Wednesday 25 December 2019

USAH KESALI HARI SEMALAM,
BANGKITLAH UNTUK HARI INI DAN BESOK.

USAH MERATAPI KELUKAAN YANG BERLAKU,
CIPTALAH KEGEMBIRAAN UNTUK MENDATANG.

USAH KUSUTI PERKARA YANG TAK PERNAH BERLAKU,
SYUKURI NIKMAT YANG DIRASAI.

SAMBUTLAH 2020 DENGAN KESYUKURAN, AGAR KEBERKATAN DAN KERAHMATAN MENGIRINGI KITA SELALU.

TETAPI 2019 JUGA PERLU KITA SYUKURI KERANA IA MENGAJAR KITA MENGENAL PELBAGAI CUBAAN DAN UJIAN.


Wednesday 11 December 2019

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG BERKUNJUNG KE BLOG INI.

MOGA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA.

HIDUP INI SUKAR, JIKA KITA MENYUKARKANNYA. 
TETAPI HIDUP INI INDAH, BILA KITA MENCIPTA KEBAHAGIAAN WALAUPUN SERBA TAK CUKUP.

TERIMA KASIH.
THANK YOU.

Tuesday 26 November 2019

Kuih Frozen Dah Kembali

Penantian pelanggan akak dah mulai terubat. Stok dah memenuhi ruang peti sejuk beku akak.
Temosa frozen ada.
Karipap frozen ada.
Roti sosej biasa, roti sosej berkeju pun ada.

Yang lain lain bakal menyusul. Kolebrasi dengan mak ni memang lain macam dan macam macam bakal ada. Tu baru mak, belom lagi ayah. Haa, nampak tak? Otak bisnes anak beranak dah berhubung hahaha.

Akak kasi belanja gambar lah.








Monday 25 November 2019

Dah Tengkujuh

Hujan sokmo dah le ni. Dari subuh hingga malam hari dan kadang dari subuh ke subuh. Duk dalam rumah tak pasang kipas pun, sejuk sungguh lah.

Akak dah mula rasa nak demam, ayah pun sama. Walhal tak kena hujan pun.
Moga cepat sembuhlah yea.

Sejak arwah takde ni, akak kena rajin mencari ilmu dan rezeki. Anak anak nak kena teruskan perjuangan mereka. Mak ayah nak kena maintain kesihatan mereka, senang nak beribadah.

Jika diizinkan, akak nak bawa mereka dan anak anak buat haji dan umrah bersama dengan pakej yang boleh kami duk bersama.
Boleh buatkan haji badal untuk arwah suami dan kedua mertua.

Tahun ni agak berbeza coz akak dah mula join unit daerah Temerloh dan dilantik Pengerusi Derma Darah Bulan Sabit Merah Malaysia. Nampak tak? Besar tanggungjawab tu. Asalnya hanya untuk membantu dibelakang tabir sahaja demi meneruskan usaha arwah suami.

Moga segalanya Allah permudahkan dan lancarkan untuk akak pikul dan laksanakan.
Bisnes berjaya.
Program unit berjaya.
Anak anak terjaga dan berjaya.
Mak ayah sihat dan bahagia.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin Ya Allah Ya Mujib


Maziana Zainal
Usahawan Online

Thursday 26 September 2019

Nur Kasih



Lagu selingan di dalam video perkahwinan kita. Lagu yang arwah pilih untuk menyatakan isihatinya.

Lagu ni juga menjadi pilihan dalam video ulangtahun pertama bersama gambar gambar dari persandingan hingga mendapat zuriat kembar yang comel.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Pesan



Pesananmu buat kali terakhir melalui lagu yang sering di mainkan beberapa minggu sebelum episod demi episod.

Alhamdulillah, telah kulaksanakan segalanya buatmu untuk kali terakhir. Disaat kau dijemput Illahi.

Pemergian yang tak akan pernah kembali. Tetapi akan bertemu di sana nanti.

Al Fatihah buat suamiku tercinta Zalikin Bin Idrus.
Sayang kamu hingga ke syurga.


Durian Crepe Chef Sanif

Siapa tak kenal Chef Sanif? 🙋
Hahaha. Tapi kalau akak tanya, " Siapa tahu Kek Keju Meleleh Chef Sanif?". 🙋🙋🙋🙋

Mestilah ramai kenal kaan. Kek Keju Meleleh paling sedaap yang pernah korang makan kan. Rasa macam kek antarabangsa. Betul ke betul? 

Julung kalinya keluaran Chef Sanif mengeluarkan Durian Crepe. Tak dapat akak bayangkan rasa cheesenya yang mantop dengan rasa durian yang peeehhh kegilaan dunia tu.

Sebekas hanya rm15 sahaja. Ada 4 ketul durian crepenya. Tetapi cheeese tu, tak tahan tengok.








Maziana Zainal Abidin
Kek Keju Meleleh Chef Sanif

Saturday 21 September 2019

Rindu Bertaut Kembali

Bukan mudah melupakan mahupun menangkis rasa rindu pada seseorang yang kita sayang. Apatahlagi saat kita berada di suatu tempat memory indah tercipta.

