vaksin untuk para Apprentice yang join pada tempoh 20hb-25hb Febuari ini sahaja.

"YOU CAN GO FAST, IF YOU GO ALONE BUT YOU CAN GO FAR, IF YOU GO TOGEHTER."
So come with me.



Kelas percuma dan marketing tools disediakan untuk Apprentice.


Saling support each others. Kita paut bersama. Bersistem so, tiada istilah caras mencaras. Naik bersama sama team. Paling best, akak bakal terima 2 Gold Coin. 1 win the battle, 8 hari Guerilla dan 1 lagi coz nilai belian cecah rm1,000.

Wow! Seronok kaan. Sebenarnya akak baru join 31 Januari, pastu join battle. Memang kerja giler dik. Alhamdulillah adik bongsu bantu dalam program "Support Kawan" dan melayakkan dia 1 Gold Coin. Now, dia my Apprentice.

Laju kaan, akak pun tak sangka. Dan ia seronok tanpa stress. Akak tunggu korang tau.
Daftar terus je ke link ni https://kyancosmetics.biz/daftar/000446

Atau terus wasap je ke akak, maybe banyak persoalan nak tanya kan? Faham

Okeylah, dah asar. Korang solat dulu yea, jangan lupa submit doa. Alhamdulillah akak dah solat. Nak usahakan solat awal waktu. Doakan akak berjaya yea. 

Kejayaan Akhirat Dikejar Kejayaan Dunia Mengejar.


Maziana Zainal
The Unstoppable Diva

Peluang Tambah Income

 Assalamualaikum
Salam hujung minggu, tengah buat apa tu?

Ada yang sedang mencari peluang pekerjaan atau cari job untuk tambah income ke? Moga Allah mempermudahkan usaha dan urusan korang semua.

Pandemik ni banyak menguji dan mengajar kita kaan. Level perasaan dah pelbagai stage kita rasa bersama. Ketakutan, kerisauan, marah, beremosi bagai. Allahu. 
Jika tiada yang kuat, maka akan kecundang. Ada yang depresi, pelbagai kejadian demi kejadian yang kita dengar di kaca tv. Sehingga tertubuhnya badan kaunseling untuk membantu.

PKP 1.0 banyak mengajar makanya PKP 2.0, ramai dah makin tenang. Betul tak?
PKP benar benar mengajar kita untuk lebih bergantung kepadanya. mendekatkan diri. Setuju?

Okey entri kali ni akak nak kongsikan dengan korang "PENCARIAN THE APPRENTICE".
Hanya 5 hari jer ni. Harapan akak, ramai lah yang baca entri ni dan war warkan kepada mereka diluar sana. PEREMPUAN jer tau.
So, mana mak mak, anak anak buah yang gadis tu meh join sekali. Even wife wife korang ker.
Bermodal rm30 sahaja. Semua kita ajar dan banyak benefit tau. Ganjaran dari HQ juga banyak giler. Memang happy tau.

Kenapa 5 Hari?
Bermula 20hb-25hb Febuari, kita ingin menghadiahkan korang tiket "SEMINAR V.A 21 - VAKSIN 21".

Apa yang korang dapat dari V.A 21 ni?
Haa, tengok niii. Pelbagai ilmu yang bernilai rm6,000 tau. Tetapi kita bagi free jer, but WAJID DAFTAR THE APPRENTICE dulu.

Apa bagusnya jadi THE APPRENTICE?





Semua tool marketing untuk The Apprentice disediakan. So dont worry. Bukan sekadar mekapnya make its easy and quick, bisnesnya pun sama. Tiada tekanan.

JA.ME.KA
Jangan Mengalah Kalah

Now, pintu telah dibuka, ayuh sertai kami. Ganjaran sentiasa menanti korang semua.


Terus tekan link nii yea https://kyancosmetics.biz/daftar/000446 
Usah ragu ragu lagi. Perjalanan makin lama makin makan masa. Yang mahu pasti akan berjaya. Tik tok waktu juga singkat untuk offer ini.

Saksikan kejayaan mereka di KYan.






Salam Tahajjud

 


Assalamualaikum
Salam tahajjud buat semua yang diizin Allah menemui cintaNYA. Tak semua orang terpilih berbicara cinta denganNYA.

Even akak juga sama. Kadang terjaga tetapi tidak terpanggil. Allahu. Kami orang bisnes memang digalakkan beribdah sunat lebih. Bak kata guru, dulukan akhirat dunia pasti mengejarmu.

Alang alang masih segar, jom amalkan selawat ni. Akak menghafalnya dengan lagu. Rupanya ia juga ada dalam perawatan Islam. Subhanallah, cantikknya aturan Allah.

Dulu akak hafal untuk kelas bisnes, now akak apply untuk rawatan bonda.
Masa arwah dulu di CCU, akak sering selawatkan di telinganya. Nampak tenang je dia sampai tertido. Ya Allah rindunya pada arwah.

Bukan akak je, anak anak pun sama terutama yang bongsu. Pantang tersentuh hatinya, pasti akan mengundang airmata. Sejak PKP ni, kami dah lama tak ziarah pusara arwah. Balik rumah Ampang juga dah lama tak ke sana.

Walaubagaimanapun, perjalanan ini harus diteruskan. Anak anak akak positifkan mereka. Tetapi anak seusia 12 ke 15 tahun, apa yang mereka mengerti tentang kehidupan. Akak mampu cakap, "Along angah adik, korang insan terpilih. Allah pilih korang melalui ujian ini. Orang dewasa belom tentu akan sekuat kamu. Menangislah jika mahu menangis. Itu normal, kita hamba. Hamba sifatnya lemah."

Akak sebenarnya masih belom tidur dari tadi. Alang alang waktu sepertiga malam, akak buatlah solat tahajjud, tanda kita mensyukuri nikmat Allah. Solat taubat, kita adalah pendosa. Kadang kita tak sedar akan khilaf kita. Yang sedar tu, alhamdulillah. Maka zahirkan kesalahan dan mohon ampunan Allah. Solat hajat, mohonlah kepada yang berhak kita meminta.

Percaya Allah ada tapi tak merasai Allah disisi, tipu diri sendiri namanya. Sekadar dibibir manis berbicara menipu diri yang dizalimi sendiri.

Yakini Allah, pasti percaya Allah itu lebih mantop. Lebih merasai, terasa getarannya. Maka tiada istilah tak "move on". Tahap redha itu, redha yang sebenar benar redha. Lapang dada tanpa rasa yang tak best dijiwa. Korang akan rasa bebas. Emm faham ke?

Sukar?
Takde yang sukar, pasti ada jalannya. Allah telah ciptakan pelbagai benda disekeliling kita. Antara perasan atau tidak. Antara ego dan tak tahu or tak nak ambil tahu.
Try mandi garam bukit, tak kisahlah brand apa pun. Cuma jangan tanya akak, mana bagus. Kenapa?
Sebab akak hanya guna brand Aura Rezeki dan akak Stokis Pahang. Opkos, akak cakap brand akak bagus. Betul tak?

Okeylah, kang tak sempat korang tahajjud. Rugi jika dah bangun tapi tak berbicara denganNYA.
Assalamualaikum. Babai.





Maziana Zainal

Kerjaya Online

 


Beginilah resam orang berkerjaya macam akak. Sentiasa mengadap 2 benda. Tak laptop, mesti handphone. Kadang tu, keduanya online sekali. Haa, tu mujur 2. Bayangkan kalau ada banyak lagiii. Masak ko nak. Hahaha.

Sejak Allah izinkan berumahtangga selama 13 tahun (2005-2018) bersama arwah, kehidupan akak hanya sekadar rumah, anak anak, arwah dan arwah ayah mertua. Keluar hanya untuk shopping barang dapur dan mengikut arwah mengurusi hal kerjanya.

Atas sebab kebosanan, arwah hadiahkan sebuah laptop untuk akak bersosialdan berbisnes. Masa tu hanya sekadarnya sahaja. 
Sebab segala keperluan arwah tak pernah gagal sediakan. Akak bersyukur sangat. Bukan minta dimewahkan tapi asal bahagia. Fikiran sewaktu itu. Tetapi ternyata salah.

Kenapa salah?
Salahnya kerana kita tak fikir untuk masa depan dimana ajal maut di tangan Allah. Ia secara teorinya kita akuinya tetapi belom merasainya.

Nasihat akak, walaupun cukup. Ikhtiarlah mencukupi ia dengan lebih lagi. ikhtiarlah untuk belajar berdikari.
Sekali Allah ragut semua terutama tunjang dalam keluarga, bagaimana nasib kita. Banyak kes berlaku, realiti. Masa ada pasangan, kita ditatang bagaikan minyak yang penuh tetapi bila tiada kita dibenci sebencinya. Harta dirampas tanpa kenal halal haram.
Allahuakbar.

Situasi akak, alhamdulillah. Ada dapat pencen arwah cuma akak juga punya amanah yang besar yang perlu ditunaikan.
Maka bermulalah kegigihan keseriusan dalam bisnes online ni.

Dari bisnes yang kena kerah tenaga 4 kerat hingga lah akak hanya beronline sahaja. Asbab bonda akak jatuh sakit, akak tak boleh nak kerah tenaga untuk menyediakan kuih frozen (sejukbeku). Bukan tiada permintaan. Permintaan masih banyak jika akak buka tempahan. Tetapi akak kena pantau bonda. 

So, paling selesa buat masa sekarang adalah bisnes online. Konsultansi bersama customer atau agen yang bermasalah. Tak kisah masalah emosi atau gangguan. 
Yea, produk Aura yang berasaskan Garam Bukit Himalaya.

Akak melangkah selangkah lagi dengan produk kosmetik. Yang ni akak suka, ia bukan kosmetik yang macam macam warna tetapi hanya yang simple macam akak. Akak tak pandai main warna terutama untuk kelopak mata or pipi. Kening pun tak pandai tau.
But after kenal KYan, akak jatuh cinta. Kerana apa?

Kerana ia buat akak feel confident more and more. Lagi buat akak teruja, bilamana akak pakai tetapi orang ingat akak tak pakai. Siap tanya akak pakai skincare apa coz nampak cantik. Wow! Wow! Wow!
Now, akak join The Apprentice.

Akak tak mau buat sorang sorang, akak nak ajak ramai orang diluar sana join together.
Disamping bina personaliti, kestabilan emosi juga terpelihara.
Buat secara happy kerana orang yang happy dia kaya. Kerana mood happy menarik rezeki umpama magnet.

Kedua produk ini kita gabungkan bersama. Saling memerlukan satu sama lain sebenarnya.
Ayuh Bangkitlah Bersama Kami. Usah Pernah Membatasi Kemampuan Anda.

Okey, akak nanti korang untuk bersama. 
Nak cantik, natural beauty sila klik link di bawah ni.

If nak emosi yang stabil dan Aura yang mempesona serta nyah gangguan, koramg klik link dibawah



Maziana Zainal

Friday 19 February 2021

Berkatnya Satu Kesabaran Dan Keredaan

Hai, assalamualaikum
Lama akak tak berkarya di sini. Maaflah. Keletihan. Kelesuan. Tak cukup tidur. Tak cukup rehat.

2 bulan bonda diuji Allah jatuh sakit. Bekejar kejar ke hospital tak tentu masa. Pernah 2, 3 dan 4 pagi terpaksa telefon ambulans. 
2 kali di zon merah. Allahu, saat ni Allah sahaja yang tahu. Pelbagai rasa. Pelbagai memori mencengkan jiwa akak.
Korang sedia maklum kan, akak pernah kehilangan orang terakhir 2 kali depan mata dan dalam jagaan akak.

Ikhtiar hospital dan ikhtiar alternatif akak lakukan demi kasihnya seorang anak kepada bondanya.
Mujurlah adik bongsu ada balik bercuti dan terus disini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Manakala abang no 3 juga tinggal di daerah yang sama.

Ada beberapa kali bonda terpaksa ditahan diwad. Ada sekali bonda terpaksa ditinggalkan diwad jantung sendirian tanpa teman. Risaunya kami tiada kepalang, ia pengalaman pertama bonda. Paling risau bila call atau video call, bonda tak angkat. 
Terpaksalah menggunakan khidmat anak buah kami, cucu bonda untuk melihatnya. Kebetulan anak buah baru menyambung pengajian untuk jadi Pakar Sakit Puan.
3 malam bonda tanpa teman. Malam pertama bervideo call, kami menyaksikan tangisan bonda dan esakkannya. Katanya, "kalau naik angin, siapa boleh sapukan minyak dan urut". Allahu. Kami juga tak terbentung dek airmata.
Ayah dirumah, juga tak keruan.

Lepas discaj, tak sampai sejam dirumah bonda kembali sakit kembali. Seolah ada yang tak kena dirumah ini.
Akak hubungi ayahchik menyatakan apa yang berlaku.

Ikhtiar demi ikhtiar kami lakukan demi melihat bonda kembali sihat.
Dalam seseminggu ni, bonda nampak segar. Alhamdulillah. Cuma ada juga sakit dan ianya tak seteruk sebelumnya.

Pelbagai pengalaman Allah nak didik akak.
Tahap sabar.
Tahap redha.
Tahap kawalan minda dan hati.

Bisnes terpaksa akak perlahankan. Kerana akak tahu, akak sedang diuji Allah samada masih ingin memikirkan bisnes atau bonda. 
Kata hati akak, kau perlu jaga amanah Allah ni dulu. Manakala rezeki kau, biarlah Allah yang uruskan.
Bak kata En Khairul, kita usah mengawal sesuatu yang kau tak mampu kawal. Kawallah apa yang mampu kau kawal.

Alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang pegang dan DIA yang atur. Rezeki sentiasa ada walaupun tak banyak.

Usah ragui apa yang berlaku. Kerana semua ini dalam pengetahuannya Allah swt.