Monday 31 May 2021

Lockdown Lagi

Yes agains. Adakah kita bersedia lagi?
Bersedia atau tidak, kita tetap kena harungi juga demi untuk memutuskan rantaian wabak. Harapnya kita berjaya seperti lockdown yang sebelum ni.

Bagaimana dengan ekonomi negara??
Uish besar sangka masalah ni kalau kita fikir. Kita kecilkan skop, bagaimana ekonomi keluarga kita? Haa, bagaimana?

Relaks okey. Mana yang masih ada pekerjaan, alhamdulillah. Mana yang masih bergaji walaupun ada yang dipotong, alhamdulillah masih ada juga rezekinya.

Tapi bagaimana yang berniaga? Yes. Berniaga macam akak.
Dah laah ibu tunggal dan anak anak masih bersekolah, agak terkesan juga. Perlu ke akak risau? Yes, perlu. Tetapi idoklah sampai akak putus asa. Akak kena get ready semua strategi, semua solusi.

If akak mengalah, ia tak mengubah apa apa. Malah mengundang masalah lagi. So, just go thru jer bisnes macam biasa.

Kebetulan semalam ada kelas dari HQ, tentang formula "Bangkit Dari Krisis" dengan 6R.
Berketepatan dengan situasi yang sedang melanda emosi ramai orang terutama team team akak.

Dalam keadaan sekarang, gunakan akal dan minda fikir secara tenang. Solusi demi solusi akan terilham.
Usah beli secara panik.
Usah borong sampai orang lain semua tak mampu miliki.
Kaji semula income dan expenses kita, tengok dan kaji apa yang perlu kita kurangkan atau hapuskan.
Elakkan dari mendengar or membaca berita yang tak mampu kita kawal dari sudut tenaga mahupun minda. Untuk elak energi menyerap energi. Faham ke?

Yang penting sekarang, duk rumah dan jaga diri, Keluar jika perlu sangat sangat. Macam akak, semuanya akak order online.
Niatkan sambil kita shopping kita sedang membantu runner dan peniaga tu mendapat rezeki mereka untuk hari itu. Moga moga Allah memakbulkan doa doa malaikat yang sedang mendoakan kita semula atas doa doa dan niat kita tadi.

Waallahualam.

Wednesday 26 May 2021

Suka Nampak Cantik

Normal jika ada perasaan sebegitu bagi seorang yang bernama PEREMPUAN. Nak nampak cantik.
Cantik ni subjektif. Cantik dalaman berkaitan dengan HATI. Cantik luaran, cantik berseri pada wajah.

Ada nak nampak cantik yang super duper, mekap tebal bagaikan Cleopatra. Ada juga yang hanya bersederhana, mahupun just look like Natural Beauty jer.
Manusia itu tak sama. Macam pakai tudung juga, bawal or shawl. Lilit biasa or lilit berpusing pusing. Hahaha bab lilit ni memang akak tak mahir, hanya sekadar mudah dan pantas je.

Begitu juga dengan mekap, hanya yang mudah dan pantas. Zass zass dap dap, 5 minit dah siap. 
Persoalannya, ada ke mekap yang sepantas itu? Malah tak sampai 5 minit puun boleh.
Haa, dengan KYan Kosmetik laah.

Memang terasa perubahan bila menggunakan produk ni. 
Pertama, opkos lah nampak cantik. Masa ni dah senyum senyum bahagia. Iyealah, nampak muka cantik berseri. Tanpa perlu mekap tebal puun. Nak tengok?


Kedua, bila nampak cantik automatik keyakinan diri pun semakin menonjol. Kita jumpa customer atau agen, kita rasa keyakinan luar biasa dari kebiasaan. Terasa macam level kita dah up laah. 

Ketiga, yang ni best. Orang nampak hasil dari wajah kita, mereka yakin dengan produk kita.

Ada yang sangkaan yang kita pergi buat rawatan muka di spa mahal. Walhal hanya dengan KYan, ia mengaburi cela diwajah. 

Baguslah bagi yang bekerjaya bisnes dan melibat public figure, perlu berhadapan orang. Orang nampak kita cantik, orang jadi suka. Nak nak pula cantik yang nampak seperti cantik yang semulajadi.

Tetapi bila akak dah lama pakai, akak perasan parut dimuka makin pudar. Sebelum tu, akak bagitau yea. Akak bukan jenis yang suka pakai skincare, hanya bila rajin bila teringat. Biasanya hanya pencuci muka je sebab muka jenis berminyak.
Akak tanya leader, dalam Cushion Foundation ni ada apa coz muka nampak parut pudar.
So nak tahu ke?


Haa, inilah jawapannya. Ada Vitamin C dan E. Lengkap dengan pelembap, pengawal minyak dimuka (Hyaluric Acid) dan juga sunblock.

