Saturday 26 August 2017

Tempahan Kahwin

Syukur alhamdulillah.
Dah 2 kali pelanggan ni tempah karipap goreng dengan Kak Maz. Disajikan untuk majlis perkahwinan anaknya.

Katanya, para tetamu menyukai rasa karipap Kak Maz dan inti tidak kedekut.
Kali pertama ditempah pada bulan April 2017.
Lepas kenduri, dia menempah 200 biji lagi untuk perkahwinan anaknya yang kedua pada bulan ini, Ogos.
4 bulan awal tempah.

Biasa yang sejukbeku (frozen), Kak Maz jual rm3.50 sebekas tetapi yang ini nak bergoreng. Kak Maz jual 40 sen sebiji.

Jom Kak Maz kasi belanja gambar dan video.




Kalau anda berhajat nak tempah untuk majlis, hubungi Kak Maz yea.

Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956

Friday 25 August 2017

Kentang Oh Kentang

Teks : Noormaziana Zainal Abidin
Foto : Google

Siapa tak kenal ubi kentang? 
Tentulah semua orang kenal kan. Kentang ni sedap tau dan boleh masak macam-macam cara.
Ada yang goreng, masak sambal, masak bersama kari ikan/ayam/daging dan pelbagai resepi termasuklah karipap.

Nak tahu tak? Suami Kak Maz pernah masak rendang daging tambah kentang. Bila dihidangkan kepada keluarga Kak Maz, mereka terkejut dan paling terkejut lagi bila mereka meneka itu pasti resepi suami Kak Maz. Hahaha

Suami Kak Maz dengan ubi kentang? Emm, unik kan?
Itulah kelainan yang orang akan ingat sampai bila-bila. Macam trademark pula.


Tahu tak anda, kentang ni rupanya ada banyak jenis. Kak Maz pun baru tahu. Patutlah ada masanya inti karipap kadangkalanya susah nak empuk dan ada kalanya terlebih empuk.

Macam mana nak tahu yea?
Nak ke kelas kulinari ke? Aduh, mana Kak Maz mampu.
Tak pe, ruang belajar sekarang kan meluas. Klik. Klik dah jumpa. Betul tak?

Makin lama makin naik harga? Kena tunggu Aeonbig buat "jualan". Ada masanya sekilo rm1.00. Tapi saat nak menunggu tu, kena jugalah beli yang mahal kan. Beli banyak, bimbang memburuk kat bucu rak.

Sebelum membeli, Kak Maz pastikan kentang tu masih dalam keadaan elok. Tak terlalu masak atau terlalu muda. 
Yang sedang, sedang sahaja ( macam lagu dangdut pula). Yang penting, ia sedap.

Oklah, Kak Maz nak ambil anak-anak sekolah dulu. Kemudian nak kena beli kentang lagi. Tempahan minggu ni 300 biji karipap frozen. 150 biji dah siap semalam.
Alhamdulillah.

Ok, selamat bertemu kembali. Alarm dah berbunyi. Babai.


Maziana Zainal 
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956

Tuesday 15 August 2017

Aku, Reject & Bisnes

Teks: Maziana Zainal
Kata Motivasi : Ceo Samad Kinto

BismillahBismillah

AKU, REJECTION & BISNES
Ramai yang pm aku. Tanya perbagai soalan tentang teknik paling sesuai untuk menjual. Tapi aku agak busy untuk jawap dalam inbox.
Agak sukar untuk explain secara detail. Boleh pengsan jika jawab satu-satu. Minta maaf.

Aku memang faham perasaan seorang newbie. Pelbagai perasaan ketika bermula.
• Laku ke tak?
• Macam mana nak start mulakan perbualan
• Nak jual dengan siapa
• Berapa harga nak jual
• Malu
• Takut
• Tak reti nak explain

Ini antara beberapa masalah untuk aku ketika nak mula menjual. Rasanya sama juga untuk mereka yang newbie.
Kita pun manusia biasa. Takut perkara yang belum berlaku.

Aku pun tak de cikgu marketing juga. Malah langsung tiada pengalaman.
Jadi, apa aku buat pada tahun 2008. Aku belasah je cara marketing aku yang pertama.
Aku guna SMS. Aku sms seorang seorang. Aku ingat mesti kawan- kawan yang ada di senarai contact akan respon & mula order.

Sangkaan aku meleset. Lebih kurang 250 sms yang aku hantar, 3 sahaja yang respon. Jawapan mereka pun simple.
Apa jawapan mereka?
" Ok"
Penat aku taip panjang lebar, itu je yang aku terima.
Gugur semangat aku masa itu. Sabar sahajalah.

Ini cukai pembelanjaan marketing aku.
Ini sahaja ilham yang aku ada.
Aku buat sahaja.
Aku rugi duit & masa.
Tapi ada bertambah ilmu & pengalaman.

Nasihat aku kepada newbie dalam bisnes, idea yang terlintas, buat sahaja.
Jangan takut untuk buat silap & salah.
Jika silap & rugi adjust semula.

Usahawan yang ada di level kejayaan sekarang bukan mereka tak pernah buat silap tetapi mereka enjoy dengan kesilapan & teruskan semula di petak permulaan.

Kejayaan sedang menanti untuk mereka yang sentiasa berusaha.
In Shaa ALLAH.
Aamin.


Tuesday 8 August 2017

Bagaimana Nak Bahagia

BAGAIMANA NAK BAHAGIA JIKA DI SAKITI
Teks : Perkongsian dari Puan Ernayanee Nur Julaimi
            Founder Dexandra

Saya lalui banyak perkara seperti ini dan saya yakin awk pun sama kan kan... sama ada disakiti secara sengaja atau tidak.. kita manusia biasa ada hati dan perasaan..

Dari awl perniagaan sampai sekarang.. saya percaya duit tidak mampu memberi kebahagian .. mungkin boleh seketika bila kita mampu pergi shopping ke.. g travel ker.. .. tapi what happen bila balik dari shopping.. ? pikir lagi.. betul2..?

Jadi.. bagaimana ya nak kebahagian itu datang? - especially suami isteri..  bila bahagia , yang baik baik akan datang pada kita..  ALLAH suka orang yang hatinya tenang.. orang tenang akan bahagia..

Saya kongsikan apa yang saya buat, mungkin boleh anda gunakan juga..

1) Bersangka baik dengan ALLAH, ALLAH sedang uji hati kita untuk naik ke martabat seterusnya ,  " tidak beriman seorang itu tanpa diuji.. "

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

maksudnya jika ALLAH uji tanda ALLAH sayang

2) Bersangka baik dengan MANUSIA yang ALLAH pilih utk menguji kita.. ALLAH pilih dia untuk menyakiti hati kita.. SUAMI ISTERI, ANAK2 , KAWAN2... kadang2 kerana dier sakit dier nak orang lain sakit juga. Jadi baik kan ALLAH.. allah sedang uji dia juga... Jadi maafkan mereka...

3) BERDOA DAN MERINTIH PADA ALLAH.. AGAR.. hati kita tidak sakit dan tenang ,bahagia dan minta supaya ALLAH lepaskan hati yang BEREMOSI ini... talk to ALLAH..

jika tidak boleh lepaskan dan tak boleh rasa bahagia.. dan perkara yang sama berulang atau seringkali difikirkan.. ? step seterusnya..

4) BERKOMUNIKASI, bila berkomunikasi kita tidak berada dalam keadaan bersangka2... kadangkala kita tak tahu orang itu sengaja atau tidak menyakiti hati kita.. cuba berkomunikasi.. terangkan apa yang kita rasa tanpa perlian.. tanpa ungkit mengungkit, natural.. sebb tadi kita dah minta ALLAH tenangkan kan.. jadi  bertutur bicarala dengan tenang..

MOOD PERLU TENANG  insyallah akan jadi heart to heart comunication.. dan akhirnya reda..

tapi bagaimana dah bercakp dah berkomunikasi.. Tapi tetap terus disakiti.. ?

