Thursday 3 December 2020

Disember 2020

 Assalamualaikum

Disember 2020, bulan akhir disetiap penutup tahun tahun. Bezanya tahun ini, kita diuji. Ops 1 dunia diuji dengan pandemik Covid 19.

Menakutkan, menyeramkan, menyeksakan, meresahkan dan pelbagai lagi. Ada yang tekanan perasaan melampau.

Allahuakbar. Sesungguh setiap sesuatu yang berlaku adalah dalam pengetahuanMU Ya Rabb.

Pembelajaran anak anak tergendala. Banyak peperiksaan juga tertunda ke tahun hadapan. Tak tau nak suka atau berduka.

Sepanjang hayat yang kubawa ini, inilah kali pertama berlaku. Aku tempuhi demi amanah amanah yang KAU berikan ini. Sendirian. Tanpa suamiku. Ya Allah, KAU Maha Tahu SegalaNYA.

Awalnya ku rasakan lemah kerana tiada lagi sandaran untuk aku paut tatkala resah gelisah. Aku alfa sejenak. Tempat yang wajib aku sandarkan adalah padaMU Ya ALLAH, Ya Tuhanku.

Aku mengali dan terus mengali. Mencari pengertian disetiap sudut.
Aku disedarkan dengan sebuah lagu, Wujudku BayanganMU. Sesungguh hidupku ini telah KAU susun dari azali. Aku pemain watak dalam ceritaku yag telah KAU ciptakan dalam ceritaMU.

Bermuhasabahlah. Itu yang terbaik dalam meniti perjalanan ini sehingga kau dijemput Illahi. Peganglah bahawa setiap apa yang berlaku, DIA Maha Tahu. Bermunajatlah.

Sesungguhnya aku juga khilaf dalam perjalanan ini. Mujur Allah sedarkan aku. Menjentik hatiku tatkala aku terlanjur berdosa. Aku Pendosa.

Istighfar sebaik baik amalan tatkala kita sedar dari kesilapan. Amalan zikir ini sangat bagus. Berapa banyak tak penting tetapi kualitinya yang kita mahukan. 

Bagaimana?
Dengan kita memahami makna istighfar dan menzahirkannya di dalam hati setiap kali menzikirkannya.
" Ya Allah, ampuni aku. Sesungguhnya aku telah berlaku kesalahan dalam urusanku, ibadahku dan amalanku. Aku pendosa. Ya Allah Ya Ghafur yang Maha Pengampun, ampunilah aku."
Astaghfirullah hal a'zim.

Bicaraku bukan kerana aku baik. Bukan juga bicara seorang ustazah. Sesungguhnya bicaraku adalah keinsafanku, kekesalanku. Dengan bicara, aku sebarkan akan kisahku agar yang tidak baik usah diikuti. Ikutilah yang baik baik.

Mujur aku juga pengamal Mandian Garam Bukit, aku dapat menyahkan energi tak baik. Jadi ibadah dapat aku laksanakan dengan baik, dengan rela hati. Tanpa dipaksa tanpa memaksa. Ia datang dengan sendirinya asbab niatku sewaktu mandi, aku ingin jadi muslimah yang solehah. 

Untuk kalian. Terima kasih sudi membaca bicaraku. Moga kalian dirahmati diberkati dan diberikan Allah kebaikkan dunia dan akhirat.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin Ya Allah Ya Mujib.

MAZIANA ZAINAL
3 Disember 2020
12.42 am

Tuesday 27 October 2020

Bila Si kembar Jatuh Sakit

Assalamualaikum,
Alkisah si kembar akak, keduanya diuji kesakitan. Of course lah akak wehh, dorang kan kembar. Actually kembar akak bukan macam tu since tinggal dengan arwah ayah mereka masa umur mereka 7 bulan.

Arwah suggest pakaikan mereka baju berbeza. Sejak itu, mereka umpama 2 individu berbeza. Masa bawa jumpa doktor, doktor pun cakap "Puan, walaupun mereka kembar but mereka tetap 2 individu berbeza." Akak setuju. Korang setuju?

Along didiagnose acute migrain. Alhamdulillah MRI semuanya normal. Sakit masih on off sakitnya.
Manakala Angah pula, kelenjar dan tonsil bengkak. Disebabkan itu, berlakunya jangkitan kuman. Doktor try pelbagai antibiotik, nak cari yang serasi. Alhamdulillah.

Seminggu lebih akak berkampung di hospital. Dan paling akak bersyukur, mereka ada insurans. Hanya berbayar 85 ringgit (RM85) sahaja, mereka menikmati rawatan yang mencecah 7 ribu lebih. Wow! Awesome

Dulu memang takut nak mencarum. Pertama, bimbang agen yang tak jujur. Kedua, banyak janji palsu. Kata cover but lastly tak cover. Haa, masak ko deq.

