Saturday 21 January 2023

Musim Durian 2023


Awalan tahun 2023, rezeki mak ayah akak. Musim durian bermula. Ingatkan tak menjadi sebab banyak putik durian gugur. 
Nampak kecewa diwajah tua mereka tetapi perancangan Allah berbeza.

Allah rezekikan mereka durian walaupun tak sehebat 2018 yang lalu.
Durian yang dulu bermasalah, tahun ini diluar jangkaan. Lebih baik, lebih bagus, lebih sedap.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Tahun ini kami diizinkan bermalam di dusun. Setelah 2-3 tahun diuji pandemik.
Job akak macam biasa. Marketing dan delivery untuk mereka. Temani mereka didusun walaupun terpaksa berkorban masa dan tidur.
Untuk berikan mereka duit, akak belom mampu. Biarlah khidmat ini menjadi asbab akak ke Syurga Allah, mendapat restui serta redha mereka. Moga asbab ini juga anak anak akak menjadi anak anak yang soleh dan mulia dimata Allah. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujan masih membahagiakan bumi. Menyejukkan bumi yang sering menahan keterikkan sang matahari.

Dipondok ini serba kekurangan. Ia mengajar erti bahawa hidup ini ada kalanya perlu rasa kesederhanaan. Apabila keselesaan Allah rentap, kita masih mampu bertahan. Dan tetap meneruskan hidup dengan emosi yang stabil.

Hidup ini pasang surutnya bukan kita penentu. Tetapi Allah Maha Merencana Layar buat kita. So, usah selalu mendongak memandang langit sehingga lupa bumi yang dipijak dihenyak. Usah kasar menghentak bumi kerana langit juga menangis memandang ke bumi.