5) BACA AL FATIHAH UNTUKNYA & UNTUK DIRI KITA .. ya Allah. aku bacakan FATIHAH ini kepadanya... moga hatinya lembut.. DAN DOAKAN kebaikkan untuknya..

jika dengan ORANG TERSAYANG, ADIK BERADIK, SUAMI ISTERI , MAK AYAH.. kita pasti berjumpa.. air dicincang takkan putus.. jadi have a big heart.. sekurang2nya kita dah luahkan .

Biasanya my family.. bila heart to heart ni kami asyik nangis.. hehe.. sebb we have LOVE. kemudian KETAWA & BAHAGIA KEMBALI..

jika dengan KAWAN & SAHABAT ATAU ORANG LUAR.. . jika tidak mahu terus disakiti, jauhi sahaja .. bukan bermakna memutuskan.. SUPAYA AURA kita mampu kita jaga sebaiknya.. Allah pun suka jika kita bersama orang yang baik baik..

6) MAAFKAN & SERAHKAN KEMBALI URUSAN INI kepada ALLAH.. kerana segalanya atas izinnya..

7) NOW.. TIME TO BE HAPPY!!!... peluk ramai orang yang kita sayang.. tersenyumlah lebar2, duduk bersama-sama orang yang positif dan NEXT.. FOKUS APA YANG KITA NAK DALAM KEHIDUPAN..

boleh2..? saya doakan kejayaan , kebahagian awk DUNIA AKHIRAT.. 🙂  AWAK SAYANG SAYA TAK?? heheh..

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

#lifetips


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

Saturday 5 August 2017

Batik Choc Meleleh

Batik Choc Meleleh

Teks & Gambar : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com



Inilah Batik Choc Meleleh Kak Maz. 
Kek batik sebenarnya, cuma nak kelainan dari sudut penjenamaan sahaja.
Dan sudut persembahan juga Kak Maz tambah coklatnya agar bila makan, anda dapat merasainya coklat yang agak meleleh.

Walaupun ia disejukbekukan, ia masih lembut dimakan tetapi haruslah biarkan seketika. Almaklum, disimpan pada suhu tahap beku.

Rasanya juga berbeza sedikit. Sedikit tau, tak banyak lari. Dan yang pastinya, ia mampu menambat hati penggemarnya. In shaa Allah.

Berhajat?
Hubungi je Kak Maz.

Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956


Bercuti

Bercuti

Tek & Gambar : Noormaziana Zainal Abidin


Diam tak diam, rupanya sudah 2 minggu Kak Maz menyepikan diri dari proses pembuatan stok.

Anak kembar silih berganti sakit. Seorang hypotiroid dan seorang lagi asyik sakit kepala bahagian belakang.

Alhamdulillah syukur pada Allah bilamana Kak Maz terus mendapatkan rawatan di klinik yang sangat bertanggungjawab, doktor terus menulis surat rujuk Pakar Kanak-kanak.

Dan rezeki Allah dan atas kerjasama serta nasihat staf nurse di sana, dimintanya Kak Maz merujuk keduanya sekali.

Si abang dah 2 tahun sakit yang tiada tahu akan apa sakitnya. Kini keduanya dalam perhatian pakar.

Si adik diminta ditahan di wad untuk membuat ct-scan. Alhamdulillah hasilnya tiada yang serius cuma ada bengkak di bahagian belakang rongga. Bulan depan pakat akan buat MRI untuk mengetahui samaada tisu atau saraf yang bengkak.

Saban minggu, mereka ada temujanji pakar. Maka, Kak Maz akan sentiasa sibuk sehingga mereka pulih. In shaa Allah.

Mana ada mak ayah yang sanggup melihat anak-anaknya sakit kan? 
Cuma terkilan, kenapa pihak hospital tak mahu buat pemeriksaan rapi dan terperinci.
Takpelah, dah berlalu kan? Kita teruskan perjuangan yang mendatang.

Minggu ni Kak Maz kena mula berdisiplin dalam menguruskan keluarga dan perniagaan. Rasa bersalah bila pelanggan terpaksa menunggu dan menangguh tempahan mereka.

Alhamdulillah, Allah kurniakan Kak Maz runner yang baik dan sangat bekerjasama.

Moga rezeki ini sentiasa ada dan mencurah-curah tanpa hentinya. 
Aamin Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956