Sunday 17 April 2022

Terapi Al Quran, Terapi AsmaulHusna

 1. Jika Anda Diuji Cinta Dunia/Nafsu Syahwat, Mari Muhasabah dan Perbaikilah Kualiti Solat.

📚 Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Maryam: Ayat 59-63).

💖 Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, Maafkanku, Ampunkan Dosa2ku, Bersih Sucikan Hatiku dr segala Penyakit Hati. Ya Hafiz ya Muhaimin, Lindungilah kami dari Bisikan Nafsu kami Sendiri, Tipudaya Dunia serta Fitnah Dajjal.Berikan kami Kekuatan-Mu ya Qowiy ya Barr utk Terus Beramal Soleh dan Menyebarkan Kebaikan.


2. Jika Anda Rasa Hidup Penuh Kesengsaraan dan Selalu Tidak Bernasib baik.. Mari Muhasabah, Perbaikilah Ibadah & Hubungan dengan Ibu ayahmu.

📚 Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Maryam: Ayat 31-32).

💖 Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Baari’ ya Barr, Agendakanlah Hidupku mengikut Agenda-Mu dan Agendakan kami dgn Kebaikan. PadaMu kami BerTawakal dan Bergantung Harap ya Baari’ ya Somad.


3. Jika Anda Dapati anda selalu Resah Gelisah dan Rasa Sempit, Mari Muhasabah dan Perbaikilah Hubungan dengan Al-Quran.

📚 Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Taha: Ayat 124-126).

💖 Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma ya Fattah Bukakanku Jalan Penyelesaian bg Segala Kesulitan, ya Qobidh Keluarkanku dari Kesempitan, Ya Baasith ya Wasi’ Lapangkan Hidupku, Luaskan Hati dan Mindaku serta Mudahkanku Memahami segala Hikmah2/ilmu dariMu ya Alim ya Hakim ya Rosyid .


4. Jika Anda Merasakan selalu Tertekan/Stress dan Inginkan Ketenangan serta Rezeki yang Berkat.

📚 Terapi Al-Quran :
Rujuk (Surah Taha : Ayat 130-132.)

💖 Terapi Asma’ulHusna :
Allahumma ya Salam ya Mukmin, Sejahterakan Hati dan Mindaku. Ya Fattah ya Razzak, Limpahkanlah kami Rezeki yg Halal lagi Diberkati.

Kredit kepada pemilik website:

Zikir Asmaul Husna - Penyembuhan

 Dalam mencari tercari kaedah untuk rawatan dan penyembuhan penyakit yang sedang anakanda akak alami, terjumpa yang ini. Jutaan terima kasih kepada pemilik website 

Masya Allah, indahnya nama nama Allah yang kita kenali sebagai AsmaulHusna. Jom sama sama kita amalkan bersama untuk rawatan zahir dan batin kita.

Bismillahirrahmannirrahim

Allah SWT berfirman:

اُرْÙƒُضْ بِرِجْÙ„ِÙƒَ ۚ Ù‡ٰØ°َا Ù…ُغْتَسَÙ„ٌ ۢ بَارِدٌ ÙˆَّØ´َرَابٌ
urkudh birijlik, haazaa mughtasalum baariduw wa syaroob

“(Maka Kami Kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah Air Sejuk untuk Mandi dan untuk Minum (bagi Menyembuhkan Penyakitmu Zahir dan Batin) .”
(QS. Sad 38: Ayat 42)

Tips Kesihatan Ketika Mandi ðŸš¿ (Baca/Niatkan Dalam Hati) :

Allahumma Ya Salam ya Fattah ya Quddus Ya Jalil, Sepertimana Air ini menjadi Alat-Mu Membersihkan Tubuh Badanku, Bersihkan Juga Hatiku, Bersihkan Darahku dan Segala Penyakit yg Ada Dalam Tubuhku. Ampunkan Dosaku ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil.

Sepertimana Air ini Berlalu pergi dari Tubuhku, Bawalah juga segala Penyakit dari tubuhku. Sembuhkan ku Mengikut Cara-Mu.
Boleh Amalkan Setiap Kali Wudu’ dan Mandi.

Tips Zikir utk Gangguan Makhluk Halus ðŸ‘‡:
Zikirkan 40x

Ya Hafiz (Maha Menjaga)
Ya Muhaimin (Maha Melindungi)
Ya Fattah (Maha Membuka – Bukakan Simpulan Sihir/Jalan Keluar bagi Makhluk keluar dr Tubuh/Rumah)
Ya Quddus (Maha Bersih Suci/ Maha Sempurna)

Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, Lindungi kami sekeluarga dari Gangguan Jin/Syaitan dan Hasad Dengki Manusia. Laa Maujud Ilallah, Tiada yg Wujud Melainkan-Mu Allah. Kami Tidak Takut dgn Makhluk melainkan hanya Takut pada-Mu. Berikan kami Kekuatan-Mu ya Qowiy, Kekuatan Iman dan Tauhid yg padu, Kekuatan Hati, Emosi dan Jasad menghadapi segala Gangguan.

Ya Fattah Bukakan segala Simpulan Sihir dan Jalan Keluar bg Segala Energi/Makhluk yg Tidak Baik yg ada Dalam Tubuh/Rumah Kami. Ya Quddus Ya Jalil Bersihkan Diri/Rumah kami Mengikut Cara-Mu. PadaMu kami Berlindung dan Bergantung Harap Ya Baari’ Ya Somad, Engkau lah Sebaik-baik Pelindung.

Berdoa dgn Penuh Rasa dan Haqqul Yaqin padaNya. Amalkan Setiap Kali lepas Solat atau Bila² Masa saat Terasa Sesuatu. Boleh juga Niatkan Ketika Wudu’ atau Mandi (Ya Salam ya Fattah ya Quddus Jalil). Biiznillah ya Fattah ya Mujib, Dengan Izin-Nya Kalian Merasai Perbezaan.

Sesungguhnya Setiap Ujian/Penyakit yg Ditakdirkan, Bersamanya itu Allah Turunkan Penawar.. Sebaik-baik Penawar ada pada Dirimu sendiri, iaitu HATIMU yakni Keyakinan/Haqqul Yaqin padaNya.

Haqqul yaqin yg Tinggi pada Allah saat BerDoa Menembusi semua Khilaf kerna Keampunan ALLAH sangat Luas , Lebih Luas dari Dosa yg Kita Lakukan.

Namun Ramai yg Tidak Dapat Capai Haqqul yaqin yg Tinggi padaNya kerna Masih ada Was-was. Penyakit Was-was ini juga dtg Dari Sumber Rezeki yg Haram dan Makanan kita Makan.

Makanan yg Baik dapat Menyinari Hati, Kerna itu Islam Menggalakkan Makan Makanan yg Halal lagi Baik (Baik juga Bermaksud- Makanan yg Bersih, Tidak Memudaratkan dan Tukang Masaknya Ada Zikir/Selawat/Jaga Ibadah).

Apabila banyak Makan Makanan yg Haram, Tidak Bersih.
Contoh:
Telur tidak basuh, Makanan yg Mengandungi Banyak Bahan Kimia/Pengawet. Maka dirinya banyak Was-was utk Beramal dan Saat Berdoa padaNya. 
Moga Allah Lindung dan Bimbing kita Selalu dengan Keluasan Kebaikan-Nya Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Nur Ya Hadi Ya Barr

#HayatiIndahnya99AsmaulHusna
#SebarkanNurAlQuranNurAkhlakRasulullah
#RumahNgajiArRasyidTerapiQuranTerapiAsmaulHusna


Jana Income Bersama


Akak merupakan agen sah untuk produk Eskayvie. Ala produk yang ada vitamin viral Paknil tu. 
Haa dah ingat?
Asbab family besar akak positif covid dan mereka membeli vitamin ni, dapatlah akak merasa bonus bulan lepas. Alhamdulillah.

So akak nak ajak korang semua yang follow blog akak ni, jomlah jana pendapatan walaupun masih bekerja. Sambil kita sama sama jaga kesihatan, kita boleh tambah income.

"Ramai dah jadi agen kak."
Yes, akak pun rasa macam tu juga dulu. Tapi akak percaya rezeki Allah. Insyaa Allah.
Janjiii, korang percaya pada diri korang.

Eskayvie ni banyak produk kesihatan yang lain tau. Bukan sekadar vitamin, malah ada produk untuk rawat usus dan kesiahtan dalaman wanita. Eh, ada gak untuk nampak cantik.

Jom tengok produk produk Eskayvie kat bawah ni:



Ni promosi Ramadhan tau, siap ada cabutan bertuah lagi. Siapa berhajat, boleh terus wasap akak tau. Kita terus pos sampai ke rumah, yang dekat, kita cod.

Nak jadi ahli? 
Boleh. Dengan belian 2 botol, terus jadi ahli. Dapat harga ahli.

Nak jadi agen a.k.a Apprentice?
Boleh. Hanya bermodalkan rm65.40 sahaja, dapat sebotol Vitamin Diffenz. Haa, maharnya pasti kurang mampu kaan. Jom bersama kami, klik link ni ye:


Hadiah Syawal In Advance


Taraaa....
Hadiah Syawal untuk mak akak dah sampai. Cantik kaan botolnya.
Ini adalah perfum aromaterapi. Tercium harumannya, jiwa rasa tenang dan nyaman jer. Apatah lagi jika duduk dalam kawasan berhawa dingin, tersebar harumannya. Bayangkan berapa ramai yang dapat merasai jiwa yang tenang seperti kita.
Agak agak dapat pahala tak sebab kita bagi orang lain berasa tenang saat mereka tak keruan emosi?