Hospital ni hanya ada single bed sahaja, bayangkan huru hara akak bila 2 anak masuk wad. Awalnya satu tingkat 5 dan satu tingkat 6 mengikut doktor pakar yang merawat mereka. Tetapi atas inisiatif nurse, mereka ditempatkan sama tingkat tetapi sebelah menyebelah.
Bila malam, akak minta mereka disatukan dalam bilik. Mujur dalam bilik tu ada sofa panjang. So, akak tidur lantai laah. Akak lebih suka, lebih selesa. Bila tido sofa, walaupun lena tapi sakit badan bila bangun. Atas lantai, akak bangun awal dan badan best giler.


Masa ni Allah je tahu betapa perasaan seorang ibu diuji. Yang bongsu dirumah sedang merindu. Mak ayah pula tak sihat. Allahuakbar.

Disini, kekuatan itu datang bila kita banyakkan istigfar dan berserah segalanya dalam jagaNYA. Yea bukan senang. Tetapi tak bererti kita tak mencuba langsung kaan.

Syukur yang tak terhingga bila mana segala keredhaan dan tawakal kita, Allah angkat dan jawab. Ingat akak pernah cakap kaan. Dalam setiap ujian, ada asbabnya dan ada rezekinya.
Alhamdulillah. Rezeki juga masuk. Mujur anak bongsu ada dirumah dan adik angkat akak ada sebagai runner akak. Paling best, bila pelanggan dan team fahami keadaan kita. Anugerah terbaik dari Allah tu.

Balik rumah, juga satu nikmat satu rezeki juga. Dapat peluk si bongsu. Balik balik je, ada yang roger nak ambil stok malam tadi. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Percaya bahawa Allah Maha Dengar. Lambat atau cepat rezeki itu, hanya DIA yang tahu bila kita betul betul memerlukan.

Dan ujian ini juga, ada message yang ingin DIA sampaikan cuma kita manusia bila tak bisa merungkai yag tersirat. Moga akan tersurat jua.

Okeylah, akak nak sambung packing stok untuk pos besok dan rehat. Jumpa lagiiiii.
Insyaa Allah.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki
0163961956

Tuesday 13 October 2020

Sabar



Ada di kalangan kita yang diuji rezekinya sekarang.
Ada orang yang melimpah ruah pula rezekinya sekarang, alhamdulillah.
Apapun yang berlaku kawan-kawan, sentiasa ingat bahawa antara rezeki yang paling besar ialah sabar.

Orang yang sempit rezekinya, perlu bersabar dengan kesempitan itu.
Itu cara Allah nak upgrade rezeki kita sebenarnya. Bila kita lalui dengan sabar dan redha, kita akan dapat rezeki yang lebih besar lepas ini, percayalah.

Bagi orang yang melimpah ruah rezekinya pun perlu sabar.
Sabar supaya tidak menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah kurniakan. 
Sabar supaya tidak jadi sombong dengan kurniaan Tuhan.

Dan sabar untuk terus bersedekah dan mengeluarkan zakat walaupun mungkin tidak dilihat atau dihargai oleh orang yang menerima bantuan.

Sungguh, antara rezeki paling besar yang Allah kurniakan ialah SABAR.
Bersabarlah wahai Pejuang Rezeki sekelian. Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku!

Ps: Penulis asal tulisan ini ialah Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau merupakan penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti!
Boleh dapatkan buku beliau di link di bawah. Banyak tips-tips rezeki yang mudah dan praktikal dalam tu. Saya dah baca!


Thursday 1 October 2020

Losyen Ajaib



Maybe ramai dah tahu dan kenal Losyen Ajaib ni. Losyen moden alaf baru.
Boeh buat urut badan, buat skrub tang hidung bila resdung menyerang, buat pelega migrain dan sengugut.

Paling bagus, kalau luka. Tak kisah luka besar atau kecil.
Anak akak jatuh basikal masa mula mula belajar mengayuh basikal. Luka dilutut dia, Allahuakbar. Besar dan nampak bahagian dalam.

Nak dukung dia, subhanallah kuus semangat sihatnya badan. So, akak ambil losyen ni dan tepek tebal tebal sehingga tak nampak luka. Mula mula agak pedihlah but tak lama puun. Sebab dalam ni ada mint, sejuklah lepas tu.

Tak cuci ke kak? Mesti korang nak tanya tu kaan. Yea, akak tak cuci. Panik weh. Kalau mak mak ni, dia mesti tau rasa panik macam mana kan. Panik yang sampai rasa ngilu tang bersalin tu. Haa, faham kaan rasa dia. Hihihi.

Bagusnya losyen ni, dia mengeluarkan segala bisa yang ada. Dan darah sebab luka tu. Kadang boleh nampak darah dan air bisa tu meleleh keluar tapi tidaklah banyak.

Losyen ni akan menyerap dan mengering tau. Haa masa ni lah baru kita cuci. Mula tu takut juga pedih kaan. Tapi anak tak jerit. Seolah macam dah ada selaput nipis dah tutup luka. Tetapi don't worry insyaa Allah ia tak menjejaskan. Kerana dalam losyen ni ada minyak kayu putih.

Nenek moyang kita guna minyak ni untuk pulihkan luka dan bisa sengatan. Dan yang menyebabkan timbulnya selaput nipis tu adalah dari kesan aloe vera.

Ingat dah nak bawa ke klinik. Rasanya mesti kena jahit niii. Tetapi bila nampak okey. So, akak just tepekkan lagi dan lagi sehingga luka sembuh.
Resultnya, alhamdulillah. Tak sampai seminggu pun. 3 hari pun tak sampai.

Lepas kejadian tu, akak simpan sokmo losyen ni. Kena pisau atau cakar kucing, bapok pedih kaan. Tepekkan aje. Lepas setengah jam jer, luka dah okey. Dah tak pedih.

Bila gatal hidung sebab gatal pi makan sambal belacan, akak ambil losyen ni sapu dan sental macam skrub. Macam guna marvellous gel yang pemes zaman akak remaja dulu. Keluar weh segala kotor. Gatal hidung pun hilang.



Terbaru, dah ada ramuan bidara pula. Wow, bagus sangat ni. Zaman sekarang banyak sangat games gangguan kaan, elok lah yang ada unsur bidara ni. 
Akak tak sabar tunggu stok yang ni sampai. 

Kalau ada yang berhajat nak try dan rasanya apa akak rasa dan nak buktikan apa akak tulis ni, boleh klik klik wasap akak ni:


Maziana Zainal Abidin
Agen Rania MMG-Kuantan
0163961956



Tuesday 29 September 2020

Sakit Itu Rezeki

Ada orang kata sakit bukan rezeki. Sakit tu musibah. Sakit tu ujian.
Ia pendapat yang menarik kan?

Dalam masa yang sama, bagi saya sakit itu juga rezeki. Dengan sakit kita belajar sabar, tawakkal dan redha direct dari Allah.

Dengan sabar, tawakkal dan redha ini juga mudah-mudahan kita lebih dekat dengan Allah dan SyurgaNya.

Bukankah itu rezeki yang jauh lebih mahal dari duit? Sebab Syurga adalah nikmat yang jauh lebih hebat dari duit?

Kawan-kawan yang baik,
Baiknya Allah, Dia pasti akan bagi rezeki bila kita menguruskannya dengan baik.
Uruskan persepsi kita terhadap rezeki. Lihatlah semuanya sebagai rezeki.
Kita mampu sebenarnya, bila kita ada 2 kualiti penting, iaitu Taqwa dan Tawakkal.

Perkara ini saya belajar banyak dari buku digital "55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti".
Bolehkah semua perkara termasuk kesedihan, perpisahan, kematian dan ujian jadi rezeki?

Jawapannya BOLEH, bila kita tahu caranya.

Pelajari caranya sekarang. Jom pakat klik, kita tambah ilmu bermanfaat dan sebarkanlah pada yang lain.
Kita tak tahu asbab dengan menyebarkan, kita dapat pahala. 







Maziana Zainal Abidin
0163961956

Kenapa Putus Asa

Perkongsian Dari Tuan Mohd Faizul Ikhwan Erusan

8 sebab kenapa kita mudah putus asa.


1. Tolong kongsi dengan rakan terutamanya kepada orang yang anda percayai.

2. Jaga diri - kita kadang-kadang terlampau kejar matlamat kita kurang jaga diri.

3. Minta khidmat nasihat pakar.

4. Jangan besarkan tanggapan kita.

5. Tolong senaraikan cabaran-cabaran yang akan anda hadapi bila anda ingin buat sesuatu.

6. Kita rasa ada limitation especially bila kita lihat orang lain.

7. Hati-hati dengan perasaan yang bukan fakta.

8. Buang kata-kata negatif.


Sila tonton video dari beliau, untuk lebih jelas. Klik disini tau, rugi kalau tak dengar.


https://www.facebook.com/mohdfaizul.ikhwanerusan/videos/4031358990214464/UzpfSTEwMDAwNDQzMDUwMDIxNDoxOTY1ODk4MTYzNTY3ODQ4/

Monday 28 September 2020

Apa Itu BIDMON

 "Hari hari aku tengok ko up pasal shower bidara lemon ni. Best sangat ke?"

