Friday 24 February 2017

Nikmatnya - Jana Pendapatan Dari Rumah

Jana Pendapatan Dari Rumah

Tiada lagi alasan untuk duduk sahaja di rumah. Tiada lagi alasan surirumah tiada pendapatan sendiri.

Sekarang zaman IT, semuanya mudah. Tak perlu kedai atau gerai untuk berniaga. Saya faham kerana saya dulu begitu. Bak kata sifu saya " mental block". Umpama mendengar suara-suara biawak. Emm, faham ke?

Bila semua itu kita tembusi, wow hasilnya luar biasa. Kerjasama, komunikasi dan kecekalan adalah kunci segalanya. Untuk berkat lagi, kita berbahagi rezeki 😍.

Minggu ini saya mendapat tempahan berganda dari agen dan pelanggan. Awalnya cukup pening kerana skop bisnes adalah sama, iaitu kek. Mujur saya ada buat sistem rekod yang tersusun, alhamdulillah. Walaupun begitu, kesilapan mungkin juga akan berlaku kan. Penelitian kena betul dan mencatat dengan tepat.



Dan saat karya ini dicatat, tempahan untuk kali kedua dalam minggu ini telah masuk.
Sesungguh rezeki itu dari Allah. Syuku padaMU Ya Allah..

Terima kasih atas sokongan semua.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)


No comments:

Post a Comment