Inspirasi Bekerja Di Rumah
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com
www.mazianazainalabidin.blogspot.com
Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah
Seakan ada auranya di situ. Seakan ada jiwa dalam setiap bait-bait dialognya. Dan sebab itu ia berjudul "inspirasi".
Memaparkan kisah-kisah jatuh bangun seorang usahawan wanita yang bergelar ibu dan isteri, walau hanya duduk di rumah. Atas desakkan tertentu, wanita-wanita ini berhenti kerja makan gaji dan menumpu perhatian pada tugasan rumahtangga. Dan atas sebab tertentu juga, mereka ini ingin mempunyai empayar sendiri, duit poket sendiri serta membantu ekonomi rumahtangga. Pelbagai episod kekecewaan yang mereka tempuhi. Namun, mereka bangkit demi keluarga.
Hati seorang suri.
Terhimpit dengan permasalahan ekonomi, anak-anak dan tekanan di tempat kerja, seorang suri tidak lagi betah menahannya. Almaklum, hidup di kota besar ni, keluar sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Anak-anak membesar tanpa disedari progresnya bagaimana. Segalanya diserahkan bulat-bulat pada pengasuh. Belom termasuk kes penderaan di tempat pengasuh, kos pengasuh juga tinggi mengikut peredaran ekonomi.
Itu kalau yang bekerja makan gaji. Kalau nak surirumah sepenuh masa, macam mana? Kita pun nak wang poket kan? Nak minta selalu, macam tak best gitu. Dan ada sesetengahnya, kesempitan wang. Suami seorang sahaja bekerja, mana mampu nak tanggung segalanya.
Hati suri ini makin tersepit, makin memberontak untuk mencari pendapatan tambahan tetapi dalam skop kerja "di rumah".
Di sini inspirasi diperlukan.
Membuka minda sedar dan separa sedar tentang kerjaya di rumah, yakni bekerja di rumah.
Memperjelaskan tentang "modal". Apa itu modal? Adakah duit semata? TIDAK!
Anda pandai memasak? Menjahit? Mengajar? Kalau YA, itulah modal utama anda. Anda tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk memulakan. Dengan pulangan dari hasil jualan, anda gunakan untuk menambah produk anda.
Pandai mengajar, anda buat kelas tuisyen. Mahir menjahit? Anda war-warkan anda mengambil upah menjahit.
Inspirasi membuka minda kita berfikir di luar kotak. Inspirasi ini berkongsi bagaimana cara untuk menguruskan masa antara kerja-kerja rumah dan kerja kerjaya kita.
Perkongsian insan-insan hebat ini, membuka minda saya yang selama ini tidur. Perkara yang saya tahu tapi saya tak buat dan tangguh untuk melakukannya.
Saya sarankan wanita-wanita diluar sana, milikilah ebook "Inspirasi Bekerja Di Rumah", lihat kejayaan mereka dalam kerjaya surirumah dan kerjaya sebagai usahawan. Bak kata surirumah berjaya menjana pendapat hanya dengan bekerja di rumah," rumahku pejabatku".
Showing posts with label ABDR. Show all posts
Showing posts with label ABDR. Show all posts
Monday, 9 January 2017
Sunday, 8 January 2017
Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com
www.mazianazainalabidin.blogspot.com
Rezeki yang tak diduga
Saya memang tak menduga diusia mencecah 40an, masih mampu belajar dan menimba ilmu. Dulu saya pernah buat blog, syok bila tengok orang ada blog. Tapi tanpa guru dan ilmu yang betul, blog hanya tinggal blog sahaja. Hanya beberapa orang sahaja yang mengikutinya.
Kini saya berguru dengan Puan Masayu Ahmad, cara menghasilkan sebuah blog. Blog yang mampu memberi manfaat kepada pembacanya. Saya mahukan blog yang mempunyai jiwa serta bersifat santai sahaja.
Di dalam kelas ni, saya diajar teknik-teknik penulisan. Sebenarnya saya ni bukanlah orang yang pandai dalam penulisan, SPM pun ke laut dalam karangan. Kelas ni akan mengajar saya menghasilkan idea-idea untuk menulis. Disarankan sentiasa membawa buku nota dan mencatat apa-apa sahaja yang terlintas difikiran.
Terpikat kepada blog
Ebook ni juga bukan setakat mengajar tentang asas blog tetapi berkongsi pengalaman serta hasil penulisan penulis blog lain untuk dijadikan panduan.
Bagaimana mereka menguruskan masa mereka sebagai surirumah sepenuh masa atau separuh masa dengan menguruskan blog. Pengalaman mereka dikongsikan di dalam blog mereka dan itu yang saya mahu.
Tak sabar rasanya ingin menghasilkan blog yang bermanfaat. Saya kena lalui latihan sebanyak
44 entri lagi. Semoga saya berjaya. Doakan saya yea teman-teman.

Subscribe to:
Posts (Atom)