Sunday 5 February 2017

Mee Kari

Mee Kari
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Penangan nak makan mee kari. Dah seminggu keluar dari hospital, tak jumpa orang jual mee kari.
Hajat nak memasak sendiri, dari hari ke hari. Tak menjadi kerana bahan tak ada. Aduhai, macam mana ek?

Bercadang dengan suami, kita pergi hari ni ke Tesco Ampang. Hati si along berbunga-bunga. Kalau ke sana, bukan setakat mee kari yang jadi idaman mereka adik beradik tetapi agenda kiosk menjual mainan.

Duduk sibuk membantu mengangkat pasu bunga di kebun yang sekangkang kera itu, tiba-tiba semput pun menyerang. Muka si along dah mula monyok.

Nasi putih dah masak, cuma lauk masih dalam perhitungan minda. Apa nak masak ye? Fikir. Fikir. Fikir lagi.

Terciptalah idea nak masak kari ikan. Mana tahu kalau sedap, boleh makan sebagai kuah mee kari. Haa? Tak percayakan?

Hahaha, memang menjadi tau. Kari ikan untuk dimakan bersama nasi putih atau mee manggi yang telah direbus.
Awalnya mee manggi tu saya buat untuk si along, sekali kami semua makan. Sian nasi tak berusik.

Tahu tak? Memang sedap. Puji dirilah, siapa lagi mau puji kan. Lega dapat tunaikan hajat si along. Berbaloi juga idea di saat akhir.

Tak pernah buat mee kari versi ikan ke? Cubalah, sedap. Sesuai bagi yang makan ayam, daging dan makanan laut.
Saya guna ikan tenggiri. Buat mee sup pun sedap tau.

Maaf takde gambar, tak sempat nak tangkap. Habis sudah.


Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment