Monday 9 January 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah

Inspirasi Bekerja Di Rumah
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah
Seakan ada auranya di situ. Seakan ada jiwa dalam setiap bait-bait dialognya. Dan sebab itu ia berjudul "inspirasi". 

Memaparkan kisah-kisah jatuh bangun seorang usahawan wanita yang bergelar ibu dan isteri, walau hanya duduk di rumah. Atas desakkan tertentu, wanita-wanita ini berhenti kerja makan gaji dan menumpu perhatian pada tugasan rumahtangga. Dan atas sebab tertentu juga, mereka ini ingin mempunyai empayar sendiri, duit poket sendiri serta membantu ekonomi rumahtangga. Pelbagai episod kekecewaan yang mereka tempuhi. Namun, mereka bangkit demi keluarga.

Hati seorang suri.
Terhimpit dengan permasalahan ekonomi, anak-anak dan tekanan di tempat kerja, seorang suri tidak lagi betah menahannya. Almaklum, hidup di kota besar ni, keluar sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Anak-anak membesar tanpa disedari progresnya bagaimana. Segalanya diserahkan bulat-bulat pada pengasuh. Belom termasuk kes penderaan di tempat pengasuh, kos pengasuh juga tinggi mengikut peredaran ekonomi.

Itu kalau yang bekerja makan gaji. Kalau nak surirumah sepenuh masa, macam mana? Kita pun nak wang poket kan? Nak minta selalu, macam tak best gitu. Dan ada sesetengahnya, kesempitan wang. Suami seorang sahaja bekerja, mana mampu nak tanggung segalanya.

Hati suri ini makin tersepit, makin memberontak untuk mencari pendapatan tambahan tetapi dalam skop kerja "di rumah".

Di sini inspirasi diperlukan.
Membuka minda sedar dan separa sedar tentang kerjaya di rumah, yakni bekerja di rumah.
Memperjelaskan tentang "modal". Apa itu modal? Adakah duit semata? TIDAK!

Anda pandai memasak? Menjahit? Mengajar? Kalau YA, itulah modal utama anda. Anda tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk memulakan. Dengan pulangan dari hasil jualan, anda gunakan untuk menambah produk anda.

Pandai mengajar, anda buat kelas tuisyen. Mahir menjahit? Anda war-warkan anda mengambil upah menjahit.

Inspirasi membuka minda kita berfikir di luar kotak. Inspirasi ini berkongsi bagaimana cara untuk menguruskan masa antara kerja-kerja rumah dan kerja kerjaya kita.
Perkongsian insan-insan hebat ini, membuka minda saya yang selama ini tidur. Perkara yang saya tahu tapi saya tak buat dan tangguh untuk melakukannya.

Saya sarankan wanita-wanita diluar sana, milikilah ebook "Inspirasi Bekerja Di Rumah", lihat kejayaan mereka dalam kerjaya surirumah dan kerjaya sebagai usahawan. Bak kata surirumah berjaya menjana pendapat hanya dengan bekerja di rumah," rumahku pejabatku".




No comments:

Post a Comment