Tuesday 10 January 2017

Karipap Frozen

Karipap Frozen
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmai.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Siapa tak pernah makan karipap? Sedapkan? 
Kita di Malaysia untung sangat, ada pelbagai makanan sedap dan lazat. Setiap negeri ada citarasinya tersendiri dari sudut masakan, minuman serta kuih-muih. 
Saya datang dari negeri Pantai Timur, Pahang Darul Makmur. Hogoh Pahang Hogoh!...

Ingat tak saya pernah kongsikan pengalaman berniaga dulu? Dulu setiap malam, kami dipaksa bantu mak dan ayah membuat kuih, biasanya karipap lah. Kuih lain tak boleh buat awal, pukul 4 pagi dah bangun untuk bancuh.
Mula-mula tu memang mengeluh setiap kali kena bantu buat karipap, almaklum status "budak" membuatkan kita malas. Rupanya perancangan Allah itu indah, DIA dah aturkan segalanya dengan sempurna. Kalau tidak kerana "paksa", masa kan saya dan adik-beradik lain pandai buat karipap. Berkat tolong orang tua tau.

Asbab selera tak sama.
Setuju tak kalau saya katakan, tekak orang Pantai Timur ni unik? Negeri lain jangan kecam saya tau. Percaya tak, orang sanggup memandu berjam dan jauh hanya kerana nak rasa makanan yang tulen dari negeri itu? BETUL!
Orang Kuala Lumpur sanggup turun Temerloh untuk menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak. 
Sekarang, kat sini dah ada orang Pahang berniaga lauk tu. Korang dah rasa?

Dan kerana tekak saya ni dah terbiasa dengan selera airtangan mak ayah dan makanan daerah sana, maka saya belajar masakan sana. Saya buat research kat Mr. Google, buku-buku dan belajar melalui telefon (talian hayat saya, tentulah mak ayah dan mak sedara).

Kalau bab lauk, tak de masalah sangat dan tak rumit. Tapi bab kuih, ramai orang tak suka sebab renyah. Beli je lah yang orang jual, tak de pilihan.
Lama-lama saya jadi tak keruan, nak balik kampung tak boleh. Masya Allah, tekak ni dah macam orang mengidam. Jadi, saya nekad. Saya mula membeli bahan-bahan untuk buat karipap. 

Bermula dengan 1 kilo tepung, banyak terus kan...macam dah terror je. Sebenarnya, saya tak pandai buat dalam sukatan sikit, dah dilatih buat dalam kuantiti banyak. Bayangkan 1 kilo tepung, saya boleh dapat 80 biji karipap. Masa kan nak makan sekali banyak macam tu? Otak mula berfikir dan berfikir lagi, banyak tu. Mujur sebelum tu saya dah buat kajian dan ada pelbagai kaedah saya jumpa untuk jadikan ia kuih sejuk beku. Saya cuba dan cuba. Mana yang kurang saya perbaiki kualitinya.
Akhirnya, alhamdulillah.

Mangsa percubaan.
Nak gelak pula bila sebut mangsa percubaan. Biasa mereka tu anak-anak, suami dan keluarga. Mereka adalah hakim saya. Bila hakim kata okey, maka keyakinan saya pun teguh di situ dan saya "locked" resepi itu. Nak resepi tu? Kena bayar pengeras ni? Gurau je...

Dari cubaan pertama ke percubaan kedua dan seterusnya, saya bertambah seronok. Tempahan bertambah, kadang yang gorengan dan kadang yang sejuk beku. Ia semakin bertambah bila masing-masing bercerita kepada yang lain. Ada juga yang saya sendiri iklan di mukabuku (facebook).

Paling banyak saya pernah buat 700 biji karipap frozen. Korang tahu tak, saya buat seorang tau. Tapi bukan sekaligus 700, saya disarankan suami buat setiap hari 1 kilo sahaja. Kekadang saya derhaka sikit, saya buat 2 kilo sehari. Nak cepat siap.

Bila masa saya buat.
Jadual masa saya buat ni agak unik. Saya akan sediakan inti dahulu dan selepas itu tepungnya di siang hari. Manakala malamnya, saya akan paksa anak-anak tidur awal. Biasa seawal 8.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari mengelek, mengelim, mengoreng separa masak hingga ke pembungkusan dan penyimpanan.
Ada masa suami membantu tetapi sudut pembungkusan sahaja kerana yang lain, dia tak tahu.

Biasa kalau ada yang menempah, saya akan minta tempoh 2 hingga 3 hari. Dan kuantiti pula, saya kena buat lebih dari tempahan. Kenapa? 
Sebabnya, anak-anak dan suami akan bersunggut kerana untuk mereka tiada. Mereka adalah peminat tegar karipap saya.

Pelbagaikan perisa
Bukan sekadar karipap inti kentang sahaja yang saya buat. Saya mencuba...
1. Karipap daging
2. Karipap ayam
3. Karipap sardin
4. Karipap inti ikan (sebelah Pahang panggil Temosa)

Semua resepi intinya saya pelajari melalui internet dan turun temurun dari family. Ada sikitlah yang saya ubah, bak kata orang "airtangan". 

Kembangkan sayap.
Kebetulan anak buah saya buka perniagaan ayam sejuk beku di Johor, dia mencadangkan saya buat karipap sejuk beku untuk dijual di kedainya. Dia minta saya memperbaiki kaedah membungkusan. 
Ini pembelajaran baru bagi saya, saya tak de ilmu pembungkusan yang formal. Research demi research saya buat. Akhirnya, saya ke kedai bahan-bahan membuat kek. Banyak sungguh pilihan. Cuba dan cuba lagi. Itu cara saya belajar, kena belajar sendiri sehingga dapat keputusan dan cara yang betul.

Bila belajar sendiri ni, jangan pernah ada istilah putus asa. Minda kena aktif berfikir, kena selalu mengkaji dan jangan sombong minta pendapat. Tiada yang akan dapat bergolek kecuali bola ( gurau je).

Teruskan mengikuti blog saya tau, nanti saya kongsikan serba sedikit idea serta resepi untuk anda.

Maziana Zainal
www.mazianazainalabidin.blogspot.com





No comments:

Post a Comment