BEST! Aku yang jual, mestilah aku cakap best. Haha!

Benda best, mestilah wajib kita share kan. Kat Malaysia ni jarang sangat lah jumpa shower gel natural organik yang rege mampu milik macam shower bidmon ni.


Dah lah guna bahan gred premium. Pastu takde Paraben ngan bahan SLS. Memang bagus sangat lah untuk kulit ni tak rosak dek bahan kimia tu.

Nak redakan panas badan dengan mandian shower gel bidara lemon ni pon sesuai sangat. Kalau ada anak demam kan, try ikhtiar dengan mandian bidmon ni. 


Alhamdulillah kami dapat banyak feedback yang guna untuk mandian, suhu badan anak turun.

Gabungan yang sangat menyegarkan.


Seriyesss tak tipu. Kalau tipu, masuk api neraka.

Bidmon tu maksudnya bidara lemon. Singkatan bagi Bidara dan Lemon. Jadilah dia Bidmon Shower Gel.🤭




Ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti

 Ni saya nak share 7 benda yang special tentang Pakej ebook dan video bonus kami ya!


1. Semua rahsia yang dikongsi bukan teori. Semuanya berdasarkan kisah benar.

2. Lebih dari 55 Rahsia Rezeki dibongkar secara santai dalam bentuk storytelling

3. Disertakan dengan 6 Video Bonus untuk menjelaskan lagi kandungan ebook

4. Menampilkan 3 Teknik Magnet Rezeki yang praktikal dan mudah untuk dilaksanakan

5. Berpeluang buat duit dengan pakej sistem affiliate yang diberi secara percuma.

6. Pembelajaran yang ‘hidup’ kerana boleh belajar berterusan daripada semua jutawan yang diperkenalkan.

7. Hadiah Surprise Bonus yang membantu pembaca menguruskan masa dengan lebih baik supaya rezeki mengalir tanpa henti!

Okeh, puas hati?

Banyak lagi sebenarnya.

Nak tahu? Klik,

https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/MazianaZainal

https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/MazianaZainal




Selamat membaca kawan-kawan! 😊
👍


 


 

Saat Kita Membuang Ego, Menghargai Pengalaman

Pengalaman seseorang tak akan pernah sama dengan orang lain walaupun sipi sipinya ada.

Pengalaman sesuatu yang sangat berharga jika kita nampak nilainya. Nilainya kadang diperingatkan oleh orang lain. Masa tu kita akan sedar dan cakap, "haa, betul lah. Aku je tak perasan."

Kadang pengalaman itu bukti kejayaan kita dalam kehidupan, bukan kejayaan berbentuk fizikal tetapi rohani (spiritual). Kejayaan spiritual ini sangat mahal, tak semua mampu miliki dan capai.

Saat kita kata tidak mampu tetapi dalam diam kita rempuhnya hingga ke akhirnya. Tahniah untuk diri sendiri.
Saat orang lain nampak sukar tetapi kita mampu bertahan, itu juga kejayaan dan dinamakan pengalaman hidup.

Kadang ego diri yang menutup kita nampak nilai itu. Sebab apa? Sebab kurangnya kita bersyukur kepadaNYA.

Pernah dengar atau pernah buat Terapi Muhasabah Diri? Di mana kita merenung kembali perjalanan kita sebelum dan semasa? Selepas tak perlu laah sebab belom berlaku. Kita boleh lihat masa depan.

Terapi Muhasabah Diri

Duduk seketika, seelok waktu semua orang sedang lena tidur. Merenung kesilapan, khilaf kita dengan Allah, dengan manusia.

Dimana silap kita. 
Dimana kekurangan kita. 
Sesali. 
Buang segala ego dalam diri.

Ego dalam diri bilamana kita semua betul, semua orang salah. Nauzubillah.

Saya juga pernah khilaf sebegini. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Maka cepat istighfar dan solat taubat.

Tak akan rugi mengatakan kita salah saat kita sebenarnya betul. Tetapi salah mengaku benar saat kita benar benar salah.

Membenarkan diri dipersalahkan, adalah sesuatu yang baik. Ia mengajar kita tidak riak dan takabbur. Di samping kita berdoa kepada Allah memohon keampunan.

Maka Allah dengan caraNYA mengadili sesuatu itu benar dan salah.

Betul tak?


"Usah merenung sesuatu yang belom pasti, sebaliknya menghargai dan mengsyukuri apa yang kita miliki hari ini. Bila kita bersyukur, maka ALLAH menambah nikmatNYA rezekiNYA buat kita. So, usah mengejar lagi sebaliknya jika menjemput rezeki itu sendiri berlari kepada kita. Rezeki itu subjektif. Kenali apa itu REZEKI."