Tu urusan Allah, tapi kita boleh niatkan semasa pakai. Mana tahu asbab saham pahala kita di sana nanti. Daripada kita sebarkan haruman yang menggoda, nauzubillah.

Sesuai yang selalu panic attack, berdebar dan sarat emosi. Tak percaya, cuba lah.

Vitamin Viral Pak Nil

 

Haa, korang pernah nampak botol vitamin niii? Or kenal Paknil hihi. Of course lah semua orang kenal Paknil kaan, hos terkenal Malaysia.

Paknil selalu share kan pengalaman mangsa mangsa covid yang telah beliau bantu dengan bagi vitamin Diffenz ni. Dan alhamdulillah, ramai yang dapat feedback yang positif dan sembuh dengan cepat.

Even adik akak sekeluarga dan anak buah juga mengamalkan vitamin ni semasa diuji positif covid. Dewasa makan yang botol unggu, namanya Diffenz dan anak anak kecil makan Junior.



Yang dewasa berperisa anggur dan kanak kanak pula berperisa oren. Kemam keman aje. Macam makan gula gula, sedap.

Kelmarin syarikat dah keluarkan perisa baru untuk kanak kanak, ia limited edition. Berperisa strawberi.


Mesti budak budak suka kaan. Specialnya yang budak budak ni sebab ada kolostrum. Sangat baik untuk kesihatan. Berusia seawal 2 tahun hingga 12 tahun, boleh mengambilnya. 

Manakal yang DIffenz,yang unggu tu pula untuk seawal usia 5 tahun keatas. Termasuklah warga emas.

Ops lupa nak bagitau, masa keluarga adik terjangkiti covid ni kaan kami sekeluarga telah ke rumahnya. Aduh risiko tu. Terutama pada mak ayah akak yang dah berusia 70an. Allahu, masa tu memang risau giler.

But alhamdulillah, setelah kuarantin selama seminggu kami semuanya negatif. 
Bila ingat balik kaan, masa perjalanan tu kami dah ambil Diffenz dan mengamalkannya. Tapi bila terjadi sebegini, kami mengamal Diffenz mengikut jadual yang diberikan. Maknanya cara makannya berbeza dari hari biasa, kita ikut jadual untuk CC1 (close contact pertama).

Manakala adik dan anak anaknya, dalam 1-3 hari dah nampak perubahan yang positif. Makin sihat. Sekarang masih mengamalkan. Trauma weh bila disahkan positif. Nak nak bila tengok mata anak anak yang masih kecil, Allahuakbar.

Korang cuba lah. Kita sama sama menjaga kesihatan dan lindungi diri dari wabak yang menakutkan ni.
Alhamdulillah dan Insyaa Allah raya kali ni kita boleh raya bersama sama. Dah 2 tahun kita disekat beraya bersama, even ke pusara juga disekat. Sedih tau.

Sempena Ramadhan ke 14 ni, kita boleh beribadah dengan baik. Sebelum terawih, ambil sebiji Diffenz. 

Saturday 16 April 2022

Jualan Hari Ini

Ramadhan ke 14
Haza rahmatun min rabbi, alhamdulillah. Pecah rekod betul hari ni. Bese 1-3 doh je sehari tapi hari ni 6 doh.

Dari pagi berdiri meroti di dapur.
Tempahan untuk moreh, untuk anak anak bawa ke asrama dan meraikan tetamu yang bertandang.

Cuma kelakornya hari ni, akak tersalah membilang kuantiti. Penat sangat agaknya. Tapi bila fikir balik, rezeki anak anak akak rupanya. Mereka seronoklah tengok ada roti sosej dan roti mini pizza. Apalagi, ngap terus lepas azan maghrib. Alhamdulillah.

Tempahan hari ni:
Roti sosej 32 biji
Roti mini pizza 36 biji
Roti chicken floss 23 biji

Rezeki anak anak berbuka dan bersahur 24 biji. Banyakkan untuk mereka. Akak pun join sekali hihi. Sahur pun makan roti, kurang nak ambil nasi.

Tukar Bidang-Meroti Kita

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa semua. Lama betul akak tak berkarya di sini. Tu pun asbab facebook share memories lama yakni saat berguru dengan cikgu kesayangan kita, Puan Masayu Ahmad. Allahu, rindunya.

Akak mula belajar 2017, saat arwah suami masih ada. Dah 5 tahun berlalu. Arwah sangat menyokong akak. Alhamdulillah.

Korang yang pernah mengikuti akak, pasti tahu akak bisnes apa sebelum ni kaan. Hihi
Sekarang dah beralih kepada bidang meroti pula. Alhamdulillah. Mana yang mendatangkan income, kita usahakan yea.

Siapa nak bantu kita kalau kita susah?
Asyik asyik meminta, orang pun menyampah kecuali betul betul terdesak. Janji bayar balik.

Buat masa ni, permintaan banyak disekitar kejiranan akak. 
Akak pun baru belajar, masih belajar lagi.