Disitu segala ceritera pelbagai rasa ada. Suka. Duka. Gelak dan ketawa. Tangisan dan kesedihan bertapa.

Tiada mampu mengubati kerinduan. Kerinduan kepada sesuatu yang telah hilang buat selamanya. 
Rindu arwah ayah mertua yang kujaga makan minumnya. Kurawat sakitnya. Kuiringi detik detik penghujung hayatnya sehingga malam terakhir arwah memelukku dan mengucapkan terima kasih.
Rindu arwah suami yang hampir 13 tahun bersama. Suka duka dan cabaran demi cabaran kami tempuhi bersama hingga ke penghujung hayatnya.

Allahuakbar.

Kini perjalananku bersambung menjaga anak anak yatimku dan orang tuaku yang kian menjelang usia senja.
Yea, ladang pahala buatku. Ladang pahala buat anak anak solehku yang sanggup berkorban bersamaku menjaga opah aki mereka.

Aku terpaksa korbankan perjalanan anak anak demi orang tuaku. Mujurlah anak anak memahami. Antara aku dan anak anak perlu ada akadnya setiap kali aku perlukan pengorbanan mereka, walaupun aku ibu.

Aku sangat bersyukur walaupun anak anak agak nakal dan memberontak sifatnya, bila tiba saat sebegini mereka amat memahami. Subhanallah Maha Suci Allah, DIA Lebih Tahu.

Aku percaya perjalanan ini telah tertulis buat aku dan anak anak. Aku dan anak anak perlu tabah dan bersedia menerimanya kerana disebalik ujian ini, ada hikmah menanti dari Allah.

Saat aku sangat memerlukan pertolongan atas ujianNYA, DIA menjawab dan memberikan aku penyelesaianNYA. Menitis airmata saat segalanya DIA permudahkan.

Perjalanan ini masih jauh. Masih kabur. Masih banyak perlu diterokai. Masih banyak pengorbanan perlu dibuat. Masih ada airmata perlu dititiskan.

Biarlah segalanya Allah pandang dan mengangkatnya sebagai pahala buat aku, anak anak dan arwah suami serta mertuaku. 

Sesungguhnya tiada dayaku, kudratku tanpa Allah disisiku. Terima kasih Allah.
Akan ku jaga amanah amanahMU ini sehingga nafasku yang terakhir. Bantulah aku disetiap perjalanan ini.

Bismillahitawakaltualallah....
Segalanya kuserahkan kepadaMU Ya Allah.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan

Tuesday 17 September 2019

SELAMAT TAHUN BARU 1441



SALAM MUHARRAM 1441
(Gambar : Google)

Assalamualaikum semua
Masih tak terlewat kot nak ucap Selamat Tahun Baru Islam kaan. Moga tahun ini segala amalan kita, ibadah kita, jariah kita dan urusan dunia dan akhirat kita ni Allah pandang dan Allah makbulkan.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Hari ni dah 17 September 2019 bersamaan 17 Muharram 1441. Kebetulan ke?
Tiada kebetulan, ia dah lama tertulis. Siapa yang tulis? Allah S.W.T laah.

Sejak belajar pelbagai bidang ilmu, akak mula nampak sedikit demi sedikit. Mulai sedar hakikat hidup ini. Mulai kenali Allah. Mulai nampak setiap ujian dan perjalanan ini waimah bernafas puun, Allah Tahu. Allah Atur.

Nak sombong?
Tak ke mana puun. Bakkata Founder Mamadil Puan Dila Mubarak kepada puterinya.


