Monday 11 June 2018

Syawal Dah Nak Mai, Ramadhan Dah Nak Pi

Teks: Maziana Zainal

Hari ni dah 26 Ramadhan 1439 Hijrah, bersamaan 11 Jun 2018.
Pejam celik, pejam celik dah nak Syawal. Cepat sungguh putaran waktu. Yealah, kita dah diakhir zaman.

Takut ada. Seram pun ada.
Pahala masih tak cukup lagi ni, dosa? Allahu. Kita ni pendosa. Sedar mahupun tak sedar kita melakukan dosa.

Saban waktu mendoakan agar diampuni dosa-dosa terdahulu dan kini mahupun akan datang. Yea benar Allah Maha Pengampun, tapi bila waktu kita mohon ampunanNYA.
Saat diuji sahaja ke?
Saat kita tersentap ke?

Pendosa tetap pendosa selagi belum memohon keampunanNYA. Sujudlah memohon ampunanNYA. 

Setiap kali diuji, muhasabahlah diri. Mungkin asbab dosa kita, Allah uji kita.
Tetapi kekadang bukan sebab dosa, kita diuji tetapi sebab Allah rindu kita.

Kadang kita ni sombong. Dah tahu berdosa, lagi mau tambah. Bukannya mau bertaubat.
Sombongkan?
Tu belum yang menyalahkan takdir, menyalahkan Allah. NAUZUBILLAH.

Pernah dengar orang cakap:
Jangan ingat orang yang bertutup litup dan ke majlis ada tu, jaminan syurga. Kekadang yang tak tutup aurat tu, ibadahnya cantik cuma silapnya tak menutup aura.

Jomlah kita buat kebaikkan di akhir Ramadhan ni. Kita bertaubat, solat taubat. Berzikir, bertasbih dan bertahmik.

Mana tahu saat kita melakukannya, jatuhnya Lailatulqadar. Allahu akbar.

Sering ingatkan diri, kita pendosa. Supaya kita sentiasa beristighfar dan memohon ampunan dari Allah Taala.

Kak Maz juga mengingatkan diri sendiri dan anak-anak supaya sentiasa berbuat baik. Kerana doa kalian, anak-anak yatim tiada hijabnya. Allah mengangkat doa-doa kamu.

Oklah, Kak Maz nak mengundur diri untuk solat taubat. Masa Ramadhan ni lah bagusnya kita laksanakannya. Pahala berganda-ganda dan mudahnya Allah memakbulkan dan mengampunkan kita.

Wallahualam.


Sunday 10 June 2018

Patin Tempoyak

Teks: Maziana Zainal

Pahang memang terkenal dengan masakan Ikan Patin Tempoyak. Tak terkejutlah jika Temerloh diberikan jolokkan Bandar Ikan Patin. Banyak sungguh pengusaha ternakan ikan patin.

Kak Maz memang orang Pahang. Ikan patin masak tempoyak ni memang kegemaran keluarga dan yang paling best jika ia dimasak oleh ayahanda kami.

Diperumahan ayah ni, kalau ayah ajak datang kenduri pastinya mereka bertanyakan menu jamuan. Bila disebut menu ikan patin masak tempoyak, memang ramai yang datang. Siap bertambah makannya. Rezeki. Alhamdulillah.

Kini, anak-anak Kak Maz telah menurun menggemari menu ini. Setiap kali datang bermalam di Temerloh, ini menu wajib mereka.

Sejak arwah meninggalkan kami March lalu, kami berpindah ke Pahang. Beberapa bulan juga nak siap mengemas barang-barang. Sampai masa, makayah tanya bila nak mulakan bisnes. Katanya bimbang nanti kewangan menjadi masalah utama.

Memang projek Patin Tempoyak Frozen ni dah lama menjadi impian Kak Maz dah arwah. Arwah suka projek ni, siap marah Kak Maz suruh belajar dan merakam cara masak.
Tapi takdir Allah, arwah jatuh sakit dan meninggalkan kami.

Kini, demi impian kami dan demi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, Kak Maz teruskan bersama ayah dan mak.

Kami memperkenalkan produk terbaru kami, " Ikan Patin Tempoyak Frozen". 










Memudahkan mereka yang menggemarinya. Senang dan mudah disediakan. Hanya perlu dipanaskan di dalam periuk atau kuali dan microwave.
Senang kan?

Tiada lagi alasan tak tahu masak atau terpaksa berkelana berkilometer hanya untuk menu ini sahaja.

Ayuh! Kak Maz menerima tempahan dan membuka peluang untuk anda berniaga terutama surirumah, ibu tunggal macam Kak Maz.



Maziana Zainal
Bisnes SejukBeku
0163961956

Thursday 7 June 2018

Cinta Ini

Teks: Maziana Zainal

Kerana cinta ini, aku menerimanya
Kerana cinta ini, aku sanggup bersamanya
Kerana cinta ini, aku bahagia disisinya

Cinta itu ku terima kerana Allah
Cinta itu ku percaya anugerah dari Allah
Cinta itu ku rasakan keberkatan dari Allah.

Saat jemari ini ingin menyarungkan cincin risik darimu
Aku berdoa kepada Allah
Ya Allah, andai ini cinta yang benar untukku dan anugerah yang terbaik dariMU
Izinkan hati ini menerima dengan ikhlas
Dan mencintainya dengan sepenuh jiwa

Percayalah sayang
Saat cincin ini menyusuri jemari manisku
Tersemat satu perasaan yang luar biasa
Segala memori lalu, terluput terus dari ingatanku
Dan yang ada hanya cintamu

Bagai sudah dijampi
Sekelip mata, hati ini terasa cintamu
Sedetik jua, hati ini hanya milikmu

Kita telah ditakdirkan bersama
Melayari impian kehidupan dengan bahagia
Bohong jika tiada badai melanda
Tetapi
Cinta kita tetap utuh kerana DIA

Impian kita memiliki zuriat kembar, Allah makbulkan
Gembira tak terhingga terpancar di wajahmu
Sehingga saat kelahiran mereka.

Kini, permata hati kita sudah 3 orang
Sedang meniti kedewasaan
Mereka bukti cinta kita

Sayang
Rupanya jodoh kita tak lama
13 tahun sayang dipinjamkan untukku
Sayang pergi diusia kita hampir mencecah 13 tahun

Janjiku disaat akhir hayatmu
Akan ku jaga dan didik permata hati kita ini
Menjadi anak-anak yang soleh
Yang akan sentiasa mendoakanmu dan aku kelak

Damailah sayang bersama Pencipta yang Maha Menyintaimu lebih dariku
Sedikit pun tidak aku cemburu
Malah aku bahagia
Sayang disisiNYA

Tiada lagi kesakitan yang perlu sayang tanggung
Tiada lagi bebanan emosi yang perlu sayang hadap

Rehatlah sayang disana
Nantikan di sana nanti
Menyusuli jejakmu.
Syurga tempat yang abadi bersama kita kembali

Al Fatihah Buat Suami Tercinta, Zalikin Bin Idrus serta ayahanda Idrus Bin Hussin dan bonda Juriah Bt Mad.

Wednesday 6 June 2018

Usahawan Berjaya? Kena Tambah Ilmu

Teks: Maziana Zainal 

Masa kini untuk berjaya, kena tambah dan perhebatkan ilmu bisnes. Cabaran orang berbisnes zaman ini agak mencabar. Persaingan juga agak agresif.

Bisnes online macam Kak Maz memang digalakkan belajar dan terus belajar. Kak Maz lebih memilih untuk belajar secara online.

Dulu nak belajar offline susah sebab arwah suami sakit dan jadual dialisis dia sampai hari Sabtu. Masa lapang hanya pada hari Ahad. Ahadlah masa untuk keluarga.

Bila saat ada masa, ekonomi pula menduga. Tangguhlah hasrat hati. Kak Maz gali dan gali. Mana yang kos rendah dan online, Kak Maz sertai.

Tahu tak, kebanyakkan ilmu menerapkan konsep islamik. Bagus kan?
Kita berbalik pada "rezeki itu milik Allah". 

Bak kata sifu, 80% menjemput rezeki dari Pemberi Rezeki dan 20% usaha kita.
Solat 5 waktu wajib dilaksanakan. Ditambah solat sunat, Solat Dhuda dan Tahajjud. Berzikir dan berselawat selalu. Seterusnya, usaha juga wajib.

Alhamdulillah, rezeki yang hadir itu lebih berkat dan baraqah. In Shaa Allah.

Belajar penulisan blog, belajar menulis diblog dengan cara yang betul. Diselit pula tentang bisnes kita, pengalaman kita serta catatan harian kita.

Belajar tentang fotofon, ilmu menangkap gambar supaya nampak cantik dan menyakinkan.
Tang ni Kak Maz masih belajar. Bukan senang nak ambil sudut yang cantik.

Belajar copywritting, ilmu yang berguna tapi sukar. Kena asah minda berfikir kreatif dan power.

Cikgu-cikgu yang hebat ilmunya, ternyata berbaloi. In Shaa Allah.

Masih belajar dan terus belajar. Tak salah kan?

10 Malam Terakhir Ramadhan

Sayu Dan Sebak
Teks: Maziana Zainal

Pertama kali dalam 13 tahun usia perkahwinanku menyambut 10 malam terakhir tanpa seorang suami.

Kebiasaan kami malam sebelum tidur, kami lepak diluar rumah sambil melihat permandangan malam dan menghirup udara malam. Manakala, lepas bersahur sekali lagi kami berborak diluar rumah.

Untungnya jika dapat menikmati malam Lailatul Qadar, kata arwah. Nikmat itu sukar dizahirkan, kekadang qalbu kita dapat merasai kelainan suasana.

Terasa sebak dijiwa, keseorangan tanpamu walaupun anak-anak bersama. Figura seorang suami, kini tiada. Juga figura seorang ayah kepada anak-anak, tiada lagi.

Kerinduan bertandang bila teringatkan saat untuk menyambut Syawal. Pelbagai perancangan telah abang susun. Aku hanya menurut perintah, syurga kan di kaki suami.

Aku senang menurut sahaja kerana aku tahu perancanganmu cukup sempurna dariku yang selalu cuai.

Kini dan selamanya
Saat ini akan ku didik cinta hati kita agar sentiasa mendoakan abang dan berbuat baik seperti mana ayahnya berbakti pada mereka yang memerlukan.

Bak kata sahabat handai abang, " Arwah suka tolong orang kak." 
Berkali-kali mereka lafaznya. Dengan redupan muka yang menyayangimu.

"Ibu, kami nak jumpa malam Lailatul Qadar. Kami nak doakan untuk arwah ayah, untuk ibu, untuk arwah aki dan wan, untuk adik abang dan untuk aki opah."

Subhanallah. Alhamdulillah.
Walaupun ada kalanya kalian mencabar kesabaran ibu. Disebaliknya, kamu juga kekuatan ibu ayah. Ayah pernah cakap, " Ayah bangga dengan kamu walaupun kamu selalu buat ayah marah."

Bantulah aku mendidik anak-anak ini menjadi pecinta agama, pecinta Ilmu, pecinta amal ibadah serta pecinta kebaikkan.
Berikan mereka kejayaan dunia dan akhirat.
Bimbingkanlah hati mereka agar sentiasa berakhlak baik dan mulia.
Bantulah mereka menjadi Al Hafiz yang berdedikasi.

Aamin Ya Rabbal Alamiin.

Sunday 3 June 2018

Salam Ukhwah Dari Kak Maz

Teks: Maziana Zainal

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirrahim

Hai semua pengunjung Maziana Frozen Food. Kak Maz doakan anda semua sihat waafiat hendaknya. Sebelum ini kita dah berkenalan di awal entri blog Kak Maz kan, tentu ada yang dah mengenali Kak Maz.

Kali ini Kak Maz hendak memperkenalkan produk-produk jualan di bawah Maziana Frozen Food.

Temosa a.k.a Karipap Ikan
Niche yang biasa dicari oleh pengunjung Kak Maz adalah " temosa a.k.a karipap ikan". Memang sambutan agak memberangsangkan sehingga terpaksa Kak Maz tangguhkan kerana tak mampu memenuhinya.

Temosa ini serupa tapi tak sama dengan karipap biasa. Kulitnya sama cuma intinya sahaja berbeza. Ramuan intinya adalah dari ikan. Rasanya lemak masin dan pedas lada hitam.

Makanan orang Pantai Timur. Cuma Kak Maz olah mengikut resepi sendiri dan atas citarasa orang orang kota. Mereka suka yang rasanya ringan, tidak terlalu hanyir dimakan. Ikan kan.

Alhamdulillah mereka menyukai dan selalu membuat belian ulangan. 

Karipap Kentang
Karipap. Semua orang suka karipap. Yang membezakan hanyalah citarasa selera kita. Betul tak?

Karipap Kak Maz pun ada permintaan yang tinggi tau. Ada yang selalu tempah setiap kali nak kenduri kahwin. Biasa Kak Maz akan minta deposit, almaklumlah risiko tempahan dibatalkan.

Tempahan sebegini, Kak Maz mohon diberitahu awal supaya mudah untuk Kak Maz sediakan. Untuk makluman, semua kerja ini Kak Maz buat sendiri.

Selain karipap kentang, Kak Maz juga buat karipap sardin, daging dan ayam. Cuma yang ni atas tempahan. Arwah suami dulu tak benarkan Kak Maz buat banyak, arwah suruh fokus pada karipap kentang dan temosa sahaja.

Kek Keju Meleleh Chef Sanif
Kek ini memang hangat dipasaran. Setiap minggu ada sahaj tempahan. Dan semua puashati menikmatinya.

Airtangan dari Chef Sanif ternyata berbeza dari kek keju dipasaran. Rasanya tak muak langsung malah makan sebekas pun, masih tak mencukupi. Itulah testimoni dari pelangan Kak Maz.

Kini Chef Sanif mengeluarkan 11 perisa yang hebat. Semuanya sedap sangat.
Keju yang melimpah ruah, tak kedekut pun. Yang luar biasa, kek ini Kak Maz simpan dalam peti sejuk beku tau. 
Ha? 
Sejukbeku? 
Tak rosak ke? 
Tak keras ke?

Wah! Banyaknya soalan. Iya, dalam sejukbeku. Walaupun begitu, rasanya masih sedap dan memang sedap.

Cara menikmati kek ini pun unik.
Nak nikmati umpama makan kek aiskrim atau ala-ala aiskrim, makan lepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Kalau nak menikmati tahap meleleh leleh, kek dibiarkan pada suhu bilik untuk seketika.
Pastu makan, memang meleleh lah.

Perisa dengan limpah krim keju dan parutan keju:
Vanila, Lemon, Strawberi, Pandan, Coklat

Perisa dengan krim keju dan perisa tambahan (mengikut jenis kek):
Oreo, Red Velvet, Tiramisu, Belgian, Trio Coklat, Kek Jalan Kuchai


Kak Maz juga ada menjual produk-produk lain, selain dari bentuk makanan. Produk tambahan.

Minyak Urut Moden MMG
Bila sebut minyak urut, rata-rata akan membayangkan baunya yang agak tidak selesa. Betul tak?

Kak Maz macam tu juga dulu, lebih baik guna minyak cap kapak kan?
Tetapi sekali mencuba, jatuh cinta tahap tak mau tukar lain. 

Asalnya dulu Kak Maz guna sebab selalu sakit badan dan sendi. Kan Kak Maz buat kuih frozen seorang diri. Dah lah mujarab, wangi pula tu. Iya, bau lavender tau.

Pakai banyak dan tebal pun, tak merosakkan kulit. Sebabnya, ramuan di dalam tu ada aloe vera. 

Manakala khasiat minyak putih pula, bagus untuk merawat sakit-sakit dan luka.
Bagus sangat tau untuk luka dan melepuh minyak atau air panas. Cumanya, jangan disapu.
Apa? Jangan disapu?

Nanti dulu. Iya jangan disapu, tapi ditampal pada kawasan luka atau melepuh tu. Terasa sejuk je. Bisa cepat hilang dan cepat sembuh.

Selain itu, dicampur dengan syampu rambut dan syampu serta urut-urut kepala. Nyaman sangat. Stress berkurangan. Sakit kepala pun kurang.

Baik untuk resdung dan gout. Nak makan makanan laut pun takde masalah.
Gatal hidung dek kerana belacan, anda sapu dan urut-urut hidung dari atas sampai muncung. Daki pun keluar, dah macam pakai marvelous gel. Sedar-sedar, gatal pun hilang.

Syok dapat makan sambal belacan. Hahaha.

Garam Bukit Aura Rezeki
Garam Assyifa' Aura Rezeki adalah Garam Bukit Himalaya yang telah diruqyahkan, dibacakn doa Assyifa' dan doa penyeri wajah serta diadunkan dengan wangian aroma haruman Mawar yang terbaik.

Antara kebaikan Garam Aura Rezeki:

1.Menangani serta menghilangkan stress dan tekanan perasaan.
2.Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
3.Membantu merawat dan menangani migrain dan sakit kepala.
4.Membantu melaraskan kelancaran sistem saraf seluruh tubuh.
5.Membantu merawat penyakit kulit, melembut dan menghaluskan kulit badan.
6.Membantu membuangkan toksin dari badan.

Paling istimewa ia dapat :
1.Menampal 'AURA BOCOR', merawat serta membesarkan AURA DIRI.
2.Membantu menangani serta mengelakkan gangguan makhluk halus.
3.Menaikkan SERI WAJAH.
4.Membantu memulihkan semangat yang telah luntur.
5.Membantu merapatkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan serta rakan sekerja.
6.Membantu menguatkan 'Magnet' kekayaan dan kejayaan diri.
7.Membantu serlahkan Potensi Diri dan meningkatkan keyakinan diri.

Kak Maz memang mengamalkannya dan alhamdulillah Kak Maz dapat bertahan menahan ujian besar dari Allah saat Allah menjemput arwah suami Kak Maz 27 Mac 2018.

Untuk menjadi tabah dan positif bukan senang, jiwa dalaman kena kuat. Untuk kuat, jiwa kena dibajai dengan sesuatu gelombang a.k.a aura.


Homestay
Zamty Homestay adalah homestay orang tua Kak Maz. Kak Maz diamanahkan menjaga dan menguruskan bahagian tempahan.

Terletak di kawasan Perumahan Taman Tas, Kuantan Pahang. Berhampiran sekolah asrama penuh SEMSAS.

Homestay ini diilhamkan oleh adinda Kak Maz, ala-ala hotel rekaannya. Cukup selesa.
Bilik-bilik dihiasi dengan katil bersize queen, almari, meja sisi, telekung, sejadah dan kitab.
Selain itu, demi memberikan keselesaan maksimum kepada penyewa, setiap bilik ada penghawa dingin dan kipas.

Ruang tetamu dan ruang makan yang ringkas. Dapur pula disediakan kemudahan seperti rumah anda sendiri. Juga mandian panas dan mesin basuh.

Ruang hadapan boleh diletakkan 3 buah kereta.

Para pelanggan sangat berpuashati dan sering juga menempah berulangkali apabila berkunjung ke Kuantan, Pahang.


Friday 1 June 2018

Puasa Nan Sepi

Pertama Kali TanpaMu
Teks : Maziana Zainal

Beberapa hari sebelum puasa, kami ziarahi pusara sayang. Sebak terasa. Alunan bacaan surah Yaasin dariku, anak-anak serta ayah bonda mertuamu menggamit kesyahduan.

Aku bersama anak-anak membaca dengan deraian airmata kerinduan. Kenangan datang menerpa jiwa kami. Kami sirami pusaramu sebelum pulang.

" Sayang, puasa kian hampir. Kami rindu sayang. Pertama kali puasa tanpamu sayang."
"Ayah, kami rindu ayah. Tiada lagi orang akan mengejutkan kami seperti ayah. Ayah kan selalu mengalunkan irama sahur, sahur. Sahur, sahur. Sehingga kami bangun. Ayah!"

Berjujuran airmata kami 4 beranak sambil berpelukkan. Ya Allah. Sesungguhnya kami merindui arwah.


1 Ramadhan Tiba
Sahur pertama kami agak suram. Anak-anak bangun dan termenung seketika. Merenung gambar terakhir kami sekeluarga. 

Allahu, sebak itu kutelan sambil memujuk hati anak-anak.
" Along, angah, adik dengar ibu nak cakap. Ayah dah tenang di sana. Kalau ayah ada, kesian ayah. Ayah dah tak mampu menahan sakit. Kita tahu ayah sakit kan?".

Anak-anak mengganggukkan kepala tanda faham.

" Kalau ayah ada sekarang, ayah macam yang kamu lihat di hospital. Tanpa bicara, hanya mata terkebil kebil kosong. Biarlah ayah di sana bersama Allah, nanti kita bertemu jua."

"Kita tolong ayah yea. Solat dan mengaji selalu. Sebab tu ayah khatankan kamu tahun lepas, mungkin ayah tahu dia akan pergi. Ayah nak kamu solat saf depan, banyak pahala. Dapat dekat ayah di sana. Boleh?"

"Boleh ibu, untuk ibu juga."

Alhamdulillah. Iya, bukan senang mendidik hati anak-anak yang kehilangan tempat bermanja. Mereka yang tidak melaluinya, tak tahu apa rasai. Tolong jangan sekat mereka beremosi, biarkan mereka meluahkan. Cuma perlu berkongsi rasa dan membimbing mereka.

Baju Raya
Bila ditanya tentang baju raya. Mereka seolah sepakat tidak mahu baju baru, katanya " Baju arwah ayah belikan tahun lepas masih elok, kami hargai apa ayah belikan. Nak raya, ayah dah tak de ibu."

Disua soalan dari adikku tentang baju raya, aku katakan apa yang mereka katakan. Tetapi makcu mereka tak mahu mereka bersedih walaupun makcu juga merasai kehilangan abang iparnya, dibawanya kami membeli baju.

Dek kerana sepupu mereka turut serta, maka mereka terlupa akan rasa kehilangan itu seketika. Menurut sahaja untuk membelinya.

Dimalam hari, " Ibu, kami rindu ayah. Raya nanti takde ayah. Kita pergi kubur ayah yea."

Subhanallah. Bagaimana harus aku tempuhi detikdetik mendatang. Bimbinglah aku agar aku berjaya memimpin anak-anakku kelak.

Aaminn Ya Rabbal Alamiin.