Tuesday 14 March 2017

Telur Separuh Masak

Telur Separuh Masak
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Menu sarapan pagi untuk hari ni. Terimbau kenangan zaman persekolahan kami adik beradik. Setiap pagi mak akan sediakan telur separuh masak bersama serbuk lada sulah dan kicap. Sebolehnya kami akan mengelak, macam-macam ragam kami setiap pagi. Selalunya saya lah mangsa, abang saya akan menuang telurnya ke piring saya. Kalau tak habis, tahan lah telinga kena marah.

Mak cakap, makan telur separuh masak ni bagus untuk tenaga dan otak. Memang betul, kami sangat bertenaga.


Sambil makan, kenangan lama datang menerjah. Rindu, rindu dan rindu. Itu sahaja yang mampu terungkap. Kolam airmata mula bertakung. 

Terus ambil telefon dan buat panggilan kepada mak ayah. Haa...damai rasa dihati.
Benarlah kata Allah dan Rasul, ibubapa itu adalah Pintu Syurga. Jaga dan pelihara elok jika mahu ke syurga.

Allahuakbar. Semoga kami ada peluang itu. Jagakan kami supaya kami dapat jagakan mereka. In shaa Allah.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)



No comments:

Post a Comment