Maziana Zainal
Stokis Aura Rezeki Pahang

Thursday 18 June 2020

Terapi Biodisc + Garam Bukit

Assalamualaikum
Alhamdulillah wabak yang menyerang 1 Dunia dah kian pulih. Dah ramai mula bekerja kembali, berniaga semula. Cuma persekolahan masih ditangguhkan lagi. Keutamaan kepada yang nak memduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Dalam musibah itu, ada yang kehilangan pekerja. Allahuakbar.
Jika memandang dari sudut negatif, ia maybe musibah. Tetapi bila pandang sudut positif, maybe Allah ingin menyampaikan sesuatu yang lebih baik, in shaa Allah.

Tahun ni ujian keluarga akak agak mengejutkan. Kami juga diuji kedua kakak akak jatuh sakit.

Bila badan diuji kesakitan, deritanya nauzubillah. Jika tak kuat, emosi akan mudah terganggu. Tambahan jika sakit itu sakit kronik. Allahuakbar.

Kebetulan berlaku kepada kekanda akak. Disangkan hanya sakit biasa gastrik tetiba doktor sahkan kedua buah pinggangnya rosak. Tiada tekanan darah tinggi atau pun kencing manis a.k.a diabetes.

Dari seorang yang aktif tetiba terus tak bermaya, lesu dan lemah. Siapa yang tak akan tertekan kaan. Rasa dia umpama tiada berguna. Emosi mula kacau jiwa.

Terus akak pecut bergerak dari Pahang ke Subang. Niat hati nak buat terapi untuk kakak.

Bermula rendaman kaki dengan teknik shine kan biodisc dalam baldi dan ditambah garam bukit.
Awalnya parut dikaki hitam tetapi selepas 30 minit lebih, parut mulai pudar. Dan mulai gatal, tanda pengaliran saluran darah dah lancar. Alhamdulillah.

Dengan menggunakan kaca biodisc juga, akak buatkan air supercharge agar apabila diminum ia membantu memberikan tenaga kepada kakak.
Dan dishine kan pada chakra badan sebagai membuka laluan agar proses terapi berjalan lancar. Akhir sekali, shine kan di bahagaian sakit.

Hari semalam hari ke 6, kakak dah mula ceria dan berjalan tanpa bantuan. Alhamdulillah. 
Moga dengan terapi ini, kakak ceria selalu walaupun hakikatnya dia sedang keuzuran kesihatan.

Mandian garam bukit juga membantu sudut emosinya agar tidak lagi kemurungan. Tidak lagi bermain emosi yang tak stabil.

Sesungguhnya segalanya ini dengan IZIN ALLAH. Terima kasih ALLAH.




Tuesday 9 June 2020

June 2020

Alhamdulillah, PKP dah ada kelonggaran. Bermakna wabak covid-19 dah semakin pulih. Yea walaupun ia tidak sepenuhnya. Belum bertemu penawarnya.

Suka duka perjalanan sepanjang PKP mengajar kita tentang kesyukuran, kasih sayang dan tanggungjawab. Tentang kenal diri.

Asbab PKP, ramai dah mula tahu akan kesukaran tugas individu yang digelar unsung hero. Siapa?
Isteri korang, mak korang lah. Orang yang berjuang disebalik tabir rumahtangga. Duduk sehari okey lagi. Bila berminggu berbulan, haa macam nak gempa bumi korang stres ek.

Yang selalu menjadi netizen, komplen sana sini. Iman tak betul baca, iman asyik ayat tu je, iman tak best lah. Sekarang bila korang jadi imam, apa ceritanya. Tak kan nak sia siakan Ramadhan begitu sahaja kan. So, mula buat kajian. Mula mencari ayat ayat dan doa untuk dibawa dalam solat.
Perit tak?
Awal je. Lepas tu nikmat. Rupanya "aku boleh weh jadi imam." Barulah namanya imam sebenar pada keluarga.

Semua tu kalau dipandang pada sudut positif, ia satu hikmah dan nikmat dari Allah yang kita kadang tak sedar kan.

Dah Mula Bekerja
Sejak beberapa hari lalu Menteri istiharkan PKPB, ramai dah mula bekerja. Pergi ulang alik pejabat tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bukan apa, demi keselamatan kita semua.

Jalan dah mulai jem kembali. Semula mula menghargai pekerjaan mereka. Kerana ada sesetengahnya ada yang dipotong gaji, dipotong cuti dan ada yang diberhentikan kerja. Allahuakbar.