Macam biasa..sebelum hantar kakak ke asrama semalam, mesti mama bebel dululah.
Mana boleh lepaskan peluang.
Masa kita terlalulah singkat.
Jika tak manfaatkan sekarang,
Esok belum tentu ada.
"Kakak ingat satu benda mama nak pesan ni..."
Cakap satu benda padahal panjang berjela.
"Kakak, ingat ni.."
"Kau cantik atau kau hodoh
Kau cerdik atau kau bodoh
Kau gemuk atau kau kurus
Kau rendah diri atau kau meninggi diri
Kau kaya atau kau miskin
Kau banyak pahala atau kau banyak dosa
Kau bukak aurat atau kau tutup aurat
Kau sopan atau kau kurang ajar
Kau pelihara mulut atau kau suka mengumpat
Kau tutup aib orang atau kau suka buka aib orang
Kau orang biasa atau orang alim
Kau hafaz Quran atau kau hafaz benda meraban
Kau murid atau kau cikgu
Kau baik atau kau jahat
Kau sedar diri atau tak sedar diri
Kau ada adab atau kurang adab
Kau jenis bersyukur atau kufur
Kau reti balas budi atau jenis tak kenang jasa
Kau anak soleh atau anak derhaka
Kau rasa akulah hebat orang lain cap ayam
kau rasa kau sajalah ahli Syurga orang lain ahli Neraka"
"Siapa pun kau..
Akhir sekali yang kau jumpa adalah kematian.
Siapapun kau"
"Jadi kakak ingat baik2 pesan mama.
Kakak pilihlah nak jadi yang mana satu & pastikan kakak ingat, akhir sekali yang kita jumpa adalah kematian"
"Akhir sekali kehidupan atas dunia ni ialah...mati.
Dengar kakak???"
Budak ni macam biasalah mana dia nak bukak mulut setiap kali mama dah bukak mulut.
Dia diam & hangguk saja.
Bila sampai di asrama dia, kakak mintak mama naik sekali ke biliknya sebab barang banyak nak bawak naik.
Waktu tu masih awal..belum zohor pun lagi.
Pelajar2 lain belum sampai.
Kakak cakap pada mama,
"Mama sponsor la katil baru untuk asrama ni..Mama tengok la katil ni semua tunggu masa je nak runtuh. Dah buruk sangat la maaaa..."
"Boleh kakak insyaAllah.
Mama nak kakak doakan mama dulu.
Biar mama dapat Rm10 juta sebulan..jangan kata katil..dengan bagunan sekali mama buat baru nanti.
InsyaAllah..."
"Hah? 10 juta sebulan?
Mama ni biar betul..."
"Kakak rasa 10 juta tu besar atau Allah Maha Besar?"
Terus diam si anak.
Mama cakap pada kakak..duit yang ada sekarang mama tak boleh boros suka hati.
Mama nak usahakan amanah yang ayah ki pesan untuk bangunkan pusat pengajian Islam di tanah yang ayah ki wakafkan tu..
Sebab tu mama mintak kakak doakan mama mulai sekarang mama dapat Rm10 juta sebulan.
Saya ajar anak2 rasa duit tu kecil saja.
Yang besar adalah Allah.
Bila Allah yang Maha Besar,
apa sangat nilai 10 juta tu...?
Susah sangat ke Allah nak beri?
Allah Yang Maha Kaya.
Mudah sajalah bagi Allah.
Tugas kita, mintak.
Tak mintak, kita sombong.
Biar si anak berfikir.
Jangan ajar anak duit lebih besar dari Allah Yang Maha Kaya.
Jadi...
Apa yang kita nak takut sangat tentang rezeki bila kita dah bertuhankan Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Rezeki?
Allah Al Mutakabbir.
Allah Ya Razzaq.
Allah Ya Ghaniyy.
Allah Ya Mughni.
Perfect.

Iyea, hakikatnya diakhirnya kematian yang menjemput kita. K.E.M.A.T.I.A.N.

Okeylah, nanti kita sambung yea.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki
Agen Mamadil
Agen Kek Keju Meleleh Chef Sanif
KUANTAN, PAHANG

Tuesday 30 July 2019

Terapi Alam

Tak semua penyakit, ubatnya hanya ubat chemical a.k.a ubat klinik atau hospital. Kebergantungan ubat yang terlalu lama dan panjang, ada risikonya.

Memang diakui oleh pakar pakar perubatan tetapi demi kesihatan dan risikonya, tidak dapat dielakkan.

Berbeza dengan akak dan arwah abang.
Setelah tiada keserasian terhadap satu kaedah perubatan, maka kami akan cuba alternatif sehingga bertemu yang serasi. Tetapi depend juga atas sakit apa yang dialami dan apa risikonya.

Jangan pernah ambil risiko yang berat tau. Naya pesakit. Dan kita akan rasa bersalah seumur hidup.

Untuk kes anakanda akak, kepekaan terhadap kesihatan dia kena tahu.
Sejauh mana kita aktif sebelum ni?
Bagaimana aktitivi seharian dia, ada terjejas ke, banyak berbaring ke, tidur sahaja ke, merenggek ke dan semua lah.

Sebelum akak ada cerita tentang "stress headache" kan.
Dulu sikembar yang hadap, sekarang sibongsu pula. Bezanya cara simptom yang mereka hadapi tak sama.

Alhamdulillah atas perubatan hormon dan terapi alam yang diajar oleh doktor, sikembar kian sembuh. Cuma adiknya agak sukar sedikit.

Kesabaran sering diuji. Kadang tu terlepas juga kan. Ter ter ter rotan juga. Ala kita pun jadi manusia hasil dari kena rotan, kena cubit juga kan. Bebel itu, standard hihihi.





Ini adalah antara terapi alam yang akak lakukan. Dekatkan anakanda dengan tanah. Energy tubuh badan bergabung dengan energy bumi, ia meneutralkan energy yang negatif dan sakit.

Ramai yang tak bersetuju dengan kaedah terapi, biarkan aje. Kita yang lalui dan kita yang nampak hasilnya.
Pentingnya, ia bukan mensyirikkan Allah atau khurafat. INGAT TU, AMARAN KERAS. Hahahaa.

Mau tak keras dik oi, dosa besar tu. Takut azab Allah dunia dan akhirat tau.

Selain itu, akak ajak anakanda mandi garam bukit lah. Dah ibunya jual kan. Mana bisa ibunya amalkan tetapi anakanda tidak, betul tak?

Anak anak adalah Anugerah.
Anak anak adalah tanda cinta akak pada arwah suami.
Anak anak adalah ladang pahala.
Anak anak adalah latihan kesabaran dan ketabahan.
Anak anak adalah penjemput rezeki akak.

Memahami erti "anak anak adalah..." bukan senang dan mudah tetapi apabila korang dapat genggam. Korang hebat.

Melimpah ruah rezeki Allah kurniakan. Kerana Janji Allah Itu Pasti.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan

Monday 29 July 2019

Durian Oh Durian

"Oh kome, durian udoh berbungo. Moh kite minang anok dara", nyanyian arwah Mr Os.


Siapa masih ingat lagu ni?
Lagu legend tau. Zaman Kak Maz kanak kanak rasanya. Sekarang kan musim durian. Sesetengah tempat dah nak habis musim, dusun ayah Kak Maz baru gugur.

Tahun ni tak macam tahun lalu. Ia berbunga time kemarau, banyak bunga berguguran. Putik muda juga sama.
Nampak muka kecewa mak ayah. Tapi kami akur bahawa segalanya dari Allah. Baik atau buruk, kita terima seadanya dan sesyukurnya. 

Kerana janji Allah, "Jika engkau bersyukur, AKU tambah lagi dan lagi." Kan DIA MAHA PEMBERI REZEKI.

Mana mana customer tahun lepas yang datang membeli, dah bertanya tanya " dah gugur ke kak?". Hahahaha.

Rezeki tak pernah tersalah alamat mahupun tersalah tuan.
Cepat atau lambat, jika ia rezeki kita maka tetap menjadi rezeki kita jua. Dan jika sebaliknya, maka akurlah kita ketentuanNYA.

Hidup kalau memikirkan susah, maka susahlah yang kita dapat.
Kalau fikir mudah, maka tenanglah hidup dalam rahmat Allah Taala.

Susah ke?

Okeylah. Sambil menunggu durian gugur. Kak Maz nak habiskan buku buku motivasi dan mencari inspirasi di sebalik ilmu yang telah akak pelajari. Otak dah lama tak belajar, kena aktifkan dengan kadar pecutan gear 5. Pehh, boleh rosak sistem kannn hihihi.

Bakkata orang tua tua, bukan akak tau. Yea faham, akak pun dah tua kan hahaha. 
"Biar lambat asal selamat. Biar slow, janji dapat manfaat."

Target nak habiskan buku "111 Formula Tarik Rezeki - Puan Nora Yusof".
Tagline dia #BacaBacaSentap"/

Memang sentap. Sentap yang best. Sedarkan kita.
Kadang bagus ilmu dan penyampaian macam ni, dekat dengan hati dan jiwa kita.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan

Thursday 25 July 2019

Lama Menyepi

Kembali Bersua

Haa, punya lama tak buat entri di sini. Rindu rasanya nak bercoret coretan. Kalau ada cikgu ni, pasti dah kena rotan. Kenapa tak beraksi lagi ni wahai Maziana. Hahahha

Beginilah resamnya seorang ibu tunggal. Banyak perkara kena urus sendirian. Kan ada mak ayah? 
Betul. Tapi sampai bila nak bebankan mereka. Kita lah yang kena urus sendiri. Mereka untuk kita bantu bukan kita dibantu.

Betul tak?
Perjalanan ini penuh liku yang sangat berombak, berlubang, berlurah dan sedikit yang lurus dan rata. Faham ke?

Tak yah pening nak fikir. Laluan korang dan akak tak sama. Jalan je. Redah sahaja.
Tiada istilah saya tak mampu. Redah dulu. Suluh dengan kelapangan dada terhadap apa sahaja yang Allah berikan.

Hidup jangan penuh persoalan. Tetapi penuh harapan dan keyakinan.
Yea, dulu pun akak banyak persoalan. Sekarang, banyak nak jalan terus je. Ambil mana mana ilmu yang serasi dan praktiskan.

Keyakinan tak akan hadir dengan tia-tiba tanpa kita gali ilmu. Ilmu harus dicari.

Okeylah, kita sambung lagi nanti yea. Kak Maz dalam proses mempraktikkan segala ilmu yang dah akak belajar, cuma nak hadam dan praktis itu agak sukar.

Beberapa minggu sahaja nak AidilAdha kan. So ada amalan sunat dan sunnah yang boleh kita amalkan.

Yang bertuah menjadi tetamu Allah, Selamat Menunaikan Haji Dengan Sempurna dan Dipermudahkan oleh Allah dengan kesihatan yang baik.

Assalamualaikum

Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan.

Thursday 23 May 2019

Mencari Lailatulqadar

Malam Ramadhan ke 19

Tak semua umat Islam diberikan nikmat rahmat Lailatulqadar. Hanya yang dipilih oleh Allah Taala. Beruntunglah mereka.

Kadang kita telah menyusun pelbagai strategik tetapi bila tiba saat itu, segalanya berubah.
Kerana apa?
Kerana Allah sebaik baik Perancang.

Hati yang suci bersih, mudah diterima doanya. But untuk lailatuqadar, tiada siapa mampu menebaknya.

Hidayah dan keberkatan diberikan kepada mereka yang Allah rasa perlu. Untuk membuktikan KEESAANNYA KEKUASAANNYA.

Indahnya malam lailatulqadar ni lain macam rasanya. Bila detik waktunya, tak semua orang tahu.

Kak Maz pernah 2 kali merasai saat kedamaian waktu, kesayuan, kesyahduan dan kesyukuran yang tak terhingga rasanya. Adakah itu petanda lailatulqadar?
Ia berlaku saat bersahur.

Pertama kali sewaktu bersahur di Kampus UiTM Jengka, bersama sahabat baik dalam lingkungan 3 pagi.

Kedua, bersama arwah suami dan anak anak. Selepas bersahur, kami lepak luar rumah bersama. Arwah bertanya, " Sayang, cuba rasai suasana ni. Tenang dan damai dia lain macam kan. Ada rasa nak menangis pun ada."

Terpandang ke awan, seolah olah tertulis kalimah Allah dan Muhammad. Subhanallah. Pengalaman pertama dan terakhir arwah di Ramadhan terakhir buatnya. Allahuakbar.
Al Fatihah buat arwah suamiku.

Ada orang kata, malam lailatulqadar pokok sujud mengadap kiblat. Tu belom pernah Kak Maz temui tetapi bonda pernah sewaktu dia kanak kanak.

Kata bonda, lintang pukang dia lari pulang ke rumah. Sesampai di rumah, dicedoknya air tempayan untuk cuci kaki. Tetiba, tuk tuk bunyinya. Rupanya air tempayan membeku.
Kata bonda, waktu itu masih budak. Bukan tahu apa, yang tahu adalah ketakutan. Yealah benda pelik berlaku.

Itulah pengalaman bonda dan Kak Maz. Bagaimana pengalaman korang?



Maziana Zainal

Along Rindu Ayah

Kerinduan Yang Tak Mungkin Terbalas.

Tengah bersiap sedia nak ke terawaih malam ke 17, Along menghampiri ibu dengan sayu dan berkata.

"Ibu, saya hilang satu perkataan ini. Dan tak mungkin akan ada lagi selamanya. Ibu tahu perkataan apa?"

"Ayah". Tekaan ibu.

Terus Along tunduk dan teresak esak menangis. Ibu peluk Along, "Along rindu ayah,ibu."

Ibu tahu, ibu perasaan Along tengok adik sepupu rancang bervideo call dengan papanya. Ibu tahu perasaan anak anak ibu. Ya Allah, sesungguhnya aku juga merindui arwah suamiku.

Mungkin disebabkan dah beberapa hari migrain, emosi agak terusik dengan kenangan. Ibu turun menangis bersama.

"Along dan anak anak kena selalu solat, mengaji, belajar sungguh sungguh dan selalu hadiahkan ayah AL Fatihah."

Kata opahnya, " Itu tanda arwah ayah rindu korang. Sebab tu kena selalu solat, mengaji dan hadiahkan Al Fatihah buat ayah. Ayah rindukan pahala dari anak anak dia."

Siapa sangka siapa menduga tahap kerinduan seorang anak yang sempat 11 tahun lebih bersama arwah ayahnya, manakala adiknya hanya sempat 8 tahun lebih.

Orang dewasa kehilangan orang tua, menangis teresak esak saat kematian dan perkuburan tetapi anak anak ibu, tidak sebegitu. TABAHnya kamu. Allah mendidik hati kamu tabah, bukan ibu.

Teruslah tabah duhai anak anak ibu. Perjalanan ini bukan mudah. Banyak ranjau dan onak duri berbisa sedang menanti kamu di hadapan. Samaada direncana manusia atau tidak, bersangka baiklah. Sesuatu perkara berlaku, adalah dengan izin Allah. Ada sebab dan asbab.

Hati hati dalam langkah kalian supaya dapat mengelak dan menahan luka luka rintangan itu. Kerana manusia dihadapan kalian, tak semuanya jujur waimah saudara sendiri.

Pegang pada tali Allah sentiasa.

Ya Allah, tetapkan kami di taliMU. Peganglah kami, jangan pernah terlepas. Sesungguh kami takut Ya Allah akan azab dariMU. Kami redha ujian ujianMU, tetapi ENGKAU peringankan dan permudahkan bagi kami.
Limpahilah kami dan kurniakan kami zat zat kasih sayangMU, kebijaksanaanMU, ketulusanMU dan rezekiMU untuk kami menerusakan perjalanan ini hingga ke titian terakhir kami.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin, Ya Alla Ya Mujib.


