Sunday 15 January 2017

Sebuah Kasih Sayang

Sebuah Kasih Sayang
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Hidup ini tiada yang lebih penting dari keluarga. Keluarga tulang belakang kita. Kasih yang terbentuk cantik dari dalam rahim ibu. Tanda sayang Allah kepada hambaNYA.

Kasih dan sayang saling berkait rapat, tidak boleh dipisahkan hingga akhir hayat tetapi cinta, ia boleh berubah hala. 

"Kasihnya ibu, membawa ke syurga. Kasihnya ayah, rela berkorban nyawa."
Kalau tidak pernah menjadi ibu, kita tak tahu bagaimana pengorbanannya. Sakitnya hati seorang ibu bilamana kita menyatakan, ibu pilih kasih. Adakah kita mampu membahagi kasih sayang kepada anak-anak sama adil? Adakah kita rasa kita adil?
Allahu, banyaknya dosa hamba pada ibu.

"Ayah ni, asyik kerja je. Tak sayang kami." Dialog kita suatu ketika dulu. Sekarang dah jadi ayah, apa kau rasa? Senang ke nak menyediakan makan, minum, pakai, sekolah dan kediaman buat isteri dan anak-anak?

Inilah pengorbanan mereka untuk kita suatu ketika dahulu. Apa pengorbanan kita pula untuk mereka?
Renunglah muka mereka. Tataplah dengan penuh keinsafan. 
Belailah jari jemari mereka. Allahu, dosanya hamba pada mereka. Ampuni hamba, ampuni ibu dan ayah hamba. Tempatkan mereka ke syurgaMU tanpa dihisab.

Tangguhlah.
Tangguhlah perkara-perkara yang tak penting, dahulukan mereka. Terdetik sebesar biji sawi ralat di hati, maka redha Allah juga akan hilang bersama.

Saya terkesan dengan pengalaman dari kisah hidup pengasas terhebat Dexandra, Puan Erna.
Perjalanan hidup dan bisnes kita akan tersangkut, bila mana hati seorang ibu ayah terusik. Walau mereka kata redha tetapi hati mereka tidak. Redha Allah tak akan sampai pada kita.

Macam hari ini, mak ayah dan adik beradik berkumpul di rumah saya. Keseronokkan terserlah diwajah mak ayah bila dapat makan bersama dan bergurau senda. Adakah saya sanggup meninggalkan mereka untuk urusan bisnes diluar yang mengambil masa berjam-jam?
Tidak!

Ayahanda Bonda Tersayang

Saya tak sanggup melihat wajah keseronokkan itu hilang. Hati tua mereka amat sensitif walaupun mereka melafazkan tidak. Saya tak mahu redha Allah buat saya juga hilang. Bisnes melangit tinggi pun, hati tak keruan.

Mereka telah pulang ke destinasi asal. 
Hati saya tak terasa rugi bila 2 perkara berkaitan bisnes, saya batalkan. Tetapi saya rasa bahagia kerana telah membahagiakan mereka ketika di sini.
Rezeki juga bertambah-tambah. Alhamdulillah. 

Nampak tak?
Tadi Allah uji saya. Antara bisnes dan mak ayah, mana satu pilihan saya?
Saya menolak bisnes (rezeki) dan memilih membahagiakan mereka (salah satu kaedah menjemput rezeki), formula Allah itu Benar. Produk saya terjual.

Percayalah pada rezeki Allah.
Setiap ujian yang datang, ada bersamanya rezeki dari Allah.

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment