Tuesday 24 October 2023

Pengorbanan Seorang Ibu

Hari ke 2 akak menunggu anak kembar akak percubaan SPM. Fokus kepada Angah. Dia mengalami sakit kaki dah masuk 4 bulan lebih asbab terpelecot di tangga sewaktu bersiap nak ke sekolah.

Rawatan dah dibuat. Fisio juga telah dilakukan. Tetapi kesembuhan belum ada. Sian Angah.
Bila terlalu bergerak, pressure kesakitan akan menyerang kepala. Allahuakbar.
Telan panadol pun tak jalan. Tak sanggup mata dan hati seorang ibu melihatnya.

Syukur Alhamdulillah, pihak sekolah banyak beri kerjasama. Termasuklah keizinan akak berada di sekolah memantau anak.
Bukan apa, bimbang bila pressure kuat. Bila ia berlaku, biasanya tekanan darah dia jadi tinggi melepasi borderline.
Malam tadi 138/105, mujur 5 minit selepas tu ia turun walaupun tak banyak.

Besar sungguh ujian mereka Ya Allah. Dulu saat nak exam UPSR, ayahnya meninggal. PMR pula dimansuhkan dan ketika itu kes COVID masih tinggi.

Sebagai ibu, akak yang menjaga mereka bertiga. Akak pasrah dan redha dengan ujian ini. Akak tak mampu berharap result yang tinggi, akak berharap mereka sembuh dan sihat.

Dah buat medical check up?
Opkos dah. Amanat arwah suami, bila sakit kena ke klinik or hospital dulu. Bila medical kata clear, makanya alternatiflah kita ikhtiar.
Anak anak ni sampai peringkat MRI, penyakitnya mostly tak seserius kesakitan mereka.

Bila ikhtiar altenatif, ia "something". Dah berhabis duit peninggalan suami akak guna untuk rawat mereka, mak dan rumah. Ia saling berkaitan. Baru okey part ni, datang pula part lain.

Yea benar, segalanya dengan Izin Allah berlaku. Akak tak nafikan. Jika tak kuat hadapi ujian ni, maka jatuh tersungkur tanpa bangkit kembali. Melayan arus permasalahan.
Syukur Alhamdulillah, Allah masih membimbing akak untuk bangkit dan terus bangkit. Dan itu harapan akak pada anak anak ini, bangkitlah duhai permata hati ibu ayah. Bangkit dan terus berjuang.

Tewas dimata orang, biarlah. Allah Maha Tahu perjalanan dan perjuangan korang.
Mereka mencerca, mengata....biarkan Allah menghakiminya. Kerana ujian itu zahirnya terjadi pada kalian tapi hakikatnya Allah juga menguji mereka. Sedar dengan tidak sedar sahaja.

Ya Allah Ya Alim, Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Kurniakan kami jalan yang terbaik untuk kehidupan kami dihari hari dan waktu mendatang. Jangan ENGKAU mempersulitkan dengan sesuatu yang merugikan dan menyesatkan kami dari jalanMU serta rahmatMU.

Aamiin Ya Allah Ya Rabb.


Nukilan Seorang Ibu
Kak Noorma

Monday 23 October 2023

Kegembiraan Seorang Isteri

 


Hai para isteri isteri solehah,
Berita baik buat korang semua, pembantu tapi bukan orang gaji yang kena bayar riban riban setiap bulan. 

Pembantu yang dapat membantu korang tersenyum sepanjang hari tanpa perlu susah payah berjemur panas dan berlari kencang setiap kali hujan turun.
Nak tahu apa?
Taraaa...Mesin basuh pakaian 2 in 1. Basuh dan keringkan pakaian hanya dengan 1 mesin sahaja. Bagus ke bagus sangat?

Mesti inilah impian setiap isteri isteri. Terutama isteri yang berkerjaya. Balik dah penat, pakaian pula berlambak lambak tak dicuci lagi.
Hanya masukkan pakaian kotor dan setkan kepada cucian dan kering. Hanya ambil masa 1 jam sahaja.

Dah settle, keluarkan dari mesin dan lipat atau sangkutkan pada penyangkut baju. Senang kaan. Lipat sambil santai santai depan tv jer.

Tak semesti yang dah berkahwin, yang bujang pun boleh beli. Korangkan always busy. Nak ke kedai dobi tengah malam lagi ke? Sekarang dah tak berapa selamat tau. Banyak kes jenayah berlaku, seram weh.

Tak mampu beli?
Hellooo mesin ni boleh bayar ansur tau. RM125 sebulan selama 36 bulan. Cover insurans dan service pun percuma selama 3 tahun.

Kak, saya tak nak berhutang boleh?
Boleh jer. Kalau bayar terus, lagi murah, hanya RM3500. Jimatlah RM1k.

So, mana pilhan korang? Masih nak berpanas sidai kain dan main lari lari setiap kali hujan.
Apa pun, roger jer akak kat link ni www.wasap.my/60163961956/MesinKHIND



By Kak Noorma
0163961956
#mesin2in1
#mesinbasuhdankering
#takperlusidai

Sunday 22 October 2023

Percubaan SPM


 Masya Allah, kembar dah nak ambil SPM tahun ni. Besok 23hb Oktober 2023 bermulanya sesi Peperiksaan Percubaan SPM. Minggu lepas ujian lisan. Aduh terasa cepantnya masa berlalu.

Kalaulah arwah ayanhya ada, pasti kami sama sama merasai detik mendebarkan menantikan saat anak kembar kami nak menduduki SPM.
Takdir Allah, hanya akak saya yang merasainya. Cuba debarannya tidak mencemaskan akak.
Akak dah menerima ketentuan Allah akan takdir yang ditentukan Allah buat mereka.

Ujian yang menimpa mereka bukan calang calang. 
Kehilangan ayah disaat masih memerlukannya. Diuji sakit yang silih berganti. Allahuakbar Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, atas dzat kasih sayangMU kurniakanlah kesihatan yang baik buat anak anakku. Angkat segala kesakitan ini dan kurniakan penawarMU yang paling mujarab. Sesungguhnya tiada yang lebih BERHAK dan BERKUASA selainMU Ya Allah Ya Tuhanku.

Ya Allah Ya Fattah, Tuhan Yang Maha Membuka bukakanlah anak anakku minda yang bijaksana seperti namaMU Ya Rashid agar mereka dapat menjawab peperiksaan besok dengan kefahaman yang baik dan kelancaran dalam menjawabnya dengan jawapan yang tepat. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Tiada daya upayaku tanpa izin dariMU Ya Allah. Maka ENGKAU makbulkan doaku Ya Allah Ya Mujib, yang Maha Memakbulkan.

Monday 25 September 2023

Belajar Kenali Asmaul Husna


Assalamualaikum
Dah September kita, bersamaan 9 Rabiulawal. Sekejap masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis 2023.

Sedar tak sedar, dah 5 tahun arwah tiada bersama kami. Kembar dah nak ambil SPM.
Tiga tiga anak teruna ibu dah besar dan meninggi, lebih dari ibu. Alhamdulillah ikut arwah ayahnya.

Cecah usia 45 tahun beberapa hari lepas, kadang terfikir apa kesudahan hidup ni. Kuat tak akak untuk teruskan perjuangan.
Singlemom, bukan perkara mudah. Dengan kos sara hidup yang kian tinggi.

Jeritan kita, siapa yang nak dengar. Sebab itu, kena berbalik pada yang ESA.
Kenali nama nama Allah ,zat zat Allah. Kita boleh rasa tenang. Kenapa?
Kerana kita memanggil Allah dan Allah hadir untuk kita walaupun tak terzahir tapi dirasai.

Bagaimana dirasai?
Bila jiwa mulai tenang. Siapa yang tenangkan kita? Allah SWT lah yang menenangkan kita.

Dalam buku ni terangkan bagaimana kita memohon atau berbicara dengan Allah. Bilangannya bila berhajat.
Cara bicaranya dengan Allah.

Buku ni dihadiahkan oleh kenalan akak yang dah akak anggap adik. Syukur Alhamdulillah.
Dia adalah perantaraan sahaja. Sebenarnya Allah nak kita bicara denganNYA melalui nama namaNYA.

Tuesday 16 May 2023

Ayuh Fokus Pada Yang Mencintai Kita




 

Inspirasi Depan Mata

Buka jer buku planner, dah nampak sumber inspirasi akak depan mata. Renung seketika. Aduh. Ada rasa mendalam dalam hati akak.
Rasa cinta.
Rasa sayang.
Rasa rindu yang sangat dalam. Rindu segalanya tentang dia. Dia kini bukan milik akak dan anak anak tetapi milik DIA, Allah yang Satu.



Perjuangan akak juga, atas perjuangan arwah juga. Akak menyambung kerjaya dia dalam membesarkan anak anak. Amanah yang ditinggalkan untuk akak laksanakan sehingga dipanggil pulang kepada Yang Maha Esa.

Dia kekuatan akak dulu dan selamanya, insyaa Allah. Mengenang pergorbanannya menjalani dialisis, menahan kesakitan cucuk jarum selang sehari terpancar diwajahnya masih bermain dalam ingatan akak.
Kalau dia sanggup berkorban walaupun saat sakit, apatah lagi akak. Cuma bezanya, dia ada akak waktu itu tetapi saat ni, akak sendirian tanpa tangan yang memeluk waktu memerlukan kekuatan jiwa dan emosi.

Akak tak salahkan takdir pun kerana akak percaya takdir Allah itu adil. Adil untuk arwah berehat dari kesakitannya. Arwah dah menjaga arwah ayahnya waktu dia masih sihat dan mahupun tengah sakit. 

Akak sentiasa berdoa agar asbab kebaikan arwah ini akan berjangkit kepada anak anaknya dalam berbakti kepada orang tua dan orang sekelilingnya.

5 tahun arwah pergi meninggalkan kami, tetapi sayang dan rindu kami tak pernah meninggalkannya. Sentiasa ada, sentiasa mekar. Alhamdulillah.
Al Fatihah buat arwah Zalikin Idrus. Insan yang Allah sayang, maka DIA mengambilnya awal dari kami.

Okey korang. Jom kita mula bekerja. Moga Allah melimpahi rezeki seluas langit dan bumi, sentiasa mengalir tanpa hentinya seperti air zam zam. Rezeki yang sentiasa baraqah. Aamiin Ya Rabbal Alamiin Ya Allah Ya Mujib.


Kak Noorma
Usahawan Online💜

Saturday 13 May 2023

Teh Tarik, Minum Minum Turun Berat Badan

Hai hai hai korang. Assalamualaikum.
Sihat ke? Moga sihat sokmolah yea walapun kita dilanda pelbagai kejutan alam dan persekitaran.
Nak kata selamat, belom sepenuhnya selamat.
Nak kata tak selamat, insyaa Allah masih Allah selamatkan. 
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah

So, hari ini akak nak kongsikan barang mantul. Minum minum dah turun berat badan korang. Rasa teh tarik tau. Bese rasa kopi dan coklat kaan, now perisa baru.
Dah rasa sedap, mengenyangkan pula tu. Makanya, lambeeet lah nak makan lepas minum tu.
Jimat duit beli makanan kaan.

Nak tengok bendanya apa? Okey okey, namanya Savva. Minuman kesihatan dari Eskayvie.
Insyaa Allah selamat dan tidak merbahaya. Sebab diformulasikan oleh seorang doktor yang bertauliah.

Jom tengok. Tadaaaa........




Ada 2 perisa tau, satu rasa teh tarik macam mamak dan satu lagi rasa karamel. Sedap ke?
Opkoslah sedaaap. Tak percaya?

Haa dengar apa PakNil kita bagitau nii. Paknil pn amalkan juga yea. Pi tengok IG or TikTok dia.



Tapi kalau tanya macam mana nak dapatkannya, korang klik link bawah ni yea.