Maziana Zainal

Wednesday 22 May 2019

Kemangkatan Sultan Berjiwa Rakyat

Innalillahiwainnailaihirojiun. 
Kemangkatan yang mulia baginda di bulan mulia dan hari jatuhnya Nuzul Quran. Indahnya kemangkatan baginda.

Alam bagaikan menangis apatah lagi rakyat jelata Negeri Pahang. Kehilangan Raja berjiwa rakyat. Sering membantu rakyat jelata tatkala dilanda bencana dan musibah, apatah lagi kesusahan.

Al Fatihah buat Almarhum Baginda.
Al Fatihah juga buat mereka yang dijemput Ilahi di Ramadhan ini. 
Al Fatihah buat arwah suamiku, Ramadhan ke 2 tanpamu.



Maziana Zainal
Stokis Kuantan Aura Rezeki

Sunday 12 May 2019

Boleh Ke Kita Merajuk Dengan Mak

Malam ni dah malam ke 8 dah kita berterawih. Macam mana?
Mestinya sahabat sahabat Kak Maz hebat belaka kan. Berapa rakaat tak penting, yang penting kita dapat mengimarahkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang tiada di bulan lain.

Okey, berbalik kepada tajuk kita. Boleh ke kita merajuk dengan mak? Soalan yang diajukan oleh anak kepada bekas Perdana Menteri kita kepada ustazah dalam program " Takzirah Malam Jumaat".

Dengarkanlah. Fahamilah. Insafilah. Sesungguhnya kita "pendosa".





Semoga bermanfaat buat kita yang bergelar anak kepada MAK. Yang masih punya MAK.
Bukan setakat mak tetapi juga AYAH.

Berkatilah amalan dan ibadah Mak, Hajah Meriah Binti Haji Hassan dan Ayah, Haji Zainal Abidin Bin Hj Abdul Majid serta ayahanda bonda mertuaku Idrus Bin Hussin dan Juriah Binti Md Ali. Juga ayah kepada anakanda Kak Maz, arwah Zalikin Bin Idrus.



Maziana Zainal

Ku Tahu

Hai semua. Assalamualaikum
Bagaimana perjalanan Ramadhan kalian? Dah ada yang kena gastrik atau jatuh sakit?
Ujian untuk satu keberkatan bukan mudah dan murah kan.

Setiap ujian Allah hantarkan kepada kita tak sama dan tak serupa. Walaupun kita nampak sama atau hampir hampir sama. Percaya atau tidak, ia tak sama.

Ujian yang datang berbeza?
Orang tak diuji tak sama?
Kadang orang yang sama dan ujian yang sama tetapi waktu yang tak sama, cara minda pun berbeza.

Emm, pening lah tu.
Buat apa nak pening. Tak fikir pun. Baca je yea.

Ujian yang datang selalunya tak sama kerana waktu ketika itu berbeza, usia dan minda kita juga tak sama. 
Kenapa Kak Maz kata begitu?
Minda mempengaruhi usia kita. Ujian datang saat kita tidak matang, kita mudah marah beremosi giler. Segalanya kita terima dengan ketidakpuashatian. Betul tak?

Ujian yang hampir sama tetapi orang yang berbeza. Mungkin sesetengah orang menerima dengan cara yang meredha dan ada sesetengah pula menerima dengan kekecewaan. Ia bergantung atas tahap gelombang tenaga dalaman mereka bagaimana.

Percaya tak orang akan mempertikaikan tahap iman seseorang. Ya betul. Memang tak dinafikan. Iman itu penting. Gabungan iman dan tenaga dalaman mampu membuatkan seseorang itu redha dan tabah. Betul tak apa Kak Maz tulis ni?

Orang sekeliling mampu melihat kita. Mereka mampu menilai kita. Tetapi adakah apa yang mereka lihat dan nilai itu SAMA dengan apa yang kita hadapi dan harungi.

Jawapan Kak Maz, TIDAK.
Hanya kita dan Allah yang tahu. Pegang nawaitu kita. Pegang erat kekuatan tenaga dalaman supaya tak mudah digoyahkan orang. Kadang perlu bertegas dan berkeras dengan mereka. Hidup kita, jiwa kita dan emosi kita hanya kita yang tahu. 

Doa adalah senjata kita. Allah sebenarnya nak kita dengan DIA. Sentiasa dengan DIA.
DIA nak bagi kita sesuatu yang kita sendiri tak tahu tetapi amat kita perlukan nanti.

Dunia ni sebenarnya untuk akhirat.
Orang kata, bila kita kejar akhirat maka dunia mengejar kita.
Sifu pula kata, bisnes ni tentang 80% dan 20%. Apa tu?
Haa, 80% kita buat apa yang Allah suka dan 20% usaha kita. Bila Allah suka, Allah redha maka kejayaan dunia akhirat kita perolehi bersama.

Okeylah dah nak petang ni, dah Solat Zohor?
Nak masak, tunggu ayah pergi beli barang mentah dan masak bersama. Ayah Kak Maz memang suka memasak. Kita bantu je lah. Kalau kita buat, akhirnya senduk sudek ditangan ayah juga. Faham tak? Hahaha.