Pilihan bijak kaan. Pakai pakai, muka terus glowing dan peloles. Ada yang cakap, macam pakai susuk daaa. Oh no oh no nono, khurafat tu. Susuk jangan sesekali terjebak yea. Pakai jer Kyan Kosmetik-Cushion Foundation ni. Selamat.

Now tengah ada offer tau, Sales Kaw Kaw. Nanti akak sharekan next entri tau. Tunggu.




Tuesday 18 May 2021

Macam Mana Nak Tenang?

Salam Syawal Semua
Macam mana hari ni? Dah bekerja ke tu?

PKP ni ramai yang kerja dari rumah je kan. Macam akak, opkoslah. Cuma bezanya, akak bisnes dari rumah. Bisnes pun kerjaya juga kan.

Bagaimana emosi kita hari ni?
Yea, di mana mana channel semuanya ada isu semasa yang menyentuh jiwa raga kita semua.
Bukan hanya nombor kes Covid 19 yang makin bertambah, malah isu Palestin juga. Allahuakbar. Ujian besar orang Muslim kita.

Adakah kita berdiam, bermakna kita tak menyumbang apa apa? Salah tu. Selain memperjuangkan dan berjuang, berdoa juga satu senjata orang Muslim yang Allah dah nyatakan dalam Al Quran.

Banyak cara Allah sarankan pada kita kaan. Solat sunat pun boleh. 
Bersedekah kepada mereka, juga tanda kita berjuang menyokong mereka.

Macam kami berniaga, setiap jualan kami ambil beberapa bahagian untuk disedekahkan. So, jangan kecam kami yang berniaga seolah kami tidak peka pada isu semasa.
Kita berjuang bersama sama dengan pelbagai cara kita. Tapi, elakkan maki hamun. Itu bukan contoh yang baik Nabi kita ajar.

Berbalik pada tajuk kita, macam mana nak tenang?
Kena tahu apa masalah kita? Apa yang buatkan kita runsing dan duk mikir sokmo tu.
Kenapa kita fikirkannya secara tekanan.

Duduk sendiri seketika, renung awan dan persekitaran kita. Tarik nafas elok elok, tahan beberapa saat dan hembus perlahan lahan melalui mulut.
Nak bagusnya, setiap langkah itu kita iring dengan zikir.
Tarik nafas, dalam hati sebut Subhanallah.
Tahan nafas, sebut Alhamdulillah.
Hembus pula, sebut Allahuakbar.

Buat beberapa kali sehingga merasai ketenangan. Kalau ada Minyak Terapi (essential oil), aromakan yea. Ketenangannya berganda tau.

Bila dah tenang, fikirkan apa perlu kita ubah dan rancang pada isu permasalahan kita. Catat je kat kertas semua idea or plan yang terlintas di fikiran kita tu.

Paling bagus, amalkan solat sunat. Solat tahajjud, solat taubat dan hajat disebelah malam hari. Siang, solat dhuha pula dan zikir Istighfar sebanyak mungkin. Tapi zikir yang dirasai tau. Sebab kita bukan nak kuantiti tetapi kualiti.

Memandang keindahan dan kurniaan yang Allah dah kurniakan kepada kita, yang kita terlupa nak syukuri. Contoh paling dekat, nyawa yang masih dikandung badan. Masih mampu bernafas dengan baik.

Macam akak, akak ada belajar ilmu hakikat. Ilmu hakikat ni, kita belajar kenal diri dan kenal Allah. Nak sampai peringkat ni kena lalui yang asas, supaya mudah faham.
Kadang dah belajar asas, masih tak faham. Itu hidayah Allah, DIA yang memberi.

Dimana kita belajar faham tentang kehidupan kita, perjalanan hidup kita. So, bila disini kita faham bahawa hidup ini semuanya dalam perancangan Allah. Setiap apa yang berlaku, Allah Maha Tahu.

Makanya, zikirkan ayat Surah Al Ghaffir ayat 40 tatkala dilanda masalah or tekanan.
Lafazkan kepada Allah, "Ya Allah, Sesungguhnya aku menyerahkan segala urusanku ini kepadaMU, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui akan keadaanku." 

Kalau ingat, akak ada sharekan lagu "Wujudku BayanganMU". Pengertian di dalam lagu ini amat dalam. Bila dihayati, difahami insyaa Allah kita akan faham akan setiap yang berlaku kepada kita ini Allah tahu.
Manusia, pandangannya terbatas. Tetapi Allah tiada satu zarah pun terlepas dari pandanganNYA walaupun kita berjuta, berbillion bilangannya. Dibantu para Malaikat kiri kanan kita dan sekeliling kita. Subhanallah.

