Monday 9 January 2017

Journal 2017

Journal 2017
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmailcom

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk saya bernafas di dunia ni. Semoga tahun baru ni membuka lembaran baru dalam sejarah hidup kami sekeluarga.

Bertambah tahun bermakna bertambah angka usia kita. Sudah berjayakah kita? Sebagai umatNYA? Sebagai anak, isteri dan ibu? Selagi hayat masih ada, sinar kejayaan tak pernah padam. Ayuh kita lakari tahun ini dengan kejayaan.

Semangat sungguh tahun baru ni kan? Tahun ni adalah tahun saya mencorak impian untuk berjaya. Tiada lagi istilah Self Sabotaj. Sebelum ni terlalu banyak saya mensabotajkan diri dengan pelbagai alasan. Orang kata, saya banyak beri alasan tetapi sebenarnya saya sedang melatih diri untuk bersedia berjuang.

Melatih diri menjadi seorang yang sabar, tabah dan bersemangat. Macam mana?
Ingat tak eposid yang lalu, saya ada menyatakan bahawa saya menjaga ayah mertua yang strok. Itulah latihan saya, persediaan untuk berbakti pada orang tua kelak ( In Shaa Allah). Ia juga mengajar saya bersabar menahan perasaan rindu, berfikir waras antara yang wajib dan perlu serta belajar rasional dalam mendatangi ujian.

Tak faham?
Sepanjang 10 tahun menjaga amanah Allah itu, saya menahan kerinduan ingin pulang berpuasa dan berhari raya bersama keluarga sebelah saya. Saya kena memikirkan dengan waras setiap kali hadir detik-detik ria itu. Saya juga perlu rasional memberikan jawapan setiap kali ditanya serta dipujuk untuk pulang ke sana.
Setiap kali ia berlaku, saya panjatkan doa " Ya Allah, aku terima ujianMU ini, tabahkan hatiku dan orang tuaku dan bukakan hati mereka untuk memahami keadaanku ini. Sesungguhnya Engkau pemilik hati yang mutlak."

Tapi itu cerita 10 tahun yang lalu. Tahun ini ceritanya berbeza sungguh. Cerita sayu menyentuh jiwa. Rutin harian sepanjang 10 tahun, tidak lagi saya laksanakan. Terbit rasa rindu pada arwah. Kebiasaan, setiap pagi saya akan siapkan anak-anak untuk ke sekolah dan suami ke pejabat. Selesai itu, saya akan menyediakan makan minum arwah. Memang terkejar-kejar. Otak sentiasa berfikir, menu apa untuk arwah.

Kini, tiada lagi istilah terkejar-kejar untuk sediakan menu. Tiada lagi merempit mahu pulang awal. Perkara rutin selama 10 tahun, bukan suatu yang mudah kita hilangkan. Terbayang susuk badan arwah terbaring. Allahuakbar, rindu sungguh. 

Selain berikan arwah makan, saya mencuci najis dan menukar pamper arwah. Sejak suami sakit, saya menguruskan semua tentang arwah sehingga nafasnya yang terakhir.

Tahun ini tiada lagi tugasan itu. Tugasan saya sekarang menjaga suami, anak-anak dan orangtua saya. Tahun ini, saya kena tunaikan janji-janji saya kepada mak dan ayah. Janji yang pernah kami buat sepanjang 10 tahun lalu.

2017 saya penuhi dengan pelbagai ilmu, termasuk ilmu belajar menulis blog ini. Inilah masa yang Allah tentukan untuk saya berjuang semula. 

Mulai detik ini, saya kena belajar menangani masalah pengurusan masa. Pengurusan masa kerjaya seorang ibu, isteri dan usahawan. Supaya tiada yang bersunggut rumah tak kemas, anak tak makan, anak tak buat kerja sekolah, baju tak basuh dan macam-macam masalah. Semuanya kena tip top dan mantop bak kata Ustaz Zamri.

Sekarang, lakaran 2017 saya bermula. Mencorak detik-detik kejayaan. Merempuh tembok-tembok halangan. Memekak suara-suara menjatuhkan. Memantopkan aura positif seluas 360 darjah supaya tiada yang mampu menempangkan saya.

Salam 2017 untuk pembaca semua.



No comments:

Post a Comment