Wednesday 18 January 2017

Pengertian Hidup

Pengertian Hidup
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kalau manusia di dunia ini memahami tentang pengertian hidup, mesti aman selalu. Pengertian dalam memahami segala sudut, kekurangan dan kelebihan. Kekuatan dan kelemahan seseorang atau sesuatu keadaan.

Memahami bahawa hidup ini dipegang oleh Penciptanya. Menerima kenyataan bahawa hidup ini adakala di atas dan di bawah. 

Pernah dengar ayat ini?

  • Susah lawannya senang.
  • Kaya lawannya miskin.
  • Lemah lawannya kuat.
  • Tenang lawannya gusar.

Inilah ayat-ayat yang pernah kita tempuh dalam kehidupan. Tinggal lagi, ego kita yang menidakkannya. Dan kerana ego, kita sombong. Menindas sesama manusia.

Adakah kita mendapat ketenangan atas penindasan ini? 
Jika YA, sejauhmana ketenangan itu bertahan.
Jika TIDAK, bererti hati kita masih ada kasih Allah.

Bila kita jatuh, itu bukan bala tetapi ia ketukkan kasih sayang dari Allah. DIA merindui kita untuk berbicara denganNYA.

Bila kita di atas, itu tak bererti Allah terlebih sayang. 
Kita di atas, kerana Allah nak melihat kita. Sejauhmana kita bersyukur dengan pemberianNYA. Bagaimana kita memanfaatkan untuk diri, keluarga dan insan lain.

Kelalaian akan mengaburi kita bilamana kita tak mahu tahu erti pengertian.
Jika manusia itu mengerti maksud pengertian, manusia tak akan pernah ego. Tidak menyakiti satu dan yang lain.

Mengerti bahawa dunia ini ada Pemilik yang Mutlak. Hati ini ada Pemegang yang Agung. Rezeki ini ada Pentadbir yang Adil.
Nescaya, manusia akan tunduk dan merendah diri antara manusia.

Kita hanya pentadbir sementara. 
Diuji akan di mana amanahnya kita. Sejujur mana kita memberi. Bagaimana kita memanfaatkan status kita kepada orang yang berada di bawah.

Bukan setakat yang berada di atas, malah yang berada di bawah. 
Bagaimana kita redha menerimanya. Seteguhmana kita bertahan. 
Apakah kita hanya berharap tanpa berusaha.
Adakah kita manfaatkan apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Renung seketika.
Apa pengertian yang kita faham?
Bagaimana pengertian itu kita selami?

Bila pengertian itu kita fahami. 
Kita redha menerima sesuatu keadaan dan berusaha untuk bertahan.
Dengan pengertian, hati kita tenang. Kita jadi pemaaf dan sentiasa bersangka baik kerana kita tahu, disebalik sesuatu ada pemilikNYA. Ia berlaku, dengan izinNYA.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)




No comments:

Post a Comment