Bila kita tahu hakikat ini, kita tidak mudah sombong dan ego. Kita mulai merendah diri dan tidak lagi mempertikaikan setiap ujian yang datang.
Yea walaupun terkadang teremosi, itu normal kerana kita manusia biasa. Kita tak sehebat Nabi Muhammad SAW.
Banyakkan selawat ke atas Baginda, moga kita mendapat syafaatnya.

Okey habiiis. Korang baca sampai habiis ke? Terima kasih tau. Cer komen sikit, akak nak tengok siapa yang selalu follow akak ni.

Moga Allah sentiasa merahmati, melindungi dan memberkati kita semua hingga ke akhir hayat kita. 

Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

Monday 10 May 2021

Bakal Berhariraya Dalam PKP Lagi

Salam Ramadhan ke 28
Isnin 10 Mei 2021

Hanya beberapa hari sahaja lagi kami akan sambut AidilFitri, Khamis 13 Mei 2021. Waktu kami kami dilanda peningkatan lagi kes Covid 19, allahuakbar. Hari juga bermulanya PKP.

Betullah, dulu masa kes naik kita PKP juga kaan demi memutuskan rantaian kes. Cuma kali ini katanya berlaku perbezaan sudut virusnya, ia semakin mengganas dan dinamakan Variant.

Sangat digalakan minum air panas atau suam, berkumur or minum air garam dan vitamin C. Memang kena ambillah. Untuk anak anak kena cari yang cecair or soluble.

Saya, ayah dan mak dah menerima Vaksin Pfizer dos 1. Dos ke 2 mak, ayah dan abang Teh saya pada 17hb nanti. Manakala saya pada 27hb.

Masa dos pertama, alhamdulillah kesannya tidaklah begitu ketara cuma dos ke 2 nanti. Macam macam kami dengar. Seram dan takut pun ada tapi ia tuntutan kerajaan dan fatwa Majlis Agama telah mengeluarkan bahawa ia wajib demi menjadi kita sesama kita supaya dapat menggurangkan atau menyahkan jangkitan.

Berbicara dengan guruku, kata beliau kita kena ikut kerana ia tuntutan dan kita wajib kerana demi keselamatan ramai. Tetapi kita wajib juga tawakal dan berserah segalanya kepada Allah. Sesungguhnya DIA Maha Tahu, Maha Melihat dan Maha Mengetahuinya. Siapa kita yang terbabas akal, pengetahuan dan penglihatan untuk menidakkan sesuatu itu.

Benarlah, kita hanya hamba yang hina yang kerdil. Tetapi kita mampu berdoa dan menyerahkan segala urusan kita kepadaNYA. Disamping kita jaga kita. Mengikut segala S.O.P yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Siapa yang mahu sesuatu itu berlaku, tiada yang mahu tetapi Allah menguji hambaNYA kerana apa? 
Bakkata Ustaz Ebit Liew, kerana Allah Sayang Kita.

Raya tahun ini hanya mak, ayah, saya dan anak anak, anak buah dan family abang yang mana berada di Kuantan. Itu pun kalau boleh naik kete ramai.
Bertabahlah yea. Ini bukan kali pertama berlaku, dah beberapa tahun juga. 
So, kita online sahaja laah untuk berbicara raya dan bersua muka.
Untungnya, tak perlu beli baju raya. Allah Tahu, aku belom cukup untuk berbelanja lebih.

Cuma kali ni kuih raya banyak, saya beli dan ada sebahagian diberi adik beradik. Moga berjauhan ini mengeratkan kasih sayang kita semua.
Saya mampu bersyukur dengan situasi ini. Kerana jika saat ini saya masih di Ampang, bagaimana keadaan wali keramat saya ni. Dengan usia mengjangkau 78 dan 73 tahun. 

Ya Allah Sesungguhnya ENGKAU sebaik baik perancang yang Maha Hebat. ENGKAU Maha Tahu sesuatu itu dan asbab itu satu per satu meninggalkan saya. KAU Maha Adil, mengadili keadaan saya saat ini. 
Jika saat ini arwah suami dan arwah ayah mertua saya masih ada, tentunya saya akan susah hati resah gelisah serta menangisi keadaan yang terbatas untuk saya. 
Subhanallah indahnya KAU atur buat saya Ya Allah. Terima kasih Allah.

Pesan guru saya yang paling menyentap jiwa, fahami maksud " Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir". Allah Allah Allahuakbar. Dengan melihat keadaan yang menlanda dunia, serius weh seram dan menakutkan. Adakan ada lagi Ramadhan kami di tahun hadapan?

Renung renungkan laah. Selagi mampu hindari kemungkaran dan kemurkaan Allah, hindarilah. Tambahkan laah amal ibadah dan sedekah kita.
Waallahualam.

Sunday 9 May 2021

Kau Terindah Buat Kami.

`












                  Moga kita kan bertemu kembali dan ditempatkan diSyurga terindah.

                     Al Fatihah Buat Kesayangan Kami, Allahyarham Zalikin Idrus