           Kak Noorma
           0163961956
💜Usahawan Online 💜


Sunday 7 May 2023

Offer Syawal 1-15hb. Jom Cepat




Syawal ni Eskayvie ada offer tau, jom korang. Offer hanya 1-15hb Mei ni sahaja. Masa inilah kalau korang nak rembat bebanyak. Sekali pos hanya rm5.40, sebanyak mana pun barang yang korang order.

Ada set untuk penjagaan kesihatan dan minda anak anak. Almaklumlah sekarang kes masih belom stabil. Minggu lepas pun, Kementerian Pendidikkan dah keluarkan perkeliling meminta semua guru, staf dan pelajar memakai semula pelitup muka. Baru lepas raya, jumpa sanak saudara satu Malaysia kaan hihihi.

Dan asbab musim panas yang semakin membimbangkan, ramai yang terjejas kesihatan termasuk keluarga akak sendiri. Ingat dah selesa, dah tak perlulah ambil supplement atau vitamin tetapi silap percaturan. Selagi si C tu ada, kena maintain sokmolah.
Sekali kecuali, boleh memudaratkan diri tanpa disangka.

Selain tu, ada juga set untuk yang mengalami penyakit 3 serangkai, Phytax. Korang kalau masih makan ubat doktor, janganlah berhenti. Ambil je tapi kena ada penjarakkan waktu pengambilan. Bila dah okey, insyaa Allah doktor sendiri akan kurangkan dos pengambilan ubat klinik/hospital.
Usah buat pandai tau. Usah main berhenti sendiri jer. Bahaya.

Kita juga ada pemakanan dan minuman untuk orang yang nak turunkan berat badan. Iaitu On The Go, makanan diet berbentuk bar. Ada 3 perisa dalam satu kotak. 
Dan minuman diet, Savva. Rasa macam teh tarik.
Nak turunkan berat puun, usah terlalu drastik tau. Sangat bahaya.

Berita baik bagi yang sukar tidur malam macam akak, kita ada semburan aromaterapi bauan Lavender. Sangat membantu. Disamping untuk, korang ambil juga Mindtropic. Gabungan keduanya membantu mengurangkan tekanan (stress) korang seharian.
Merehatkan, menenangkan juga emosi korang.
Bagus juga untuk adik adik atau anak anak yang sedang belajar.

Untuk tempahan:

 

Saturday 6 May 2023

Warna warni Syawal 1444H

Raya tahun ni tak ramai yang balik kerana giliran rumah mertua memasing kecuali akak.
Korang kaan tahu kenapa akak tak balik rumah mertua. Bakkata anak anak akak, rumah toki Idrus dan wan Juriah kat underground. Ayah pun sama. Means pusara lah.

Alhamdulillah, tahun ni akak sempat ziarah pusara arwah ayah mertua akak di Ampang. Kebetulan raya kedua mak ajak beraya di sana coz nak bersama anak bongsu di Ampang dan adik mak di Nilai.

Allahuakbar, puas mencari pusara arwah ayah mertua akak, terlalu ramai dan padat dah kawasan tu. Mujur pihak pengurusan kubur disitu tak buang batu sungai yang akak jadikan batu nisan arwah. Sedih akak. Moga doa kami sampai kepada arwah walaupun pusaranya tidak selalu kami ziarah.

Jom akak share warna warni raya akak bersama keluarga walaupun tak semua beradik ada bersama.








Mak bersama adiknya, ayahteh Fadzil. Satu ayah berlainan mak. Ayahteh ni juga, pakcik yang rapat dengan akak. Akak suka dengar dia bercerita pasal agama, sirah dan nasihat.

Nampak ramai kaan family akak? Tapi ni tak semua tau, hanya sebahagian sahaja. Tu pundah riuh setaman suara kami. Hahaha.

Moga ukhwah ni berkekalan ke anak cucu kami yang mendatang, insyaa Allah.

           SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KORANG. MAAF ZAHIR BATIN

Rezeki Hari Ini



 Assalamualaikum. 
Selamat Hari Raya AidilFitri semua. Masih Syawal kaan? Korang sihat?
Moga kalian semua dilindungi Allah selalu. 


