Tuesday 17 January 2017

Karipap Frozen ~ Mudah Dan Sedap

Karipap Frozen ~ Mudah Dan Sedap
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com



Hai, bertemu lagi. Ini karipap yang siap digoreng. Cantik tak?
Dulu kan, mak saya sangat marah kalau karipap yang digoreng bergerutu. Katanya tak cantik. Mak saya orangnya sangat teliti. Kami adik beradik cukup takut bab menggoreng karipap ni, ada teknik tertentu tau. Tahap kesabaran memang kena kuat. 
Apa tidaknya, api kena perlahan dan tidak terlalu panas. Baru boleh masukkan karipap. Kena selalu membalik-balikkan karipap ini agar tahap ton kulitnya sama rata. Tidak cerah dan tidak gelap. Memang masak lah kau.

Tapi kan, anda jangan risaulah. Bila anda beli yang frozen dari saya, dah tak perlu susah payah nak buat macam saya. Anda keluarkan karipap dari peti dan pisah-pisahkan karipap tu. Pastu, panaskan minyak dan goreng. Nak hasil cantik, anda balik-balikkan karipap tu kerap.

Siapa suka karipap cantik tanpa gerutu (bergelombung)?
Saya antara yang cerewet bab karipap, ye lah sudah diajar dari kecil. Ada tak geng macam saya?
Cuba anda goreng macam saya dan bawa bekal ke sekolah atau pejabat, tengok ada tak yang memuji. 
Rata-rata pelanggan saya memuji sedap tau. Ops, saya tak masuk bakul naik sendiri tau.
Macam mana saya nak makan, macam tu lah saya nak anda merasa.
Anda tinggal memilih sahaja, mahukan yang sudah digoreng atau yang sejuk beku.

Memahami tentang kesibukkan kota, saya memudahkan anda. Hanya tinggal menggoreng sahaja. Anda nak berjual pun boleh, mereka bukan tahu pun anda beli yang sejuk beku. Janji sedap (terperasan pula, jangan marah tapi harus mencuba).

Saya juga mengambil tempahan untuk kenduri atau majlis. Tapi anda kena bagitau awal sebab bimbang stok habis. Doakan saya sentiasa menyediakan stok di dalam peti sejuk beku. Kadang-kadang kesian bila pelanggan nak membeli terutama bila ada majlis mengejut, yakni kenduri tahlil.


Maziana Zainal 
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)



No comments:

Post a Comment