Wednesday 18 January 2017

Enaknya Popcorn Ayam

Enaknya Popcorn Ayam 
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Jadi ibu ni kena ligat berfikir. Berfikir pelbagai menu untuk anak-anak berselera makan. Asyik makan nasi je pun tak seronok. Takut nanti kembang mambang, kata orang tua-tua.

Kebetulan ada ambil stok ayam. Dalam banyak-banyak tu, ada jenis popcorn. Eh! Bukan popcorn jagung tau, ini popcorn ayam. Saya ni suka redah resepi. Ada masa saya derhaka pada resepi. Boleh begitu yea. Hahaha

Eksperimen 1
Hanya goreng sahaja. Yang ini tidak memerlukan mana-mana resepi dan hasilnya memang sedap. Ada rasa tersendiri pada salutan rempahnya.

Eksperimen 2
Awalnya saya gorengkan dulu. Lepas goreng dan toskan, saya gaul bersama sos cili dan mayonis. Rasa sikit dulu, sedap tak? Wow! Walah, memang sedap tapi tak nak makan begitu sahaja. Kali ini, kita kepitkan bersama roti gardenia.

"Ibu, sedaplah. Besok kami nak bawa bekal, boleh?"
"Ok."

Balik dari sekolah.
"Ibu, kawan kami kata sedap. Besok mereka nak lagi, boleh?"
"Alamak! Nak makan atau beli? Ibu jual tau."
"Ok. Nanti kami cakap kat kawan-kawan."

Ibu-ibu, apa tunggu lagi. Memang sedap dan ringkas sahaja resepinya. Boleh buat bento sihat untu anak-anak.

Eksperimen 3
Kita goreng juga lagi popcorn ni. Kali ini kita ala-ala diet sikit. 
Campurkan bersama sayur salad (beli yang dah siap semua salad ada), gaulkan bersama popcorn. Nak sedap dan lazat, tambahlah sos thousand island dan roasted sesame.




Anda harus mencuba ketiga-tiga eksperimen tadi. Jangan kecam saya kalau anda dan anak-anak sukakannya.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)


No comments:

Post a Comment