Tuesday 31 July 2018

Hadiah Terakhir Darimu

Teks: Maziana Zainal

Kegembiraan terakhir kita bersama, rupanya hadiah terakhir darimu sayang. 
Ingat lagi. Ingin membuat kejutan untuk anak anak, akhirnya kita sesat sampai ke Klang. Berdekah dekah semuanya tergelak kelucuan. Hajat untuk ke I-City.

Kita layan anak anak berhibur bersama, indahnya sayang. Dari pagi sampailah ke malam.
Tidur sebilik, bergurau senda.

Kini, tiada lagi kegembiraan kita bersama. Kesian melihat wajah anak anak. Bagaimana saya laksanakan tanpamu. Saya pun buntu tanpamu.

Semoga anak anak ini miliki kegembiraan mereka kembali. Bantulah saya Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.





 

Monday 23 July 2018

Percubaan UPSR

Teks: Maziana Zainal

Sekejap je dah masuk bulan Julai, maka bermulalah cabaran anakanda kembar Kak Maz.
Cabaran percubaan UPSR ( Ujian Penilaian Sekolah Rendah).

Kalau ayahnya masih ada, pasti arwah dah ambil cuti untuk menemani anakandanya sebagai tanda sokongan dan dorongan. Tetapi ia tidak berlaku sebegitu.

Maka, ibulah segalanya buat mereka. Mohon restu opah aki sebagai pengganti restu ayah. Ibu masih menanti di sekolah, meneman dari kejauhan. Walaupun masih demam, batuk dan selsema, Kak Maz gagahi demi anakanda soleh ini.

Cabaran ibu menangani permasalahan si angah. Tidak tahu mengapa sikapnya sebegitu. Tak seronok bersekolah agaknya. Kawan kawan sekelas sangat bising katanya. Cikgu juga mengakunya sukar dikawal. Ditambah mereka mengejek nama ayah. Pantang mereka. Pantang Kak Maz juga. Hati-hati singa betina mengamuk. Hahahaha.

Persediaan UPSR
Kak Maz membeli pakej tuisyen online yang viral tu, IlearnAce. Memang best. Anak anak seronok. Seronok bila dapat markah tinggi. Tercabar bila markah rendah.
Siap ada permainan. Ralit tau.

" Korang kena buat selalu latihan, soalan dia hampir sama dengan kertas periksa yang sebenar tau."

Diorang boleh buat dek je. Hahaha. Ayat bebudak sekarang kan "dek je".
Tetapi mereka memang sentiasa menjawab soalan.

Hari ni bila jumpa, " Ibu, soalan Bahasa Malaysia tadi samalah dengan soalan yang kami jawab dalam tuisyen tu. Saya boleh jawab."

"Haa, kan ibu dah cakap. Untuk besok, buat latihan hari ni mengikut subjek hari besok yea."

Sasbadi memang terkenal dengan kualiti nota dan soalan soalan yang hampir sama dengan kertas peperiksaan yang sebenar. Dari zaman Kak Maz belajar lagi.

Alhamdulillah, mudah mudahan UPSR nanti anakanda Kak Maz boleh berjaya dengan cemerlang. In shaa Allah.

IlearnAce, tuisyen era baru yang berkualiti dan diyakini oleh guru guru dan ibubapa.

Thursday 5 July 2018

Iris


Penyanyi : Awie


Hadiah dari arwah saat selamat diijabkabulkan. Romantikkan arwah.
Terima kasih Allah atas jodoh ini. Alhamdulillah kami bahagia hingga ke hujung nyawanya.



Mimpi Yang Tak Sudah

Penyanyi : Ibnor Reza

Lagu tatkala kami berselisih faham. Kekuatan lagu ini, kami memahami salah seorang dari kami ada membuat kesilapan. Unik cara kami meluahkan.

Dengan pantas, ucapan kemaafan dilafazkan. Arwah cukup mudah memaafkan dan memberi kemaafan untuk isteri tersayangnya.


Satu Penantian

Penyanyi : Dwen

Penantian arwah suami terhadap isterinya. 8 tahun menantikan jodoh bersamaku. Tetapi perkenalan kami lebih awal dari itu. Akhirnya diijabkabulkan pada 12 Nov 2005.



Tuesday 3 July 2018

Pesanan Terakhir

Pesanan Terakhir - Irfan Haris
Teks: Maziana Zainal

Lagu ini sering dimainkan oleh arwah di minggu terakhir sebelum dimasukkan ke hospital. Kebetulan masa memandu nak ke dusun kelmarin, Kak Maz dengar radio dan bertanya pada anak-anak. 
:
" Korang ingat tak lagu apa yang ayah selalu mainkan di youtube?"
" Lagu pesan ibu."
" Cer pasangkan, ibu nak dengar."




Subhanallah. Berderai airmata Kak Maz disaksikan oleh anak-anak. 
" Ibu, jangan nangis. Tutup. Tutup lagu tu, ibu dah nangis. Ibu, please jangan nangis."
" Ibu nak dengar lagi. "

Allah Maha Mengatur segalanya. Apa yang dipinta didalam lagu ini, alhamdulillah Kak Maz sempat tunaikan.

Antara liriknya:
" Nanti diakhir nafasku, Lihatlah ku buat kali yang terakhir. Doa doakan la aku disaat aku menghadapNYA."

Yea sayang, saat itu aku doakan kepada Allah. " Ya Allah, dia yang terbaik KAU kurniakan padaku. Dia yang teristimewa. Dia kurniaan terindah buatku dan anak anak. Jika saat ini ENGKAU ingin mengambilnya, ambillah dia dengan penuh kasih sayangMU dan dengan penuh kelembutan. Jangan sakiti dia Ya Allah.

Sayang, ziana redha abang pergi. Abang dah nak pergi yea. Ikut ziana yea abang, Allah. Allah. Allah. Allah. Sehingga nafas panjang menghembus keluar. Terukir senyumanmu. Terdengar bisikkan terima kasih darimu. Abang pergi dengan tenang. Hanya ada Ziana dan nurse sahaja.

Diawal lirik menyatakan perasaan abang pada ziana, cinta dan kasih sayang abang buat ziana memang sangat dalam.
Lirik ni menjadi kekuatan buat ziana mulai saat itu. Selalu bermain dibibir setiap masa.

Akan ziana pegang pesanan terakhir ini. Moga Allah merahmati hubung ini hingga Jannah.

Aaminn Ya Rabbal Alaamiin.