Thursday 2 March 2017

Sakit Itu Penghapus Dosa

Sakit Itu Penghapus Dosa

Pernah dengar ayat ini? Ala lirik lagu Mawi dengan Syamsul Yusof, lupa pula apa judulnya tapi antara bait katanya " Islam kata, sakit itu penghapus dosa."

In shaa Allah, aamiinn. Moga berkurangan dosa yang yang ada. Kita ini manusia pendosa bakkata pemenang prrogram realiti Dai'e.

Beberapa hari ini badan tak berapa sihat, maybe sebab terkena hujan. Almaklum dah nak masuk 40an, hormon dah makin berkurangan.

Sian anak-anak tak ke sekolah, periksa dah dekat. Ibu tak mampu nak memandu untuk hantar dan ambil mereka. Habis satu badan bisa, kepala pening dan suara tersekat.

Awal ibu demam, si angah sering memeriksa suhu badan ibu untuk memastikan masih demam atau tidak. Tatkala suhu naik, pasti airmuka dia berubah. Tetapi bila suhu menurun, ada riak tenang di wajahnya.

Kadang- kadang sedang ibu tidur, ibu dapat rasa ada tangan kecil mengusik dahi ibu. Lembut je, bimbang ibu terkejut dan terjaga.

Tatkala along dan adik bising, disuruhnya perlahan. Bila along kata lapar, dia akan cakap makan apa yang ada. Dia menyatakan ibu sedang sakit. Bila ibu bangun untk memasak, dia memaksa along pujuk ibu. Takut ibu pengsan katanya.

Si ayah sering menelefon bertanya khabar dari pejabat. Meminta anak-anak menjaga ibu, ayah perlu bekerja kerana status ayah punya urusan yang banyak.

Ya Allah, sihatkan diriku kembali seperti sediakala dan lebih baik. Terima kasih kurniakan anak-anakndan suami yang baik. Jadikanlah kami keluaga bahagia dan menjadi insan yang soleh dan solehah. In shaa Allah, Aaminn Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
www.mazianazainalabidin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment