Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Thursday, 25 January 2024

Usah Pernah Takut Mencuba


Hai hai hai.
Masih ingat lagi bisnes akak yang bermula setahun lalu? Iya, bisnes meroti. Akak juga buka kelas meroti juga tau. Alhamdulillah, setakat ni ada dalam 5-6 orang. Ada berkumpulan dan ada yang personal coaching.

Ada antara pelajar akak yang meroti untuk family, kawan kawan dan berniaga. Happy mereka sebab hasil roti mereka dipuji family, kawan kawan dan customer.

Hari semalam dan hari ni akak berusaha untuk hasilkan roti legen atas permintaan customer. Roti zaman 70an tu. Patut le akak tak pernah jumpa. Waktu tu akak baru dilahirkan. Masih menetek kata orang tua tua. Hahaha.

Akak buat kajian sedikit, buat carian dan bertanya kekanda akak. Rupanya feberet kakak juga. Di tempat dia ada sebuah kedai yang menjual. So dia lah yang bagi gambaran tentang rupa roti tu.

Percubaan pertama, bentuknya kecil. Percubaan kedua, sebesar loyang akak. 
Puas tau nak fikir timbangan bagaimana, rupa macam mana nak buat.

Walaupun percubaan kedua ni hampir sama dengan yang lejen, akak masih tidak puashati sebab roti naik dan bakar tak sekata bentuknya. Aduh! macam mana ni???
Kena praktis lagi, buat carian lagi dan lagi.

Bila baca komen dari customer, syukur sangat rasa hati. Rupa tak penting, yang penting rasa roti itu.
Akak buat 2 loyang, 1 untuk customer dan 1 untuk family. Suka tengok mak, ayah dan anak anak makan dengan rancaknya hihihi. 

Yang kelakarnya, akak sendiri belum pernah rasa. Anak siap cakap, "ibu, tak cukup. roti sedap."

Alhamdulillah. 



Percubaan Pertama


Percubaan Kedua


Lembut dan sedap.


Testimoni dari customer.

 

Saturday, 16 April 2022

Jualan Hari Ini

Ramadhan ke 14
Haza rahmatun min rabbi, alhamdulillah. Pecah rekod betul hari ni. Bese 1-3 doh je sehari tapi hari ni 6 doh.

Dari pagi berdiri meroti di dapur.
Tempahan untuk moreh, untuk anak anak bawa ke asrama dan meraikan tetamu yang bertandang.

Cuma kelakornya hari ni, akak tersalah membilang kuantiti. Penat sangat agaknya. Tapi bila fikir balik, rezeki anak anak akak rupanya. Mereka seronoklah tengok ada roti sosej dan roti mini pizza. Apalagi, ngap terus lepas azan maghrib. Alhamdulillah.

Tempahan hari ni:
Roti sosej 32 biji
Roti mini pizza 36 biji
Roti chicken floss 23 biji

Rezeki anak anak berbuka dan bersahur 24 biji. Banyakkan untuk mereka. Akak pun join sekali hihi. Sahur pun makan roti, kurang nak ambil nasi.

Tukar Bidang-Meroti Kita

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa semua. Lama betul akak tak berkarya di sini. Tu pun asbab facebook share memories lama yakni saat berguru dengan cikgu kesayangan kita, Puan Masayu Ahmad. Allahu, rindunya.

Akak mula belajar 2017, saat arwah suami masih ada. Dah 5 tahun berlalu. Arwah sangat menyokong akak. Alhamdulillah.

Korang yang pernah mengikuti akak, pasti tahu akak bisnes apa sebelum ni kaan. Hihi
Sekarang dah beralih kepada bidang meroti pula. Alhamdulillah. Mana yang mendatangkan income, kita usahakan yea.

Siapa nak bantu kita kalau kita susah?
Asyik asyik meminta, orang pun menyampah kecuali betul betul terdesak. Janji bayar balik.

Buat masa ni, permintaan banyak disekitar kejiranan akak. 
Akak pun baru belajar, masih belajar lagi.