Alhamdulillah rezeki akak hari ini. Downline akak minta belikan. Tu lah tugas kita leader kaan, kena saling membantu ahli bawah jagaan kita. 

Dia minta akak belikan supplement untuk set kurus, kesihatan dan spray pencuci kotoran degil.
Pencuci ni korang spray pada kotoran yang degil ke, chewing yang melekat pada pakaian or pelekat tuala wanita yang melekat pada seluar. Betul spray ajer, biarkan seketika dan tanggalkan. Tak merosakkan fabrik korang pun.

Tang supplement pula, semuanya dari sumber semulajadi. Selamat weh, no chemical. Sebab tu ramai yang amalkannya.



Kebetulan akak pun nak beli ubat gigi Glister ni. Memang best ubat gigi ni, no chemical kata omputih hahaha. Foam dia rasa lembut je. Gigi rasa bersih. Kata leader akak, kerak gigi pun boleh hilang tau.

Akak guna ubat gigi, spray mulut dan ubat kumur dia. Terbaik weh. Paling best, pakai sikit jer. Makanya, akan ter ter terjimat beberapa bulan.

Flos gigi tu adalah keluaran terbaru bulan lepas. Senang semuanya akak beli di Amway. Jimat dan dapat bonus juga. Kalau korang nak macam akak, korang kena daftar ahli ABO lah. Tapi kalau sekadar nak harga murah, join APC jer. But APC tak dapat bonus lah.

Berminat? Klik link akak ni, www.wasap.my/60163961956/AMWAY

Thursday 23 March 2023

Ramadhan 1444( 23/3/2023)


Kisah terawih pertama.
Ibu, baju melayu ayah ada tak? Baju kami tak muat.

Along ambil je dalam almari ibu, ada baju zaman ibu nikah dengan ayah masih elok lagi.
Ada baju masa akad nikah, jemput menantu dan majlis di opis arwah.

Ya Allah, muat sangat sangat. Dah serupa macam ayahnya, ngam ngam. Ambil berkat arwah ayahnya.  Ibu menahan je rasa dihati.

Cepat sungguh masa berlalu. Anak anak ibu ayah dah besar. 5 tahun telah berlalu Ramadhan tanpanya.
Moga perjuangan ini diberkati Allah hingga ujung nyawa kami. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Saturday 21 January 2023

Musim Durian 2023


Awalan tahun 2023, rezeki mak ayah akak. Musim durian bermula. Ingatkan tak menjadi sebab banyak putik durian gugur. 
Nampak kecewa diwajah tua mereka tetapi perancangan Allah berbeza.

Allah rezekikan mereka durian walaupun tak sehebat 2018 yang lalu.
Durian yang dulu bermasalah, tahun ini diluar jangkaan. Lebih baik, lebih bagus, lebih sedap.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Tahun ini kami diizinkan bermalam di dusun. Setelah 2-3 tahun diuji pandemik.
Job akak macam biasa. Marketing dan delivery untuk mereka. Temani mereka didusun walaupun terpaksa berkorban masa dan tidur.
Untuk berikan mereka duit, akak belom mampu. Biarlah khidmat ini menjadi asbab akak ke Syurga Allah, mendapat restui serta redha mereka. Moga asbab ini juga anak anak akak menjadi anak anak yang soleh dan mulia dimata Allah. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujan masih membahagiakan bumi. Menyejukkan bumi yang sering menahan keterikkan sang matahari.

Dipondok ini serba kekurangan. Ia mengajar erti bahawa hidup ini ada kalanya perlu rasa kesederhanaan. Apabila keselesaan Allah rentap, kita masih mampu bertahan. Dan tetap meneruskan hidup dengan emosi yang stabil.

Hidup ini pasang surutnya bukan kita penentu. Tetapi Allah Maha Merencana Layar buat kita. So, usah selalu mendongak memandang langit sehingga lupa bumi yang dipijak dihenyak. Usah kasar menghentak bumi kerana langit juga menangis memandang ke bumi.