Sementara tunggu, Kak Maz nak update bisnes dan membaca buku yea.

Babai.


Maziana Zainal
Stokis Aura Rezeki Kuantan
0163961956
www.wasap.my/60163961956


Saturday 6 April 2019

Aku Tabah

Tabahkah Aku?

Tahu apa itu tabah? Tabah tak boleh dibuat buat mahupun dipelajari. Emm, bukan ustaz ustazah pernah ajar tentang tabah?

Yea, memang kita diajar tetapi secara teori. Adakah dengan teori, anda rasa anda boleh perolehi erti sebenar tabah?

Wah! Banyaknya soalan Kak Maz.
Yea, dengan persoalan sebegini kita belajar kenali erti sesuatu.

Tabah ni datang dengan secara anda tidak sedar melalui ujian Allah. Sesetengah orang menyatakan "aku tabah, dont worry."
Anda percaya dia tabah?

Tabah ni datangnya secara halus ke dalam sanubari seseorang tanpa dia sedar tetapi orang sekeliling yang sedar.
Sehingga pernah satu hari, kawan Kak Maz hantar pesanan melalui wasap " Aku nak tabah sebenar benarnya tabah macam awak. Boleh tak ajarkan aku?"

Kak Maz terpinga seketika, aku nak ajar? Adakah aku layak? Adakah aku tabah?
"Yea, kau tabah sahabat" katan seorang sahabat pada Kak Maz.

Aku diuji Allah, aku rasa aku tabah tetapi tidak. Aku masih mempersoalkan kepada Allah kenapa aku diuji sebegini.
Tapi bila aku berkata pada kau supaya tabah, kau jawab apa " Takpe, aku redha ujian Allah. Aku terima jika ini takdirku. Aku percaya Allah lebih tahu yang terbaik untukku."

Subhanallah, menitis airmata sahabat Kak Maz. Awalnya Kak Maz pelik, kenapa dia menangis sedangkan aku tak menangis. Bukan Kak Maz tak sedih, siapa tak sedih bila suamimu dalam keadaan sebegitu. Maaf hanya yang pernah ziarah arwah di hospital, mereka tahu bagaimana keadaan arwah ketika itu.

Dan waktu itu, Kak Maz berborak dengan arwah macam arwah normal. Sedangkan waktu arwah sekadar memandang tanpa bicara dan tanpa faham apa apa.

Erti Tabah
Bagi Kak Maz, tabah itu hadir bila kita menerima ujian Allah dengan berlapang dada. Dengan penuh keredhaan bahawasanya kita ini milik Allah. Segala apa yang berlaku adalah dengan izinNYA dan dengan perancangan. Perancangan yang dah diatur sejak azalinya kita diciptakan olehNYA.

Kalau tabah, tak menangislah kan?
Ya Allah. Kita manusia kan? Kita punya hati yang sangat rapuh dan lembut. Tangisan itu bukan tanda anda tak tabah tetapi itulah naluri manusia.

Bezanya orang yang tabah, tangisan tak seteruk mereka yang lain. Kerana apa? Kerana dia telah meletakkan jiwanya pada Allah. 
Dia tahu bahawasanya hidup pasti mati. Bezanya waktu dan diusia berapa?
Bezanya iman dan takwa amalannya.

Allahuakbar. Sesungguhnya aku ingin yang terbaik dalam hidupku agar pengakhiranku indah hingga ke syurgaMU bersama orang orang yang ku sayang dan KAU sayang.

Tabah, maknanya kita dah move on bak kata orang omputih. Kalau dah move on, kita tak boleh ingat ke? Tak boleh menangis bila teringat?

Salah tu. Sangat salah.
Selagi namanya manusia dan dia masih punya hati, kerinduan itu normal. Ini bagi yang mengalami situasi seperti Kak Maz lah, kehilangan yang tersayang.

Jika kalian yang punya masalah berbeza. Kalau kenangan itu manis, alhamdulillah. Pasti kita rindu momen indah. 

Tetapi bagi yang melalui kenangan yang pedih dan perit, jadikan ia satu lonjakkan untuk ke satu tahap yang lain. Kenapa Allah izinkan kenangan perit dan pedih itu berlaku?
Yea Allah nak uji, itu yang kita nampak.

Pernah nampak disebaliknya? Apalah Kak Maz tanya macam tu.
Masa kejadian, adakah kamu terus disitu lagi? Adakah kamu melawan?
Tak kan?

Nampak tak Allah nak ajar kamu erti bertahan dan kuat. Memang korang pendamkan, menangis dan macam macamlah persoalan dan sesalan keluar dari mulut dan minda. Betul tak?

Percaya bila saat Allah mengangkat keperitan dan kepedihan itu dari kamu, kamu adalah insan yang kuat dan tabah dari sebelumnya. Tapi tak semua orang sedar. Mereka lebih memilih meroyan dan kemurungan.

