Sunday 15 January 2017

Ayam Segar Yang Halal

Ayam Segar Yang Halal
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

"Saya suka makan ayam."
"Hari-hari saya makan ayam."
"Ayam. Ayam. Ayam."

Dilema anak-anak yang suka sangat makan ayam. Terlebih ayam, terlebihlah protein. Tetapi ayam sekarang selamat ke?
Pernah dengar, makan ayam berlebihan boleh menyebabkan bisul naik sana sini? Kenapa ye?

Mujur anak-anak saya ni jenis yang makan semua, tidaklah menu ayam memanjang setiap hari.
"Makan ayam, jangan makan kulit tau."
"Kepak ayam tak boleh makan sangat. Peha pun sama."
"Kenapa?"
" Sebab, diorang suntik hormon kat sini."

Banyaknya tak boleh makan, bahagian itulah yang paling sedap. Terkadang, pandang kiri pandang kanan makan je. Dah tak fikir penyakit yang bakal datang.

Kerana anak-anak suka makan.
Pernah tak anak anda kena gatal-gatal lepas makan ayam? Sebab apa yea? Tetapi ayam kampung, boleh makan pula kan.
Sebab ayam kampung, tak kena suntik. Oh! Begitu. 

Sekarang dah tak perlu bimbang, kerana saya dah jumpa ayam yang bebas dari suntikkan hormon dan besar macam ayam pasar. Ia membesar secara semulajadi macam ayam kampung tau.

Mana nak dapat?
Disebabkan susah nak dapat dan memahami permasalahan ibu-ibu diluar sana, saya telah mendaftar sebagai agen di daerah ini.
Itulah saya, berniaga sambil memanfaatkan untuk keluarga sendiri. 

Ayam PPNJ.
Produk keluaran PPNJ ( Pertubuhan Peladang Negeri Johor) sangat popular di Johor. Pernah diwawancara oleh RTM dalam program Agrotek. Memaparkan sudut penternakkan ayam yang sangat bersih dan sihat.

Dengan kelulusan Jakim, ia ternyata halal dari segala sudut sehingga penyembelihan dan penyimpanan.

Didatangkan dengan pelbagai bentuk:
1. Ayam seekor (bentuk seekor dan dipotong)
2. Ayam potong dan dibungkus ikut bahagian
3. Ayam nugget
4. Ayam dah telah diperap
5. Organ ayam
6. Sate ayam
7. Ayam yang dipotong untuk menu 'chicken chop'

Rasanya umpama ayam kampung tetapi dagingnya lembut dan tak liat seperti ayam kampung sebenar.
Ibu-ibu bolehlah menyediakan menu ayam tanpa rasa was-was dan sihat.

Bento mereka nanti, bolehlah masakkan ayam nugget. Mengenyangkan kerana 90 peratus adalah isi ayam. Ada dalam bentuk hati dan aiskrim.

Berminat?
Dekat je, area Ampang. Talian untuk dihubungi 0163961956.

Pos?
Agak sukar, sebab ia produk sejuk beku. Bimbang sampai dekat anda, kualitinya tak bagus.



Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment