Thursday 12 January 2017

Dari Suka, Jadi Income

Dari Suka, Jadi Income
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Beginilah otak orang yang ada darah bisnes, pantang ada peluang depan mata.
Asalnya nak berjimat tetapi jadi sebaliknya. Anak-anak dan suami suka sangat makan roti sosej. Seorang 3 - 4 ketul, belom tentu cukup. Bayangkan, seketul cecah rm 3. Berapa saya kena bayar kalau 5 orang punya selera. 

Saya mula mencari resepi nak membuat roti sosej. Saya ni pandai buat kuih tetapi kuih yang seangkatan donut dan pau ni, memang selalu gagal. Mujur jumpa satu resepi dalam facebook, roti sosej menggunakan roti gardenia. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang.

Eksperimen pertama.
Hari minggu, adalah hari berbelanja. Masa ni lah saya amik kesempatan membeli bahan-bahan nak membuat roti sosej. Balik dari tesco, saya terus beraksi. Anak-anak dan suami jadi penonton, dorang tertarik bila saya kata nak buat roti sosej. 

Memang awalnya saya ikut resepi, saya tak tahu berapa hasilnya. Cuma sosejnya, saya membeli sosej koktail (sebab senang, tak perlu potong kecil lagi), memang ia banyak. Woww, cecah 60 ketul !
Takkan nak makan semua malam ni, dalam facebook tak cerita samaada ia boleh simpan dalam peti. Dan kalau nak simpan, macam mana proses dia. 
Malam tu, saya hanya masak 20 ketul sahaja. Apa jadi lagi 40?
Maka, eksperimen bermula...
Saya simpan je dalam bekas tanpa dimasak. Kaedah sejukbeku.

Pagi-pagi anak dah bising, "Ibu, kami nak bawa roti sosej boleh?". 
Alamak, sempat ke? Semalam dah simpan dan freezer bukan peti sejuk, tahap beku tu.
Cuba je lah...
Saya keluarkan dari freezer dan buka bekas, cuba leraikan. Wow ! Mudahnya leraikan, sangkaan tadi tahap melekat macam ais.
Hidupkan api, panaskan minyak dan goreng. Haa...nak goreng ada cara tau. Bila minyak dah panas, kita kecilkan api dulu dan baru masukkan roti sosej. Kita tak nak lapisan luar terlebih hangit tapi sosej masih sejuk. Dah agak nak kuning, sederhanakan api. Agak-agak garing, angkat dan toskan.

Bento yang sangat mudah. Bagi ibu yang selalu kalut macam saya, inilah pilihan tepat.

Makin mahir, makin menjadi-jadi.
Setiap minggu saya akan pertambahkan stok. Kadang-kadang, tengah malam pun lapar. Sebab tu sikembar dan ayahnya montel. 
Rumah kami selalu disinggahi adik-beradik dan kawan-kawan suami, kadang-kadang mengejut. Tak kan nak hidang air teh dan biskut sokmo, kali ni kita tukar. Tengok peti ada stok lagi, gorenglah.

"Sedapnya kuih ni...ada sosej, kuih apa ni?"
"Oh, roti sosej tu". 
"Beli mana?"
Jeng...jeng...jeng... Otak bisnes mula mencanak di minda hahaha. 
"Saya buat sendiri, pastu simpan dalam freezer. Nak ke?".
Saja saya bagi umpan. Si suami menjeling dan si anak pula bagi isyarat tak membenarkan, takut habis katanya.

Berlakulah jual beli antara kami. Mak ayah mana tak suka, jika tengok anak mereka berebut makan habis sampaikan mereka juga tak sempat makan banyak. Dan detik itu, ia menjadi produk bisnes saya yang seterusnya.

Pendekatan, mudah dan senang. Bento berkhasiat, bento yang ringkas. Kalau nak tempah, cari saya di www.facebook.com/mazianashoppe.

Roti sosej keju.
Disebabkan anak-anak suka keju, mereka mencadangkan supaya tambah keju. Dan hasilnya juga "awesome". Rupanya selama ini anak-anak bawa bekal ke sekolah, mereka bagi kawan-kawan rasa dan ada yang minta bawa lagi besoknya. Mereka seronok bila kawan-kawan cakap sedap.

Saya pernah jual kepada kenalan, mereka kata tak rasa roti tu. Dia cakap penuh dengan keju.
Adakah eksperimen saya berjaya? Ya, saya BERJAYA !

Untuk berniaga, kita harus berani mencuba. Gagal, berusaha untuk perbaiki. Tiada istilah putus asa. Kecuali kalau ada istilah penat, haruslah berehat. Bakat ini adalah modal.


No comments:

Post a Comment