Kadang bukan mereka yang pilih, sebaliknya persekitaran yang menekan mereka juga. Sebab itu kenapa kena pegang pada Allah. Allah sayangkan kita. Setiap apa yang berlaku, DIA tahu. DIA nak tengok adakah kita masih sombong tak nak sujud dan berbicara denganNYA.
Ingat balik, adakah korang meminta dari Allah jalan keluar atau korang mempertikaikannya dengan Allah.

Subhanallah.
Kak Maz bukan ustazah yea, ini pengalaman hidup Kak Maz. Perjalanan yang penuh cabaran. Kini masih diuji. Cuma ketahanan itu kuat sebab sebelum ini juga pernah diuji.
Dan apa yang Kak Maz nampak dan rasai disebaliknya Ujian itu, sukar dinyatakan sebaliknya bersyukur kepadaNYA.

Kak Maz hari ni lebih suka berdoa dan berbicara dengan Allah dari dengan manusia. Kerana manusia sifatnya masih ada dengki dan hasad, iri dan dendam. Sesungguh Allah sifatnya Penyayang, Pemaaf, Adil dan Bijaksana.

Tiada yang boleh menghasut Allah. Ada sesiapa berani?
Jika manusia, syaiton selalu berbisik dan menghasut. maka terhasutlah kita. Kan?

Jadi, siapa yang perlu kita pilih?
Tebuklah dada tu banyak banyak sampai senak yea. Hahaha.

Setakat ni dululah yea.
Kak Maz menulis ni dalam kereta sambil menunggu pendekar Kak Maz berlatih silat.

Assalamualaikum
p/s:
Sebelum lena, jangan lupa mandi garam tau. Garam bukit, jangan garam kat dapur korang tu yea. Tak pasal badan melekit dek garam. Garam bukit tak melekit.
Nak best garam bukit Aura Rezeki sebab dia wangi. Tidur syok je mewangi.


Maziana Zainal
Stokis Aura Rezeki - Kuantan
0163961956

Duhai Ibu Tunggal

Dilema Dan Dilemahkan.

Dibelenggu kisah ibu tunggal, dilema dan dilemahkan. Yea, bunyi agak mengelirukan.
Ibu tunggal yang ditinggalkan oleh pasangan samaada hidup ataupun kematian. Keduanya nampak sama tetapi berbeza sangat.

Perpisahan dimana keduanya hidup, pengalamannya lebih menyakitkan hati kerana saling menyakiti satu sama lain. Maka terbitnya dendam mendendami sesama mereka.
Tak semua sebegitu tetapi majoritinya cukup banyak.


Perpisahan dimana salah satunya pergi mengadap Illahi, tak kurang sakitnya. Kerana sayangnya yang sangat mendalam. Kerinduannya tak berbalas. Tiada dendam untuk dicacikan. Sebaliknya yang indah indagh sahaja yang terbit dari bibirnya.

Apa pun yang berlaku, perjalanan harus diteruskan jua. Yang pastinya tiada yang boleh mengundur masa kerana perjalanan ini ada noktahnya.
Cabaran dan ujian saling bersama bergabung mencipta sesuatu. Sesuatu yang baik ataupun tidak, ianya bergantung cara kita menerima dan membawanya ke dalam kehidupan.

Bicara demi bicara belum tentu membuatkan kita puas berbicara. Kadang bicara kita dijadikan inspirasi tetapi banyaknya dimanupulasi semula. 
Kenapa begitu?

Senang je. Sebab kita hebat dimata mereka. Betul tak? 
Adakah kita suka ambil tahu perkara tak hebat? Tak kan. Kita mahukan yang hebat kerana kita nak rasa lebih hebat.

Itulah lumrahnya kita manusia. Kalau kami yang belajar aura, ini kategori aura bocor.
Kerana orang yang auranya bagus. Mindanya takde masa nak fikir yang tak bagus. Mereka mahu tengok yang positif, yang ceria, yang memberi inspirasi dan membangkitkan semangat mereka.

Bak kata orang dulu dulu, pucuk pangkal adalah diri kita sendiri. 
Apa yang kita mahu dalam hidup?
Yang baik atau yang bruruk?

Sebagai ibu tunggal, kita kena lebih matang dari ibu ibu yang lain. Kita dipilih untuk lebih kuat dan tabah walaupun hakikatnya kita tak percaya kita kuat dan boleh.

Banyakkan memilih untuk berfikir tentang Solusi dan bukannya Masalah dan Kekusutan.
Fikirlah sejenak, apa pilihan kita dan jangan pernah kata kita tiada pilihan. Tiada jalan mati sebelum kematian. Dan urusan mati, urusan Allah. Jangan kita buat kerja Allah pula yea.

Setakat ini dulu yea, nanti Kak Maz sambung bagaimana nak kuat dan tabah. Kita kongsi kongsikan bersama.


Maziana Zainal
Stokis Aura Rezeki - Kuantan
0163961956