Sakit memang sakit, dalam ekonomi sekarangkan. Nak bagi makan minum keluarga. Tapi dalam kekurangan itu, kerajaan dan NGO ada menawarkan bantuan kan. Itulah uniknya ukhwah rakyat Malaysia ni.

Sebelum PKP, akak dah risau belanja sekolah anak anak berkurangan. Akak cakap " oo, takpe minggu depan cuti sekolah, sempat simpan." Rupanya aturan Allah, sekolah cuti sampai sekarang. Subhanallah.

Sejak belajar sana sini, ilmu bisnes ilmu spiritual (kerohanian) akak lebih pegang pada kata kata guru, " hidup ini tiada kebetulan, semuanya dalam pengetahuan dan aturan Allah."
Allah tahu semua ini akan berlaku, kenapa DIA lakukan jua. Semua menderita kan.
Tentulah Allah sahaja yang tahu kenapa DIA lakukannya.

Dan Allah dah cakap dari awal kejadian manusi, bahawa hidup,mati, rezeki dan jodoh telah DIA tentukan. Faham ke?
Usah lah korang cakap, "kenapa ini berlaku pada aku?".
Ingat Allah juga pernah berpesan, "sesuatu itu boleh berubah dengan doa dan amalan kebaikkan kita."

Ingat tak?
Untuk mendapat keberuntungan, kita akan diuji. Sejauhmana kita menerima ujian itu, atas minda bagaimana menerimanya.
Pak Nas cakap, walau yang datang itu berat, terima aja dulu. Katakan wow keren. Alhamdulillah.

Pelik ni. 
Waimah diuji kematian orang tersayang. Kerana apa, kerana Allah telah sediakan rezeki lain buat kita saat kita menerimanya.
Garfu Tala aje, temukan jawapannya dari Allah melalui Getaran Al Quran.

Antara garfu tala yang akak sering dapat. Allah menyatakan bahawa DIA memegang pemerintahan langit dan bumi. Segala isinya, DIA Maha Tahu. termasuklah urusan setiap hambaNYA.

So, faham tak?
Allah sentiasa ada disisi kita, Selalu tahu apa sahaja yang kita buat, sekalipun detik dihati kita.
Apa yang terjadi pada kita, DIA tahu. Tak perlulah nak serang menyerang tetapi kita serahkan segalanya kepada DIA.

DIA nak kita mengadu hanya pada DIA. Bicara dengan DIA. Menangis dengan DIA.

Ops, akak bukan ustazah or solehah. But inshaa Allah becoming solehah, aamiin Ya Allah Ya Mujib. Tak wajib jadi ustazah or ustaz untuk jadi baik mahupun soleh or solehah.

" Setiap kebaikkan yang kita beri, Allah menjanjikan kebaikkan juga dariNYA."
Usah takut buat kebaikkan walaupun kena kecam. Ambil kisah Nabi Muhammad SAW or dakwah Ustaz Ebit.

Semoga pengakhiran kita pengakhiran Husnul Khotimah. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki


Friday 22 May 2020

Selawat Tafrijiyah

Jadikan amalan harian. Jiwa rasa tenang dan banyak khasiatnya.
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.




Setiap penyakit ada penawarnya.
Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, 
"Barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi."
Menurut Syibab Ahmad, 
"Sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana."
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: 
"Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat" – Hadis Riwayat Thabrani

Sumber: Google



Monday 18 May 2020

Lagu Lagu Raya

Jom kita dengarkan lagu lagu raya.
Raikan tanda kita mensyukuri nikmat sebulan beribadah menahan lapar dan dahaga.
Yang tiada usah disedihkan walaupun hakikatnya memang tak leh tipu kaan. 
Panjatkan doa dan hadiahkan Al Fatihah  kepada arwah arwah yang telah menemui Illahi.











Tak Mungkin Bersama-Judika

Lagu yang membuatkan Bunga Cinta Lestari menangis. Yea, maunya tak menangis kaan. Dia kehilangan arwah suaminya. Akak juga sedih. Akak merasai perasaan tu. Walaupun baru 2 tahun arwah pergi meninggalkan kami, kesedihan itu masih ada. 

Syukurnya, kami tidak terbawa oleh emosi. Hanya sekadarnya sahaja. Asbab izin Allah kamu istiqomah mandi garam bukit Aura Rezeki.

Jom dengarkan lagu ini, sambil mendengar sambil terbawa dek kenangan indah bersama arwah.



Saiyadina Aisyah - Isteri Rasulullah

Kisah isteri Rasulullah bernama Aisyah, anakanda Saidina Abu Bakar As Siddiq.
Versi Siti Nurhaliza dan Khai Bahar.




Ainul Mardhiah


Dengarkanlah. Kisah seorang wanita bernama Ainul Mardhiah. Subhanallah indah kisahnya seindah namanya.
Moga kita mampu miliki sifat kewanitaan sepertinya.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib





Friday 1 May 2020




"Mansuhnya Kejayaan Seseorang Itu, Apabila Dia Mengabaikan Kata Kata Allah."

"Allah Bertindak Bergerak, Atas Sangkaan HambaNYA".

"Bila Kita Mendahulukan Allah, Maka Allah Akan Menjawabnya Dengan Kasih SayangNYA, RahmatNYA."

Thursday 16 April 2020

PKP Bersambung Lagi

Masya Allah, sudah tahap gelombang ketiga Covic-19. Walaupun akak tak pernah rasa zaman Jepun, bagaimana rasanya berada dalam Perintah Berkurung dari Kerajaan. Akak masih rasa semuanya terkawal. Tiada rasa ancaman nak tidur malam. Walau hakikatnya, musuh kami ini ghaib. Kalau Jepun dulu, nyata kaan.

Dari 31 March, disambungkan 14 April. Dan kini disambung lagi 28 April. Allahuakbar.
Ramadhan pula dah hampir tiba. Adakah kali ini adakah tiada lagi terawih berjemaah di surau dan masjid? Sebaknya rasa hati. Terasa ruginya selama ni tak penuhkan Ramadhan.
Ya Allah ampuni kami Ya Allah. Kami hambaMU yang lemah dan lalai kepadaMU. Ampunilah kami Ya Allah.


Walaubagaimanapun, keadaan kian membaik. Alhamdulillah Malaysia masih terkawal walaupun kekadang ada yang melampaui batasan. Bukan apa, mereka tertekan duk berkurung dalam rumah. Bercuti tu best tetapi bercuti cara ini memang menyakitkan.

Opss, akak okey je sebab kami memang dah biasa life macam ni dari ada arwah lagi. Cuti cuti Malaysia puun, dalam rumah.

Alhamdulillah. Asbab keadaan ini, segala kian bagus. Yea "bagus". 
Baguslah, sumbangan sana sini kian aktif dan adil tak macam dulu. Maybe Allah nak cuci kot. Alhamdulillah. Akak dan arwah antara mangsa kejadian dulu.

Tak mau lah cite. Nanti orang kata " hei, u tak move on lagi?" hahahha.

Moga kita terus dilindungi Allah Taala dan terus sihat. Bahagia sokmo yea.

A S S A L A M U A L A I K U M

Monday 3 February 2020

Anak Belajar, Ibu Bekerja



Bukan senang nak ajak anak anak ni belajar. Inilah cabaran di zaman dunia IT. Allahuakbar, ternyata berbeza sangat.
Tak sama zaman ibu belajar dulu. Sambil ulangkaji sambil berniaga. Penat? Memang penat sampai customer kejutkan sebab nak order barang hahaha.
Itulah pengalaman paling manis.

Malam ni ajak anak anak ulangkaji dan dalam yang sama ibu buat kerja bisnes. Aduh! Ibu yang tak boleh fokus. Sekejap tanya itu, sekejap lagi tanya ini. Bagaimana itu. Mengapa begini.

Tengah idea nak tercurah, terus terbantut. Hahaha.
Takpelah, kita santai santai je lah sambil diteman Mr Grey sebelah akak ni. Iyea, Lampu Garam Bukit Grey. Sangat membantu untuk gangguan mistik.

Cahaya dia tak berapa terang. Sesuai bagi mereka yang tak suka terang. Selain tu ada juga jenis jenis lain. Ada premium, biasa, putih dan delima.

Boleh letak di pejabat, ruangan membaca, dapur, ruang tamu, bilik tidur, spa, reseptionis dan ruang makan. Selain cahaya, ia nampak cantik tau. Pastu ada haruman yang mendamaikan suasana.

Tapi dalam entri akak tak nak sentuhlah pasala lampu ni, kang korang kata akak asyik nak menjual je kan. Kita sembang kosong je ni.

Saturday 1 February 2020

Doa Yang Tercicir

Kisah seorang hamba Allah tentang mimpi seorang wali di perkuburan.

Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais - ngais rumput seperti mencari sesuatu.

Tiba-tiba beliau melihat ada seorang roh ahli kubur yang sudah berusia tua duduk istirehat di atas kuburnya sendiri.

Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.

Wali : "Pakcik, kenapa pakcik duduk istirehat dengan tenang, sedang kan ahli kubur lain sedang ramai mengais rumput- rumput di situ?"

Roh orang tua : "Jika engkau mahu tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anak ku sendiri"

Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan kemudian terjaga dari tidur nya.

Keesokan harinya, wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.

Setelah ketemu, beliau hanya memperhatikan dari Jauh kelakuan penjual daging tersebut.

Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya Dia sambung membaca Quran.

Wali tadi terkejut lalu mendekati untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali :
"Assalamualaikum wahai anak muda. Saya ada beberapa pertanyaan untuk mu"

Penjual daging:
"Waalaikumussalam. Ya boleh. Apakah pertanyaan itu wahai Wali?"

Wali :
"Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang dikuburkan di kampung ini?"

Penjual daging itu terkejut seraya berkata,
"Ya ada itu adalah ayahku! "

Wali:
"Aku melihat roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau begitu tenang di sana. Apa amalan yang kau lakukan untuk ayah mu wahai anak muda?"

Penjual daging:
"Aku membaca al-Quran dan aku berdoa kepada Allah, jika bacaan ku itu terdapat pahalanya aku sedekahkannya untuk ayahku"

Masya-Allah!

Iktibar dari kisah ini kenapa roh ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?

Jawapan nya adalah kerana mereka sedang mencari percikkan- percikkan doa yang didoakan oleh orang lain dari lafaz "Al kulli muslimin wal muslimat wal Mukminin wal mukminat"

Dan mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirehat adalah kerana doa anaknya yang selalu di khusus kan untuknya.

Dahsyat sangat kan doa seorang anak khas untuk ibu bapanya?

Kesimpulannya, perbanyakanlah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di Alam Barzakh.

Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya terutama anak lelaki yang mana syurganya di bawah redha ibunya.

Kredit to: Buku Doa Tak Tertolak


Monday 20 January 2020

Pentingnya Doa

Semangat itu letaknya diroh kita. Allah tiupkan semangatNYA, Asma Ul HusnaNYA ke dalam diri kita, baru kita nampak diri kita. Baru wujudnya kita. DIA tiup dengan kasihNYA. 

Berhati hati dengan roh kita. Berhati hati dengan semangat.
Bila rohnya mati, semangatnya tiada. Jaga emosi, bila ia terganggu keseluruhannya terganggu.

Sebab tu digalakkan mandi garam. Garam apa? Garam bukit.
Pastikan niat kita betul. Ruqyahlah sendiri. Kita perlukan keyakinan diri sendiri nak bangkitkan semangat. 
Ikhtiar ni hanya 30% sahaja tetapi keyakinan diri kita itulah penyembuhan yang terbaik.

Masa mandi kena berdoa, doa dirasai, doa sungguh sungguh. Menjiwai doa.
Doa tu penting, kita berbicara dengan Allah. Tak boleh doa cincai. Kena betul landingnya.
Doa itu boleh mengubah seseorang. Even lepas sembahyang, wajib doa.




Thursday 9 January 2020

Baby Tantarum Terus Diam

Bila Aura Kita Cantik, Baby Tengok Pun Suka

Terobek kisah di klinik.
Seorang baby asyik menangis, puas nenek dan atoknya pujuk. Maknya pula pujuk, tak juga mau berhentinya.
Akak pandang pandanglah juga tetapi bila tengok nenek dan atoknya macam tak selesa. Akak buat tak tahu. Tapi telinga akak pasanglah. Bagi anak tu susu. Mak baby cakap dia tak nak.
Stress maknya kena desak.
Tiba teringat anak buah akak si Al Fateh. Bila opah dan mama dia dah tak leh pujuk, akaknya talian hayat tolong pujukkan sehingga dia tidur. Yang mereka pelik lama pun, walhal mereka dah cuba sampai lenguh.
Berbalik pada baby tadi.
Akak nekad gak nak pandang dia. Akak agah dia. Dia boleh dia dan ralit pandang akak sehingga mak dia pandang akak macam agak pelik. Anak dia diam terus.
Haa itulah penangan Aura. Bila aura kita baik dan mengembang, manfaatnya dirasai oleh orang lain. Tak pasal dapat pahala bantu meringankan masalah orang. Betul ke betul.
Nak ke nak.
Aura yang tak baik, baby akan menangis lagi parah kalau kita pandang tau. Pernah dulu sewaktu akak "sakit", akak pandang buah usia dalam 4 tahun konon nak agah je tapi kena ludah. Mujur tak kena tau. Masa tu akak tak tahu sakit yang mistik. But mujur kejadian tu berlaku, akak pi berubat. Baru tahu kena "sesuatu".
Tapi le ni kan bila pandang je budak, budak tu akan ralit pandang balik walaupun muka akak tak lah comel kaan. Hahaha.
Moral of story: Amalkan mandi garam bukit sokmo ye.